Najib akan adakan PRU SEORANG DIRI : Negeri PR TAK IKUT SERTA

selangor dap congress 2011 2Najib kemungkinan besar terpaksa mengadakan pilihanraya umum sendiri kerana kerajaan negeri-negeri PR hampir pasti tidak akan membubarkan Dun masing-masing bersama dengan pembubaran Parlimen oleh Najib.

Khamis lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sehingga sekurang-kurangnya Jun tahun depan.

Mengulas keputusan itu, Lim berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan katanya, ia adalah keputusan dan prerogatif Khalid.


Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

Justeru, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana keadaan mungkin berubah mengikut senario semasa.

Lim berkata, sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13, beliau akan bermesyuarat dengan parti-parti komponen pembangkang dan juga barisan kepimpinan pusat Pakatan.

Sumber : Malaysiakini

Comments