Bekas Calon BN pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang juga ADUN Seberang Jaya akan menyertai PKR? Benarkah begitu....
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.
Dengar khabar Ariff Shah tidak berpuashati kerana beliau dianaktirikan oleh Umno Bahagian Permatang Pauh pimpinan Abdul Jalil Majid. Beliau dikatakan dihalang dari bergiat cergas kerana Jalil bimbang akan pengaruhnya yang dikatakan lebih hebat dari Jalil sendiri.
Kalau benar Arif menyertai PKR, saya kira ini akan memberikan kekuatan yang lebih hebat kepada PKR dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Saya mengharapkan YB Ariff Shah berfikir dengan matang dan bijak kerana Umno sememangnya sudah tidak relevan lagi untuk didokongi.

Comments
Kalau dia keluar dari UMNO,merupakan satu kerugian besar bagi BN, kalau dia masuk PKR, merupakan satu keuntungan bagi PR!
Ini adalah kerana perjuangan UMNO sudah rosak..sudah tersasar dari landasan perjuangan sebenar...sudah tercemar dengan amalan rasuah...dan banyak lagi hal-hal yang mengizinkan orang MELAYU menjauhkan diri mereka dari mendekati UMNO.
Perjuangan misti diteruskan oleh mereka yang bergelar pejuang. Buat masa ini saya lihat hanya PAKATAN RAKYAT sahaja sebuah wadah yang mampu mengangkat dan mengembalikan maruah ketamadunan NEGARA.
Sebagai pengundi DUN Seberang Jaya, saya amat mengalu-alukan penghijrahan Datuk Arif Shah demi kebaikan semua pihak.