KESIHAN KERAJAAN MELAKA DIPERMAINKAN SHAH RUKH KHAN? ~ Ref Malaysiakini

Shah Rukh Khan (SRK) jelas memperkecil-kecilkan penghargaan kerajaan Melaka kepadanya. Sudah berapa kali SRK membatalkan acara penganugerahan Pingat Dato' kepadanya.

Nampak sangat beliau tidak terasa pentingnya pingat tersebut kepadanya. Kerajaan Melaka seolah-olah bagaikan 'Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' dikerjakan SRK.

Rakyat Melaka saya kira sebahagian besarnya tidak bersetuju dengan penganugerahan ini. Penghargaan ini dikritik hebat oleh orang ramai memandangkan jasa SRK kepada negeri Melaka tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan jasa bekas tentera, guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan aktivis masyrakat yang mempertaruhkan nyawa, masa, harta dan jiwa raga untuk agama dan watan.

Sesungguhnya sikap SRK jelas membuktikan beliau tidak memandang tinggi kepada Melaka.

Saya setuju benar dengan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari (gambar) yang membuat kenyataan bahawa tindakan SRK ini menunjukkan anugerah Dato' tersebut tiada kewibawaan dan menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Melaka selaku pemberi anugerah.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan SRK yang meminda-minda tarikh anugerah itu seolah-olah tidak menghargai dan memandang rendah penganugerahan Dato' itu.

Adly juga mempersoalkan berapa banyak kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri berhubung dengan dua kali pembatalan majlis bagi tujuan tersebut sebelum ini dan pada kali ini pula terpaksa diadakan suatu lagi majlis khas untuk aktor Bollywood itu.


Comments

Abuarif said…
Dari awal lagi saya telah jangka perkara ini akan berlaku atas alasan:


1. Gelaran datuk untuknya tiada nilai komersial di India.
2. Budaya disana amat berbeza dengan disini.
3. Datuk tidak akan digunakan dalam sebarang filem di India tak macam di Malaysia.
Apa akan jadi kalau di Malaysia seorang dianugerah Datuk buat macam SRK(ikut suka dia bila nak datang)?.Kat Malaysia orang berebut nak Datuk walaupun berbayar ribuan ringgit.
malayamuda said…
Kalau pelokon Malaysia dapat gelaran " Don " dari Kerajaan Sri Lanka apakah mereka akan excited ?

Samalah SRK dapat gelaran Datuk dari Malaysia.

kalau dapat gelaran " Sir " dari England sudah pasti pelakon Malaysia dan India akan berebut dapatkan gelaran tersebut.

Let this be a lesson for Ali Rustam dan semua pemimpin UMNO
Anonymous said…
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya cuma ingin ia dibincangkan dengan aspek ilmiah bukannya sentimen politik.
Boleh beri pandangan tuan setelah Datuk Shah Ruk Khan Ke Melaka & terima anugerah tersebut dengan besar hati (katanya). Dan bagaimana pula janji2 Datuk SRK yang nampaknya seperti bakal membantu industri pelancongan Melaka terutama apabila kini dia telah menjadi 'Duta Pelancongan Melaka' dgn dibawa melawat merata tempat pelancongan Melaka. Kalau gambar2 tersebut diedarkan ke peringkat antarabangsa.. munkinkah ia bakal mengamit pelancong ke Melaka? Sekian, terima kasih.

Makhluk Allah.