PAK LAH BINGUNG, PANGGIL MESYUARAT MT LAGI ~ Ref Malaysiakini

Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas di ibu negara pagi esok, dipercayai bagi membincangkan dengan terperinci pelan peralihan kuasa Jun 2010. Sudah berapa kali mesyuarat khas kita pun tak tahu.

Memang Umno sedang berkecamuk. Wirid harian mereka bukanlah wirid biasa tetapi wirid untuk mencari idea bagaimana hendak menjatuhkan calon lawan masing-masing.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat MT yang ketiga berturut-turut bulan ini. Nampaknya Pak Lah berusaha habis-habisan untuk menyelamatkan dirinya.

Kemungkinan besar mesyuarat ini akan digunakan oleh Pak Lah untuk mengukuhkan kedudukannya. Ramai pemerhati menjangkakan Pak Lah akan menangguhkan Mesyuarat Agung pemilihan Umno Pusat dari bulan Disember kepada Jun 2009. Langkah itu mungkin diambil untuk meredakan kebencian meluap-luap ahli-ahli Umno kepada Pak Lah dan memberikan masa untuk Pak Lah mendapatkan kembali sokongan mereka dengan berbagai cara.

MT pada Khamis lalu juga membincangkan isu berkenaan, dengan beberapa anggota majlis telah meminta agar pelan peralihan itu dikaji semula.

Pagi tadi, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan pemilihan Umno Disemebr akan ditangguhkan ke Jun depan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak pasti agenda pertemuan tersebut.

"Saya pun hanya dimaklumkan pagi ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainy Hasyim juga mengesahkan mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 10 pagi. Seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga mengesahkan mesyuarat berkenaan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan beliau telah membatalkan lawatan kerja selama tujuh hari ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini.

Mstar

Comments

Unknown said…
goreng goreng....beraya ngan serabut kepala la kome