MURUGIAH LEBIH CERDIK DARI SYED HAMID ~ Ref Malaysiakini

Malu betul rasanya bila Timbalan Menteri yang baru pertama kali dilantik mengajar menteri senior yang dikatakan pakar pula dalam undang-undang kerana belajar dalam bidang tersebut.

Inilah yang berlaku apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah (gambar) mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar kelmarin yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.

Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.

Murugiah berkata kenyataan Syed Hamid yang meminta beliau tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta beliau dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

Beliau seterusnya 'mengajar' Syed Hamid dengan berkata Biro tersebut menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana beliau boleh lakukan tugasnya jika beliau tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain.

Seterusnya Murugiah 'membedil' Syed Hamid dengan menyatakan bahawa Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,.

Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.

Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi "jurucakap kepada pembangkang."

Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.

Inilah yang terjadi kepada menteri Umno/BN walau secerdik manapun mereka semasa belajar dulu tetapi bila jadi Menteri Umno kecerdikan itu hilang begitu sahaja disebabkan kebongkakan dan tamak kuasa.

Comments