.

.

12 September 2013

3 MINAT DIAMANAHKAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN DAN 10 NAIB PRESIDEN


3 orang pimpinan PAS berminat untuk diamanahkan sebagai Timbalan Presiden dan 10 orang bagi jawatan Naib Presiden.


Sumber dalaman PAS melihat bahawa penyandang jawatan, Mohd Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang berkira-kira untuk menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Mohd Sabu telah pun mengesahkan bahawa beliu akan tetap mempertahankan amanah yang diterima pada Muktamar PAS dua tahun lalu. Manakala Tuan Ibrahim pernah bertanding jawatan tersebut bersama Mohd dan Nasarudin Mat Isa pada pemilihan 2 tahun lepas. 

Husam pula walaupun tidak mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan negeri tetapi kehebatan dan buah pemikirannya serta 'track record' lalu mampu menggugat kedua-dua calon lain. Andai berlaku pertandingan 3 penjuru, adalah dipercayai Tuan Ibrahim akan menang dengan mudah kerana undi akan terpecah 3. Perkara ini yang berlaku pada pemilihan lepas di mana undi Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasruddin Mat Isa pecah. Malah jika undi Tuan Ibrahim dan Ust Nasa digabung ianya mengatasi undi Mohd Sabu.

Bagaimana pula dengan keadaan Naib Presiden.? Penyandang sekarang Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dikatakan mempertahankan jawatan mereka cuma Husam yang belum menyatakan pendirian samada memilih Naib Presiden atau Timbalan Presiden.

Lain-lain pimpinan yang dikatakan berminat untuk diberi amanah sebagai Naib Presiden ialah Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Amar Abdullah, Ustaz Idris Ahmad, Muhammad Nizar Jamaluddin, Mohd Hatta Ramli, Ir Khalid Samad dan Nasruddin Hassan At Tantawi. Penyertaan mereka ini sudah  akan memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menyertai kabinet AJK PAS Pusat. Selain dari itu bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sudah hampir pasti tidak mahu diberi amanah sebagai AJK PAS Pusat.

Beberapa muka baru dijangka akan turut sanggup diberi amanah sebagai AJK PAS Pusat .........namun apa yang pasti pemilihan PAS tidak akan mengucar kacirkan PAS kerana mereka bertanding dalam suasana ukkhuwwah yang baik dan berakhlaq tidak seperti parti-parti lain.

11 September 2013

PROJEK I/C : MAHATHIR CUBA LEPAS TANGAN?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Katanya, dasar pada masa itu hanyalah untuk memberikan kerakyatan kepada individu yang tinggal di Sabah “untuk masa yang lama” yang layak untuk mendapatkannya mengikut undang-undang.

Bijak Dr Mahathir .......beliau cuba melepaskan diri dari isu ini. Siapa sebenarnya yang berkuasa pegawai kerajaan atau pemimpin BN. Beranikah pegawai kerajaan melakukan kerja 'menjual negara' semacam ini jika tiada kuasa ghaib memberikan jaminan bahawa mereka akan 'selamat' walaupun melakukan kerja terkutuk dan salah ini?

Mungkin orang yang bersalah dalam isu ini lepas di dunia tetapi di Akhirat apakah orang ini juga terlepas. Bukankah kita tahu pada hari perbicaraan di SANA semua anggota kita boleh bercakap dan menjadi saksi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

09 September 2013

BARANG NAIK KITA REDHO JE?

Apa-apa sahaja yang berlaku ke atas kita hatta kita dizalimi dan dianiaya kita redha sahaja .........betul ke macam tu?

Ini yang kita faham dari tulisan seorang yang mengaku Ulama' ............

Rosak semua orang kalau Ulama' macam ini ....apa pandangan tuan-puan.?
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter