LEMBU PUNYA CERITA, UMNO/BN DAPAT SUSAH

Lembu punya cerita Umno/BN susah hati. Manakan tidak mereka telah membuat onar sehingga menjadikan wang rakyat seperti wang mereka sendiri dengan mengagihkan projek lembu kepada kroni mereka. Malah kroni bukan orang  lain, orang dalam kelambu kabinet kerajaan BN sendiri. Memang mereka tidak ada maruah, yang memberi projek dan menerima projek sama sahaja, seolah-olah muka mereka lebih teruk dari muka tembok.

Kini semuanya terbongkar, beli kondo, pergi umrah dan lepas ini macam-macam lagi. Malangnya orang yang terlibat iaitu semua pemimpin utama Umno tanpa segan dan silu kepada rakyat buat tak 'reti' je. Inilah standard pemimpin kerajaan Malaysia, tiada malu, tiada maruah dan tiada tanggungjawab.

Budaya bertanggungjawab di atas apa juga kesalahan tidak ujud di negara kita malah, pemimpin BN yang terang dan jelas melakukan kesalahan juga dipertahankan oleh pimpinan dan ahli mereka. Akhirnya orang yang melakukan kesalahan di selamatkan atas pengaruh individu yang berkuasa. Budaya sebegini merupakan sesuatu yang sangat malang dan ianya boleh menghancurkan tamadun bangsa.

Comments

Anonymous said…
dulu di selangor, bn/umno susahkan lembu nak bantai mb khalid.
kini di negeri 9, lembu susahkan shahrizat nak bantai bn/umno
jangan main2, jatuhnya bn/umno dalam pru13 kerana lembu.
padan muka.
Anonymous said…
tembelang umno satu persatu pecah hanya rakyat yang dungu tidak memehaminya dimana selama ini pemimpin umno cuba berbagai tektik untok menipu rakyat supaya kuasa sentiasa berada ditangan mereka dengan kuasa mereka dapat mengauk kekayaan dengan cara melaksanakan projek sepertimana projek lembu syarizat and fimily dan lain2 projek yang telah lama dimenipulasikan oleh mereka pemimpin umno.