Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.
Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.
"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata ayah kepada seorang penyanyi yang sedang meningkat naik ini.
Bagi blog ini pula, kami ingin menyeru kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia umumnya supaya tidak mengulangi kesilapan mengundi calon Perikatan dan BN sejak lebih 50 tahun dahulu. Kesilapan mengundi caloh BN lah menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan beban kenaikan harga barang, pencabulan hak asasi manusia, rakyat dibelenggu dengan akta zalim ISA, OSA, AUKU dan sebagainya.
Kesilapan memilih BN selama ini menyaksikan kekayaan negara dimonopoli oleh kroni-kroni BN di mana para pemimpin dan kroni mereka kaya raya sementara rakyat ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Kebajikan rakyat juga tidak dijaga. Sepatutnya rakyat mendapat pendidikan percuma hingga ke Universiti sebaliknya rakyat terpaksa meminjam dengan PTPTN untuk belajar di Menara Gading. Selepas tamat pengajian rakyat terpaksa membayar balik pinjaman dengan bunga 4 % setahun yakni kerajaan berniaga dengan rakyat. Kos perubatan juga terpaksa ditanggung oleh rakyat sedangkan sepatutnya ianya percuma. Harga barang semakin hari semakin meningkat membuatkan nafas rakyat semakin sesak.
Jadi jangan ulangi kesilapan mengundi calon BN lagi setelah lebih 50 tahun mereka mencengkam dan menzalimi kita semua. Jangan biarkan anak cucu dan cicit kita menangis di kemudian hari.
Comments