.

.

14 August 2016

PAS GABUNG DENGAN UMNO TIDAK SALAH, SIAPA KATA SALAH

Siapa kata salah Umno gabung dengan PAS. Malah itulah jalan terbaik untuk merealisasikan hasrat Umno yang sudah lama mereka hajatkan. Malah sejak kebelakangan ini pemimpin PAS juga bercakap dalam nada yang sama. Maka eloklah mereka bergabung secara rasmi dengan segera.
Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohd Abduh Nik Aziz berkata, tiada salahnya parti itu bersatu dengan Umno bagi menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 jika MCA dan DAP bersatu menentang akta tersebut.
Menurut beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas, Pas kini menyandarkan harapan kepada Umno yang menyokong pindaan RUU355 walaupun dahulunya menentang.
“Kini, pada masa MCA dan DAP bersatu menentang, harapan adalah pada kelibat Umno yang dulunya menentang, tetapi kini turut bersama menyokong RUU355 ini.
“Ia adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Kalau DAP dan MCA boleh bersatu, apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama,” kata beliau dalam satu kenyataan d facebook.
Nik Abduh juga berkata, Pas dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen muslim agar menyokong RUU355 ini dan merupakan hari besar untuk Islam di Malaysia.
"Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
"Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa. Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. Ia telah lama berlaku dan akan terus berlangsung insya-Allah," katanya.
Beliau sebelum itu mendakwa MCA dan DAP bersatu hati menentang RUU355 yang bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter