PRU 13 : Orang MUDA MELAKA akan BUAT PERUBAHAN?

Pengundi muda Melaka akan membuat perubahan terhadap landskap politik Melaka selepas PRU 13. Perkara ini bukan mustahil kerana sudah terbukti bahawa pengundi muda agak terbuka mindanya. Mereka boleh memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan mampu memberikan sesuatu terhadap masa hadapan mereka.


Masalah orang muda yang timbul di negara kita sekarang ini gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan BN samada kerajaan pusat atau negeri. Maka tidak hairan jika orang muda akan membuat kejutan. Mereka boleh menjadi pengundi senyap yang tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka tetapi membuat keputusan di saat akhir sebelum memangkah kertas undi.


Mereka boleh mengundi BN dan boleh juga mengundi PR. Minda mereka terbuka dan tidak fanatik kepada sesuatu parti. Orang muda berjiwa terbuka dan tidak jumud seperti orang tua (otai).


NONE
Jumlah pengundi muda hampir mencecah 50 peratus dari keseluruhan pengundi berdaftar di Melaka berpotensi menyumbang kepada hasrat Pakatan Rakyat menawan negeri berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari (kanan) berkata, dengan jumlah pengundi muda mengatasi di Negeri Sembilan dan Johor, beliau percaya Pakatan Rakyat di Melaka mempunyai peluang cerah untuk membuat kejutan semasa pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, selain mampu membezakan antara dasar yang dibawa BN dan Pakatan Rakyat, golongan muda ini juga terdedah dengan pelbagai media alternatif dan media baru, sekali gus menjadikan mereka lebih peka kepada suasana persekitaran.

"Atas dasar ini, saya percaya kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pakatan meletak matlamat menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai amat praktikal.

"Dengan suasana sekarang, pengundi akan memberi dua pilihan, BN berubah atau sekiranya mereka tidak berubah, pengundi akan beralih kepada Pakatan," katanya.

Selain itu, beliau berpandangan Pakatan juga akan mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

young voters and barisan nasionalMenurut Adly, perkara berkenaan tidak mustahil dilakukan di Melaka kerana rata-rata rakyat sudah faham isu dan permasalahan yang berlaku kini.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan, majoriti rakyat kini sudah tahu mengenai dakwaan pembaziran yang berlaku serta mempersoalkan sama ada kerajaan sedia ada mampu menguruskan kewangan.

"Sokongan terhadap Pakatan adalah jauh bertambah berbanding pada 2008, termasuklah dari masyarakat India.

"Walaupun masyarakat India dilihat menyokong BN semasa pilihan raya kecil, saya yakin jika kita konsisten menyampaikan maklumat kepada mereka, mereka akan sokong kita.

"Cuma yang perlu kita fokuskan kini adalah orang Melayu kerana mereka banyak dipengaruhi sentimen perkauman," katanya.


Sumber : Malaysiakini

Comments