Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong agar negeri Melaka memberikan air percuma sebanyak 20 liter padu untuk rakyat negeri ini yang berpendapatan RM740 sebulan.
YB Khoo membuat cadangan tersebut yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Cadangan itu merupakan suatu cadangan yang baik dan ia juga bertepatan dengan pelaksanaan pemberian air percuma yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Perak.
"Sepatutnya kerajaan Melaka tidak perlu segan atau malu untuk meniru kedua-dua program pemberian air percuma negeri Selangor dan Perak kerana ianya mampu meringankan beban rakyat miskin".
"Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan pelbagai kenaikan barang cadandan tersebut amat dialu-alukan" kata Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.
Menurutnya keuntungan Syarikat Air Melaka Berhad agak tinggi iaitu RM87,268,867 wajar disumbangkan kepada golongan miskin dalam bentuk pemberian air percuma tersebut.
"Kerajaan negeri sewajarnya mengambiltahu masalah rakyat miskin ini, jadi biarlah keuntungan sebanyak itu dikongsi bersama dengan rakyat miskin" tambah Kintan.
Beliau juga mencadangkan Syarikat Air Melaka mempertingkatkan lagi perkhidmatannya dengan memastikan tidak banyak pembaziran berlaku kerana sekarang kadar kehilangan air adalah diantara 26.7 % hingga 31 %. Kadar ini sangat tinggi dan menyebabkan Syarikat terpaksa menanggung kerugian yang besar.
"Apa yang kita bimbang dengan kehilangan air yang banyak ini syarikat tidak dapat memperbaiki mutu perkhidmatan kerana kekurangan dana".
"Sekarang inipun mutu air yang disalurkan kepada rakyat negeri ini amat mendukacitakan kita semua" kata Kintan.
Tinjauan Siasah di sekitar taman perumahan di Bandar Melaka, mendapati kebanyakan rumah memasang penapis tambahan bagi memastikan air selamat di minum. Rata-rata mereka tidak yakin untuk meminum air yang diambil terus dari paip walaupun sudah dimasak kerana air tersebut berwarna kekuning-kuningan berbanding dengan air yang ditapis.
Seorang pengguna, Puad Abdul, 39 dari Taman Seri Jati, Sg Putat berkata beliau kesal dengan mutu perkhidmatan air yang disalurkan ke rumahnya kerana kadang-kadang warnanya kekuningan dan berbau.
"Saya mengharapkan perkara ini dapat diambil tindakan dengan segera agar kesihatan pengguna tidak terjejas dengan penyaluran air yang tidak bersih dan berkeladak" katanya.
Menurut Puad kekotoran air ini memang terbukti di mana selepas 3 atau 4 hari sahaja penapis air dibersihkan penapis akan kotor semula dan kekotorannya amat menggerunkan.

Comments