.

.

27 September 2008

1 OKT YANG DINANTIKAN ~ Ref Malaysiakini

Seluruh umat Islam akan menyambut hari kemenangan melawan hawa nafsu yang berjaya dikekang selama sebulan pada 1 Syawal yang akan menjelang pada hari Rabu ini. Kebetulan pula ianya jatuh bersamaan ! Oktober yang dinantikan penyokong Pakatan Rakyat yang menjangkakan ianya sebagai satu antara tarikh yang besar ertinya kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Apakah tarikh itu akan menjanjikan seribu satu kenangan dan sejarah kepada rakyat Malaysia masih belum dapat dipastikan.

Ada pemimpin PKR yang memberikan tarikh 1 Oktober sebagai tarikh penting dalam sejarah politik tanahair. Sejauhmana kebenarannya kita tunggu sahaja Rabu nanti.

Setakat ini kita telah melampaui 2 'due date' yang diberikan oleh Anwar iaitu 16 September dan 23 September. Namun kita faham bahawa menukar kerajaan bukannya senang seumpama menukar Pengerusi JKKK atau Tok Sidang.

Sebab itu Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kita dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.

PAK LAH DAN NAJIB MACAM BUDAK-BUDAK ~ Ref Malaysiakini

Saya setuju dengan pandangan Ahli Parlimen Gua Musang bahawa tindakan menunda persidangan agung Umno kepada bulan Mac seperti tindakan budak-budak hingusan yang apabila mereka akan kalah bermain mereka ajak berhenti dan tangguh permainan.

Memang betul apa yang Kul Li katakan itu. Kalau orang dewasa dia tidak kisah kalah atau menang kerana itu adat permainan atau adat perlawanan.

Pak Lah khasnya merasakan dirinya seorang sahaja yang pandai memimpin sedangkan negara yang dipimpin beliau sekarang sedang menghadapi pelbagai masalaha.

Tengku Razaleigh Hamzah yang semalam menyifatkan keputusan menunda pemilihan parti sebagai "permainan kanak-kanak" dua pemimpin, hari ini menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) semalam.

"Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.

"Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Kata beliau, ahli-ahli Umno perlu meminta supaya pemilihan pucuk kepimpinan pusat dikekalkan Disember ini, bukannya menunda ke Mac depan.

Bagaimanapun beliau tidak bercadang untuk membawa sebarang usul berkenaan pelan peralihan kuasa yang dirancangkan walaupun ia sebenarnya di luar perlembagaan parti.

"Nak bawa usul kita perlu adakan mesyuarat khas dan perhimpunan khas.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dapatkan sokongan bahagian. Memadailah saya buat bantahan lisan kerana bukan saya seorang saja (yang membantah), tapi juga ahli-ahli Umno lain," katanya.

Sumber : Mstar

26 September 2008

PAK LAH HANYA SEKADAR BAPA MERTUA KJ? ~ Ref Malaysiakini

Oleh : Alias Mohd Yusof

Disebalik beberapa kelemahan pimpinan Pak Lah, ada juga perubahan-perubahan yang beliau telah lakukan.

Salah satunya, di bawah kepimpinan Pak Lah, rakyat lebih bebas bersuara dan mengkritik berbanding zaman Mahathir yang lebih bersifat autokratik.

Pak Lah juga mempunyai azam yang kuat untuk memperbaiki kekalutan dan campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman, juga pasukan polis.

Pak Lah juga ingin menghapuskan rasuah yang membawa imej buruk kepada negara.

Pak Lah juga telah menekankan sektor pertanian dan pengeluaran makanan yang sangat realistik dalam menghadapi inflasi dan kenaikan harga barang keperluan.

Tetapi sayangnya Pak Lah tidak dapat menjadi pemimpin yang berkesan di mana cita-cita dan impiannnya tidak dapat dilaksanakan dengan cepat dan kurang menampakkan hasil.

Pak Lah dikatakan terlalu dipengaruhi oleh nasihat dan pandangan keluarga.

Pak Lah dilihat banyak tidak mengkotakan apa yang dikata. Imejnya semakin tercalar bila tindakan dan keputusan yang diambilnya banyak berlawanan dan bertentangan dengan sifat baik dan bersihnya.

Saya tak tahu gelaran 'Bapa' apa yang bakal diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Pak Lah selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri nanti.

Bapa Kemerdekaan untuk Tengku, Bapa Pembangunan untuk Tun Razak, Bapa Perpaduan untuk Tun Hussein, Bapa Malaysia Moden untuk Tun Mahathir.

Adakah Pak Lah hanya sekadar 'Bapa Mertua KJ'?

FAKTA TENTANG MESYUARAT MT UMNO HARI INI ~ Ref Malaysiakini

1) Umno sebuah parti yang berkecamuk sehingga sudah 2 kali tangguh pemilihan parti pertama kali ditanggungkan kerana PRU ke 12.

2) Persidangan Agung ditangguhkan kepada Mac 2009 mungkin untuk menyelamatkan Pak Lah dan Khairy.

3) Pak Lah semakin tertekan tidak berani memberikan kata putus samada akan mempertahankan jawatan atau tidak - tunggu sehingga sebelum 9 Oktober.

4) Pak Lah pemimpin yang tidak bertaraf negarawan kerana sayang jawatan lebih dari kepentingan negara dan partinya sendiri. Walaupun akar umbi sudah menolaknya tetapi beliau masih tidak mahu melepaskan jawatannya.

5) Pak Lah tidak akan bercuti

6) Pak Lah pengecut sepatutnya beliau mesti bertegas kalau betul-betul ingin bertanding. Sesiapapun lawannya beliau mesti berhadapan secara anak jantan, sebagaimana Mahathir berlawan dengan Ku Li.

PANTUN UNTUK PAK LAH DAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Puasku ku fikir puas ku tenung
Mencari idea selamatkan diri
Harapan tinggi bagaikan gunung
Agar jawatan tak lepas lari

Harapan tinggi bagaikan gunung
Agar jawatan tak lepas lari
Puas ku sembunyi puas ku selindung
Namun rahsia tetap diketahui

Puasku sembunyi puasku selindung
Namun rahsia tetap diketahui
Terpaksa ku tangguh persidangan agung
Untuk selamatkan menantuku Si Khairi(y)

Terpaksa ku tangguh persidangan agung
Untuk selamatkan menantuku Si Khairi
Berat sungguh 'amanah' ku tanggung
Sampai dibenci akar umbi

Berat sungguh 'amanah' ku tanggung
Sampai dibenci akar umbi
Ku harap Najib Tidak tersinggung
Berilah peluang ku pegang lagi

Ku harap Najib tidak tersinggung
Berilah peluang ku pegang lagi
Ku Li pula jangan melopong
Lain kali cuba lagi

Ku Li pula jangan melopong
Lain kali cuba lagi
Muhyiddin 'tension' terjun 'lombong'
Harapkan Pak Lah cabut lari

Muhyiddin 'tension' terjun lombong
Harapkan Pak Lah cabut lari
Mahathir kesal sambil bertinggung
Harapkan Muhkriz menang kali ini

Mahathir kesal sambil bertinggung
Harapkan Mukhriz menang kali ini
Khairy cergas tidak canggung
Mengatur langkah sambil berlari

Khairy cergas tidak canggung
Mengatur langkah sambil berlari
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
Khir Toyo tersungkur tak bangun lagi

Hidung Tak mancung pipi tersorong-sorong
Khir Toyo tersungkur tak bangun lagi
Rakyat dah muak dengan pembohong
BN dan Umno menunggu mati

Rakyat dah muak dengan pembohong
BN dan Umno menunggu mati
Pak Lah-Najib pasti berkabung
Meratap tangis tak henti-henti

Pak Lah-Najib pasti berkabung
Meratap tangis tak henti-henti
Rakyat gembira tanpa berselindung
Kerajaan Pakatan Rakyat sedang dinanti

Nukilan : Sofi Wahab (http://mutaligat.blogspot.com)

PANTUN UNTUK PAK LAH DAN NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Meeting sudah bincang pun sudah
sampai sekarang ianya diteruskan
Bodek sudah kipas pun patah
sampai sekarang jadi pertikaian

Bodek sudah kipas pun patah
sampai sekarang jadi pertikaian
Mengapa degil makin menyampah
Takut nanti hilang jawatan

Mengapa degil makin menyampah
Takut nant hilang jawatan
harta sayang jawatan melimpah
Itu sebab tak mahu lepaskan

Harta sayang jawatan melimpah
Itu sebab tak mahu lepaskan
Ahli akar umbi semua menyampah
Muka tembok muka tempayan

Ahli akar umbi semua menyampah
muka tembok muka tempayan
Akar umbi benci sampai menyumpah
Duduk diatas buat tak perasan

Akar Umbi sampai menyumpah
Duduk diatas buat tak perasan
Bau busuk macam sampah
Berlakon baik ahli tak hairan

Bau busuk macam sampah
Berlakon baik ahli tak hairan
Sayangkan jawatan tak sudah-sudah
Tak takut rakyat tak takut tuhan

Sayangkan jawaan tak sudah-sudah
Tak takut rakyat tak takut tuhan
Perangai buruk membawa padah
Dalam parti dan juga kerajaan

Perangai buruk membawa padah
Dalam parti dan juga kerajaan
Hidup lama tidak berfaedah
Menyusahkan rakyat menambahkan beban

Hidup lama tidak berfaedah
Menyusahkan rakyat menambahkan beban
Tunggu apa lagi sila undurLAH
Rakyat senang tukar kerajaan

Tunggu apa lagi sila undurLAH
Rakyat senang tukar kerajaan
Hidup aman Pakatan perintah
Negara sejahtera negara berkebajikan



Nukilan : Sofi Wahab - mutaligat.blogspot.com

PAK LAH GUNA VETO? AHLI BELUM TENTU TERIMA? ~ Ref Malaysiakini

Beberapa persoalan hangat sebelum mesyuarat tergempar Umno bermula.

1) Apakah pertemuan 4 mata Dollah-Najib bermula 10.30 pagi tadi menghasilkan keputusan bahawa Pak Lah tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan??. maknanya Dollah ingin menggunakan kuasa Veto supaya semua MT setuju dengan beliau.

2) Adakah ahli MT dan Najib setuju dengan keputusan Veto itu?

3) Adakah semua ahli parti akar umbi setuju dengan keputusan Veto itu?

4) Adakah Umno akan berpecah sekali lagi?

5) Adakah demokrasi dalam Umno telah berkubur?

Tunggu sekejap lagi sebahagian soalan ini mungkin dapat dijawab.

MURUGIAH LEBIH CERDIK DARI SYED HAMID ~ Ref Malaysiakini

Malu betul rasanya bila Timbalan Menteri yang baru pertama kali dilantik mengajar menteri senior yang dikatakan pakar pula dalam undang-undang kerana belajar dalam bidang tersebut.

Inilah yang berlaku apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah (gambar) mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar kelmarin yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.

Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.

Murugiah berkata kenyataan Syed Hamid yang meminta beliau tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta beliau dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

Beliau seterusnya 'mengajar' Syed Hamid dengan berkata Biro tersebut menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana beliau boleh lakukan tugasnya jika beliau tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain.

Seterusnya Murugiah 'membedil' Syed Hamid dengan menyatakan bahawa Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,.

Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.

Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi "jurucakap kepada pembangkang."

Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.

Inilah yang terjadi kepada menteri Umno/BN walau secerdik manapun mereka semasa belajar dulu tetapi bila jadi Menteri Umno kecerdikan itu hilang begitu sahaja disebabkan kebongkakan dan tamak kuasa.

KOTA BHARU ADA 8 KEDAI ARAK, BANDAR MELAKA ADA BERAPA?? ~ Ref Malaysiakini

Sebaik sahaja Kelantan diperintah oleh PAS selepas Pilihanraya Umum 1990 banyak peraturan-peraturan berkaitan agama Islam dilaksanakan Majlis Perbandaran Kota bharu (MPKB) sekarang dikenali MPKB-BRI (Bandaraya Islam).

Antara langkah awal yang dilakukan ialah menutup pusat perjudian seperti sport toto, nombor ekor, mengenakan peraturan iklan wanita yang berpakaian menutup aurat dan menghadkan kedai menjual minuman keras dan pelbagai lagi.

Langkah pensrukturan semula kedai menjual arak amat berkesan di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang dilesenkan bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 sebanyak 86 buah semasa BN memerintah Kelantan sebelum itu.

Persoalannya sekarang kita di Melaka, ada atau tidak usaha-usaha untuk menghadkan kedai penjualan arak khasnya di Bandaraya Melaka oleh MBMB sebagaimana yang dilakukan oleh MPKB-BRI. Jawapannya SUDAH TENTU TIDAK PERNAH DIFIKIRKAN SEBAB SAYA LIHAT KEDAI MENJUAL ARAK SEMAKIN BERTAMBAH DARI MASA KE SEMASA. SIAPA YANG YANG HENDAK DIPERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI. ADAKAH PENGUNDI-PENGUNDI BN TIDAK BERASA BERDOSA DENGAN HAL INI KERANA MEREKALAH YANG MENGUNDI BN MENYEBABKAN KEDAI ARAK SEMAKIN BERTAMBAH.

Selain itu adakah MBMB bercadang ataupun pernah menutup pusat perjudian seperti sport toto, nombor ekor, mengenakan peraturan iklan wanita yang berpakaian menutup aurat, menutup kelab malam, dangdut dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh MPKB-BRI.?

Jawapannya MBMB dilihat tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana dari sehari ke sehari jumlah pusat maksiat makin bertambah atau kekal seperti sedia ada. SIAPA YANG YANG HENDAK DIPERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI. ADAKAH PENGUNDI-PENGUNDI BN TIDAK BERASA BERDOSA DENGAN HAL INI KERANA MEREKALAH YANG MENGUNDI BN MENYEBABKAN KEDAI ARAK SEMAKIN BERTAMBAH.

UMNO BAKAL TIADA PRESIDEN? ~ Ref Malaysiakini

Saya berseloroh memberitahu kawan saya bahawa Umno bakal tidak ada Presiden kerana kebodohan pemimpin Umno mempertahankan Sistem Kouta yang diamalkan sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Sistem Kouta ini benar-benar memperbodohkan ahli Umno disamping menjamin penyandang jawatan selamat dari ditentang.

Namun kali ini bukan sahaja ahli diperbodohkan tetapi Presiden sehinggalah ahli biasa di kampung terpaksa mengaku yang mereka semua bodoh dan diperbodohkan, kata saya kepada kawan saya yang tertanya-tanya akan ke'logik'kan kata-kata saya.

Asas macam ini kata saya kepadanya.

Kemungkinan ada ramai calon akan bertanding dan mendapat pencalonan untuk jawatan Presiden yang tidak mahu dilepaskan oleh Pak Lah. Antara calon-calonnya ialah :-

Dollah sendiri
Najib Tun Razak
Muhyiddin Yassin
Ku Li

Umno ada 191 bahagian. Katalah jumlah pencalonan UNTUK JAWATAN PRESIDEN jadi begini :-

Dollah 52 pencalonan
Najib 53 pencalonan
Muhyiddin 48 pencalonan
Ku Li 38 pencalonan


JADI TIDAK SIAPA YANG LAYAK KERANA JUMLAH PENCALONAN MINIMA UNTUK SESEORANG CALON LAYAK BERTANDING IALAH 58 PENCALONAN ....TIDAKKAH 'NAYA' SEBAB SEMUA TIDAK LAYAK BERTANDING.

INILAH MASALAHNYA KALAU PARTI DIBUAT MACAM HARTA MEREKA SENDIRI, SENANG-SENANG BUAT PERATURAN SENDIRI, AKHIRNYA DIRI SENDIRI DIPERBODOHKAN.

ORANG CAKAP TIRU PAKATAN RAKYAT, ENGKAU ORANG MARAH ... ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sudah mengisytiharkan bahawa 16 September akan dirayakan sebagai Hari Malaysia dan akan disambut dengan meriah jika Pakatan Rakyat memerintah. Ia juga akan diisytiharkan sebagai hari cuti. Anwar membuat pengumuman itu sudah berbulan-bulan lama-lama.

16 September ialah hari pembentukan negara Malaysia di mana Sabah dan Sarawak merdeka dan menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Namun hari penting ini tidak diiktiraf oleh kerajaan BN sehingga ianya seolah-olah dilupakan.

Baru semalam kerajaan BN bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.

Aiiiiiik, baru sekarang terhegeh-hegeh nak disambut di seluruh Malaysia. Mengapa sebelum ini buat tidak kisah saja.?

Kalau orang kata TIRU Pakatan Rakyat MARAH pulak?

PENGORBANAN ABANG TIDAK TERNILAI BUDINYA ~ Ref Malaysiakini

Saya sedih bercampur bangga dengan kegigihan seorang remaja berumur 14 tahun dari Yan Kedah yang sanggup membanting tulang untuk menyara ibu dan adik-adik untuk meneruskan sisa kehidupan mereka setelah di'tinggal'kan bapa mereka.

Mohd. Norshahrul Amri Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan terpaksa berhenti sekolah untuk memikul beban berat menyara ibunya Norsidah Abu, 30 dan adik-adiknya Mastuti Nursiti Atika, 13; Ima Edayu, 11; Mohd. Adam, 9 dan Mohd. Wafi, 7. Kesemuanya masih bersekolah dan empat lagi adiknya yang belum bersekolah iaitu Mohd. Ellyas, 5; Mohd. Ellyasaq, 5; Nur Amisha, 3, dan Ahmad Danial, dua bulan.

Hebat pengorbanan remaja ini. Jadi jika pembaca-pembaca bersimpati kepada Norshahrul dan adik-adiknya bolehlah menziarahi mereka di kampung mereka iaitu di Titi Bakong, Yan, Kedah. Orang Utara bolehlah pi sana. Orang jauh macam kami ini boleh kirim duit kat sahabat-sahabat yang tinggal di utara untuk disedekahkan kepada anak-anak yang memerlukan pertolongan ini.

Untuk pengetahuan tuan-puan, mereka ini tinggal di pondok bangsal membuat nira nipah milik datuk saudara mereka yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas.

Syabas kepada Utusan Meloya kerana menyiarkan penderitaan rakyat Kedah ini, rakyat negeri lain tak ada yang susah ke???

Setahu saya di negeri Melaka inipun masih ramai rakyatnya yang susah. Fakta ini saya perolehi dari Dewan Muslimat PAS Melaka yang menziarahi sejumlah keluarga yang susah dan miskin di sekitar DUN Ayer Keroh, Ayer Molek, Bachang dan Bukit Baru minggu lalu.

NEGARA HANCUR SELAGI SISTEM TIDAK DIPERBETULKAN ~ Ref Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkata selagi sistem sesebuah negara tidak diperbetulkan selagi itulah negara tidak akan maju dan selamat dalam ertikata sebenarnya.

"Sesebuah negara mesti dibina di atas suatu sistem, tamadun dan peradaban yang betul jika negara tersebut akan porak peranda dengan seribu satu masalah".

"Inilah yang terjadi kepada negara kita hari ini yang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup dan undang-undang Islam yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku antaranya sistem politik yang cara marba, rasuah dan kroni semakin parah, jenayah meningkat, maksiat semakin meningkat, ekonomi tidak stabil, sistem sosial yang rapuh dan macam-macam lagi" kata Ustaz Ghani.

Menurutnya akibat dari kedegilan pemimpin yang ada hari ini orang bukan Islam semakin menjauhi Islam kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan sistem keadilan dan ketelusan Islam.

"Apa yang orang bukan Islam lihat ialah pemimpin bercakaran sesama sendiri merebut jawatan, amalan rasuah dan kronisme berleluasa, pemimpin mengaut kekayaan peribadi, perangai pemimpin yang teruk dan macam-macam lain"

"Akhirnya mereka merasakan pemimpin orang Islam lebih teruk dari lain kerana perangai dan kelemahan mereka. Orang bukan Islam melihat Islam pada pemimpin negara yang ada hari ini, akhirnya Islam dilihat gagal menyelesaikan masalah, inilah fitnah besar yang dibawa oleh pemimpin Umno hari ini" tambah Ustaz Ghani.

Oleh itu beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat Melaka supaya bangkit dan insaf dari kesilapan lalu dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

"Rakyat mesti memperbetulkan kerajaan yang ada dengan menukar kerajaan ini dengan kerajaan baru yang lebih baik yang mementingkan keadilan dan kebajikan rakyat"

"Lihat apa yang berlaku kepada Negeri Melaka sekarang, hutang negeri lebih dari RM1 bilion, gejala anak luar nikah meningkat, maksiat bertambah hebat, pembaziran di sana sini, kita mesti selamatkan Melaka dan rakyat Melaka" tambah Ustaz Ghani di akhir ucapannya.

Ustaz Abdul Ghani berkata demikian pada ceramah sempena Badar Al-Qubra di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil Rabu lalu. Turut berceramah bersama beliau ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefly Mohd Omar.

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA ~ Ref Malaysiakini

Ops Sikap sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini menyaksikan 15 nyawa terbang semalam. Jelas sekali kemalangan raya terus menjadi wabak 'penyakit' paling berbahaya di Malaysia.

Walaupun sudah berpuluh atau mungkin ratusa Ops dilancarkan namun sikap rakyat Malaysia masih tidak berubah.

Jumlah 15 nyawa yang melayang pada hari pertama Ops Sikap ini adalah besar dan sungguh menyedihkan. Sudah begitu banyak duit dibelanjakan untuk menaikkan taraf jalan, menganjurkan kempen kesedaran pemanduan, menguatkuasakan undang-undang dan seribu satu langkah diambil namun masih belum menampakkan kejayaan.

Sebelum bertolak pastikan kenderaan dalam keadaan baik, diri sendiri tenang dan cukup rehat, rancang perjalanan supaya tidak tergesa-gesa dan berdoa serta bertawakkal kepada Allah. Insya Allah kita semua selamat.

Jadi saya merayu diri saya dan tuan-puan semua supaya bersikap sabar dan taat kepada semua arahan serta undang-undang jalanraya.

Paling penting setelah semua amalan baik dan arahan dipatuhi kita berserah kepada Allah agar kita diselamatkan dari mala petaka yang tidak diingini. Akhirnya kita BERTAWAKKAL dan BERDOA kepada Allah agar semua kita selamat sejahtera hendaknya.

25 September 2008

PAK LAH BINGUNG, PANGGIL MESYUARAT MT LAGI ~ Ref Malaysiakini

Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas di ibu negara pagi esok, dipercayai bagi membincangkan dengan terperinci pelan peralihan kuasa Jun 2010. Sudah berapa kali mesyuarat khas kita pun tak tahu.

Memang Umno sedang berkecamuk. Wirid harian mereka bukanlah wirid biasa tetapi wirid untuk mencari idea bagaimana hendak menjatuhkan calon lawan masing-masing.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat MT yang ketiga berturut-turut bulan ini. Nampaknya Pak Lah berusaha habis-habisan untuk menyelamatkan dirinya.

Kemungkinan besar mesyuarat ini akan digunakan oleh Pak Lah untuk mengukuhkan kedudukannya. Ramai pemerhati menjangkakan Pak Lah akan menangguhkan Mesyuarat Agung pemilihan Umno Pusat dari bulan Disember kepada Jun 2009. Langkah itu mungkin diambil untuk meredakan kebencian meluap-luap ahli-ahli Umno kepada Pak Lah dan memberikan masa untuk Pak Lah mendapatkan kembali sokongan mereka dengan berbagai cara.

MT pada Khamis lalu juga membincangkan isu berkenaan, dengan beberapa anggota majlis telah meminta agar pelan peralihan itu dikaji semula.

