.

.

22 November 2016

DAKWAAN PEMBANGKANG BENAR : SOSMA TELAH DISELEWENGKAN

Semasa kerajaan membentangkan rang undang-undang SOSMA di Parlimen dahulu, pembangkang jelas menyatakan bahawa akta ini akan diselewengkan. Ianya bukan sahaja akan digunakan untuk mengekang keganasan dan membenteras aktiviti tersebut tetapi akan disalahgunakan untuk menahan musuh-musuh politik kerajaan.

Ternyata dakwaan itu benar apabila Pengerusi Bersih 5.0 Maria Chin ditahan di bawah SOSMA. Adakah Maria seorang pengganas dan sangat merbahaya.???

Rakyat juga sebenarnya menentang akta ini kerana ianya sudah pasti akan disalahgunakan untuk kepentingan Najib dan BN.

Apa justifikasi penahanan Maria di bawah SOSMA. Berapa banyak insiden keganasan dilakukan oleh Maria. Berapa banyak bangunan diletupkan oleh beliau dan anggotanya???

Malah himpunan Bersih 5.0 yang berlangsung Sabtu lalu berjaya dilaksanakan dengan aman dan damai. Tiada kejadian rusuhan dan keganasan.

Kita juga lambat laun akan melihat penggunaan Akta MKN bagi menjaga kekuasaan Najib dan BN. Tunggu dan lihat.

Hari ini seramai kira-kira 30 ahli parlimen pembangkang hari ini berarak dari parlimen ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman bagi membantah penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) 2012 (Sosma).
Mereka juga membantah penahanan empat ahli Parlimen sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Mereka adalah Anthony Loke (Seremban) dan Jimmy Wong (ahli Parlimen Kota Kinabalu) yang ditahan pada Jumaat, manakala Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) ditahan pada malam Sabtu.
Diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka berjalan kira-kira 1 km ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, membawa sepanduk "Tangkap MO1, bebaskan pemberi maklumat" , "Jangan salah guna Sosma" dan "Pertahankan hak ahli parlimen".
Turut serta dalam pasukan itu ialah bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.
Pemimpin PAS tunggal yang menyertai mereka adalah ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mereka menyerahkan memorandum bantahan dan diterima Pegawai Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara, ASP Noor Azman yusuf di Bukit Aman.
Maria ditahan di bawah Sosma pada Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter