.

.

20 August 2016

TAHNIAH CILIK AL FATEH SG PUTAT





Tahniah kepada murid-murid, guru-guru, pihak pengurusan dan keluarga Tadika CILIK AL FATEH Sg Putat atas kejayaan menjuarai kejohanan Sukan CILIK AL FATEH kali pertama di Johor Baharu hari ini. Anda semua memang hebat.

GEJALA SOSIAL SEMAKIN PARAH


Kes yang dirujuk ke Hospital Selayang melibatkan gejala sosial semakin meningkat sejak 2014 dengan kes penderaan kanak-kanak 

Hospital itu menerima 59 kes penderaan kanak-kanak, 37 kes keganasan seksual dan 29 kes pesakit ditinggalkan 

Itu baru statistik Hospital Selayang belum 1 Malaysia. Ternyata kerajaan gagal menangani isu ini sejak dari dahulu.


19 August 2016

PAS BONGKAK?

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Menurut laporan Bernama, Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan.

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.

“Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama.

PAS menang sebelum ini antaranya adalah disebabkan ketokohan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif serta Pakatan Rakyat.

Sebuah parti politik tidak seharusnya menunjukkan sikap bongkak dan sombong sehingga menutup terus pintu rundingan dengan parti-parti lain.

Parti yang bongkak dan sombong akan ditolak oleh rakyat juga tidak dihormati oleh sesiapa pun. Mengapa dengan Umno boleh berlunak tetapi begitu keras dan bongkak dengan parti-parti lain.

18 August 2016

JANGAN GENTAR NYATAKAN KEBENARAN

Sebagai manusia yang merdeka, kita mesti berani menyatakan kebenaran. Tidak gentar dan takut dengan cabaran dan ugutan.

Budaya berani kerana benar adalah salah satu faktor kejayaan sebuah negara bertamadun, jika budaya ini sudah lenyap maka lambat laun negara akan hancur.

Budaya ini semakin terhakis di dalam negara kita .....

PENGANGGURAN 500,000 SERIUS: BN GAGAL

Benarkah 400,000 sedang menganggur dan majoriti orang muda. Jika benar ini satu kegagalan kerajaan BN yang serius.

Ia bertambah parah dengan kedudukan ekonomi negara yang bertambah parah dengan hutang negara semakin meningkat. Manakala kilang-kilang dan firma semakin banyak ditutup.

17 August 2016

HINA AGONG : MANA PEMUDA UMNO?

Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad diminta agar segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dengan segera kerana menulis di laman Facebook miliknya perkara yang jelas menghina baginda.
Beliau dilaporkan menulis bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan bukannya Dato' Seri Najib Razak.
Mana Pemuda Umno, mengapa diam seribu bahasa ketika Baginda dihina sedemikian rupa. Apakah pemuda pekak dan bisu sehingga tidak nampak dan tidak dengar akan penghinaan yang jelas dilakukan oleh Ahli Parlimen Umno yang kurang ajar ini.
Ini bukan perkara kecil dan remeh. Ia melibatkan penghinaan dan tuduhan yang berat ke bawah Duli Tuanku. Ayuh Pemuda Umno jangan bersembunyi di bawah kantung duit dan projek.
Sementara itu Bekas MB Kedah yang dusingkirkan oleh Najib iaitu Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan bersama Adun pembangkang Kedah lain melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan.
"Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen".
Tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu," kata kenyataan itu.
Kumpulan itu dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atas tuduhan itu kerana ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.
"Selain itu, kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu Rakyat bahawa kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh DOJ.
"Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1.
"Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan Rakyat bahawa Najib bukan MO1 yang dimaksudkan," katanya.
Kumpulan berkenaan turut mendesak agar Najib Razak menghentikan semua penipuan yang menjelekkan, segera undur sebagai Perdana Menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang membelenggu negara.
Gambar sekadar hiasan sahaja

AZIZUL HASNI TIDAK DIHARGAI

Kita berasa sedih dengan keluhan athlet lumba basikal handal kita Azizul Hasni Awang yang seolah-olah tidak dihiraukan oleh kerajaan BN Terengganu.

Keluhan beliau dalam Facebook benar-benar menyedihkan. Negeri tempat tumpah darahnya sendiri tidak mengiktiraf kejayaan beliau selama ini.

Kejayaan macamana lagi yang diinginkan oleh mereka sehingga kejayaan Azizul di peringkat Asia dan dunia sebelum ini dipandang sebelah mana sahaja.

Gambar di atas sekadar hiasan .....




ZAID PULA SAMAN NAJIB

Setelah Dato Husam Musa dan Matthis Chang menyaman Perdana Mentri Najib Razak kini Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi pelanggaran kewajipan fidusiari.
Beliau menuntut Najib memulangkan AS$731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.
Zaid juga menuntut supaya wang RM42 juta, yang menurut Najib diterima daripada anak syarikat dana berdaulat negara, 1MDB - SRC International Sdn Bhd - juga dikembalikan kepada kerajaan dan 1MDB.
Beliau menamakan Najib, 1MDB, kerajaan dan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam saman itu.
Zaid memfailkan tindakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Wang AS$731 juta itu termasuk AS$681 juta yang dilaporkan berada di akaun Ambank peribadi milik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mac 2013.
Manakala bakinya, AS$20 juta pula didakwa diterima daripada Good Star Ltd antara Februari dan Jun 2011, dan AS$30 juta lagi didakwa diterima daripada Aabar BVI antara bulan Oktober dan November 2012.
Kita berharap Najib dapat memulangkan wang tersebut jika segala dakwaan ini benar. Di saat serangan bertubi-tubi dikenakan kepada beliau Najib terus buat 'dek' d5an berusaha menagih sokongan dari ahli Umno dan pimpinan yang membodek beliau.
Antara jawapan yang disediakan oleh 'war room' Najib ialah kuasa asing cuba campurtangan dalam hal ehwal negara. Bijak sungguh 'war room' ini berfikir. Namun mereka tidak sedar bahawa rakyat hari ini lebih bijak dari mereka. Rakyat sedang menunggu PRU14 untuk melakukan protes senyap. 
Mu tunggu tengok lagu mana PRU14 nanti ....
Gambar sekadar hiasan

16 August 2016

SPRM TAHAN JERUNG, PAUS GERGASI MASIH BERMAHARAJALELA

SPRM tahan 3 jerung. Rakyat yakin masih ramai paus-paus gergasi yg jauh lebih besar dari jerung terus berkeliaran dan bermaharajalela.

EMAS DI RIO : SEMAKIN CERAH

RIO DE JANEIRO: 2 pasangan beregu badminton negara layak ke separuh akhir Sukan Olimpik yang sedang berlangsung. Harapan untuk sekurang-kurangnya meraih 1 pingat emas masih dalam jangkauan. Kita juga mengharapkan Lee Chong Wei juga mara.

Mereka ialah pasangan beregu lelaki Go V Shem dan Tan Wee kiong serta pasangan beregu campuran Chan Peng Soon - Goh Liu Ying.

Pasangan beregu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong melakar kejutan ke atas beregu utama dunia Lee Yong Dae-Yoon Yeon Seong untuk mara ke separuh akhir acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Rio di sini, Isnin.
Beregu Malaysia itu mempamerkan permainan agresif dengan melakukan asakan untuk mencatatkan kemenangan 17-21, 21-18, 21-19 dalam masa 86 minit walaupun mencatat kemenangan kedua dalam lapan pertemuan menentang beregu dari Korea
Selatan itu.
Pertarungan sengit itu menyaksikan beregu Korea membuat percubaan terakhir selepas ketinggalan 13-18 dan merapatkan jurang kepada 19-20 sebelum gandingan Malaysia itu melengkapkan kemenangan untuk ke separuh akhir esok.
V Shem-Wee Kiong akan bertemu Chai Biao-Hong Wei selepas pasangan beregu dari China itu menewaskan pasangan beregu dari Rusia, Valdimir Inaov-Ivan Sozonov 21-13, 16-21, 21-16 dalam masa 56 minit.
Kemenangan beregu negara di pentas suku akhir mencerahkan peluang untuk pasangan itu merangkul pingat.

14 August 2016

BN DAN SPR GANDING BAHU TIPU RAKYAT????

Kerajaan BN Melaka mencadangkan tambahan 2 kerusi Dun dalam Parlimen Bukit Katil dan 1 di Tangga Batu.

Cadangan ini bertujuan utk memberikan kemenangan kepada BN kata Ketua Menteri Idris Haron.

Ternyata persempadanan baru kawasan pilihanraya bukan berdasarkan asas-asas yang digariskan oleh SPR sebaliknya semata-mata untuk kepentingan BN.

Inilah yang sebenarnya dilakukan oleh BN dengan dibantu oleh SPR yang menjadi kuda tunggangannya.

Ayuh rakyat walau macamana pun mereka ubah ayuh kita bangkit tolak BN pada PRU 14 nanti.

Kepada SPR ingatlah segala kerja buat kita akan ditanya oleh Allah.

ANAK ROSMAH DAN JHO LOW KENA SAMAN DI AS

Bukan semua rakyat Malaysia duduk diam dan menjadi Pak Angguk Yes Man.
Rakyat tidak buta kayu menerima apa juga alasan dan penafian tentang isu 1MDB.
Semalam bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa dalam memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.
Chang dan Husam menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.
Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan.
Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.

UMNO PARTI YES MAN YANG SEDANG MEREPUT!!!

Umno bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin kata Presiden Umno, Najib Razak.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikn Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu dan Jamuan Rakyat Sehati Sejiwa di Stadium Mini Kuala Klawang semalam.

Namun kami ingin bagi tahu Najib bahawa Umno adalah parti 'Yes Man' di mana apa sahaja yang pemimpinnya kata mesti dipatuhi. Jika melawan maka pendeklah Umno karier politiknya.

Samada benar atau salah ahli-ahli di bawah tidak berani tegur takut kena buang dan hilang kedudukan serta kepentingan.

Perjuangan bukan lagi untuk kepentingan negara dan rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan pemimpinnya.

PAS GABUNG DENGAN UMNO TIDAK SALAH, SIAPA KATA SALAH

Siapa kata salah Umno gabung dengan PAS. Malah itulah jalan terbaik untuk merealisasikan hasrat Umno yang sudah lama mereka hajatkan. Malah sejak kebelakangan ini pemimpin PAS juga bercakap dalam nada yang sama. Maka eloklah mereka bergabung secara rasmi dengan segera.
Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohd Abduh Nik Aziz berkata, tiada salahnya parti itu bersatu dengan Umno bagi menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 jika MCA dan DAP bersatu menentang akta tersebut.
Menurut beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas, Pas kini menyandarkan harapan kepada Umno yang menyokong pindaan RUU355 walaupun dahulunya menentang.
“Kini, pada masa MCA dan DAP bersatu menentang, harapan adalah pada kelibat Umno yang dulunya menentang, tetapi kini turut bersama menyokong RUU355 ini.
“Ia adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Kalau DAP dan MCA boleh bersatu, apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama,” kata beliau dalam satu kenyataan d facebook.
Nik Abduh juga berkata, Pas dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen muslim agar menyokong RUU355 ini dan merupakan hari besar untuk Islam di Malaysia.
"Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
"Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa. Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. Ia telah lama berlaku dan akan terus berlangsung insya-Allah," katanya.
Beliau sebelum itu mendakwa MCA dan DAP bersatu hati menentang RUU355 yang bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

ANGKARA SIAPA MELAYU MUNDUR???

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...
*HAI MELAYU..*

Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
*Lalu melayu ada apa?*

Harapkan Ustaz,
Saling menyesat,
Harapkan hiburan,
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa,
Banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan,
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah,
Banyak digadai kepada *Korporat!!*

Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi *tuan*,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon _perjuangan ini untuk kalian!_
Kerja sikit,
Sembang kencang,
Banyak rungut,
Sikit rancang,
Siapa tegur,
Dituduh lancang,
Duduk warung,
Gigit kacang!

Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau *melayu* aku pun *melayu*,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
Kau cuma tahu *ber gaya*.

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada melayu tamak kaya!

Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana *Malaya* bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki sesama bangsa harus guris,

Moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara,
Berjasa dan Berkuasa.......
Pedih menyengat.....
Untuk muhasabah diri kita

*JIKA TAK NAK BERUBAH*, *TERUSLAH JADI MELAYU YANG*
*LAYU DI TANAH SENDIRI*

AMANAH TERUS BANTU RAKYAT


Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Saudara Faiz Fadhil dan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Ustaz Mohd Fakrulrazi menyampaikan Bantuan Persekolahan kepada anak-anak mangsa Kebakaran di Kudat,Sabah.

Tahniah kepada Parti AMANAH Negara Negeri Sabah sentiasa Berkerja Untuk Rakyat Sabah

#AmanahProgresifPeduli
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter