.

.

06 December 2008

KERAJAAN PR : JANGAN HIRAUKAN 'SANTAU BERACUN' ~ Ref Malaysiakini

Pihak musuh tidak putus-putus menghunjamkan panahan dan serangan kepada kelima-lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Mereka bekerja siang dan malam merancang, mengatur dan menyusun strategi bagi memecahbelahkan kerajaan PR yang semakin hari dilihat semakin mantap dan matang.
Pelbagai cara digunakan terutama dengan senjata ampuh yang mereka ada iaitu media dan 'wakil-wakil' mereka yang masih memegang jawatan penting dalam kerajaan-kerajaan tersebut.
Ibaratkan Tok Pawang dan Tok Bomoh mereka gunakan pelbagai cara antaranya 'mentera', 'santau beracun', ubat guna-guna dan macam-macam lagi.
Di Kedah mereka memfitnah dengan tohmahan kerajaan Kedah mengutamakan penternakan babi lebih dari yang lain;
Di Perak mereka menuduh MB Perak hanyalah boneka DAP sehingga sanggup menggadaikan tanah kerajaan kepada sekolah Cina;
Di Selangor, PAS dikesampingkan dari kerajaan negeri dan ibarat PAS melukut ditepi gantang;
Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1 lembap, tidak tahu mentadbir dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga dituduh anti Melayu;
Di Kelantan; ADUN desak Tok Guru letak jawatan dan macam-macam lagi.
Pendek kata musuh-musuh PR ini sentiasa mencari 'lubang' dan peluang untuk merobohkan perpaduan kerajaan PR. Lepas satu satu isu yang mereka timbulkan, namun setakat ini semuanya berjaya di atasi oleh PR dengan professional dan tenang.
Malah dari sehari ke sehari kerajaan PR makin utuh.
Saya mengharapkan pimpinan kelima-lima kerajaan negeri PR, pegawai-pegawai dan rakyatnya supaya jangan menghiraukan semua tuduhan dan tohmahan musuh yang sudah mabuk kuasa akibat ketewasannya mereka pada PRU Mac lalu. Mereka sebenarnya masih berdendam dan tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak dan meluat kepada mereka.

SETAHUN LAGI PAS PENCEN ~ Ref Malaysiakini

Kalau diibaratkan PAS seorang kakitangan awam maka setahun lagi PAS akan pencen wajib. Ini kerana umur PAS sudah genap 57 tahun pada 24 November lalu.

Sepanjang perjuangan selama 57 tahun PAS ternyata semakin matang dan hebat. Tidak ada satu pun parti yang berjaya hidup lama seperti PAS. Umno yang mendakwa dirinya parti tertua di Malaysia sebenarnya sudah mati pada tahun 1988 dahulu. Yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang diasaskan Dr Mahathir. Umno yang asal sudah 'arwah' dan mati tanpa nesan.

Maka tinggallah PAS satu-satunya parti yang paling tua, lama, utuh dan padu. Tidak ada parti lain sehebat dan seutuh PAS. Apa rahsia PAS sehingga boleh bertahan begitu lama. Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah kerana PAS meletakkan Islam sebagai asas perjuangan. Al Quran, Hadis,Ijmak Ulama dan Qias menjadi panduan dan rujukan. Maka di sana Allah memberikan keberkatan kepada PAS. Parti-parti seperti Umno, Parti Negara, Pekemas, Nasma, Hamim, Berjasa dan lain-lain sudah lama 'meninggal'. Malah Umno Baru yang ada sekarang juga semakin goyah dan parah.

Sepanjang 57 tahun berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia ini, PAS membuktikan Islam adalah satu pedoman yang sesuai pada sebarang keadaan, tempat, situasi dan masa. Islam tidak pernah lapuk dan outdated. Islam tetap evergreen dan fleksibel serta terbuka untuk dianuti dan dirujuki.

Sepak terajang politik Malaysia mematangkan PAS. PAS pernah menjadi pembangkang, kerajaan, kerajaan campuran dan pernah tewas teruk tanpa sebarang kerajaan. Semuanya tidak melemahkan semangat perjuangan pimpinan dan ahli PAS. Ini adalah kerana tarbiah yang dimiliki oleh mereka menyedarkan mereka bahawa semua itu ketentuan Allah dan hikmahnya. Inilah yang tidak dimiliki oleh parti lain yang hanya berjuang atas dasar nafsu dan akal manusia dan tiada pedoman dan hidayah dari Allah S.W.T.

Kini PAS melangkah ke satu lagi anjakan paradigma di mana golongan bukan melayu dan bukan Islam secara terbuka menyokong PAS dan bersedia untuk menjadi ahli PAS. Tidak kira samada ahli penuh atau ahli bersekutu, mereka tetap setia dan menyanjung PAS. Sehingga kini sudah 33,000 rakyat bukan Islam yang menganggotai Kelab Penyokong PAS. Malah bilangan mereka meningkat mendadak dari sehari ke sehari.

Fenomena ini mengingatkan kita kepada sejarah Rasulullah S.A.W ketika baginda menjadi 'Presiden' Madinah. 3 golongan Yahudi di Madinah yang menjadi golongan majoriti di Madinah menjadi rakyat yang setia kepada pemerintahan Islam pimpinan Nabi Mohamad S.A.W. Mereka iaitu Yahudi Bani Quraizah, Qainuqak, Nadir berasa selamat dan sejahtera di bawah pemerintahan Nabi S.A.W.

Tidak syak lagi sejarah ini akan berulang suatu masa nanti Insya Allah.

Saya mendoakan PAS terus maju dan gemilang dibawah kepimpinan ulama' pada masa depan. Insya Allah saya akan terus komited menjadi pendokong kepada perjuangan warisan Rasulullah ini.

Allahu Akhbar.

APA MUSLIHAT SPR LAMBAT-LAMBATKAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Walaupun sememangnya alasan melambat-lambatkan PRK Kuala Terengganu adalah kerana mengelakkan banjir, namun prasangkan terhadap SPR tetap ada. Ini kerana sememangnya SPR sendiri tidak dapat menafikan sejarah lama bahawa SPR pernah dikritik hebat kerana mengendalikan pilihanraya terburuk pada PRU 2004.

Antaranya melanjutkan masa pengundian di Selangor, pertambahan bilangan pengundi yang tidak munasabah di Terengganu, kehilangan nama pengundi dalam daftar pemilih, nama pemilih yang bertindih di banyak tempat, kewujudan nama pegundi yang telah lama mati dalam daftar pemilih, kehadiran pengundi yang namanya telah mati pada hari pengundian dan seribu satu macam lagi kontroversi cukup merimaskan kita semua.

Selain itu SPR juga kerapkali menipu dan mengelirukan rakyat dengan mengumumkan untuk menggunakan kaedah celup tangan tetapi dibatalkan di saat akhir, mewar-warkan peraturan baru akan digunapakai tetapi akhirnya tidak dipakai umpamanya pondok panas dan sebagainya.

Semuanya ini menyebabkan prasangka rakyat dan parti-parti politik terhadap SPR tidak pernah padam.

Kali ini juga kerisauan dan kebimbangan saya dan rakyat tidak SPR masih belum reda.

Cuma satu yang saya pinta, para pegawai SPR kena ingat bahawa mereka membawa amanah besar rakyat. Allah melihat semua kerja buat mereka. Jika mereka menipu dan menggunakan kuasa di jalan yang salah mungkin atas dunia mereka selamat namun di akhirat kelak hukum Allah akan menanti mereka.

Maka mari kita muhasabah supaya dengan kuasa yang sedikit yang ada pada kita mesti kita gunakan ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.

SIASAT KELULUSAN BINA RUMAH DI LERENG BUKIT ~ Ref Malaysiakini

Dua kejadian yang menyayat sehingga mengorbankan 6 nyawa dalam masa 2 minggu melibatkan tanah runtuh merupa suatu kejadian serius yang mesti disiasat.

Kejadian melibatkan 2 orang adik beradik yang terbunuh di Ulu Yam dan kejadian kedua malam tadi di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang meragut 4 nyawa lagi. Manakala lapan lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Dua kejadian cukup tragis dan menyedihkan. Satu persoalan yang bermain di kepala saya ialah mengapa pihak berkuasa mengeluarkan kebenaran untuk pemaju atau tuan rumah ini membina rumah tersebut berhampiran lereng bukit atau pun di kaki bukit. Tidakkah ianya mengundang bahaya.

Sudah menjadi amalan dan lumrah di negara kita, pihak berwajib hanya mengambil tindakan selepas kejadian berlaku. Mengapa sikap kita demikian? Bukan satu kes tetapi hampir semua kes melibatkan keselematan tidak diuruskan secara professional dan sistematik. Langkah 'Preventive' yakni langkah pencegahan tidak diambil. Sudah terkena baru kelam kabut.

Saya menggesa pihak terbabit dan pihak berkuasa menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan.

Sementara itu kerajaan dilaporkan membekukan kebenaran untuk pembinaan di kawasan lereng bukit.

Dah terantuk baru tengadah...inilah sikap kerajaan BN selama ini yang langsung tidak prihatin dengan keselamatan rakyat.

KERAJAAN TAGIH SUBSIDI DARI RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Dalam dunia ini biasanya kerajaan yang membantu dan memberi subsidi kepada rakyat. Namun di Malaysia lain pula jadinya apabila rakyat yang memberikan subsidi kepada rakyat.

Mana tidaknya kerajaan Malaysia mendapat lebih dari RM16 juta sehari ekoran dari harga minyak yang lebih tinggi dari pasaran dunia. Harga minyak sekarang adalah sekitar RM1.52 seliter, namun rakyat terpaksa membayar sebanyak RM.190 seliter. Bermakna rakyat memberi subsidi kepada kerajaan 48 sen setiap liter.

Jadi ini suatu perkara pelik dalam negara kita. Kerajaan BN yang mendakwa sebuah kerajaan yang prihatin dan sering membantu rakyat rupa-rupa tidak langsung kasihan kepada rakyat apabila terus menekan rakyat secara tidak sedar dengan 'memungut cukai' dari rakyat melalui minyak.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar dan insaf dengan isu ini. Jangan lagi senyap dan membisu. Sebagai rakyat kita mesti menuntut hak kita.

Saya meneru kepada rakyat khasnya rakyat Kuala Terengganu supaya bangkit menolak BN pada pilihanraya kecil di sana nanti pada 17 Jan.

05 December 2008

CADANGAN BINA AIRPORT BARU : TAHNIAH KERAJAAN KEDAH ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah yang bercadang membina satu lagi lapangan terbang (LT) di Padang Serai, kira-kira 20 kilometer Alor Setar bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan mereka di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).
Sesungguhnya perancangan ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa berpandangan dan berfikiran jauh bagi memajukan ekonomi negeri yang diperintah PR.
Sudah sampai masanya lapangan terbang dibina di kawasan berhampiran kawasan perindustrian Kulim yang mempunyai begitu banyak kilang multinasional.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, lapangan terbang untuk pesawat ringan tersebut merupakan alternatif kepada pelabur dan orang ramai mengunjungi kawasan Kulim pada masa akan datang.

Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Star dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

JANGAN ABAIKAN ORANG ASLI YANG MASUK ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dilaporkan melipatgandakan usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat Orang Asli yang tidak beragama di negeri ini untuk memeluk Islam.

Menurut laporan media hari ini Timbalan Pengerusi MAIM, YB Ghazale Muhamad berkata, setakat ini, terdapat lebih 1,200 masyarakat Orang Asli di seluruh negeri namun hanya sebahagian kecil daripada jumlah itu yang sudah memeluk agama Islam.

Menurutnya, MAIM memerlukan kerjasama masyarakat Islam sendiri untuk membantu agensi itu menarik minat Orang Asli untuk menganuti Islam, seterusnya membantu golongan itu meningkatkan taraf kehidupan mereka pada masa depan.

Cuma satu yang saya harapkan setelah Orang Asli ini di Islamkan pihak berwajib mestilah memastikan semua mereka mendapat didikan asas agama yang mantap secara formal dan tidak formal. Selain itu kelas-kelas agama dan kuliah-kuliah mesti diadakan dikampung mereka bagi memastikan asas aqidah mereka tidak mudah dipesongkan atau mereka kembali kepada hidup mereka seperti sebelum Islam.

Kita selalu mendengar ada di kalangan Orang Asli yang menganut Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar dan kembali menjalani penghidupan hairan seperti sebelum Islam disebabkan aqidah mereka tidak mantap dan tiada tunjuk susulan diberikan kepada pihak mereka.

Dari itu saya mengharapkan MAIM bukan serius mengIslamkan mereka tetapi juga mesti komited dan istiqamah di dalam gerakerja mendidik dan mengasuh supaya menjadi penganut Islam yang taat dan bertaqwa.

ANDA DIJEMPUT SERTAI SEMINAR BLOGGER ~ Ref Malaysiakini

Blogger Prof Dr Hamirdin Ithnin (hamirdin.blogspot.com) menjemput sekalian para bloggers di Malaysia menyertai seminar Blogger yang dianjurkan oleh beliau seperti maklumat dibawah :-



Tajuk Seminar : SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)
Penyertaan : TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT
(Berdasarkan 100 orang yang pertama)

Tarikh : 20 Disember 2008(Sabtu)
Tempat: Bilik Seminar Masjid Jamek Hasanah,Bandar Baru Bangi, Selangor

Aturcara : 8.00 pagi :Pendaftaran(Yuran Pendaftaran RM10.00)
8.30 pagi (Sesi Bermula) Dikendalikan oleh Prof.Dr.Hj.Hamirdin Ithnin
10.00 pagi - Tea Break
10.30 pagi - Sesi disambung
1.00 tgh - Sesi Berakhir

Untuk penyertaan sila e-mail kepada almariff@hotmail.com

PRK KUALA TERENGGANU : PENAMAAN CALON SEBULAN LAGI, BANYAK YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH SPR ~ Ref Malaysiakini

SPR mengumumkan bahawa penamaan calon akan dilangsungkan kira-kira sebulan lagi iaitu pada 6 Januari manakala pembuangan undi pada 17 Januari tahun depan.

Ini bermakna banyak perkara yang boleh dilakukan oleh SPR samada untuk melakukan kerja-kerja menambahbaikan perjalanan Pilihanraya tersebut atau membuat onar untuk mengalahkan Pakatan Rakyat.

Masa sebulan adalah masa yang lama di mana banyak kerja yang boleh dibuat. Kalau ingin buat jahat, masa sebulan sudah cukup untuk memindahkan pengundi, menambah pengundi hantu, membuang nama pengundi, merancangkan gerakerja 'bawah tanah' dan sebagainya.

Oleh itu saya mencadangkan kepada Jentera Pilihanraya PAS Pusat dan Negeri Terengganu supaya sentiasa berwaspada dengan taktik SPR yang terkenal begitu licik membuat pelbagai helah demi untuk memenangkan BN.

Rekod SPR yang pernah 'bergabung' dengan BN sebagai 'parti komponen' BN pada pilihanraya 2004 terbukti berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu. Banyak peristiwa pelik berlaku ketika itu. Antaranya jumlah penambahan pengundi baru yang naik mendadak dan tidak normal di Terengganu. Selain itu jumlah peratus keluar mengundi yang tidak munasabah sehingga ada kawasan yang mencapai 98 %.

Tidak mustahil kospirasi ini akan dilakukan sekali lagi demi untuk mengembalikan maruah BN yang tercemar teruk akibat kekalahan pada PRU ke 12 Mac lalu juga akibat gejala rasuah yang membarah dalam Umno dan krisis kepimpinan dalam MCA serta MIC.

Jangan terkejut jika PAS kecundang kali ini akibat kealpaan dan penipuan yang dilakukan oleh BN dengan bantuan SPR.

PRK KUALA TERENGGANU : PENAMAAN 6 JAN, BUANG UNDI 17 JAN ~ Ref Malaysiakini

SPR mengumumkan sebentar tadi bahawa penamaan calon PRK Parlimen Kuala Terengganu akan berlangsung pada hari Selasa 6 Januari manakala pembuangan undi akan dijalankan pada hari Sabtu 17 Januari.
Ini bermakna tempoh berkempen ialah selama 11 hari.
Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar di Pejabat SPR di Putra Jaya.
Saya menyambut baik keputusan SPR yang memperuntukan kempen selama 11 hari.
Saya yakin ianya memberikan masa yang cukup untuk parti-parti yang bertanding berkempen menerangkan manifesto dan perancangan masing-masing andai dipilih oleh pengundi nanti.
Pilihanraya Kecil parlimen Kuala Terengganu ini diadakan kerana kematian Ahli Parlimennya, Dato' Razali Ismail secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Pada pilihan raya umum Mac lepas, beliau mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2004 selepas menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.
Ia merupakan pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas, Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

CORETAN MUHASABAH BUATKU ~ Ref Malaysiakini

Apabila aku terbaca diblog Ketua Penerangan Negeri Melaka bertanya " Kemana pergi sahabatku sekelian". Fikiran ku melayang mengimbas kembali satu artikel yang telah diterbitkan pada 1997 oleh sebuah pertubuhan yang turut bertanya " Bila Pemimpin dan penggerak bertanya "Mana Tok Syeikh.

Apabila ditanya oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya..Apakah yang paling jauh dari kita?..lalu dijawab oleh anak muridnya dengan perbagai jawapan.Lantas dijawab oleh Imam Ghazali ' Jawaban kamu semua betul' tetapi yang paling jauh dari kita adalah "MASA LALU". Dan apabila ditanya lagi..apakah yang paling dekat dengan kita?..lalu dijawab anak muridnya dengan berbagai jawaban lantas dijawab oleh Imam Ghazali ."jawaban kamu semua betul, tetapi yang paling dekat adalah KEMATIAN.

Mengimbau kenangan silam ,memang satu yang indah.Kenangan lama pasti mengusik jiwa.Itu adalah fitrah manusia namun bagi seorang pejuang ,untuk berjuang,ia mengambil masa yang terlalu panjang.Tribulasi dan mehnah dalam perjuangan silih berganti.Masa lalu sudah semakin jauh. Kematian jua yang semakin hampir.Keihlasan dan Kesabaran adalah gandingan mantap yang tidak boleh dipisahkan.

Tak TAK MAKAN DIPUJI, TAK REBAH DIKEJI satu prinsip yang perlu disemati. Tiada istilah merajuk, putus asa dalam keikhlasan perjuangan.Jangan izinkan diri termassuk "Golongan yang Gugur" sebelum kita benar -benar digugurkan.Perjuangn mesti diteruskan samada menang syahid. Usah dikhuatiri dengan segala ugutan dan ancaman ,ia hanyalah sekadar kemuncup dijalanan yang hanya bisa melekat pakaian dihujung kaki saja..

Tiada siapa dapat mengubah apa yang telah ditentukan oleh ALLAH keatas diri kita.Kalau nak senaraikan satu persatu nama sahabat2 semasa dikampus yang sama2 telah berjuang dengan keghairahan dan semangat ,memang terlalu ramai.. Tapi bila kita toleh kira & kanan hari ini ,tak ramai yang kita kenal.Malah naqib dan naqibah kita , yang pernah membimbing kita sehingga kita dapat meneruskan perjuangan sehingga hari ini juga sudah tidak kelihatan lagi, mugkin mereka punya urusan yang besar..cuma apa yang mampu kita peringatkan bahawa tugas Dakwah lagi besar. Tugas dakwah sepanjang kehidupan...

Tugas mencari kesibukkan dunia , pasti akan tersekat akhirnya..Namun ALHAMDULILLAH kita ucapkan kepada mereka kerana diatas usaha gigih mereka lah , kita masih diatas perjalanan ini.Semuga mereka juga masih juga dalam perjuangan tapi mungkin dengan cara mereka yang mugkin jua diredhai ALLAH. Dah sampai masanya untuk terus pandang kehadapan.Perjalanan masih jauh. Bak kata bait sebuah nasyid..

"Pangkalnya telah jauh, hujungnya belum tiba".Apa yang penting pada hari ini, adalah untuk melahirkan lebih Amilin dalam jamaah kita. Siapakah Amilin? Jika ditinjau dari perspektif (Asyahid Imam Hassan Al Banna), Amilin adalah ahli-ahli Ikhwan yang berbaiah kerana berjanji setia untuk mendukung , mengamal dan menghayati 10 Rukun Baiah.Sesudah itu Amilin mesti melaksanakan dengan ikhlas dan mengamati 10 Wasiat.

Apa yang kehendaki beliau hanya segolongan Amilin, katanya " akan ku kuasai dunia ini bersama-sama mereka . Berapakah Amilin yang kita perlukan untuk memenangi kerusi Dimelaka. Apakah mekanisme kritikal untuk melahirkan Amilin? Jika dituruti kaedah Hassan Al-Banna, ianya adalah Dakwah dan Tarbiyah. Oleh itu pastikan Tarbiyah dapat memainkan peranannya.

Cuba lihat apa yang ditulis oleh mantan Ketua Penerangan Selangor yang telah dipecat.Dalam buletin bulanan Daerah gombak 2007 yang bertajuk "PENERANGAN MENJANA PERUBAHAN" Sebagaimana pesanan Yusof Al Qardhawi..kita mesti faham fiqh as-sunah, iaitu ilmu tentang kemenangan dan sunnah kekalahan. Satu prinsip yang boleh kita guna pakai adalah 'Prinsip pareto" atau 20/80 Rule..

Prinsip ini menyatakan sebab dan punca yang kecil peratusannya menatijahkan hasil yang besar peratusannya.Nisbahnya adalah 20/80.

Teras prinsip ini dalam gerakerja kita adalah : 80% prestasi kerja PAs dihasilkan oleh 20% ahli-ahli aktif dan penggeraknya.Kita mesti mengenal pasti 20% dikalangan ahli PAS Melaka sebagai Amilin untuk menang dalam pilihan Raya 13 nanti..