Pagi tadi, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan pemilihan Umno Disemebr akan ditangguhkan ke Jun depan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak pasti agenda pertemuan tersebut.

"Saya pun hanya dimaklumkan pagi ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainy Hasyim juga mengesahkan mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 10 pagi. Seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga mengesahkan mesyuarat berkenaan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan beliau telah membatalkan lawatan kerja selama tujuh hari ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini.

Mstar

PAS ALU-ALUKAN HASRAT MB NEGERI SEMBILAN BUBAR DUN ~ Ref Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefli Mohd Omar mengalu-alukan hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang mahu membubarkan DUN jika 4 orang ADUN BN berhijrah menyertai Pakatan Rakyat (PR).

'Kita memang setuju sangat kalau Mat Hassan mahu membubarkan DUN kerana ini akan memberi peluang kepada rakyat membuat penghakiman siapa yang mereka mahu angkat untuk menjadi kerajaan kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada BN'.

'Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan kita dalam PR iaitu DAP dan PKR bahawa memang ada di kalangan ADUN BN yang berminat untuk berhijrah menyertai PR, lebih-lebih lagi kalau kerajaan pusat bertukar tangan nanti' kata Zulkefly pada ceramah beliau di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Menurutnya, PR hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 15 kerusi iaitu 10 kerusi menerusi DAP, 10 kerusi melalui PKR dan 1 kerusi dimenangi oleh PAS manakala BN memperolehi 21 kerusi DUN semuanya.

Beliau berkata jika 4 ADUN menyertai PR maka BN akan mempunyai hanya 17 kerusi dan PR mempunyai 19 kerusi iaitu 2 kerusi majoriti.

'PAS yakin kita akan menang dan membentuk kerajaan bersama-sama rakan-rakan kita DAP dan PKR dalam PR', sebenarnya banyak DUN yang PAS tewas kurang dari 1,000 undi dan DUN ini Insya Allah akan kita rampas andaikata Mohamad bubarkan dewan' ujar Zulkefli dengan semangat.

Rakyat Negeri Sembilan, kata Zulkefly tidak mendapat pembelaan sewajarnya sejak BN memerintah negeri ini malah selepas pilihanraya umum lalu rakyat semakin terbeban dengan cukai tanah yang semakin meningkat ditambah lagi dengan kenaikan harga barang dan harga minyak.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Haji Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Ceramah sempena Badar Al-Qubra itu dianjurkan secara bersama oleh PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Bukit Katil.

TEGAKKAN ISLAM ATAS RUNTUHAN JAHILIYYAH - MAT SABU ~ Ref Malaysiakini

Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menegakkan Islam di dalam kerajaan PR yang bakal ditubuhkan kelak.

Menurutnya hanya Islam yang dapat menjamin keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

'Jangan kita sekadar untuk menggantikan kerajaan jahilyyah yang akan diruntuhkan, cuma kerajaan yang bertukar tetapi dasar dan cara pentadbiran sama seperti kerajaan lama'.

'Sejarah telah membuktikan bahawa hanya kerajaan yang adil, telus dan tidak membazir akan disokong dan diterima oleh rakyat" kata beliau.

Menurutnya, dalam sejarah Islam pernah diceritakan bahawa satu demi satu negara kuasa besar jatuh ketangan Islam tanpa pertumpahan darah semuanya kerana rakyat yakin akan keadilan dan kebenaran Islam.

Pernah diceritakan bahawa ada orang yang mencari istana gabenor atau khalifah Islam tetapi mereka hampa kerana tidak menjumpainya kerana rumah pemimpin sama seperti rumah rakyat yang susah dan miskin.

Fakta-fakta inilah sebenarnya menyebabkan rakyat menghormati pemimpin dan akhirnya berbodong-bondong menyokong kerajaan Islam dan bernaung di bawah kerajaan Islam.

Hari ini, kata beliau terdapat pemimpin-pemimpin semacam ini antaranya Mahmoud Ahmedinejad, Hassan Nasrullah dan Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi. Kita lihat rumah pemimpin-pemimpin sama seperti rumah orang kampung biasa. Ini semua merupakan ciri seorang pemimpin Islam yang diwarisi dari Nabi dan Sahabat-sahabat nabi.

"Jika ramai pemimpin Islam seperti ini sudah tentu suatu hari ini orang bukan Islam juga selesa dan redha untuk bernaung di bawah kerajaan Islam" tambah beliau.

Mat Sabu juga memuji sikap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jelas lebig berjimat cermat dalam membelanjakan duit rakyat.

'Dalam lawatan saya ke pejabatnya bersama Presiden PAS, Guan Eng membelanjakan kami dengan nasi lauk ikan yang kecil dan telur yang harganya tidak sampai RM10.00.

'Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, Guan Eng menjawab saya tidak mahu membazirkan duit rakyat" kata Mat Sabu.

Inilah pemimpin yang perlu kita contohi tidak membazir dan sentiasa berhati-hati membelanjakan duit rakyat.

Malangnya kata beliau pemimpin BN yang memerintah sekarang terus membazirkan duit rakyat tanpa rasa gerun dan takut kepada Allah S.W.T.

Mat Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Badar Al-Qubra di dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil. Ceramah anjuran PAS Negeri Melaka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Turut berceramah bersama beliau ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan rakan sejawatnya dari Negeri Sembilan, Haji Zulkifly Mohamed Omar.

KESAL KENYATAAN ADUN SG RAMBAI, ISA TIADA KAITAN DENGAN AKHIRAT ~ Ref Malaysiakini

Semabok : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh kesal dengan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B (GB4B), Hassan Abdul Rahman yang menyatakan hukum akhirat tiada kaitan dengan ISA.

"Mana dia belajar perkara ini, itulah orang suruh mengaji tak mahu mengaji tetapi nak bercakap juga soal hukum Islam, jadi orang tahu kita tidak faham tentang Islam".

"Islam adalah ajaran yang universal, syumul dan sesuai sepanjang masa, zaman dan keadaan, ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan dari sekecil-kecil perkara seperti sunat membuang duri di tepi jalan sehinggalah kepada mentadbir negara dan dunia semuanya Islam ajar, jangan kita sempitkan Islam" ujar Khirul.

Menurutnya di dalam undang-undang Islam orang yang dituduh bersalah tidak akan dihukumkan sebagai bersalah selagi ia belum dibuktikan bersalah di dalam mahkamah terbuka dan si tertuduh dibenar membela diri. ISA berlawanan dengan Islam kerana si tertuduh terus dihukum tanpa dibicarakan dan tidak diberi peluang membela diri.

Maka jelas ianya bertentangan dengan Islam, perkara ini memang diketahui oleh sesiapa sahaja yang faham Islam.

"Saya kesal dengan kenyataan Hassan yang juga merupakan ADUN Sungai Rambai, sepatutnya beliau berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai tentang hukum dan perundangan Islam".

"Sebagai wakil rakyat kenyataan beliau mungkin dituruti oleh rakyat, jadi kalau dia tidak faham benar akan undang-undang Islam tidak perlulah beliau menyentuhnya kerana nanti ia akan menyesatkan orang lain" kata Khirul dengan kesal.

Khirul merujuk kepada laporan Sinar Hairan hari ini yang menyiarkan kenyataan Hasan yang menyatakan bahawa hukum akhirat jangan kita sentuh kerana ia tiada kaitan dengan ISA dan ia juga tiada kaitan langsung dengan rimba.

Hassan berkata demikian ketika memberikan ulasan terhadap kenyataan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka yang membidas Hassan kerana menyokong penerusan undang-undang ISA terus digunapakai di Malaysia. Kenyataan Hassan ini disiarkan Sinar Harian Selasa lalu.

Khirul juga membidas Hassan kerana tidak faham perumpamaan yang digunakan Zaili tentang kaitan Akta ISA dengan hukum rimba.

"Zaili menyamakan atau membuat perbandingan bahawa Undang-undang ISA adalah sama dengan undang-undang rimba di mana hukuman dijatuhkan tanpa bicara, sesiapa yang bersalah terus dihukum tanpa usul periksa dan dibuktikan di mahkamah".

"Sepatutnya seorang wakil rakyat faham akan perbandingan dan perumpamaan seperti ini, tidak perlu orang lain menerangkan kepadanya" tegas Khirul.

Selain itu Khirul turut kesal dengan sikap pemimpin melayu Umno yang terus menyokong undang-undang zalim ISA ini diteruskan sedangkan rata-rata pemimpin MCA dan Gerakan sepakat mahukan ISA dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dikaji semula.

Hari ini Sinar Hairan melaporkan bahawa Naib Presiden MCA, Datuk Dr Fong Chan Onn mencadangkan kerajaan memansuhkan ISA atau sekurang-kurangnya mengkaji semula pelaksanaan ini. Perkara ini turut diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan lain.

Menurut Khirul juga rakyat Malaysia juga majoritinya tidak menyokong ISA. Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.
70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.
Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

PAK LAH TAKUT TANGGUHKAN PEMILIHAN UMNO KEPADA JUN 2009? ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah benar-benar takut dengan kehilangan sokongan akar umbi Umno. Hari ini mungkin diumumkan bahawa persidangan Umno akan ditangguhkan sehingga Jun 2010.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan khabar angin mesyuarat pemilihan parti akan ditangguhkan ke Jun ini.

Katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai perkara itu.

SYED HAMID VS T MURUGIAH ~ Ref Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah yang seolah-olah menjadi jurucakap pembangkang dan mencampuri urusan kementerian lain adalah tidak betul.

Isu ini tercetus selepas Murugiah berjanji akan menyiasat dakwaan Bekas Tahanan ISA Seminggu, YB Teresa Kok yang mendakwa diberikan makan seperti makanan anjing di lokap Polis ketika ditahan selama seminggu di bawah akta zalim ISA. Teresa mendakwa hanya diberikan dua biji telur rebus, timun dan kuah sebagai hidangan istimewa ketika dizalimi di bawah ISA tersebut.

Inilah perangai pemimpin Umno/BN yang langsung tidak boleh ditegur samada oleh pemimpin Pakatan Rakyat atau kawan sebantalnya sendiri.

Syed Hamid melenting kerana kenyataan Murugiah pada Isnin lepas yang mengarahkan pegawai Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapatkan maklumat terperinci mengenai menu dan peruntukan makanan bagi seseorang tahanan dalam lokap dalam sehari.

Malah Murugiah telahpun mengadakan pertemuan dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh itu bagi mendapat maklumat tentang dakwaan Teresa tersebut.

Malang sungguh dengan negara kita kerana Menteri langsung tidak boleh diberi nasihat atau kritik. Sepatutnya sebagai seorang menteri, Syed Hamid mesti berbesar hati menerima teguran sebegini kerana ianya memberikan peluang kepada pihak terbabit mengambil tindakan pembaikan jika terbukti dakwaan tersebut benar. Tetapi bukan sahaja perkaran itu tidak disiasat (sehingga kini) malah orang yang ingin menyiasat di maki hamun dengan angkuh dan bongkak.

NAJIB BATAL LAWATAN, ADA APA-APA KE? ~ Ref Malaysiakini

Apakah muslihat Timbalan perdana menteri sekali lagi membatalkan lawatan ke luar negara yang bermula esok selepas berbuat demikian minggu lepas.?

Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri lawatan ke Amerika Syarikat selama seminggu hingga 1 Oktober bagi menangani isu-isu ekonomi negara akibat keadaan ekonomi dunia masa kini.

Mengapa lawatan yang begini penting iaitu sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di persidangan ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) di New York, Ahad ini.????

Sudah tentu keadaan di dalam negara sangat kritikal dan kronik sehingga terpaksa beliau membatalkan lawatannya. Orang yang paling ’frust’ kerana tidak dapat melancung ialah Rosmah kerana terpaksa membatalkan agenda ’shopping’ nya. ????

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Abdullah meminta Najib membatalkan lawatannya untuk mengendalikan masalah-masalah itu.

Sabtu lepas, Najib menjelaskan bahawa beliau menangguhkan lawatannya tiga hari ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula 19 September bagi "menyusun semula jadualnya untuk memulakan tugas sebagai menteri kewangan."

Seperti biasa Pak Lah dan Najib menafikan penangguhan itu ada kena-mengena dengan senario politik dalam negara, sama ada berhubung kemelut dalam Umno atau ura-ura langkah pembangkang menjatuhkan kerajaan BN yang diusahakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Biasanya apa yang dinafikan itulah sebenarnya perkara yang berlaku. Ini kerana biasanya pemimpin Umno akan bercakap secara terbalik. Kalau mereka kata YA itu sebenarnya TIDAK. Begitu juga kalau mereka kata TIDAK itu maknanya YA. Awas dengan permainan kata-kata dan pembohongan pemimpin Umno/BN yang memang perangainya macam itu sejak dahulu.

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PERDANA MENTERI.

FAKTA-FAKTA MENGGERUNKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Akibat kenaikan harga minyak Jun 2008.

Turunkan harga minyak 15 + 10 sen – TIADA KESAN.

HAKIKATNYA RAKYAT SENGSARA DENGAN KEADAAN DI BAWAH :-

Inflasi meningkat 8.5 % terburuk dalam tempoh 27 tahun

Kos makan dan minuman bukan alkohol menigkat 11.7 %

Bulan Ogos kos pengangkutan yang melonjak 21.8 %

Bulan Ogos kos restoran dan hotel yang meningkat 6.5 %

24 September 2008

RAYUAN AKHIR RAMADHAN, BEBASKAN TAHANAN ISA ATAU BICARAKAN DI MAHKAMAH TERBUKA ~ Ref Malaysiakini

Setiap kali saya membaca kisah anak-anak dan isteri tahanan kejam ISA maka airmata saya akan 'merebas' keluar dari kelopak mata saya.

Entah mengapa begitu murah air mata yang keluar bila membaca kisah sedih dan sayu mangsa-mangsa ISA ini. Saya memang susah untuk menangis, malah untuk mengalirkan air mata ketika memohon pertolongan dari Allah pun susah untuk (Ini kelemahan saya).

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana anak-anak kecil yang belum mengerti kezaliman dan kedurjanaan kerajaan BN ini menghadapi hari-hari mendatang tanpa ayah atau abi. Tidak dapat juga saya gambarkan bagaimana sedih dan hibanya mereka berhari raya tanpa insan tersayang.

Ayah mereka dikatakan masih ada tetapi tiada di sisi. Mungkin setiap hari mereka akan bertanya, Mak ayah mana?. Apa yang boleh dijawab oleh Si Ibu. Mungkin untuk kesekian kalinya Si Ibu terpaksa berbohong kepada anak-anaknya Ayah bekerja tidak pulang-pulang. Kejamnya ISA dan kerajaan yang menggunakan ISA untuk menahan rakyatnya tanpa bicara.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana sedih anak-anak dan isteri tahanan ISA ini. Saya yang mempunyai anak berumur 2 tahun hingga 10 tahun sudah tentu faham benar akan sikap dan perangai anak-anak kecil ini yang amat memerlukan belaian kasih sayang ayah. Sesekali mereka mengajak kita bergurau dan bermain bersama. Malah anak yang berumur 2 tahun itupun jika tidak nampak kelibat saya sudah tentu dia akan bertanya kepada emaknya, ke mana ayah. Inikan pula anak-anak yang berumur lebih dari 2 tahun sudah tentu mereka sentiasa menanti kepulangan ayah untuk bermanja dan mengadu segala hal mereka.

Mengapa begitu susah manusia penganut Islam Hadhari untuk memahami perkara ini.
Mengapa begitu sukar manusia penganut Islam Hadhari untuk lembut hati.
Mengapa begitu sukar manusia penganut Islam Hadhari untuk me'maaf'kan tahanan ISA jikapun mereka bersalah,
Mengapa begitu sukar manusia penganut Islam Hadhari untuk melahirkan sifat kasihan kepada anak dan isteri mangsa ISA ini

Saya hairan dan pening kepala memikirkan sikap pemimpin Islam Hadhari ini. Saya merayu kepada Pemimpin Islam Hadhari untuk kesekian kalinya SILA BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA ATAU BICARAKAN MEREKA DI MAHKAMAH TERBUKA.


Di bawah ini saya siarkan artikel Harakahdaily berkaitan dengan KEZALIMAN ISA

Semalam (23 September), penulis bersama rakan wartawan, Azamin Amin dan, Penyunting, M.Khaleel melangkah kaki ke Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, satu-satunya kampung dimana orang Melayu dahulu berkubu daripada ancaman komunis. Iklan

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Simpang Durian mengambil masa kira-kira empat jam jika kelajuan pemanduan sekitar 80 km sejam.

Maklumlah perjalanan dalam musim perayaan ini memaksa penulis memperlahankan kenderaan, kurangkan memotong dan cukup berhati-hati ketika mahu mencelah.

Semalam juga Ops Sikap dilancarkan di seluruh negara yang mana polis dan JPJ ditugaskan mengawal seluruh trafik.

Misi kami ke Kampung Simpang Pertang untuk menyampaikan bantuan hari raya kepada seorang isteri tahanan ISA, Hidayu Kamaruzzaman yang mana suaminya, Mohammad Amir Mat Hanafiah ditahan pada 5 April 2007.

Hidayu kini tinggal dengan bapanya, Kamaruzzaman Mat Kilau yang hanya bekerja sebagai Penoreh Getah, sementara Hidayu terpaksa bekerja sebagai Guru Kafa dengan gaji hanya RM500 sebulan.

Setibanya kami di rumah Hidayu, tiga anaknya, Fathur Rahman Al-Ghazi; Uwais Al-Qarani dan Ubaidah Al-Harith menyambut kami dengan mesra malah seakan telah mengenali kami seperti bapa saudara mereka.

Bapa Hidayu (Kamaruzzaman) membuka pintu pagar rumah yang telah usang dengan memandang tepat ke arah muka kami sambil menghulurkan salam.

Menitis airmata penulis apabila melihat, anak sulong Hidayu, (Fatur Rahman) meluru ke arah penulis memeluk erat penulis bagaikan memeluk bapa sendiri.

Terpancar di wajah Fatur Rahman kerinduan yang amat sangat malah adik-adiknya turut mendakap penulis, seakan tidak mahu kami segera beredar.

Dalam pertemuan selama kira-kira setengah jam itu, sempat kami berkongsi pengalaman Hidayu, seorang isteri yang masih muda yang terpaksa menempuhi ranjau hidup sendirian tanpa suami di sisi.

Walaupun Hidayu rancak berbual dengan kami mengenai pengalamannya, namun dari sayu matanya, terpancar perasaan yang amat mendalam, kesengsaraan hidup dengan suami terpisah di tembok besi kejam binaan kerajaan.

Sebaris kata HIdayu yang tidak dapat penulis lupakan "Abang kata, tak mengapa sabarlah dengan dugaan, insyaAllah Allah akan membalasnya di akhirat".

Renungan sayu wajah Hidayu dan anak-anaknya sememangnya memberikan satu lagi pengalaman yang cukup sedih kepada penulis yang hanya mampu menukil kisah beliau hanya dalam tulisan.

Apakah perasaan sebenar Hidayu tatkala berhadapan dengan sengsara ciptaan ISA ini, hanya Hidayu dan anak-anak serta ayahnya yang telah tuan sahaja yang mengetahui.

Sedetik tidak pernah Hidayu menyesali dugaan itu, tetapi di hatinya jelas terbayang betapa beliau tidak redha suaminya diperlakukan sedemikian tanpa perbicaraan di mahkamah untuk membuktikan kesalahan.

Sesungguhnya tuduhan terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) menjadi alasan kerajaan untuk menahannya, namun sehingga kini Hidayu pelik mengapa tuduhan sahaja yang dilemparkan sedangkan proses pembuktian tidak pernah berlaku.

Hidayu pasrah dengan dugaan itu, namun hatinya sesekali tercuit dengan suara anak-anak yang meminta bertemu dengan Abi (Ayah) yang masih terpenjara di Kem Tahanan Kamunting.

Biarpun rakan-rakan sebaya dengan anak-anaknya kini cukup gembira menyambut Aidilfitri, namun ujar Hidayu, anak-anaknya lebih merindui Abi yang entah bila akan dibebaskan.

Hiba perasaan penulis tatkala Hidayu menyatakan anak sulongnya sukar untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan di Tadika apabila rakan bertanyakan di mana ayah mereka.

Entah bilakah Fatur Rahman, Uwais dan Ubaidah akan dapat mendakap tubuh bapa mereka, hanya Allah yang tahu.

Sebelum pulang, penulis telah menyampaikan bantuan berupa wang Rm1000 untuk persiapan hari raya kepada Hidayu.

Wang ini diberi kepada isteri-isteri tahanan ISA hasil kutipan tabung Harakahdaily yang diusahakan selama ini.

Namun terdetik di hati penulis, apalah sangat bantuan Rm1000 berbanding berat resah dan hiba kerinduan Hidayu dan anak-anak terhadap Mohammad Amir yang hanya akan beraya di tirai besi.

Kisah ini hanya secebis kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara, namun kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada pemerintah untuk menghapuskan undang-undang rimba ini.

MUDAHNYA DIAJAK BERZINA, MASYA ALLAH JANGAN AKU DIUJI SEBEGINI ~ Ref Malaysiakini

Salah seorang dari tertuduh kes rasuah bersama 2 orang Exco Negeri Perak berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh, Zul Hassan mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan China.

Beliau yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Ipoh semalam.

Zul berkata kalau beliau tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Perkataan 'sedekah' ini saya rasa tidak sesuai digunakan. Carilah perkataan lain untuk digunakan pada perkara maksiat seperti ini. Ianya seolah-olah mempermainkan kalimah yang baik maknanya ini.

Rakan Zul, Fairul Azrim yang juga merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu menceritakan peristiwa tersebut.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Saya mempertikaikan sikap Zul dan Fazrim yang begitu mudah menerima wanita China tersebut untuk diperlakukan sedemikian. Bukankah dosa berzina itu sangat besar. Malah sepatutnya beliau mesti memeriksa mengapa dia diberikan 'percuma' wanita tersebut. Kalau tidak takut kepada Allah sekali pun malulah sikit kepada manusia.

Saya mengharapkan Zul dan rakan-rakannya yang lain (jika terlibat) bertaubat segera. Jangan cemarkan nama baik Islam dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Sesungguh ujian diajak berzina oleh seorang wanita muda sangat besar. Bukan calang-calang orang yang boleh menepisnya. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan UJIAN YANG TAK SANGGUP KITA TEMPUHI.

Kepada PKR saya juga mengharapkan dapat sama-sama mentarbiah ahli kita supaya teguh dan kukuh imannya untuk menghadapi seribu satu macam taktik jahat musuh untuk menjatuhkan kita.

Amin

ASYIK-ASYIK REF MALAYSIAKINI ~ Ref Malaysiakini

Ada tetamu yang mempertikaikan tindakan saya mengapa setiap posting saya ref-Malaysiakini.

Ada yang mengatakan saya menipu, berbohong dan mencari publisiti murahan. Terpulang kepada tuan-puan untuk membuat tuduhan, nasihat dan teguran. Bagi saya tiada salahnya untuk saya Ref-Malaysiakini setiap posting saya.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa sebab mengapa saya Ref-Malaysiakini untuk setiap posting saya:-

1) Blog saya tidak popular dan tidak hebat seperti blog tuan-tuan. Jadi untuk membolehkan pandangan saya dan kadang-kadang pandangan rasmi PAS Melaka diketengahkan kepada para pembaca adalah lebih baik saya masukkan Ref-Malaysiakini supaya lebih ramai dapat membacanya. Saya rasa kalau saya tidak Ref-Malaysiakini sudah tentu tidak ramai yang dapat membacanya kerana Blog saya tidak ramai pengunjung seperti blog tuan-puan semua.

2) Malaysiakini sendiri membenarkan bloggers melakukan perkara ini iaitu Ref-Malaysiakini untuk mana-mana posting mereka.

3) Malaysiakini sendiri menapis semua posting-posting yang Ref-Malaysiakini. Bukan semua posting akan disiarkan dalam ruangan Mkini in Blog tersebut.

Itu sahaja 3 sebab mengapa saya terus merujuk posting saya kepada Malaysiakini. Terpulang kepada Tuan-puan samada bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini.

Satu lagi nasihat dari para tetamu ialah saya selalu Cut & Paste. Saya akui akan fakta ini. Untuk pengetahuan tuan, saya terpaksa Cut & Paste laporan Malaysiakini, Harakahdaily, Mstar dan lain-lain untuk membuat ulasan terhadap laporan itu. Saya berusaha untuk tidak Cut & Paste semua laporan, sekadar untuk merujuk kepada laporan itu bagi membolehkan saya menganalisis, mengkritik, memberikan cadangan balas, menafikan berita tersebut dan sebagainya.

Saya memohon maaf jika perbuatan saya ini menyakitkan hati tuan-tuan dan tidak dapat memuaskan hati para pengunjung.

Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan,
Saya bukan kurang ajar,
Kalau silap buat teguran.

Saya bukan kurang ajar,
Kalau silap buat teguran,
Saya masih terus belajar,
Timba ilmu timba pengalaman.

Saya masih terus belajar,
Timba ilmu timba pengalaman,
bagun pagi terbit fajar,
Terus meluru tengok laman (blog).


Saya - Mutaligat
Blogger Amatur yang sedang merangkak
.

BONUS SEMUA ORANG DAPAT? ~ Ref Malaysiakini

Semalam kakitangan kerajaan senyum lebar kerana mendapat bonus 'memujuk' dari kerajaan 'prihatin'. Malangnya kami yang bukan kakitangan awam (tetapi kakitangan Awang) hanya melihat dari jauh kawan-kawan berseronok mendapat hak mereka.

Mengapa kerajaan tidak memikirkan kami yang bekerja sendiri, kerja swasta dan tidak bekerja ini. Apakah tidak ada langkah di ambil untuk sekurang-kurangnya membolehkan kami tumpang gembira untuk menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelang seminggu sahaja lagi.

Bukankah kerajaan boleh mengarahkan syarikat swasta memberikan bonus atau saguhati untuk kakitangannya. Mengapa ini tidak dilakukan oleh kerajaan?

Bukankah kerajaan boleh mengeluarkan sedikit peruntukan untuk diberikan kepada rakyat marhaen yang tidak bekerja kerajaan bagi meringankan beban mereka.? Duit berjumlah bilion ringgit dari keuntungan Petronas itu rasanya boleh diagihkan kepada rakyat termiskin yang pendapatan mereka di bawah RM1,000 atau RM1,500. Mengapa kerajaan tidak berbuat demikian?

Semua ini jawapannya ialah kerajaan kedekut dan terlalu berkira dengan rakyat fakir dan miskin tetapi begitu murah hati memberikan bantuan atau 'bail out' syarikat-syarikat yang susah dan bermasalah. Selain itu pemimpin kerajaan sanggup menghabiskan elaun puluhan malah ratusan ribu elaun keraian untuk bermegah menganjurkan jamuan hari raya yang kadang-kadang dilihat membazir.

Jadi kepada bukan kakitangan kerajaan jangan kamu bermimpi untuk mendapat bonus dari kerajaan atau hasil dari arahan kerajaan. Selagi kerajaan BN yang memerintah jangan haraplah ..........

Hanya satu sahaja cara untuk Tuan-puan yang beragama Islam untuk dapat bonus. Iaitu BONUS ganjaran yang LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN. Ganjaran yang dikurniakan oleh Allah bagi sesiapa yang mencarinya iaitu beramal dan beribadat pada MALAM LAILATUL QADR. Allah telah berjanji di dalam firman " Malam Lailatul Qadr adalah lebih baik dari seribu bulan". Maka mari sama-sama kita merebutnya. Ia jauh lebih baik dari bonus sebulan gaji yang dijanjikan oleh kerajaan BN.

Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan tips kepada malam Lailatul Qadr jatuh pada 10 malam terakhir Ramadhan, pada malam-malam ganjil dan 3 malam terkahir Ramadhan. Terpulang kepada kita untuk mendapatkan BONUS dari Allah ini.

ANWAR KE KOTA BAHARU BERTEMU TOK GURU BINCANG TUBUH KERAJAAN? ~ Ref Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan 2 orang Tok Guru PAS, iaitu pemimpin tertinggi PAS, Presiden dan Mursyidul Am PAS. Ianya berlangsung di Kota Baharu dalam suasana yang harmoni dan ceria.

Menurut sumber antara perkara yang mungkin dibincangkan ialah pembetukan kabinet dan kerajaan PR.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah beberapa kali membuat penegasan bahawa kerajaan PR mestilah mendaulat Islam dalam ertikata bahawa kerajaan itu mesti diketuai dan didominasi oleh kepimpinan Islam. PAS sentiasa komited untuk memastikan bahawa Islam tidak dikesampingkan.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula sentiasa konsisten dalam kenyataannya mahukan PAS kekal dan komited dengan penubuhan kerajaan PR. Malah Tuan Guru dengan jelas memuji strategi dan perancangan Anwar yang menyatakan bahawa kerajaan PR akan dibentuk pada 16 September.

Tok Guru berkata, kalau tidak jadi pun tak apa kerana itu adalah strategi berpolitik yang menyebabkan BN tidak duduk diam memikirkan cara untuk menggagalkannya.

Tidak syak lagi bahawa Anwar komited untuk memastikan hasrat dan kemahuan PAS untuk memastikan Islam didaulatkan di dalam kerajaan PR sebab itu Anwar sanggup untuk berbincang dengan kedua-dua tokoh paling berpengaruh di dalam PAS maupun diluar PAS.

PAS sebagai sebuah parti Islam tidak akan 'demand' atau meminta kerusi atau portfolio yang tidak masuk akal. Begitu juga PAS tidak mahu dipermainkan dengan diberikan peranan bagaikan melukut di tepi gantang di dalam kerajaan PR nanti. PAS sentiasa professional, realistik dan tawaduk serta matang dalam setiap perbincangan dan keputusan. Ini dapat dibuktikan dalam setiap kerjasama dan tahaluff siyasi PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif dahulu. Bukan PAS yang keluar atau menggagalkan pakatan tersebut tetapi parti sahabat lain yang keluar atau meninggalkan 2 gabungan tersebut.

Insya Allah semuanya berjalan dengan baik. Saya yakin PAS tetap setia dan komited dengan pembentukan kerajaan baru PR. Bagi sahabat kita yang bukan Islam jangan khuatir dan takut saudara-saudari tidak akan disia-siakan sebagaimana PAS telah buktikan di Kelantan, Terengganu dan kini di Kedah.

NEGARA BAKAL HANCUR, RASUAH TERUS BERLELUASA, INDEKS CPI MERUDUM ~ Ref Malaysiakini

Kedudukan ranking Malaysia di dalam Indeks Persepsi Rasuah Corruption Perception merudum dari tempat ke 43 tahun lalu kepada tempat ke 47 tahun ini. Tahun kajian ini dibuat di 180 buah negara berbanding tahun lepas 179 negara sahaja.

Senario ini amat memalukan kerana Perdana Menteri sering berwirid untuk membenteras rasuah tetapi hakikatnya rasuah semakin teruk dalam negara kita. Ini bermakna 'wirid' Pak Lah untuk membasmi rasuah hanyalah omongan kosong sebab itulah rakyat menghukum kerajaan BN pada Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Tidak ada peningkatan langsung dari segi indeks dan juga markah yang diperolhi ileh Malaysia. Tahun ini memperolehi markah sebanyak 5.1 sama seperti tahun lalu. Malah sejak tahun 2001 markah Malaysia berkisar dari 4.9 hingga 5.1.
Kita masih gagal menyaingi Singapura yang berjaya menduduki tempat ke 4 di dunia dengan markah 9.2 jauh meninggalkan Malaysia.

Apakah puncanya? Puncanya tidak lain tidak bukan ramai perasuah di Malaysia dilindungi dan juga siasatan dan dakwaan terpilih masih diamalkan di negara kita.

Selagi BN memerintah negara saya yakin negara kita akan terus tergolong sebagai syurga rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ayuh tuan-puan mari kita selamatkan negara kita dari rasuah dengan memohon doa agar kerajaan PR berjaya dibentuk dengan segera.

23 September 2008

SEMUA KAWAN-KAWAN DIJEMPUT BUKA PUASA BESOK ~ Ref Malaysiakini

Saya menjemput semua kengkawan yang membaca posting ini untuk sama-sama hadir ke majlis buka puasa esok 24 Sept 2008 jam 6.45 petang di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil.
Semua kawan-kawan tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik serta media dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan program kita ini.

Selepas itu satu ceramah perdana akan disampaikan oleh Hj Mohd Sabu pada jam 9.45 malam.
DATANG JANGAN TAK DATANG.

TARIKH BARU PULAK DAH, BERAPA KALI MAU 'POSTPON' ~ Ref Malaysiakini

Setelah kita melewati 16 September tidak masih belum nampak bayang-bayang yang jelas bahawa negara berkebajikan yang diidamkan rakyat akan terbentuk. Sudah seminggu kita melewati tarikh 16 September itu kini kita terus menanti dan menanti bagaikan buah tidak gugur ........

Bila buah yang dikatakan masak ranum itu akan gugur dan dinikmati kita semua?

Hari ini timbul pula tarikh baru iaitu 1 Oktober. Mungkin tarikh ini akan benar-benar men'gumbira'kan kita atau kita terus menunggu dan menunggu. Sabarkah kita menunggu dan terus menunggu.?

Hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih berharap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui beliau untuk membincangkan perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Beliau melahirkan rasa hairan mengapa sukar bagi Dollah (Abdullah) untuk bertemu.

Menurutnya pertemuan antara kerajaan dan pembangkang adalah urusan biasa. Di mana-mana negara ia selalu berlaku.

Anwar ditemui selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau seterusnya menggesa Abdullah agar mempertimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan menghormati sistem demokrasi.

Abdullah kata Anwar, seharusnya tidak takut dengan ahli-ahli parti beliau. Gunakan kedudukan beliau untuk memanggil sidang khas Parlimen.

16 September lalu, Abdullah telah pun menolak permintaan Anwar agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.

Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.

Sambil menegaskan masih mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi, Anwar berkata, beliau tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membentuk kerajaan disebabkan adanya bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam jumlah yang memadai untuk melompat parti.

Anwar berkata beliau tidak boleh pergi dan mengetuk pintu di Putrajaya dengan mengatakan PR mempunyai jumlah wakil yang mencukupi. Ini merupakan proses perundangan dan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan, justeru ia akan mengambil sedikit masa tetapi akan bermula dengan pertemuan bersama Dollah.

Kata Anwar, bagi mengelakkan ketidakstabilan politik, pembentukan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan akan dibuat menerusi Parlimen.

Anwar juga menolak saranan supaya pihak ketiga menggerakkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri.

Katanya, usaha pihak ketiga tidak diperlukan dalam hal tersebut.

Terdahulu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu.

Esok, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Anwar, 60, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar kini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.

Sumber : Mstar

SURAT KEPADA AGONG BELUM HANTAR, BILA NAK HANTAR ? ~ Ref Malaysiakini

"Ingatkan dah hantar, rupa-rupanya belum hantar, leceh betul la dia orang ni buat kerja" itulah reaksi spontan sahabat saya bila diberitahu PR belum menghantar surat untuk mengadap Seri Paduka Baginda berkenaan isu pembentukan kerajaan baru.

"Mati-mati aku ingat dia orang dah hantar surat tu, rupa-rupanya dak lagi, bila nak hantar nih, takan tunggu ahli parlimen BN tu tarik balik keputusan nak lompat baru nak hantar surat pada agong" katanya kesal.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

Bagi kita penyokong PR kita terus memberikan sokongan penuh kepada pimpinan untuk mendepani cabaran ini. Insya Allah berkat kesabaran dan kekentalan kita berjuang Allah akan makbulkan doa kita semua.

SOKONG CADANGAN MELAKA BAGI AIR PERCUMA, BAIKI PERKHIDMATAN ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong agar negeri Melaka memberikan air percuma sebanyak 20 liter padu untuk rakyat negeri ini yang berpendapatan RM740 sebulan.

YB Khoo membuat cadangan tersebut yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.

Cadangan itu merupakan suatu cadangan yang baik dan ia juga bertepatan dengan pelaksanaan pemberian air percuma yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Perak.

"Sepatutnya kerajaan Melaka tidak perlu segan atau malu untuk meniru kedua-dua program pemberian air percuma negeri Selangor dan Perak kerana ianya mampu meringankan beban rakyat miskin".

"Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan pelbagai kenaikan barang cadandan tersebut amat dialu-alukan" kata Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya keuntungan Syarikat Air Melaka Berhad agak tinggi iaitu RM87,268,867 wajar disumbangkan kepada golongan miskin dalam bentuk pemberian air percuma tersebut.

"Kerajaan negeri sewajarnya mengambiltahu masalah rakyat miskin ini, jadi biarlah keuntungan sebanyak itu dikongsi bersama dengan rakyat miskin" tambah Kintan.

Beliau juga mencadangkan Syarikat Air Melaka mempertingkatkan lagi perkhidmatannya dengan memastikan tidak banyak pembaziran berlaku kerana sekarang kadar kehilangan air adalah diantara 26.7 % hingga 31 %. Kadar ini sangat tinggi dan menyebabkan Syarikat terpaksa menanggung kerugian yang besar.

"Apa yang kita bimbang dengan kehilangan air yang banyak ini syarikat tidak dapat memperbaiki mutu perkhidmatan kerana kekurangan dana".

"Sekarang inipun mutu air yang disalurkan kepada rakyat negeri ini amat mendukacitakan kita semua" kata Kintan.

Tinjauan Siasah di sekitar taman perumahan di Bandar Melaka, mendapati kebanyakan rumah memasang penapis tambahan bagi memastikan air selamat di minum. Rata-rata mereka tidak yakin untuk meminum air yang diambil terus dari paip walaupun sudah dimasak kerana air tersebut berwarna kekuning-kuningan berbanding dengan air yang ditapis.

Seorang pengguna, Puad Abdul, 39 dari Taman Seri Jati, Sg Putat berkata beliau kesal dengan mutu perkhidmatan air yang disalurkan ke rumahnya kerana kadang-kadang warnanya kekuningan dan berbau.

"Saya mengharapkan perkara ini dapat diambil tindakan dengan segera agar kesihatan pengguna tidak terjejas dengan penyaluran air yang tidak bersih dan berkeladak" katanya.


Menurut Puad kekotoran air ini memang terbukti di mana selepas 3 atau 4 hari sahaja penapis air dibersihkan penapis akan kotor semula dan kekotorannya amat menggerunkan.

JEMPUTAN BERBUKA PUASA DAN CERAMAH HJ MOHD SABU ~ Ref Malaysiakini

Seluruh rakyat Negeri Melaka dan orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama di jemput untuk bersama-sama menghadiri jamuan berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka pada 24 September 2008 esok bermula jam 6.30 petang di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Selain jamuan berbuka puasa, Ceramah Perdana juga akan dianjurkan di tempat yang sama bermula jam 9.45 malam selepas solat tarawikh.

Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu.

Seluruh rakyat di jemput hadir. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian 06-2841780 Pejabat Perhubungan PAS Melaka.

BPR TIDAK BEBAS ? ~ Ref Malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah tidak bebas dan dipengaruhi oleh orang tertentu? Persoalan ini memang telah lama dibangkitkan oleh rakyat. Bukti terhidang di depan mata apabila begitu banyak laporan yang dibuat kepada BPR di'petisejuk'kan atau di'bakulsampah'kan.

Lihat sahaja apa jadi dengan laporan yang dibuat oleh Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman terhadap Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo dan laporan pelbagai pihak kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu. Ke mana perginya laporan tersebut sehingga ada yang kertas siasatan pun tidak dibuka atau dimulakan.

Malah jarang sekali kita mendengar 'jerung-jerung' besar ini disiasat dan disabitkan dengan kesalahan, yang menjadi mangsa hanyalah 'ikan-ikan' bilis yang mudah tersangkut di jaring BPR.

Fakta ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan yang mendakwa bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Kenyataan disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan” oleh Malaysiakini.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

MELAKA : PAK LAH – NAJIB SAPU SEMUA? ~ Ref Malaysiakini

Penyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, Pak Lah – Najib hampir pasti memperolehi pencalonan dari semua Bahagian-bahagian Umno Melaka pada mesyuarat agong bahagian tersebut tidak lama lagi.

Malah Umno Melaka telah awal-awal menyatakan sokongan kepada pelan peralihan kuasa Pak Lah-Najib tanpa sebarang bantahan. Perkara ini memang tidak menghairankan kita semua kerana Orang Melaka memang terkenal dengan semangat taat setia kepada pemerintah tanpa usul periksa.

Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Melaka yang bersidang pada 3 Julai lalu sebulat suara mencalonkan Pak Lah dan Mohd Najib untuk mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Beberapa minggu kebelakangan ini Pak Lah diasak dengan hebat oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pelan peralihan kuasa 2010 dipercepatkan. Selain itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lalu juga sekurang-kurang 4 ahli Majlis Tertinggi iaitu Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Huseein; Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shafei Apdal menggesa Abdullah meletakkan jawatan sebelum 9 Oktober namun Pak Lah tetap dengan pendiriannya mahu memegang jawatan tersebut sepertimana pelan peralihan asal.

Rafidah dalam ucapan semasa mesyuarat tersebut dilaporkan meminta Abdullah berundur kerana menurutnya dari maklumbalas wanita-wanita bahagian menunjukkan bahawa Abdullah dijangka gagal meraih lebih 58 pencalonan yang membolehkan beliau bertanding jawatan Presiden pada pemilihan kali ini.

Pak Lah dikatakan hampir termakan dengan hujah dan laporan Rafidah ini. Namun Najib cepat memintas dengan menyatakan bahawa apa-apa keputusan pun bergantung kepada perbincangan Pak Lah beliau.

Akhirnya selepas berbincang dengan menantu dan penyokong-penyokongnya Pak Lah membuat keputusan bahawa beliau akan tetap mempertahankan jawatannya bersama Najib untuk jawatan Timbalan Presiden.

Perkembangan ini sudah tentu menguatkan lagi fakta yang Umno Melaka akan 100 % mempertahankan regu Pak Lah-Najib kali ini. Ini bermakna Pak Lah-Najib sudah mempunyai 6 pencalonan dari Melaka.

Keenam-enam bahagian tersebut ialah Bahagian Masjid Tanah diketuai oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop, Bahagian Alor Gajah diketuai oleh Datuk Hj Hamdin Abdollah, Bahagian Tangga Batu diketuai oleh Datuk Yaakub Md Amin, Bahagian Bukit Katil diketuai Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Bahagian Kota Melaka diketuai oleh pemangku Ketua, Datuk Abdul Latif Thamby Chik dan Bahagian Jasin diketuai oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Semalam semua Bahagian-bahagian di Pulau Pinang dan Kelantan juga dikatakan menyokong Pak Lah-Najib.

Memang sah ahli-ahli Umno tidak mahu kepada perubahan. Walaupun Pak Lah-Najib ternyata gagal dalam pilihanraya Umum ke 12 dan pilihanraya Kecil Permatang Pauh mereka masih mahu mengekalkan regu yang diibaratkan kuda tua yang sudah tidak bermaya ini.

Di pihak pembangkang senario ini mungkin mengembirakan mereka, namun disebalik itu ianya merupakan bala kepada negara kerana pemimpin yang lemah dan lembap terus memimpin kita sedangkan masih ramai lagi pemimpin yang berkaliber di dalam Umno.

PAK LAH BIJAK JERAT NAJIB, KU LI DAN MUHYIDDIN ~ Ref Malaysiakini

Dari riak-riak mutakhir nampaknya Pak Lah akan kekal sebagai Presiden Umno. Strategi Pak Lah yang memujuk Najib menjadi regunya untuk menentang regu-regu lain pada pemilihan kali ini dilihat mengena.

Najib pula seperti biasa mencari jalan selamat dengan bersetuju untuk tunduk pada pelan peralihan 2010.Mungkin Najib mengambil falsafah biar lambat asal selamat. Najib tahu jika beliau menentang Pak Lah kali ini belum tentu beliau boleh menang disebabkan Pak Lah masih berkuasa sebagai Presiden Parti. Kita tahu Najib bukanlah anak jantan. Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda tanpa bertanding menggantika Anwar Ibrahim.

Jadi Najib akan mengekalkan tradisinya memegang sesuatu jawatan kalau biar tanpa bertanding kerana Najib tidak yakin dengan kebolehan sendiri. Maka kali ini sebenarnya Najib sekali lagi menzahirkan sifat sebenarnya iaitu bukan anak jantan.

Kalau lawan Pak Lah seperti Ku Li, Muhyiddin dan Mahathir bijak memukul canang Pak Lah juga bijak bermain cywar. Hari ini (semalam) Pak Lah dikhabarkan mendapat sokongan penuh dari semua bahagian di Pulau Pinang dan Kelantan. Jadi kalau sudah 2 negeri menyokongnya sudah pasti Pak Lah juga akan mendapat sokongan dari negeri lain kerana orang Umno biasanya Pak Turut.

Strategi Pak Lah menjerat Najib merupakan strategi yang paling ampuh mematikan langkah Muhyiddin yang terkial-kial mendesak pelan peralihan dipercepatkan. Muhyiddin tahu bahawa inilah peluang terakhir beliau untuk sekurang-kurangnya menjadi orang nombor dalam Umno selepas Pak Lah berundur sekarang. Malangnya Pak Lah tidak mahu berundur sekarang. Muhyiddin pun sudah terlanjur.

Jadi saya berpendapat karier Muhyiddin dan Ku Li akan berakhir selepas Pemilihan Umno Disember ini.

22 September 2008

POLIS TIDAK HORMATI RAMADHAN ~ Ref Malaysiakini

Mengapa Polis tidak menggunakan budi bicara mereka untuk membenarkan ceramah agama Badar Al Qubra diadakan di Butterworth semalam, sedangkan Polis tidak pernah pula bertindak menghalang konsert yang jelas haram di sisi Islam di serata Malaysia pada masa-masa lalu.

Apakah Polis tidak kenal bulan Ramadhan, bulan yang mulia untuk orang Islam beribadah.

Mengapa Polis tidak menghormati Ramadhan, bulan mulia bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam.?

Saya sedih membaca laporan Harakahdaily bahawa polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam.

Negara kita yang agama resminya Islam, tetapi pada masa yang sama menghalang syiar Islam diamalkan seperti ceramah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang ini.

Bagi saya tindakan ini sungguh biadap dan mencemarkan bulan Ramadhan.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin yang menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

Saya mengharap tindakan seumpama ini tidak akan diulangi oleh Polis. Sepatutnya mereka boleh menggunakan budi bicara dalam menangani masalah ini bukannya bertindak ganas dan biadap seperti itu yang akhirnya menjejaskan nama baik dan imej polis yang sudah sedia tercalar dengan insiden-insiden sebelum ini.

Gambar dan sumber berita : Harakahdaily.

