Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.
Beliau berkata, proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.
“Dalam undang-undang membenarkan mana-mana kerajaan memerintah atau kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tarikh yang mereka suka.
“Bagi SPR, kalau boleh buatlah bersama. Proses pengurusan pilihan raya ini lebih kurang sama. Namun, kalau dibuat berasingan, kos dan tenaga kerja akan jadi berganda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat SPR bersama Pegawai Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya peringkat negeri di Sungai Petani semalam.
Bagi kerajaan negeri-negeri PR pula mereka merasakan Pilihanraya tidak wajar di adakan dalam masa terdekat kerana mereka mahu melaksanakan bajet yang baru dibentangkan demi untuk kepentingan rakyat. Jika ianya diadakan dalam jangkamasa terdekat sudah tentu bajet yang dijanjikan kepada rakyat tidak dapat dilaksanakan. Selain itu mandat bagi kerajaan yang ada sekarang hanya akan berakhir pada 2013. Tidakkah dengan mengadakan pilihanraya umum tahun ini atau tahun depan (2012) juga membazir kerana 'iddah'nya penggal ini berakhir masih panjang.
Comments