Dan Alhamdulillah hari ini penulis yang menulis satu persoalan .. "Bila pemimpin dan penggerak bertanya 'Mana Tok Sheikh" dalam tahun 1997 telah pun diamanahkan menjadi YB pada hari ini genap dalam masa 11 tahun dari hasil penulisanya maka tidak mustahil juga apabila penulis yang bertanya "Kemana pergi sahabatku sekelian" pada 4 Disember 2008 juga turut akan menjadi YB dalam 11 tahun yang akan datang,ya! tahun 2020.(Maaf, bulan Dis ini kita tolak, cuma tinggal beberapa hari saja lagi.)Pada ALLAH kita bertawakal.

Coretan Masturah Hassan (masjmps@yahoo.com.my) dihantar melalui email.

VALUECAP : ADAKAH JANJI NAJIB BENAR? ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin BN seringkali berjanji terutama pada musim pilihanraya. Namun janji-janji tersebut kerapkali tidak ditunaikan. Ada sahaja alasan yang diberikan jika mereka gagal menunaikan janji tersebut. Jika PR yang gagal menunaikan janji sudah tentu PR tentu dikerjakan media samada elektronik atau cetak.
Semalam Najib Razak berjanji lagi. Kali ini beliau berjanji dan memberi jaminan bahawa peruntukan tambahan RM5 bilion kepada Valuecap Sdn Bhd tidak akan digunakan untuk menyelamatkan individu yang mempunyai hubungan politik atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Adakah rakyat Malaysia percaya dengan janji pemimpin BN terutama Najib?
Persoalannya sudah banyak kali pemimpin BN berjanji tetapi gagal ditunaikan. Contohnya ketika isu kenaikan harga minyak Jun lalu. Pemimpin BN berjanji minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, namun tidak lama selepas itu minyak dinaikkan sehingga RM2.70 seliter.

Sebenarnya rakyat Malaysia sudah serik dengan perbuatan pemimpin BN ini. Dalam isu valuecap ini saya juga tidak yakin 100% yang duit tersebut tidak digunakan untuk kepentingan orang tertentu atau syarikat tertentu.

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

CADANG KERAJAAN NEGERI LAIN TIRU PULAU PINANG ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan kerajaan negeri Melaka dan negeri-negeri lain meniru kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memberikan penghargaan kepada para Hafiz dan Hafizah sebagai galakan kepada mereka yang berusaha keras untuk menghafaz kita suci Al-Quran serta berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada masyarakat.

Sesungguhnya tindakan kerajaan Pulau Pinang merupakan suatu langkah terpuji sebagai pengiktirafan kepada golongan ilmuan Al-Quran tersebut.
Adalah dicadangkan kepada semua kerajaan negeri dan kerajaan pusat meniru langkah kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng.
Guan Eng dalam ucapannya pada majlis penghargaan kepada para hafiz baru-baru ini berkata Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan RM300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran.

PRK KUALA TERENGGANU : SIAPA LOBI PALING KUAT DIA DIPILIH ~ Ref Malaysiakini

Calon Umno dan PAS untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu masih belum ditentukan. Namun sebagaimana lumrahnya dalam Umno sesiapa yang mempunyai hubungan paling rapat dan intim dengan pucuk pimpinan beliau hampir pasti dipilih menjadi calon.
Kita semua tahu setiap ahli dan pemimpin Umno kebanyakannya memasang niat untuk menjadi YB. Sebab pelbagai cara dan kaedah digunakan mereka untuk mencapai hajat dan niat itu. Untuk PRK kali ini juga perkara itu sudah pasti dilakukan oleh barisan bakal-bakal calon yang dinamakan atau menamakan diri mereka sendiri sebagai bakal-bakal calon.
Setakat beberapa nama disebut-sebut bakal 'dikuburkan' oleh PAS antaranya Wan Farid, Zuber Embong, Roslan Awang Chik dan Mohd Sabri Alwi. Namun kita hairan jika calon yang dipilih nanti bukan dari kalangan nama-nama yang disebutkan tadi. Dalam Umno semua boleh jadi, yang penting siapa pandai kipas dan lobi dia berjaya. Tidak kira apa kelulusan, hubungan dengan pengundi dan sebagainya. Kriteria utama untuk pemilihan ialah sesiapa paling kuat bodek, kipas dan jolok.

Setakat Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Wan Farid Wan Salleh disebut-sebut berada pada ranking paling atas kerana hubungannya yang begitu intim dengan Perdana Menteri bakal pencen, Pak Lah dan menantu tingkat 4 iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

04 December 2008

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB JIKA ORANG ISLAM MAKAN MAKANAN HARAM ~ Ref Malaysiakini

Dewan Rakyat diberitahu bahawa hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
Siapa yang hendak dipertanggungjawabkan jika umat Islam yang makan di hotel memakan makanan haram tanpa disedari.
Jelas sekali kerajaan BN langsung tidak prihatin dengan masalah ini sehingga membiarkan Hotel menjalankan operasinya tanpa mendapatkan kelulusan Halal kepada makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya.
Bukankah kerajaan berkuasa menggubalkan undang-undang mewajibkan semua hotel mendapatkan pengiktirafan Halal. Mana-mana hotel yang enggan mendapatkannya mestilah meletakkan logo TIDAK HALAL di kafe atau restoran mereka.
Inilah suatu kesalahan kerajaan BN yang tidak dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam.
Dalam hal ini mengapa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdiam diri sedangkan dalam isu ISA mereka bermati-matian mempertahankannya????

Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini sungguh memalukan umat Islam. Mengapa kerajaan BN sanggup membiarkan perkara penting ini berlaku tanpa tindakan yang drastik dan komited.
Saya ingin mencadangkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia supaya bangkit menolak kerajaan BN yang jelas tidak serius dalam segenap segi yang melibatkan agama Islam. Mari kita mengajar kerajaan BN ini pada pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Kepada pengundi di Kuala Terengganu saya menyeru agar tuan-tuan dan puan-puan mempelopori kebangkitan rakyat dengan menumbangkan BN di sana dengan pukulan KO hilang deposit.

PRK KUALA TERENGGANU : 65 % PEMBACA MAHU MAT SABU JADI CALON ~ Ref Malaysiakini

Sehingga ke saat ini 65 % atau kira-kira 215 pembaca blog ini mahukan bekas calon Pilihanraya Umum lalu, Mat Sabu diletakkan semula bertanding mewakili PAS pada PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Manakala 24 % atau 79 pembaca mencadangkan supaya ADUN Batu Burok, YB Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi dicalonkan untuk membawa cabaran PAS kali ini.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong masing-masing memperolehi 4 % (14 undian) dan 3 % (13 undian).

Seorang lagi iaitu Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Ariffin Deraman mendapat 7 undian atau 2 %.

Dari 'survey' yang di buat dalam blog ini, terbukti pengunjung blog saya yang datang dari seluruh pelusuk dunia mahukan Naib Presiden PAS dicalonkan semula sejajar dengan cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mat Sabu diberikan peluang bertanding sekali lagi di kerusi tersebut.

Bagaimanapun kata pemutus akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat.

Saya secara peribadi merasakan pihak pimpinan perlu membuat pertimbangan dari beberapa segi :-

i) Pengaruh anak tempatan terhadap pola pengundian kerana Umno akan memainkan isu ini jika anak tempatan tidak diletakkan di sini.

ii) Kewibawaan calon dalam membawa suara PAS di Parlimen jika kita ditaqdirkan menang (memang kita hendak menang). Kita tidak mahu Ahli Parlimen yang 'mandom' dan tidak berfungsi.

iii) Kesediaan untuk berkhidmat kerana ini akan mempengaruhi imej PAS secara keseluruhannya.

MELAKA PERLU DISELAMATKAN ~ Ref Malaysiakini

Negeri Melaka perlu diselamatkan segera atas alasan-alasan di bawah :-

1) Pemimpin yang ada sekarang rakus membazirkan duit rakyat dengan pembangunan yang tidak memberi banyak faedah kepada rakyat seperti Eye On Malaysia, Litar Go-Kart, Melaka International Bowling Center, Projek Pulau Melaka dan banyak lagi. Hutang negeri Melaka terus meningkat melebihi RM1 bilion.

2) Pemimpin yang ada membiarkan maksiat berleluasa sehingga statistik gejala hamil luar nikah, zina dan lain-lain meningkat saban tahun dan cukup membimbangkan

3) Tidak ada projek yang benar-benar memberikan pulangan kepada rakyat sehingga ramai yang menderita terutama di luar bandar

4) Pemimpin yang ada sering meniupkan semangat perkauman terutama dalam isu babi di Paya Mengkuang

5) Tidak serius dalam membudayakan program keagamaan seperti kuliah dan pengajian agama di masjid dan surau malah mana-mana kelas dan kuliah yang diajarkan oleh guru-guru yang tidak bertauliah tidak dibenarkan sedangkan mereka berkelulusan dari Al Azhar dan Pengajian Islam IPTA tempatan

6) Projek-projek kerajaan negeri dibolot oleh kroni-kroni di mana ahli dan penyokong pembangkang langsung tidak diberi peluang.

7) Masjid dan disurau menjadi medan pecah belah di mana semua pegawai masjid mestilah ahli Umno

8) JKKK hanya dilantik dikalangan ahli Umno sahaja menyebabkan ahli dan penyokong pembangkang dianaktirikan dari segi bantuan dan subsidi.

Banyak lagi yang boleh saya tulis .................

SHAHRIZAT DAN RAFIDAH SAMA SAHAJA ~ Ref Malaysiakini

Calon Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil berjanji akan melakukan perubahan kepada Pergerakan Wanita Umno andai beliau dipilih kelak.
Bagi saya samada Shahrizat atau Rafidah yang menang ianya tiada beza kerana masing-masing adalah Umno dan Umno berpegang kepada dasar pragmatik, semua boleh. Umno tidak berpegang kepada Islam. Oleh itu walau sesiapa juga menjadi ketua ianya tidak akan memberikan impak yang besar kepada dasar dan program parti tersebut.
Apa yang Shahrizat boleh buat jika beliau menang, untuk benteras rasuah jauh sekali, untuk berkata benar dihadapan ketua, jauh panggang dari api. Tidak ada bezanya antara mereka berdua. Masing-masing tidak menutup aurat, masing-masing bercakap besar. Cuma seorang kalah dalam pilihanraya lalu, seorang lagi nyaris kalah, itu sahaja bezanya.
Bagi saya jika Shahrizat benar-benar ingin berubah dan berjuang di atas landasan yang sebenar beliau mestilah menyertai PAS yang berjuang untuk membela Islam dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.
Shahrizat sudah tentu tidak akan dapat membuat pembaharuan dalam Umno yang telah rosak teruk bukan lagi parah tetapi sudah tenat dan tidak akan mampu diubati lagi.
Ayuh Shahrizat jangan tunggu lama-lama nanti kapal karam, Dato Seri juga akan tenggelam bersama-sama dengan pemimpin Umno yang telah lama hanyut dan sesat tersebut.

FATWA : PEROKOK DALAM BAHAYA ~ Ref Malaysiakini

Para perokok yang beragama Islam di negara ini berada dalam zon bahaya jika gesaan sebuah NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang mahukan agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini.

Jika gesaan ini dituruti oleh pihak berwajib maka sudah pasti para perokok dari kalangan ustaz, doktor, guru, professor, nelayan dan sebagai berada dalam dilema samada tunduk atau menentang fatwa tersebut.

Kita tahu bahawa ustaz-ustaz dan tuan guru-tuan guru yang merokok sudah tentu mempunyai hujah masing-masing untuk mempertahankan tabiat buruk mereka.

Malah sahabat-sahabat kita pimpinan jemaah Islam PAS ramai yang masih merokok. Sudah pasti mereka berada dalam keadaan serba salah. Setakat ini kalau tidak silap saya hanya PAS Kelantan sahaja yang mensyaratkan calon-calon pilihanraya mereka mestilah bukan kaki 'bunuh diri' iaitu perokok. PAS Negeri lain tidak mensyaratkan begitu.

Namun pada masa akan datang mungkin PAS Pusat melalui Majlis Syura Ulama' nya mensyaratkan demikian.

Pada pandangan peribadi saya memang merokok adalah suatu tabiat yang sangat tidak baik. Bau, asap, pembaziran semuanya memang tidak sebulu dengan sifat saya. Walaupun semasa belajar dulu saya rock dan rugged tetapi saya tidak pernah cuba untuk merokokkan diri saya. Alhamdulillah. Lagipun keluarga saya khasnya emak saya memang marah sangat kalau anaknya merokok. Namun dalam diam-diam abang saya yang tua sekali, berjaya menerobos 'kawalan ketat' emak saya apabila beliau menjadi satu-satunya wakil tunggal dalam keluarga saya yang merokok.

Hari ini media melaporkan bahawa Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok.

Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok.

Atas sebab itulah beliau menggesa fatwa tersebut diwarta dan dikuatkuasakan.

KEMANA PERGINYA SAHABAT KU SEKALIAN? ~ Ref Malaysiakini

Aku terkenangkan saat indah semasa di kampus dahulu. Walaupun sudah hampir 16 tahun aku meninggalkan alam kampus namun suasana 'happy', santai dan 'best' masih terasa baru ku tinggalkan. Aku terkenangkan bagaimana semangatnya sahabat-sahabatku berusrah, tamrin dan muqayyam. Semuanya hebat-hebat belaka melalui maqam-maqam tertentu sehinggalah ke tahap 'qiadi'.

Semuanya seolah-olah tidak mahu berenggang dengan jemaah dan perjuangan. Meeting tiap-tiap malam merencanakan gerakerja jemaah di kampus pun mereka sanggup walaupun terpaksa bersengkang mata kemudiannya untuk menelaah pelajaran dan membuat 'assignment'.

Ramai antaranya sahabat yang memegang amanah besar antaranya Amir Jemaah, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa Islam dan macam-macam lagi. Aku di kampus hanya insan kerdil yang dilihat serupa dengan Mat Rock dan Kaki Motor yang melepak di sana sini.

Dengan imej afro look dan berseluar jeans ketat tidak ramai yang mengetahui bahawa aku adalah ahli jemaah Islam. Di kalangan sahabat-sahabat jemaah aku sering dilabelkan tidak ada tarbiah kerana tidak mahu mengubah imejku yang berambut afro dan berseluar jeans. Sedangkan mereka semuanya memakai baju PMI, berketayap dan warak.

Sehinggakan salah seorang teman sekuliah ku (bukan ahli jemaah) pernah mencabar aku supaya mengurat muslimat yang berjilbab labuh dan berjubah. Katanya kalau hang dapat muslimat tu aku kerat jari. Akhirnya aku dapat muslimat tu (tapi kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan disiang hari ....ha ha hah - isteriku jangan marah ye - itu cerita lama).

Itu semua kenangan lama zaman kampus dulu.

Berjuang di kampus memang senang dan tidak banyak dugaannya. Duit orang bagi, makan orang 'suap' tugas kita hanya belajar dan berjemaah bagi yang faham.

Ramai sahabatku cakap berdegar-degar akan terus komited dengan jemaah bila graduate nanti. Majlis Bai'ah dihadiri dan berjanji di hadapan Allah dan hadapan pimpinan untuk beristiqamah dalam perjuangan.

Tetapi aku pelik ke mana perginya sahabat-sahabat aku yang hebat-hebat dahulu. Mana perginya sahabat-sahabat aku yang berbai'ah dengan penuh semangat dahulu. Mana perginya sahabat-sahabat aku yang pernah pegang jawatan-jawatan penting dalam MPP, PMI dan sebagainya.

Ahhhh ....tak tahu lah aku...mungkin mereka berjuang cara mereka sendiri .....apa caranya berdiam diri dan sirr agaknya...

Yang pasti jika ada 'event' besar PAS samada muktamar, konvensyen, ijtimak dan sebagai mataku meliar mencari kelibat sahabat-sahabat lama. Malangnya hanya beberapa kerat sahaja yang aku temui mungkin tidak sampai 5 % pun. Patutlah Ustaz-ustaz kita menyebut, mereka tidak jamin sahabat-sahabat yang ditarbiyyah di Universiti mampu untuk terus komited bersama perjuangan.

Dah dapat gaji besar, bini besar, kereta besar, rumah besar....dugaannya pun besar...isteri tak bagi, mertua masam muka, takut kena tukar, takut kena blacklist, boss marah la, takut tak naik pangkat dan macam-macam lagi.

Soalan aku kepada sahabat-sahabat lama ku, adakah jawapan itu yang hendak kita berikan Allah S.W.T bila ditanya mengapa kita tidak berjuang.???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

DAH ADA YANG MATI BARU HENDAK BERTINDAK? ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi amalan biasa di Malaysia iaitu sudah terkena baru terjaga, sudah terhantuk baru terngadah, hendak buang air baru gali lubang dan pelbagai lagi perumpamaan atau peribahasa yang boleh digunakan untuk mencerita tentang kecuaian dan kelembapan pihak berwajib dalam mencegah sebarang musibah.

Utusan Meloya hari ini melaporkan bahawa kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman, Sungai Rengit dan beberapa kawasan gusar dengan keujudan tiga kawah besar hasil dari perlombongan batu granit berhampiran kampung mereka. Apa yang mereka kesalkan tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan.

Agaknya sampai bila kawah besar itu akan dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Saya yakin jika cerita ini tidak disiarkan oleh media sudah tentu pihak terbabit akan buat tidak tahu sahaja.

Malah kemungkinan besar juga walaupun telah disiarkan media mereka juga akan buat 'dek' sahaja. Kebiasaan 'puak-puak' ini akan menunggu musibah dan malapetaka berlaku barulah mereka akan bertindak.

Inilah sikap dan tabiat buruk kerajaan BN dan syarikat terbabit yang langsung tidak prihatin akan musibah yang mungkin menimpa rakyat.

Keterangan gambar : GONDOL... Pemandangan dari udara keadaan sebuah bukit yang kini bertukar menjadi sebuah kawah yang besar dengan kedalaman kira-kira 10 meter akibat kerja-kerja mengorek pasir di Teluk Rumania, Kota Tinggi semalam. Ihsan Utusan Meloya.

JAIM JALANKAN OPERASI IKUT MASA? ~ Ref Malaysiakini

Saya berasa sedih membaca posting sahabat saya blogger angkasanuri dalam blognya menceritakan bagaimana Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tidak menunaikan tanggungjawabnya membenteras maksiat sehingga tidak mahu melakukan operasinya walaupun ada aduan tentang kejadian zina atau khalwat.

Alasannya pada hari tersebut tiada operasi. Di bawah ini tulisan sahabat saya blogger angkasanuri :

Sedang saya duduk lepak-lepak dengan komputer buruk di lobi sebuah hotel untuk akses internet percuma sambil tunggu anak habis tuesyen saya dapat panggilan telefon dari jiran di taman perumahan saya mengadu masalah. Maklum le orang penting kat taman katakan...ceh..

Katanya nak buat macam mana sekarang, kat sebuah rumah di taman saya ada penduduk mengadu ada seorang yang bekerja sebagai GRO bawa balik jantan tidur kat rumah. Saya kata saya kat luar, kejap lagi saya ada kuliah dengan pelajar sampai tengahari.Jiran saya kata tak tahu kat mana lagi nak mengadu untuk ambil tindakan.

Telefon pengerusi taman, pengerusi taman kata tak ada kuasa. Telefon JKKK, JKKK sibuk dengan tugas luar. Nak telefon tok imam, imam tak ada kat rumah. Paling sedap bila telefon pejabat Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ), MAIM kata hari ini tak ada operasi! Tunggu ada operasi baru boleh bertindak.

Maknanya buatlah maksiat sesuka hati siang atau malam, pagi atau petang, berkubanglah sepuas hati buat maksiat kat Melaka, MAIM tak akan bertindak sebab tak ada operasi. Patutlah kadar jenayah syariah dan kes anak luar nikah meningkat sekali ganda di Melaka( lihat posting saya sebelum ini ).

Pihak penguatkuasaan bersikap sambil lewa. Siapa lagi nak diharap kalau orang jabatan agama tak nak bertindak? Jika beginilah keadaannya, saya yakin kadar jenayah syariah dan kes buang anak serta anak luar nikah akan terus meningkat pada tahun depan. Kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam tolong peka sedikit masalah ini jangan asyik sibuk dan terhegeh-hegeh serta gegak gempita nak bagi gelaran Datuk pada Shah Rukh Khan aje.. demikian dengusan sahabat saya blogger angkasanuri ...

Inilah mentaliti Jabatan Agama Islam di negeri-negeri BN. Mereka bukannya mahu bertanggungjawab sepenuhnya kepada maksiat yang berlaku. Kadang-kadang bila kita beri maklumat mereka kata tiada anggota atau anggota telah keluar menjalankan operasi di tempat lain.

Saya sebenarnya simpati kepada sahabat kita Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani (dulunya bekas orang kuat PAS, pernah jadi calon PAS), beliau mungkin ingin bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang berlaku di Melaka ini tetapi oleh kerana kekangan-kekangan yang ujud maka beliau tidak dapat menjalankan operasi pencegahan dengan baik.

Semua ini adalah gara-gara kerajaan BN Melaka yang tidak pernah berasa gusar dan bimbang dengan kejadian maksiat yang berlaku semakin hari semakin meningkat.

Cuba renungkan statistik di bawah ini :-

1) Kes hamil luar nikah di negeri ini meningkat kepada 328 kes berbanding 311 tahun lalu.

2) Kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 secara keseluruhannya juga didapati meningkat sebanyak 5.9 peratus atau 93 kes.

3) Kes membabitkan kesalahan syariah meningkat kepada 1,586 kes berbanding 1,493 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

4) Sebanyak 808 kes bersekedudukan dilaporkan pada tahun ini berbanding 699 kes tahun lalu.

Statistik ini dikeluarkan oleh Sahabat Kita, Ustaz Rahimin Bani.

Sepatutnya kerajaan BN Melaka mesti mengambil langkah drastik bagi mengurangkan masalah maksiat ini.

Antara langkah-langkah yang saya cadangkan adalah :-

1) Memperbanyakkan kelas pengajian agama di setiap surau dan masjid bukannya menghalang dan memberhentikan kelas yang dijalankan oleh Ustaz-ustaz tertentu. Ada yang lulus Azhar pun di halang dari mengajar di masjid dan surau

2) Menutup semua premis-premis kelab malam, karaoke, pusat hiburan, dangdut, pub dan sebagainya

3) Menutup semua premis pelacuran, spa, rumah urut dan hotel-hotel murah yang dikenalpasti menjalankan aktiviti maksiat.

4) Menghalang semua aktiviti-aktiviti berunsur maksiat seperti konsert, pergaulan bebas dan sebagainya.

5) Menambah bilangan penguatkuasa kerana sekarang bilangan yang ada sekarang sangat terhad dan tidak mampu menjalankan kerja dengan berkesan.

6) Memberikan kuasa kepada Imam, Pegawai Masjid, Tok Sidang dan JKKK menangkap pelaku-pelaku maksiat yang bertebaran di serata Melaka

7) Melancarkan kempen kesedaran tentang pentingnya semangat kejiranan dalam usaha mencegah maksiat dan mungkar.

8) Menjalankan program-program keagamaan yang menarik minat pemuda-pemudi untuk menyertainya.

9) Menilai semula kuliah-kuliah agama yang dijalankan di masjid dan surau di Melaka kerana rata-rata kuliah dan kelas agama yang ada sekarang mengajar ilmu-ilmu yang sama dulu,kini dan selamanya.

10) Menanamkan kesedaran tentang pentingnya Amar Makhruf Nahi Mungkar dalam masyarakat.

11) DAN YANG PALING PENTING MENUKAR KERAJAAN YANG ADA SEKARANG KERANA KERAJAAN BN INI JELAS TIDAK SERIUS DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN. PILIHANRAYA AKAN DATANG KITA UNDI PAS DAN PAKATAN RAKYAT.

RASUAH HALAL, HADIRI PROGRAM PAKATAN RAKYAT HARAM ~ Ref Malaysiakini

Umno benar-benar sudah nyanyuk dan pening. Umno sudah hilang pertimbangan yang waras dan bertindak tidak tentu hala.

Terbaru Umno terbukti tidak waras dengan bertindak memecat Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim hanya kerana beliau menghadiri Kongress PKR minggu lalu. Sedangkan pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah, penyelewengan kuasa dan salah laku dibiarkan bebas dan senang lenang.

Isa Samad, Mat Taib dan lain-lain yang jelas terbukti bersalah masih terus diberikan tempat di dalam Umno dan sedang giat berkempen untuk merebut jawatan penting dalam Umno. Begitu juga dengan Rahim Thamby Chik masih kekal sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Jadi untuk sekelian sahabat yang masih bersama Umno marilah kita renung dan congak samada Umno yang ada sekarang sesuai untuk dijadikan wadah perjuangan sedangkan parti itu sudah jauh terpesong dari Islam dan demokrasi.

Pemimpin atasan tidak boleh dinasihat dan dikritik malah ditegur pun tidak boleh. Sesiapa yang menegur juga akan dikenakan tindakan keras sebagaimana Kapten (B) Zahar Hashim yang digantung keahlian selama 3 tahun.

03 December 2008

MAT SABU VS WAN FARID? ATAU WAN MUTALIB VS WAN FARID ~ Ref Malaysiakini

Teka-teki siapa yang menjadi 'ayam sabung' PAS dan BN masih bertiup kencang. Adakah 2 orang dari keturunan Wan akan bertembung atau seorang calon luar menentang anak tempatan yang akan bertarung. Semuanya masih awal untuk diramalkan. Namun kedua-dua parti terus mencongak strategi terutama siapa calon terbaik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada parti masing-masing.

Di pihak PAS bekas calon PRU lalu iaitu Mohd Sabu secara terang-terangan menawarkan diri untuk membawa panji-panji PAS sekali lagi bagi pilihanraya kecil ini. Mohd Sabu disokong pula dengan kenyataan terbuka Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyatakan beliau secara peribadi mahukan Naib Presiden PAS itu bertanding sekali lagi.

Di pihak PAS Terengganu saya yakin mereka mahukan anak tempatan kerana serik dengan keputusan Pilihanraya lalu di mana dakwa mereka pengundi-pengundi menolak PAS di kerusi Parlimen tetapi mengundi PAS di ketiga-tiga DUN yang dimenangi PAS iaitu DUN Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Saya yakin kepimpinan PAS akan membuat penilaian terperinci dengan mengambil kira semua sudut dan suasana semasa.

BN pula hampir pasti meletakkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Wan Farid Wan Salleh yang merupakan orang kuat Budak Tingkat 4 dan Pak Lah sendiri.

Saya meramalkan jika Wan Farid diletakkan sebagai calon BN, peluang PAS untuk menang adalah cerah kerana pengundi Kuala Terengganu mengenali siapa sebenarnya Wan Farid. Mereka beliau luar dan dalam. Apa kegemaran, perangai beliau dan latarbelakang keluarga beliau dikenali dan diketahui oleh mereka.

Jadi saya yakin PAS amat gembira jika Wan Farid dipilih untuk bertarung dengan calon PAS nanti.

ISA : KERAJAAN TERUS BONGKAK DAN SOMBONG ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN terus bongkak dan sombong tidak mahu menghapuskan atau sekurang-kurangnya meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta yang jelas bertentangan dengan Islam dan Hak Asasi Manusia tersebut terus dipertahankan demi 'survival' politik BN. Itulah sahaja sebab mengapa ia terus dipertahankan tanpa justifikasi yang munasabah dan logik.

Dari segi Islam, ISA terbukti terpesong dan bercanggah dengan Islam kerana Islam membuka seluas-luanya peluang untuk tertuduh dibicarakan di mahkamah dan diberikan hak membela diri.

Seseorang tertuduh juga dikira tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan di dalam mahkamah. Lihat bagaimana telus, adil dan hebat hukum Islam berbanding dengan hukum rimba ISA kerajaan BN sekarang.

Dari segi hak asasi manusia juga ISA jelas menyeleweng jauh. Seseorang yang dituduh mestilah dibicarakan di dalam mahkamah terbuka dengan melantik peguam untuk membela diri ataupun membela diri sendiri tanpa bantuan peguam.

Hari ini Menteri Dalam Negeri dengan bongkak berkata ISA tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak.

Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.
Menurutnya ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.

Saya hairan bagaimana seorang menteri boleh bercakap bahawa ISA digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak salahgunakan. Adakah Syed Hamid cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Adakah tangkapan ISA tanpa bukti-bukti seseorang itu bersalah dianggap BERHEMAH?

Adakah tangkapan ISA tanpa bukti-bukti seseorang itu bersalah ADIL?

Adakah memisahkan anak, isteri ayah dan ibu dianggapkan ADIL dan BERHEMAH sedangkan orang yang ditangkap tidak pernah dibuktikan bersalah di mahkamah?

Siapakah Mahfuz Omar, Mat Sabu, Othman Marzuki, Buniyamin Yaakob, Nik Adli Nik Aziz, Tajudin Abu Bakar, Solehan Abdul Ghafar, Lutfi Ariffin, Suhaimi Said, Syed Hussin, Lim Kit Siang, Shaari Sungip dan lain-lain. Adakah mereka ini orang Umno, sehingga berani Syed Hamid menyatakan ISA TIDAK DISALAHGUNAKAN.

PRK KUALA TERENGGANU : PENAMAAN CALON 19 DIS, PENGUNDIAN 28 DIS ? ~ Ref Malaysiakini

SPR sudahpun menerima notis kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian Ahli Parlimennya Allahyarham Datuk Razali Ismail.
Dijangkakan SPR akan bermesyuarat minggu ini atau minggu hadapan. SPR terpaksa juga mengadakan pilihanraya pada bulan Disember ini walaupun banjir sedang melanda Terengganu.

Saya menjangkakan SPR akan menetapkan bahawa tarikh penamaan calon pada 19 Disember dan jika ada pertandingan, pembuangan undi di jalankan pada 28 Disember.
Walaupun SPR mempunyai 60 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi, SPR biasanya tidak mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan tuntutan demokrasi ini kerana SPR mempunyai jentera yang siap sedia bila-bila masa.
Pilihanraya Kecil kali merupakan pilihanraya terakhir di bawah pentadbiran Pengerusi SPR sekarang Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini. Rashid akan digantikan dengan Datuk Abdul Aziz Yusof bermula pada 1 Januari 2009.
Kemungkinan besar beliau juga tidak terlibat secara langsung dengan Pilihanraya kecil ini kerana beliau sekarang berada di Tanah Suci Mekah menunaikan Fardhu Haji.
SPR juga sekarang ini tidak mempunyai Setiausaha kerana setiausaha yang lalu telah bertukar ke kementerian lain.
Saya mengharapkan pilihanraya kecil ini kali ini menjadi titik tolak kepada SPR untuk melakukan reformasi secara total supaya tiada lagi rungutan dari parti-parti politik dan rakyat bahawa SPR tidak telus, berat sebelah dan menyalahgunakan kuasa.
Sebelum ini SPR sering dicemuh kerana gagal menyelesaikan masalah pengundi hantu, nama pemilih yang bertindan, nama pemilih yang hilang dari daftar, pemilih ditukar ke tempat lain dan sebagainya.

AIR PERCUMA DI NEGERI BN, TIRU NEGERI PR? ~ Ref Malaysiakini

Saya menjangkakan kerajaan Negeri BN akan memberikan air percuma kepada rakyat negeri masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR). Kerajaan BN terpaksa meniru kerajaan PR akibat dari tekanan politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.

Padahal jika kerajaan PR tidak memberikan air percuma sudah tentu mereka tidak akan melakukannya. Inilah sikap kerajaan BN yang tidak langsung berfikir untuk membantu rakyat. Bila orang lain melakukannya barulah mereka terbuka mata untuk berbuat demikian.

Sebelum ini kerajaan negeri Selangor dan Perak telah merintis jalan memberikan air percuma berjumlah 20 meter padu kepada rakyat negeri masing-masing.

Saya mengharapkan selepas ini kerajaan negeri dan Pusat yang diperintah BN meniru semua program dan perancangan kerajaan PR demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Tiru pun tak apa yang penting rakyat terbela dan sejahtera.

MINYAK : KERAJAAN DAPAT SUBSIDI DARI RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Harga minyak turun lagi hari ini sebanyak 10 sen. Petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.

Harga Petrol sekarang adalah lebih rendah dari harga sebelum ianya dinaikkan pada Jun lalu iaitu RM1.92 sen.

Namun begitu dari perkiraan sebenar, kerajaan sepatutnya menurunkan harga minyak sehingga ke tahap RM1.38 seliter berdasarkan dengan kadar harga sekarang iaitu AS$47.64 (RM172.93) setong.

Dengan lain perkataan sekarang ini RAKYAT PULA YANG MEMBERIKAN SUBSIDI KEPADA KERAJAAN BUKAN KERAJAAN MEMBERI SUBSIDI KEPADA RAKYAT.

Jadi saya bagi pihak rakyat Malaysia saya menggesa kerajaan menurunkan harga petrol ke tahap harga sebenar minyak dunia iaitu sepatutnya RM1.52 seliter.

KESIHAN KERAJAAN MELAKA DIPERMAINKAN SHAH RUKH KHAN? ~ Ref Malaysiakini

Shah Rukh Khan (SRK) jelas memperkecil-kecilkan penghargaan kerajaan Melaka kepadanya. Sudah berapa kali SRK membatalkan acara penganugerahan Pingat Dato' kepadanya.

Nampak sangat beliau tidak terasa pentingnya pingat tersebut kepadanya. Kerajaan Melaka seolah-olah bagaikan 'Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' dikerjakan SRK.

Rakyat Melaka saya kira sebahagian besarnya tidak bersetuju dengan penganugerahan ini. Penghargaan ini dikritik hebat oleh orang ramai memandangkan jasa SRK kepada negeri Melaka tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan jasa bekas tentera, guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan aktivis masyrakat yang mempertaruhkan nyawa, masa, harta dan jiwa raga untuk agama dan watan.

Sesungguhnya sikap SRK jelas membuktikan beliau tidak memandang tinggi kepada Melaka.

Saya setuju benar dengan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari (gambar) yang membuat kenyataan bahawa tindakan SRK ini menunjukkan anugerah Dato' tersebut tiada kewibawaan dan menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Melaka selaku pemberi anugerah.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan SRK yang meminda-minda tarikh anugerah itu seolah-olah tidak menghargai dan memandang rendah penganugerahan Dato' itu.

Adly juga mempersoalkan berapa banyak kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri berhubung dengan dua kali pembatalan majlis bagi tujuan tersebut sebelum ini dan pada kali ini pula terpaksa diadakan suatu lagi majlis khas untuk aktor Bollywood itu.


PRESIDEN UMNO 'MAKSUM' TIDAK BOLEH DIKRITIK? ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi resam dan adat di dalam Umno bahawa Presidennya 'maksum' (tidak pernah melakukan kesalahan) dan tidak boleh dikritik atau dinasihati. Sebab itulah siapa yang mengkritik dan menasihatinya akan ditempelak, dimaki hamun dan dicaci.

Buktinya Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim digantung keahlian Umno selama 3 tahun kerana membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.

Zahar dituduh sebagai mengkritik parti padahal beliau sebenarnya mengkritik Presiden Umno. Apakah Presiden Umno 'imune' dan manusia suci sehingga tidak boleh dikritik dan dinasihati.

Begitu juga halnya dengan Zaid Ibrahim. Beliau dipecat kerana mengkritik kerajaan dalam isu akta zalim ISA.

Jelas terbukti bahawa demokrasi telah mati di dalam Umno. Orang yang berkuasa yang berada diatas tidak boleh dikritik dan ditegur. Ini adalah keadaan yang sangat merbahaya kepada negara kerana jika seseorang pemimpin tidak boleh ditegur maka sudah tentu mereka bebas melakukan apa sahaja tindakan. Mereka akan sentiasa merasakan diri mereka betul dan perfect.

02 December 2008

PRESIDEN AKIM, HANAFI MAMAT MENANG DI PRK KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Setelah membuat kejutan bertanding pada PRK Permatang Pauh, Parti AKIM sekali lagi berhasrat untuk kacau daun di Kuala Terengganu. Apa motifnya kita pun tidak tahu. Mungkin untuk mencari publisiti supaya rakyat Malaysia tahu bahawa AKIM masih ujud. Jika tidak bertanding di Permatang Pauh dulu sudah tentu tiada siapa yang tahu samada AKIM masih ujud atau sudah 'GOL' tanpa nisan.

Hari ini Presidennya Hanafi Mamat berkata AKIM kemungkinan akan bertanding lagi. Sebagaimana di Permatang Pauh AKIM juga yakin akan memenangi pilihanraya kecil ini. Kalau di Permatang Pauh AKIM 'merasuah' pengundi dengan lemang yang dibakar di sebuah padang kali ini saya menjangkakan AKIM akan memasak nasi dagang dan keropok makanan kegemaran orang Terengganu untuk meraih sokongan.

"Loh Gi lah Pi mu nok wak ggapo pun, mu ado hok ttanding ko tok se ko"

Kalau benar AKIM akan bertanding maka kemungkinan PRK kali ini akan menyaksikan pertandingan antara parti 'favourite' AKIM, BN, PAS dan jangan lagi Tok Mun (Nenek Maimun) calon kedua 'favourite'.

Nenek Maimun juga semalam menyatakan minat untuk bertanding sekali lagi jika ada pihak yang 'sponsor'. Apa lagi Umno, Tok Mun dah 'offer' nak bertanding, sponsor lah cepat.

Pada PRU 12 dulu Tok Mun berjaya memecahkan undi PAS sehingga beliau memperolehi undi yang 685 lebih besar dari majoriti kemenangan BN iaitu 628 undi.

MIC MARAH MUKHRIZ ~ Ref Malaysiakini

Marah benar MIC kepada anak bekas Boss mereka Mahathir iaitu Mukhriz sehingga meminta Peguam Negara, Gani Patail mengambil tindakan kepada putera kesayangan Mahathir itu.

Semuanya kerana kenyataan Mukhriz yang menjolok sarang tebuan dengan mencadangkan sekolah-sekolah vernakular ditutup.

Untuk pengetahuan MIC, bukan sahaja Sekolah Vernakular yang dicadangkan supaya ditutup sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sudah lama dianaktirikan oleh Umno/BN. Mungkin mereka menyatakan bukan hasrat mereka menutup SAR tetapi hakikatnya mereka mahu berbuat demikian dengan menghentikan bantuan perkapita.

Pada saya MIC tidak usah melatah dan berlakon kerana kenyataan Mukhriz ini semuanya adalah untuk meniup semangat perkauman di kalangan orang Melayu dan juga orang India supaya orang Melayu berdiri teguh di belakang Umno dan orang India kembali memuja MIC.

Isu ini sama sahaja dengan isu ketuanan melayu yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Umno mengambil kesempatan dari bola tanggung yang diumpan oleh Soi Lek. Niat MCA dan Umno ialah supaya masing-masing dilihat menjadi 'jagoan tengik' orang Tionghua dan Melayu.

DOLLAH MASIH BERANGAN UNTUK TERUS JADI PM SELEPAS MAC 2009? ~ Ref Malaysiakini

Adakah Dollah Badawi ingin terus menjadi PM selepas Mac 2009? Persoalan berlegar-legar semula di kalangan para pemerhati politik. Mungkin Dollah telah memasang strategi ampuh untuk meneruskan niatnya itu.

Ianya mungkin betul. Malah Dr Mahathir seolah-olah mengiyakannya apabila hari ini menggesa rakyat memberi mesej jelas kepada Umno dan BN jika Dollah cuba menjadi PM selepas Mac 2009. Harakahdaily menyiarkan kenyataan Mahathir ini.

Kalau benar Dollah bernafsu lagi untuk menjadi PM maka saya menjangkakan satu 'perang' besar bakal berlaku dalam Umno antara gerombolan 'tentera' Dollah dan Najib. Mahathir juga mungkin turut campur.

Dari kenyataan Mahathir hari ini saya terhidu sesuatu sedang dilakukan oleh Dollah untuk menjahanamkan Najib dan Mahathir sekali.

Kita sama-sama tunggu dan lihat.

PRK KUALA TERENGGANU : ' SANTA KLAUS JADIAN MULA JANJIKAN HABUAN DAN HADIAH ~ Ref Malaysiakini

Sebagaimana kebiasaan bila tiba sahaja musim pilihanraya maka sudah tentu ramai pemimpin Umno akan menjadi 'Santa Klaus' jadian menjanjikan pelbagai projek dan habuan kepada rakyat di kawasan berlakunya pilihanraya kecil.

Lihat sahaja bagaimana hebatnya 'Santa Klaus' jadian ini masuk keluar kampung menjanjikan projek segera dan habuan di Permatang Pauh dahulu. Namun mereka di malukan apabila umpan mereka diambil tetapi undi diberikan kepada Pakatan Rakyat. Sah rakyat semakin cerdik dan pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Rasuah politik seumpama politik wang yang digunakan oleh BN ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

Saya yakin kali ini rakyat sekali lagi akan mengajar BN kerana sikap kurang ajarnya memperkecil-kecil rakyat dengan sokongan projek, janji manis dan duit. Semalam terbukti taktik lama ini telah digunakan. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mengumumkan bahawa kerajaan Terengganu akan membina kilang membuat komputer ciptaan Malaysia dengan kerjasama gergasi komputer dunia. Katanya kerajaan negeri membelanjakan RM8.5 juta untuk membina kilang tersebut. Jadi menurutnya ramai rakyat Terengganu akan mendapat pekerjaan

Jelas sekali ini kempen pertama Ahmad Said dalam siri kempen-kempen membuat janji dan habuan selepas ini. Entah apa durian runtuh dan projek yang akan diumumkan oleh 'Santa Klaus' jadian lain selepas ini yang akan kita tunggu dan lihat.

'Santa Klaus'' jadian dari Kuala Lumpur sudah tentu sedang mencongak membuat perkiraan apa yang akan dijanjikan kepada penduduk Kuala Terengganu. Kali ini saya yakin ianya lebih hebat kerana Ketua "Santa Klaus' jadian sudah memegang kementerian yang menjaga duit.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMOGA BERJAYA

Saya mengucapkan Selamat Menghadapi peperiksaan kepada Azimah Abdul Aziz dan rakannya, Nor Azilah Rashid (kiri) yang menaiki perahu yang dikemudi adiknya, Mohamad Ridzuan dari Kampung Bendang Pak Yong untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang bagi menduduki peperiksaan STPM di Tumpat, Kelantan, semalam.

Semoga kalian berjaya mengejar cita-cita masing-masing. Gambar di ambil dari Utusan Meloya.

01 December 2008

MEDIA HENTI SENSASIKAN BERITA PERCERAIAN ARTIS ~ Ref Malaysiakini

Saya menggesa media menghentikan serta merta segala berita tentang perceraian artis yang dilihat menjadi penghias media massa kita sejak dahulu hingga kini. Malah sejak akhir-akhir ini berita perceraian ini dijadikan berita wajib kesemua media tempatan.

Apa motifnya mereka menyiarkan berita negatif ini. Adakah sekadar untuk melariskan media mereka atau ada agenda tersembunyi lain.

Jika tujuannya untuk menjadi pelaris kepada media mereka, saya cadangkan supaya ianya dihentikan serta merta. Sesungguhnya berita perceraian ini banyak memberikan kesan negatif dan tidak elok kepada anak-anak muda dan masyarakat kita.

Saya bimbang berita seumpama ini menyebabkan anak-anak muda merasa takut untuk berkahwin dan lebih suka berpasangan tanpa ada ikatan yang sah. Saya juga bimbang jika masyarakat memandang perceraian sebagai perkara biasa seolah-olah tiada kesannya, bila-bila boleh bercerai. Sedangkan perceraian sebenarnya adalah perkara besar di mana runtuhnya sebuah institusi masyarakat yang akhirnya menyebabkan keluarga porak peranda, anak-anak menjadi mangsa, semangat kekeluargaan antara ipar, besan hancur dan sebagainya.

Jelas sekali berita perceraian artis yang disensasikan ini boleh mempengaruhi suami isteri dan anak-anak muda. Pada mereka silap sikit boleh cerai, fasakh dan sebagainya.

Mahukah anda sebagai tuanpunya media, ketua pengarang media dan wartawan terlibat sama menyumbangkan perkara negatif kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat.

ARIF SHAH : AYUH SERTAI PAKATAN, MASA DEPAN ANDA SUDAH GELAP DALAM UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan supaya YB Arif Shah Omar Shah ADUN BN Seberang Jaya supaya cepat-cepat menyertai PR kerana masa depan beliau di dalam Umno sudah gelap dan tertutup. Ini kerana keputusannya mencabar Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Jalil Majid pada pemilihan lalu merupakan pertarungan 'hidup mati'. Jadi bila beliau tewas bermakna matilah karier politiknya dalam Umno.

Hakikat ini terbukti apabila Jalil langsung tidak melantik Arif untuk menjawat sebarang jawatan dalam Bahagian Umno tersebut walaupun merupakan seorang wakil rakyat.

Jadi tidak ada gunanya Arif Shah terus bersama Umno kerana Umno bukanlah tempat orang yang ikhlas, orang baik dan orang yang tidak ada masalah. Umno sebenarnya menjadi habitat bagi seseorang yang zalim, tidak berhati perut, perasuah, keras kepala, pendendam dan seribu satu macam sifat mazmumah.

Maka saya mencadangkan kepada YB Arif supaya tidak perlu berfikir panjang lagi. Perkara baik perlu dilakukan tanpa lengah.

Lebih cepat YB menyeberang lebih baik kerana tidak ada gunanya bergelumang di lembah maksiat Umno dan kezalimannya.

BN AKAN DIMALUKAN DI KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Sudah timbul riak-riak BN akan dimalukan di Kuala Terengganu. Ini kerana dari awal lagi BN kelihatan tidak bersemangat untuk bertarung disebabkan masalah dalaman di peringkat Pusat dan negeri.

Sekali lagi 3 kem dalam Umno akan bertarung sesama sendiri untuk merebut tempat menjadi calon. Kem Najib, Kem Pak Lah dan Kem Mahathir sedang berkira-kira untuk meletak calon masing-masing.

Pak Lah sudah tentu mahu meletakkan ayam jagonya Wan Farid yang suka berkaraoke untuk menjadi calon. Najib mahukan orangnya manakala Mahathir melalui anaknya Mukhriz juga mempunyai calon tersendiri. Menteri Besar Ahmad Said tidak saya ketahui dari kem mana? Tetapi beliau sudah pasti bukan dari kem Pak Lah kerana beliau bukan calon MB Pak Lah dulu. Idris yang menjadi kesukaan Pak Lah.
Veretan-veteran Umno Kuala Terengganu seperti Roslan Awang Chik, Zuber Embong, Che Mat Jusoh dan lain-lain pula mungkin menjadi simpatisan Mahathir.

Maka bercakaranlah Umno sesama sendiri. Bila bercakaran sudah tentu ada yang bercalar, luka, patah hati dan marah. Bila marah sudah tentu akan ada yang menikam Umno dari belakang dan ini akan memberikan kelebihan kepada PAS.

Di pihak PAS pula saya yakin tidak pergeseran kerana masing-masing bersedia untuk dicalonkan atau tidak dicalonkan. Bila-bila masa Wan Mutalib Embong, Mustafa Ali, Syed Azman, Wahid Endut, Ariffin Deraman maupun Mat Sabu sudah siap sedia dengan baju melayu masing-masing untuk 'melawa' pada hari penamaan calon. Malah mereka juga bersedia untuk menjadi pencadang dan penyokong maupun saksi sahaja. Itulah hebatnya PAS dan ahli-ahlinya yang tidak menjadikan jawatan sebagai buruan perjuangan.

Saya yakin Umno sebenarnya sedang kusut masai untuk memilih calon yang sesuai bagi menentang calon PAS yang sudah tentu diterima ramai. Malah tidak ada seorang pun bakal-bakal calon BN yang setanding dengan bakal-bakal calon PAS dari segi akhlaq maupun latarbelakang akademik.

Tidak syak lagi Umno/BN sebenarnya dalam dilema seperti apa yang dialami mereka di Permatang Pauh. PAS akan menang Insya Allah.

'CHECKLIST' AUDIT 'PERFORMANCE KERAJAAN PAKATAN ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini saya catatkan beberapa persoalan (checklist) untuk semakan 'performance' kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri :-

1) Berapa peratuskan Janji-janji manifesto Pilihanraya PR telah ditunaikan? Jawapan : _____
Jika tidak sampai 50 % sila nyatakan sebab-sebab dan apa tindakan/perancangan?

2) Sudahkah 'survey' atau kajiselidik dijalankan untuk menilai performance kerajaan Negeri PR? Jika sudah nyatakan keputusannya dan apakah tindakan susulan yang telah diambil?

3) Apakah sebab rakyat tidak suka kepada kerajaan PR? Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasinya?

4) Nyatakan dengan 'fact & figure' persepsi rakyat Melayu, India, Cina dan lain-lain tentang kerajaan PR?

5) Kerajaan manakah yang disukai oleh rakyat? Kerajaan BN terdahulu atau kerajaan PR sekarang? Nyatakan secara berfakta dan angka yang tepat dengan kajian yang sistematik?

PRK K.TERENGGANU : AHMAD SAID MERENDAH DIRI ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said bersikap merendah diri bila ditanya berkenaan peluang BN pada PRK Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad, PAS memang kuat di Parlimen Kuala Terengganu sebab itu 3 dari 4 DUN di Parlimen tersebut dikuasai oleh PAS. BN hanya menang 1 DUN sahaja.

Kenyataan Ahmad ini disiarkan oleh media hari ini.

Nampak jelas Ahmad tidak begitu yakin bahawa BN akan menang mudah PRK ini. Beliau mungkin sedar bahawa PAS yang hampir pasti akan menjadi ayam sabung PR di sini sudah tentu meletakkan calon anak tempatan bagi mengimbangi kekuatan BN.

Kesilapan PAS meletakkan orang luar pada Pilihanraya Umum lalu dihukum oleh pengundi Terengganu apabila calon PAS Mat Sabu kecundang kepada Allahyarham Razali Ismail dengan majoriti 628 undi. Majoriti undi ini malah kurang dari undi yang diperolehi oleh nenek Maimun Salleh yang mendapat 685 undi. Jika kesemua undi yang diperolehi oleh Maimun diberikan kepada Mat Sabu sudah tentu Naib Presiden PAS itu akan menang.

Dari nada yang ditunjukkan oleh Ahmad Said ini menunjukkan BN Terengganu sedar bahawa bukan satu tugas untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Lebih-lebih jika dikira undi kesemua DUN yang diperolehi PAS berbanding BN, PAS jauh meninggalkan BN.

Atas dasar inilah Ahmad menunjukkan sikap merendah diri sebagai strategi untuk mendapat simpati pengundi Kuala Terengganu.

Untuk rekod PAS menang di DUN Wakaf Mempelam dengan majoriti 2,193 undi; DUN Ladang dengan majoriti 31 undi dan DUN Batu Burok dengan 1,161 undi.

Manakala BN menang di DUN Bandar dengan majoriti 1,142 undi.

PRK KUALA TERENGGANU : KEMPEN DI DALAM BANJIR ~ Ref Malaysiakini

Musim tengkujuh datang lagi. Hujan lebat mula mencurah-curah khasnya di negeri-negeri Pantai Timur. Ketiga-tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang mula ditimpa ujian Allah dengan banjir.

Di Terengganu kira-kira 2,789 orang. Manakala di Kelantan dan Pahang jumlah mangsa banjir yang dipindah masing-masing berjumlah 853 dan 87 orang.

2 hari lepas ketentuan Allah menjemput Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Allahyarham Dato' Razali Ismail menemuiNya dalam musim tengkujuh ini. Maka mengikut undang-undang pilihanraya negara Islam Hadhari ini SPR terpaksa menjalankan Pilihanraya Kecil dalam masa 60 hari selepas notis kekosongan kerusi tersebut di terima dari Speaker Dewan Rakyat.

Mahu tidak mahu kemungkinan besar kita semua samada petugas PR atau BN berkempen dalam hujan dan meredah air banjir jika ditakdirkan banjir melanda Kuala Terengganu yang sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Maka akan lakulah payung, baju hujan, topi, bot dan pelbagai peralatan yang sememangnya amat berguna di kala musim hujan dan banjir.

APA TUNGGU LAGI PPP, AYUH 'JOIN' PAKATAN ~ Ref Malaysiakini

Perkara yang baik tidak perlu tunggu lama-lama. Itulah gesaan saya kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) yang berhasrat untuk keluar dari BN jika ISA tidak dipinda oleh parti tersebut.

Bagi saya PPP tidak perlu menunggu lama kerana BN sudah pasti tidak akan meminda akta yang senjata ampuh mereka berhadapan dengan pembangkang. Mustahil untuk BN memindanya kerana akta tersebut terbukti begitu berjaya menakut-nakutkan rakyat dan pembangkang.

Semalam Presiden PPP, M Kayveas berkata partinya akan keluar dari BN jika ISA tidak dipinda sebelum Pilihanraya Umum akan datang.

Desakan ini juga dibuat oleh sayap Wanita dan Pemuda PPP.

ZAID DITAJI OLEH PEMIMPIN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Bekas Menteri Kabinet Islam Hadhari, Zaid Ibrahim teruk di'kerja'kan oleh pemimpin Umno lantaran kehadirannya pada Kongress PKR semalam. Zaid yang telahpun diajukan dengan surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno membuat kejutan apabila menghadiri kongres bersama-sama dengan seorang lagi bekas orang kuat BN dari SAPP iaitu Yong Teck Lee.

Kehadirannya itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno, antaranya Muhyiddin Yassin yang mahukan Zaid membuat penjelasan mengapa beliau hadir pada kongres tersebut sedangkan beliau masih seorang ahli Umno.

Menurut Muhyiddin, Lembaga Disiplin UMNO wajar menghukum bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang hadir pada perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Muhyiddin Yassin menegaskan, perbuatan tersebut jelas melanggar etika parti dan bertentangan dengan semangat yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Manakala Pemuda Umno Bahagian Subang mencadangkan supaya Zaid dipecat dari Umno.

Bagi saya Zaid perlu membuat pendirian dengan cepat. Tidak perlulah beliau dipecat baru hendak menyatakan kecenderungan politiknya. Apa yang penting prinsip perjuangan kita mesti kita tunjukkan supaya orang lain tidak sangsi dan prasangka kepada kita.

30 November 2008

PENOREH GETAH SEMAKIN TERTEKAN ~ Ref Malaysiakini

Penoreh getah di seluruh Malaysia tertekan dengan harga getah yang kian menurun secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Kalau beberapa bulan dahulu harga getah 'sekerap' adalah RM4.00 sekilogram kini harga merudum kepada sekitar RM1.50 sen sahaja sekilogram.

Seorang pekebun kecil, Haji Yassim Musa dari Kampung Paya Dalam, Ayer Molek kesal dengan sikap kerajaan yang berlepas tangan dengan membiarkan harga getah merudum tanpa apa-apa tindakan diambil.

"Saya kesal kerana kerajaan langsung tidak prihatin dengan masalah penoreh getah yang semakin tertekan dengan penurunan harga getah sekarang".

"Macamana penoreh getah dapat hidup dengan pendapatan sebegini tambahan pula harga barangan keperluan harian yang terus mahal tidak turun-turun. Dahlah sekarang hujan turun setiap hari harga getah pula semakin merudum" keluh Hj Yassim yang mempunyai beberapa hektar kebun getah yang ditoreh oleh 'Kuli'nya.

Menurutnya ketika harga getah RM4.00 sekilo dahulu pendapatannya yang dibahagi dua dengan penoreh getahnya agak mewah tetapi kini semuanya tinggal kenangan.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah drastik untuk membantu penoreh-penoreh getah ini. Kalau nelayan dapat subsidi minyak dan sebagainya kami pekebun getah dan penoreh getah tidak mendapat apa-apa bantuan dan subsidi"

"Ini tidak adil kepada kami yang juga orang susah, bukan nelayan saja susah kami pun susah" keluh beliau dengan nada sayu.
Komen Hasbullah Pit tentang isu ini :-
Ramai orang Malaysia yang berkereta lebih sukakan harga komoditi rendah supaya harga minyak rendah.
Ahli politik Pakatan Rakyat dengan BN lebih kurang sama, sukakan harga minyak rendah, seolah2 penurunan harga minyak mampu mengubati segala-galanya.
Maka terpaksalah penoreh getah nenanggung nafsu politik populis pakatan rakyat dan BN.
Nak harga minyak rendah tapi tak mahu harga getah rendah?
Politik sepatutnya menjurus kepada polisi matawang yang tidak bergantung pada Amerika.
Nilai matawang sepatutnya lebih rapat dengan komoditi bukannya USD.
Tapi nak buat macam mana, ahli politik Malaysia lebih sukakan harga minyak murah supaya dapat undi orang yang berkereta berbanding penoreh getah.

PRK KUALA TERENGGANU : PENAMAAN CALON 12 DIS PENGUNDIAN 21 DISEMBER ? ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu sudah pasti berlaku. Tidak ada 'khilaf' lagi. BN dan SPR tidak ada alasan untuk menidakkan berlakunya PRK ini. Tidak ada undang-undang pilihanraya yang memperuntukan bahawa PRK ini tidak boleh diadakan. Maka terpaksalah BN menghadapinya walaupun mereka sebenar cukup takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum Mac lalu dan PRK Permatang Pauh.

BN sedar bahawa 'mood' rakyat sekarang ialah menolak BN yang rakus, zalim dan tamakkan kuasa. Masalah dalaman Umno dengan gejala rasuah; masalah kepimpinan dalam MCA dan MIC benar-benar merimaskan BN.

Namun begitu apakah daya BN terpaksa mengharunginya dengan berat hati. BN sedar Kuala Terengganu bukanlah kubu kuat mereka kerana 3 dari 4 DUN dalam parlimen ini dikuasai oleh PAS walaupun BN Terengganu menang besar pada pilihanraya umum lalu. 3 dari 6 kerusi PAS datang dari Parlimen Kuala Terengganu iaitu Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang. 3 lagi kerusi PAS adalah Rhu Rendang, Manir dan Bukit Payong.

Para pemerhati politik mengjangkakan BN agak susah untuk mempertahankan kerusi ini jika PAS meletakkan calon yang benar-benar diterima oleh pengundi Kuala Terengganu yang 'educated' dan berfikiran matang. Namun begitu hakikat yang harus diterima PAS bahawa orang Terengganu lebih selesa dengan calon dari anak tempatan. Sementelahan pula PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Negeri Terengganu sendiri mempunyai saf calon-calon yang berkaliber terdiri dari tokoh veretan dan muda. Antaranya AJK PAS Pusat, Dato' Haji Wan Abdul Mutalib Embong; YB Syed Azman Syed Ahmad; Dato' Mustafa Ali dan tokoh muda seperti Azman Syafawi dan Ariffin Deraman.

Namun ada juga kemungkinan calon Pilihanraya Umum lalu iaitu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di'sabung'kan sekali lagi di sini.

Di pihak Umno nama-nama seperti Ketua Umno Bahagian Terengganu, Senator Wan Farid; Bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong dan Bekas Speaker Che Mat Jusoh disebut-sebut antara calon 'favourite' untuk bertempur dengan PAS.

Maka saya kira tidak hairanlah jika PAS dan BN masing-masing tidak berani untuk mendabik dan bercakap besar akan menang mudah pada pertarungan kali ini.

Para pemerhati politik menjangkakan SPR akan bermesyuarat pada minggu ini juga setelah mendapat notis kekosongan kerusi parlimen ini dari Yang Dipertua Dewan Rakyat. Mereka juga mengjangkakan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 12 Disember dan pengundian akan dijalankan pada 21 Disember.

Tidak kira bila hari penamaan dan pengundian akan dijalankan, pilihanraya ini sudah pasti menjadi medan untuk menguji pengaruh BN dan PR selepas 8 bulan Pilihanraya Umum berlalu. Indikator pertama iaitu pada PRK Permatang Pauh menunjukkan PR terus mendapat sokongan padu pengundi. PRK Kuala Terengganu ini sudah pasti menjadi kayu pengukur peluang kedua-dua gabungan parti pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Najib dan pemimpin BN sudah pasti sekali lagi akan menjadi 'Santa Klaus' jadi-jadian yang akan menjanjikan seribu satu macam projek dan habuan untuk pengundi Kuala Terengganu.

Rakyat Kuala Terengganu akan menjadi Raja dari sekarang sehingga ke hari pengundian.

Pesan kepada mereka berfikirlah secara matang dan cerdik. Jangan kita ditipu untuk kesekian kalinya.

ARIFF SHAH SERTAI PKR? ~ Ref Malaysiakini

Bekas Calon BN pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang juga ADUN Seberang Jaya akan menyertai PKR? Benarkah begitu....

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Dengar khabar Ariff Shah tidak berpuashati kerana beliau dianaktirikan oleh Umno Bahagian Permatang Pauh pimpinan Abdul Jalil Majid. Beliau dikatakan dihalang dari bergiat cergas kerana Jalil bimbang akan pengaruhnya yang dikatakan lebih hebat dari Jalil sendiri.

Kalau benar Arif menyertai PKR, saya kira ini akan memberikan kekuatan yang lebih hebat kepada PKR dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Saya mengharapkan YB Ariff Shah berfikir dengan matang dan bijak kerana Umno sememangnya sudah tidak relevan lagi untuk didokongi.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA HEMA KASIPILLAY ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Hema Kasipillay di atas kematian beliau.

Hema, 51, yang dilaporkan tidak dapat dikesan sejak serangan ganas itu berlaku di Mumbai dijumpai meninggal dunia di dalam bilik penginapannya di Taj Mahal Hotel, semalam.

Hema, dari Bangsar, Kuala Lumpur, dipercayai meninggal dunia kerana sesak nafas akibat terhidu asap dan bedah siasat terhadap mayatnya di Sir Jamshedji Jeejibhai Hospital tidak menemui sebarang kecederaan akibat tembakan.

Saya mengharapkan keluarganya bersabar dengan berita sedih ini.

Sesungguhnya kejadian serangan yang meragut lebih 100 orang merupakan kejadian malang yang mesti dikutuk olleh seluruh insan yang cintakan keamanan.

KEMBALI KEPADA KETUANAN ISLAM, BN JADIKAN ISU KETUANAN MELAYU UNTUK TARIK SOKONGAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata Islam menolak konsep ketuanan bangsa. "Ketuanan Melayu akan memakan diri sendiri" "Melayu perlukan pertimbangan Agama iaitu Islam.

Islam telah mengangkat martabat Melayu. Melayu hina tanpa Islam. Jangan jarakkan Cina dan India daripada Islam kerana Melayu." katanya yang juga merupakan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurutnya Orang Melayu mesti menyampaikan mesej Islam bukan mesej Ketuanan Melayu. Ini Kerana bersama Islam adanya Hidayah. Hidayah bukan sahaja dikurniakan oleh Allah untuk orang bukan Islam menganut Islam tetapi juga hidayah diberikan oleh Allah kepada orang Bukan Islam untuk tidak menentang Islam walaupun mereka tidak menganut Agama Islam.

Sejarah Nabi Muhammad S.A.W membuktikannya di mana ketika Nabi menjadi pemimpin Madinah golongan Yahudi yang menjadi majoriti penduduk Madinan menerima Nabi Muhammad sebagai Ketua dan juga gembira berada di bawah sistem pentadbiran Islam. Adly juga berkata kita semua adalah pendatang dibumi Allah. Kalau kita amanah kita berjaya, kalau kita khianat kita akan kecewa. Melayu, Cina, India hanyalah bangsa untuk kita saling kenal mengenal sesama kita. Islam harus menjadi tali penghubung bagi kesatuan manusia. Buangkan ego perkauman tak kira kita Melayu, Cina atau India.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek pula berpendapat isu ini sengaja di mainkan oleh MCA dan Umno untuk mendapatkan sokongan kaum Cina dan Melayu. Dengan isu ini katanya, MCA akan dianggap hero Orang Tionghua manakala Umno pula dianggap Hero Orang Melayu.

'Isu perkauman sebegini sentiasa dimainkan oleh MCA dan Umno dari masa ke semasa bagi meraih sokongan orang Cina dan Melayu'."Rakyat Malaysia mesti berfikir secara waras dan matang. Politik perkauman sebenarnya sudah tidak relevan lagi di Malaysia ini, ini dibuktikan apabila parti perkauman seperti MCA, Gerakan, MIC dan Umno ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum lalu" kata Haji Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

Menurutnya tujuan isu ini dicipta oleh MCA dan Umno adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat supaya melupakan isu sebenar yang sedang melanda MCA yang sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan, manakala Umno pula sedang nazak dengan isu rasuah politik/politik wang, isu ekonomi negara yang parah dan sebagainya.

Maka sudah tentu isu perkauman dan ketuanan melayu ini menjadi senjata ampuh untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Umno/BN juga sekarang sedang gusar untuk berhadapan dengan PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Sudah tentu mereka akan menggunakan isu ketuanan melayu ini untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter