PENGORBANAN ABANG TIDAK TERNILAI BUDINYA ~ Ref Malaysiakini

Saya sedih bercampur bangga dengan kegigihan seorang remaja berumur 14 tahun dari Yan Kedah yang sanggup membanting tulang untuk menyara ibu dan adik-adik untuk meneruskan sisa kehidupan mereka setelah di'tinggal'kan bapa mereka.

Mohd. Norshahrul Amri Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan terpaksa berhenti sekolah untuk memikul beban berat menyara ibunya Norsidah Abu, 30 dan adik-adiknya Mastuti Nursiti Atika, 13; Ima Edayu, 11; Mohd. Adam, 9 dan Mohd. Wafi, 7. Kesemuanya masih bersekolah dan empat lagi adiknya yang belum bersekolah iaitu Mohd. Ellyas, 5; Mohd. Ellyasaq, 5; Nur Amisha, 3, dan Ahmad Danial, dua bulan.

Hebat pengorbanan remaja ini. Jadi jika pembaca-pembaca bersimpati kepada Norshahrul dan adik-adiknya bolehlah menziarahi mereka di kampung mereka iaitu di Titi Bakong, Yan, Kedah. Orang Utara bolehlah pi sana. Orang jauh macam kami ini boleh kirim duit kat sahabat-sahabat yang tinggal di utara untuk disedekahkan kepada anak-anak yang memerlukan pertolongan ini.

Untuk pengetahuan tuan-puan, mereka ini tinggal di pondok bangsal membuat nira nipah milik datuk saudara mereka yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas.

Syabas kepada Utusan Meloya kerana menyiarkan penderitaan rakyat Kedah ini, rakyat negeri lain tak ada yang susah ke???

Setahu saya di negeri Melaka inipun masih ramai rakyatnya yang susah. Fakta ini saya perolehi dari Dewan Muslimat PAS Melaka yang menziarahi sejumlah keluarga yang susah dan miskin di sekitar DUN Ayer Keroh, Ayer Molek, Bachang dan Bukit Baru minggu lalu.

Comments