KU LI SAYA PALING BERSIH BERBANDING CALON LAIN ~ Ref Malaysiakini

Ku Li seperti juga pemimpin Umno suka angkat bakul puji diri sendiri untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli akar umbi. Inilah sifat yang Umno tanamkan pada ahlinya iaitu merasakan diri sendiri jauh lebih hebat dari orang lain. Mungkin inilah marhalah tarbiyah yang diajarkan oleh Biro Agama Umno yang tarafnya sama dengan Biro Pertanian. Islam sekadar Biro bukannya Islam yang mentadbir dan memandu parti.

Sebab itu sesiapa yang tidak sanggup angkat bakul dan puji diri sendiri tidak layak menjadi pemimpin dan ahli Umno mana-mana peringkat sekalipun. Ini keran sifat suka meninggi diri dan angkat bakul puji diri sendiri telah menjadi sifat terpuji di sisi Umno.

Ku Li hari ini mengangkat bakul masuk sendiri apabila berkata latar belakang dirinya bersih berbanding calon jawatan Presiden Umno yang lain.

Menurutnya sepanjang bersama Umno saya tidak ada sebarang masalah peribadi kerana itu beliau mendakwa dirinya adalah opsyen terbaik untuk memulih dan mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah yang kini dihadapi Umno.

Dengan pengakuan Ku Li ini membuktikan calon-calon Presiden Umno lain yang tergila-gila untuk menjadi Presiden Umno seperti Pak Lah, Najib dan Muhyiddin semuanya tidak bersih dan mempunyai kontroversi. Memang tidak perlu saya nyatakan apa kontroversi mereka kerana semua rakyat sudah sedia maklum dan orang kampung semua sudah tahu.

Ku Li juga langsung tidak gusar tentang sebarang perkembangan dalam Umno - sama ada peralihan kuasa antara Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak berlaku awal atau sebaliknya.

Bekas Naib Presiden itu yakin mendapat cukup pencalonan untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno disember depan.

Pada Tengku Razaleigh, apa pun berlaku atau tidak berlaku pada 9 Oktober depan seperti yang diuar-uarkan oleh banyak pihak tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai pencabar jawatan Presiden kerana kekuatan beliau terletak pada kelebihan yang ada pada diri sendiri dan tidak pada faktor luaran.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan pengamal media tradisional dan alternatif di kediamannya sebelum berbuka puasa semalam.

Jika berjaya menerajui Umno, Tengku Razaleigh berjanji beliau akan menjadikan Umno sebuah parti yang lebih demokratik untuk semua Melayu dan Bumiputera dan tidak akan menyekat sesiapa untuk bertanding.

Politik Wang

Selain tidak demokratik, Tengku Razaleigh berkata, satu lagi masalah besar di dalam Umno yang mesti dibersihkan segera jika parti itu mahu terus menjadi peneraju kerajaan ialah masalah politik wang.

Masalah itu, katanya, kini menular dengan teruk dalam Umno.

Beliau mendakwa bahawa beliau tahu politik wang berlaku. Malah orang-orangnya pun telah ditawar wang.

Menurutnya beliau telah arahkan mereka agar mengumpul bukti yang cukup agar perkara ini boleh dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Beliau mahu bukan sahaja ejen-ejen yang menawarkan wang diambil tindakan, tetapi juga pemimpin sebenar dibelakang amalan ini diambil tindakan supaya mereka hilang kelayakan bertanding.

Menurutnya, dalam megambil tindakan terhadap masalah politik wang juga Umno mempunyai tiga atau empat standard yang berbeza untuk golongan yang berbeza.

Standard berbeza digunakan untuk aduan-aduan yang dibuat terhadap pemimpin tertentu dan yang lain digunakan untuk pihak lain dalam Umno.

Oleh kerana itulah katanya, aduan politik wang dan salah guna kuasa pihak tertentu tidak langsung disiasat oleh Umno.

Dakwaan Ku Li ini membuktikan Umno memang menghalalkan rasuah dan salahguna kuasa. Malangnya perkara jijik ini dilakukan sendiri oleh pemimpin atasan Umno seperti yang didakwa oleh Ku Li.

Negara akn hancur jika negara terus ditadbir oleh penyangak dan perasuah seumpama ini.

ORANG NAJIB, ORANG PAK LAH DAN ORANG MUHYIDDIN ~ Ref Malaysiakini

Umno bakal menjadi haru biru, porak peranda dan akhirnya berkubur tanpa nesan akibat permusuhan dan perebutan kuasa yang begitu memuncak sekarang. Masing-masing mendabik dada mendapat sokongan akar umbi. Masing-masing sudah membentuk 'geng' dan pasukan kempen.

Pemimpin mereka sudah mula menjelajah ke seluruh pelusuk negara. Tidak tahulah kita samada mereka menggunakan duit rakyat dengan menaiki kereta kerajaan yang dibiayai dengan duit rakyat. Kalau benar mereka menggunakan kereta kerajaan yang dibiayai duit rakyat saya sebagai rakyat TIDAK AKAN REDHA satu sen pun duit itu digunakan untuk kepentingan peribadi berkempen untuk menang jawatan dalam UMno.

Sebagai contoh baru-baru ini Ali Rustam bukan hebat merasmikan satu pertandingan musabaqah di hulu banat Kuala Lipis. Muhyiddin pula semalam mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno Bahagian Temerloh. Semua ini adalah untuk berkempen menonjolkan diri masing-masing. Angkat Bakul dan perasan diri sendiri hebat sudah menjadi sifat 'mahmudah' bagi mereka.

Kini timbul gelaran-gelaran seperti orang Pak Lah, orang Najib, Orang Muhyiddin, Orang Ku Li, Orang Mahathir dan sebagainya. Semua itu merupakan bibit perpecahan yang maha hebat yang bakal melanda Umno. Malah bala Allah atas amalan rasuah, ugut, penipuan dan sebagainya akan menimpa Umno. Tidak hairan jika Umno akan diharamkan sekali lagi seperti tahun 1987.

Mungkin perbalahan dan pergaduhan ini tidak dapat dibendung lagi lantaran masing-masing begitu mabukkan kuasa untuk disanjung dan dipuja. Inilah bala Allah kepada sesiapa yang meninggalkan Islam dan berjuang atas hawa nafsu. Pangkat dan kuasa bukannya menjadi perkara yang menggerunkan mereka tetapi ianya seolah-olah menjadi hadiah dan habuan kesenangan dunia. Sedangkan Allah akan menyoal sekecil-kecil amanah yang kita pegang, inikan pula amanah mentadbir negara seperti menjadi Perdana Menteri, menteri dan sebagainya. Makin besar pangkat dunia makin besar tanggungjawabnya.

NAJIB TAK JADI TAMBAT RINGGIT ~ Ref Malaysiakini

Ura-ura Najib akan menambatkan nilai ringgit hari ini tidak menjadi kenyataan setelah Najib mendengar taklimat khusus kementerian kewangan pagi ini. Apa yang menyebabkan Najib mengambil keputusan itu tidaklah diketahui.



Sehingga jam 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Sabtu lepas, Dr Mahathir mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

Timbalan perdana menteri, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan, bertukar portfolio suka sama suka (betul ke tidak?) dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu.

Menurutnya, kita komited membiarkan pasaran menentukan sendiri nilai ringgit.

Nampaknya Najib ingin menunjukkan bahawa beliau juga pakar dalam bidang ini sehingga berjaya mengambil keputusan ini dengan pantas.

Ketokohan Najib menguruskan kementerian ini belum teruji sebagaimana beliau 'berjaya' menguruskan kementerian pertahanan sehingga tercetus pelbagai kontroversi antaranya isu kapal selam, isu pembinaan kapal, isu C4 dan sebagainya.

Mungkin lambat laun Najib akan membuktikan 'kehebatannya' di kementerian ini. Kita percaya Najib sudah tentu akan menunjukkan aksi hebatnya di kementerian ini jika beliau memegangnya dengan lama. Namun belum tentu Najib dapat bertahan lama kerana usia kerajan BN pun sudah tidak lama lagi untuk kojol.

RAYMOND TAN MESTI LETAK JAWATAN TIMBALAN KM SABAH ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Sabah mengekalkan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, meskipun tidak menyertai mana-mana parti politik pada masa ini.

Shu Kiah berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, selepas pertemuan dengan beliau di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Bagi saya tindakan Raymond tidak meletakkan jawatan sekali lagi membuktikan bahawa parti BN dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermaruah.

Sepatutnya Raymond yang dilantik disebabkan beliau anggota SAPP mesti meletakkan jawatan kerana SAPP telah keluar dari BN. Raymond sendiri sepatutnya sedar beliau dipilih oleh Musa Aman kerana beliau anggota BN. Jadi sekarang beliau bukan lagi anggota BN beliau wajar meletak jawatan.

Jika sekiranya beliau menyertai mana-mana parti komponen BN yang lain beliau bolehlah dilantik semula ke jawatan asalnya.

Inilah contoh tauladan pemimpin BN yang cakap tidak serupa bikin. Mereka begitu marah kepada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi pada masa yang sama tidak pula marah kepada pemimpin yang masih berdegil memegang jawatannya sedangkan ia dilantik atas kapasiti parti yang telah keluar BN dan dia sendiri sudahpun keluar dari parti asalnya.

Shu Kiah yang juga bekas Timbalan Presiden SAPP keluar daripada parti tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi parti pada 17 September lalu, keluar daripada BN selepas hampir tiga bulan menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat itu pada awalnya merancang menyerahkan surat peletakan jawatannya dalam kerajaan hari ini berikutan keputusan SAPP itu.

RAYUAN AKHIR RAMADHAN UNTUK PARA DERMAWAN ~ Ref Malaysiakini

Saya memohon para tetamu saya yang mengunjungi Blog ini agar dapat menyumbangkan derma semaksimum mungkin untuk mendapatkan 'TIJARAH' yang akan menyelamatkan kita diakhirat nanti sebagaimana firman Allah :-

Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan (TIJARAH) yang akan dapat menyelamatkan kamu dari azab yang maha besar (yang pedih), iaitu kamu beriman kepada Allah, rasulNya, dan berjihad di Allah dengan HARTA BENDA KAMU, diri kamu, itu adalah lebih baik bagi kamu, jika sekiranya kamu mengetahui.

Oleh itu sempena bulan Ramadhan ini kita dituntut memperbanyakkan sedekah dan peluang masih ada bagi untuk merebutnya di mana Ramadhan sudah melangkah ke minggu terakhir.

HULURKAN DERMA KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

1) Bagi pengunjung yang prihatin dengan dengan nasib malang keluarga mangsa ISA, sila bank-in sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336

ATAU BANK-IN KE AKAUN MayBank 162209939776, atas Nama : Nashita Mohd Noor, Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA.

2) Sedekah/Infaqkan kepada Dewan Pemuda PAS Bukit Katil untuk membantu mereka menjalankan aktiviti menentang kekejaman dan kezaliman BN Melaka yang sedang bermaharajela.

Derma boleh disalurkan ke akaun Maybank no : 554 110 100 727 atas Nama DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL

SEGALA DERMA DAN INFAQ TUAN-TUAN INSYA ALLAH AKAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH DENGAN GANJARAN SETIMPAL. AMIN

9 OKTOBER TARIKH MULA PAK LAH DI'KUBUR'KAN ~ Ref Malaysiakini

Oleh kerana kedegilan Pak Lah tidak mahu meletakkan jawatan sendiri, maka besar kemungkinan beliau akan di'kubur'kan dari jawatan Presidennya apabila sebahagian besar perwakilan bahagian-bahagian hampir pasti tidak mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden. Mungkin untuk jawatan Pemeriksa Kira-kira tidak ada masalah untuk Pak Lah menang.

Dari makluman akar umbi yang disampaikan oleh Rafidah Aziz semasa baru-baru besar kemungkinan Pak Lah tidak akan dapat melepasi kouta minima pencalonan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatannya. Pak Lah hampir pasti tidak akan dapat sekurang-kurangnya 58 pencalonan itu had minima untuk membolehkan beliau bertanding. Namun saya kira jika Pak Lah memperolehi kurang dari 100 pencalonan Pak Lah sepatutnya menarik diri. Ini kerana jika beliau mendapat kurang dari 100 belum tentu beliau akan menang jika bertanding jawatan Presiden.

Dengan senario sebegini saya mencadangkan Pak Lah bertanding jawatan Pemeriksa Kira-kira atau Pengerusi Tetap, mungkin beliau boleh menang mudah.

Rata-rata ahli Umno akar umbi telah menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk memperjudikan nasib dengan mengundi Pak Lah pada pemilihn ni.

Lihat sahaja bagaimana lembapnya Pak Lah menangani isu kegagalan BN mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Setelah 5 bulan PRU ke 12 lalu, Pak Lah gagal menarik rakyat supaya menyokong BN. Malah BN semakin teruk sebagaimana dibuktikan di Permatanh Pauh apabila majoriti Calon PR, Anwar meningkat dengan banyak.

Tidak syak lagi karier politik Pak Lah akan dikuburkan tidak lama dengan dek kerana keangkuhan, kelembapan dan kelekaan beliau selama ini.

Sementara itu sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara sedang membuat persiapan untuk mengadakan mesyuarat masing-masing mulai 9 Oktober depan.

Selain memilih kepimpinan peringkat bahagian, mesyuarat kali ini amat penting kerana mereka akan membuat pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi Umno Disember ini.

Pencalonan tersebut adalah bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Tertinggi (MT)

Di samping itu, mesyuarat bahagian kali ini juga akan memilih perwakilan yang akan mengundi dalam perhimpunan agung parti itu nanti.

Para perwakilan akan terdiri daripada enam pemegang jawatan utama bahagian yang juga dikenali sebagai G6 dan tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian (G7).

Ini bermakna setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan untuk mengundi memilih pucuk pimpinan Umno Disember ini.

Mengikut perlembagaan parti, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan, timbalan 20 peratus (38 pencalonan), naib presiden 10 peratus (19 pencalonan) dan MT 5 peratus (10 pencalonan).

Malaysiakini telah menghubungi kesemua 100 bahagian di Kedah, Wilayah Persekutuan, Perak, Selangor dan Johor dan mendapati 39 daripadanya telahpun menetap tarikh mesyuarat bahagian masing-masing.

Tarikh mesyuarat

Kedah mempunyai 15 bahagian, Wilayah Persekutuan (13), Perak (24), Selangor (22) dan Johor (26)

Sehingga hari ini, bahagian-bahagian yang menetapkan tarikh mesyuarat mereka ialah empat di Kedah, Wilayah Persekutuan (7), Perak (6), Selangor (9) dan Johor (14).

Bahagian di Kedah yang telah menetap tarikh mesyuarat ialah Pokok Sena dan Merbok (18 Oktober), Sik (25 Oktober) dan Padang Terap (11 Oktober).

Wilayah Persekutuan - Cheras, Bandar Tun Razak, Wang Maju dan Segambut (19 Oktober), Setiawangsa (25 Oktober), Kepong (26 Oktober), Labuan (16 Oktober).

Perak - Gopeng (26 Oktober), Bagan Serai (12 Oktober), Padang Rengas (18 Oktober) manakala Lenggong, Sungai Siput dan Tambun (19 Oktober).

Selangor - Shah Alam (12 Oktober), Kapar (18 Oktober), Kuala Langat (19 Oktober), Puchong (2 November), Sungai Besar (8 November), Kelana Jaya (9 Novemer) manakala Sabak Bernam, Petaling Jaya Utara dan Serdang (26 Oktober).

Manakala Johor pula - Tenggara (10 Oktober), Pagoh (12 Oktober), Batu Pahat dan Tebrau (18 Oktober); Kulai, Tanjung Piai dan Bakri (19 Oktober), Labis (25 Oktober); Kluang, Sri Gading, Pulai dan Johor Bahru (26 Oktober), Segamat (2 November) dan Pengerang (9 November).

KAU (PAK LAH) PERGI JUA ~ Ref Malaysiakini

malam-malam terakhir
di bilik kelam sebuah istana
mimpi pun menjadi igauan buruk
bersama suara-suara gamat memekak
di luar pagar yang kenyang
memakan padi dari dulang emas Iklan

berbalam musim-musim indah
dari ikon suami mithali
ke duda tua paling diberahi
meriah sebagai pengantin baru
bertukar menjadi foto-foto lapuk
yang tersadai dalam album usang

gemilang hari-hari terlelap
dari mesyuarat ke majlis negara
adalah memori tidak cemerlang
buat marhaen yang dendam terluka
oleh pembohongan manifesto terbilang
dan seribu keputusan flip-flop perdana

pujukan rayu dari anak dan menantu
keluarga dan rakan terdekat
semakin tenggelam dan karam
digilis cemuhan dan ketukan bertalu
mengetuk pintu kewarasan tersisa
tentang realiti semasa negara

berbuih di putrajaya kau berjanji
semuanya telah dimungkiri
yang tinggal hanya seluar dalam khairy
masih menjadi topeng kuasa
kerana tong taik ameno bila-bila masa
akan meletup oleh pengebom berani mati

dalam jaga dan terbang sana sini
masih kau belum temui
mutiara kata-kata shafie dan ghazali
yang tercicir hanyalah fail-fail korupsi
disorok berdikit menjadi bukit
bahan lucah ke mahkamah umum

ke mana kan kau bawa diri
sebagai statesman atau estate-man
mengharung wajah-wajah membenci
biar kau pergi jua, pergilah ke zimbabwee
tiada siapa tangisi, kecuali kroni
biar hidupmu di sana di panggil Tun Hadhari!


Fudzail, http://1426.blogspot.com
Palm Jebel Ali

NAJIB NAK TAMBAT RINGGIT TAKUT LARI ~ Ref Malaysiakini

Menteri Kewangan yang baru Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan hari ini, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.

Menurutnya pelbagai perkara akan dibincangkan termasuk sistem tambatan ringgit dan kita juga akan memberi berita-berita tentang kedudukan terkini bagi memboleh Datuk Seri Najib membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang sepatutnya.

Semalam, akhbar melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar AS terhadap mata wang negara. Adalah Najib akan mengikut telunjuk Mahathir sama-sama kita lihat nanti.

Mantan perdana menteri itu berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, demikian dilaporkan Bernama.

Pada 1997, kerajaan pernah melaksanakan sistem tambatan ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar AS, sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Kemungkinan besar Ringgit akan ditambat semula takut-takut ringgit 'cabut lari'.

Bagi saya Najib menghadapi cabaran hebat kerana diamanahkan memegang kementerian yang paling mencabar ini dalam keadaan ekonomi negara yang gawat ini. Kegagalan Najib nanti akan membolehkan Pak Lah mecari helah untuk tidak meletakkan jawatannya pada 2010 atas alasan terpaksa memastikan ekonomi negara kukuh dan selepas itu baru beliau meletakkan jawatan. Ramai pemerhati politik membuat telahan bahawa Pak Lah sengaja ingin menguji Najib dan mencari sebab untuk memburukkan imej dan kredibiliti Najib dengan kegagalannya menguruskan ekonomi negara. Dengan buruknya imej dan kredibiliti ini maka Pak Lah akan memberikan alasan untuk 'stay' bagi memastikan ekonomi negara pulih.

MUHYIDDIN DAN ALI KEMPUNAN UNTUK JADI TPM?~ Ref Malaysiakini

Pak Lah kemungkinan besar akan hanyut dari bahtera Umno tidak berapa lama lagi. Maka siapa lagi yang akan menjadi nakhoda Umno kalau bukan AlNajib Timbalan Presiden Umno sekarang yang naik di dalam Umno kerana serba sedikit atas pertolongan jasa dan kredibiliti ayahnya Allahyarham Tun Razak.

Persoalaanya sekarang adakah Pak Lah akan meletakkan jawatan sebelum atau selepas Persidangan Agong Umno Disember ini. Jika Pak Lah masih mahu dan berjaya mempertahankan jawatan Presidennya pada Persidangan itu Najib terpaksa menunggu lagi sehingga Pak Lah jemu untuk duduk dikerusi PM atau paling lama sehingga Jun 2010 mengikut pelan peralihan kuasa mereka berdua.

Bila beliau berundur nanti AlNajib akan memangku jawatan tersebut. Ini sekaligus menyaksikan AlNajib akan memangku jawatan Perdana Menteri juga. Persoalaan sekarang siapa yang AlNajib ingin lantik untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). ALNajib boleh memilih untuk tidak melantil TPM sehingga beberapa lama mengikut kemahuan hawa nafsunya, tiada masalah.

Siapa agaknya pilihan Najib. Adakah Muhyiddin atau Ali Rustam. Namun Muhyiddin dan Ali Rustam belum tentu menang pada pemilihan Naib Presiden akan datang ini. Ramai lagi 'penyangak' lain yang kepingin untuk menjadi orang no 3,4 dan 5 Umno itu.

Syed Hamid mahu, Rais mahu, Hishamuddin mahu, Shahidan mahu, Zahid mahu, Mat Taib mahu, Shafei mahu, Rahim mahu dan mungkin akan ada lagi selepas ini mereka yang akan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden ini.

Malah ianya lebih menarik kerana sesiapa sahaja yang menang jawatan ini nanti sudah tentu mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih Najib menjadi TPM walaupun belum tentu 100 % Najib memilih salah seorang dari Naib Presiden ini. Namun ianya sudah menjadi lumrah dan tradisi bahawa salah seorang Naib Presiden akan dipilih untuk jawatan TPM itu.

Bagi saya jika ditakdirkan Muhyiddin dan Ali menang sekali lagi belum tentu salah seorang dari mereka akan dipilih kerana kedua-duanya memang tidak layak untuk kerusi tersebut. Muhyiddin tidak layak kerana Najib sudah tentu melihat Muhyiddin sebagai ancaman kepadanya disebabkan Muhyiddin dilihat lebih berani dan kedepan dari Najib sendiri dalam banyak hal. Malah Muhyiddin dilihat lebih berkarisma dan cerdik berbanding Najib.

Manakala Ali Rustam siang-siang lagi pasti ditolak Najib kerana semua orang kenal siapa Ali terutama orang Melaka. Kekuatan bodek dan 'kipas' Ali kali ini tidak akan mampu memperdayakan Najib kerana Najib juga mahu orang yang berkarisma, cerdik dan bijak dalam berkomunikasi terutama untuk hal-hal luar negara. Ali juga bukannya Ahli Parlimen. Saya mencadangkan kepada Ali jika ingin melebarkan peluang untuk dipilih menjadi TPM sila letak letak jawatan ADUN dan arahkan ahli parlimen Bukit Katil meletak jawatannya supaya membolehkan Ali bertanding di parlimen tersebut dalam pilihanraya kecil. Selepas itu jika Ali menang (belum tentu menang) bolehlah membodek dan mengipas Najib supaya memilihnya untuk jawatan TPM ini.

Bagi saya sebenarnya Najib mempunyai calon-calon lain yang lebih dipercayai ketaatan dan kesetiaanya kepada Najib di samping faktor karisma, kecerdikan dan kebolehan kepimpinan juga akan diambil kira oleh Najib. Malah kemungkinan juga kali ini Najib memecahkan tradisi Umno apabila memilih di kalangan bukan Naib Presiden sebagai TPM.

Saya menjangkakan Najib lebih cenderung memilih sepupunya Hishamuddin Hussein Ketua Pemuda Umno sekarang ataupun orang kepercayaannya iairu Zahid Hamidi, ahli Majlis Tertinggi Umno sekarang. Namun jika kedua-duanya tewas pada pemilihan nanti maka terpaksalah Najib memecahkan tradisi UMno jika beliau masih mahu memilih salah seorang penyokong kuatnya untuk membantunya sebagai TPM.

Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti. Perkembangan ini merupakan sesuatu yang menarik untuk dicongak dan dikaji. Namun semuanya itu menjadi hambar dan lesu jika PR dapat membentuk kerajaan pusat yang baru selepas ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter