ASYIK-ASYIK REF MALAYSIAKINI ~ Ref Malaysiakini

Ada tetamu yang mempertikaikan tindakan saya mengapa setiap posting saya ref-Malaysiakini.

Ada yang mengatakan saya menipu, berbohong dan mencari publisiti murahan. Terpulang kepada tuan-puan untuk membuat tuduhan, nasihat dan teguran. Bagi saya tiada salahnya untuk saya Ref-Malaysiakini setiap posting saya.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa sebab mengapa saya Ref-Malaysiakini untuk setiap posting saya:-

1) Blog saya tidak popular dan tidak hebat seperti blog tuan-tuan. Jadi untuk membolehkan pandangan saya dan kadang-kadang pandangan rasmi PAS Melaka diketengahkan kepada para pembaca adalah lebih baik saya masukkan Ref-Malaysiakini supaya lebih ramai dapat membacanya. Saya rasa kalau saya tidak Ref-Malaysiakini sudah tentu tidak ramai yang dapat membacanya kerana Blog saya tidak ramai pengunjung seperti blog tuan-puan semua.

2) Malaysiakini sendiri membenarkan bloggers melakukan perkara ini iaitu Ref-Malaysiakini untuk mana-mana posting mereka.

3) Malaysiakini sendiri menapis semua posting-posting yang Ref-Malaysiakini. Bukan semua posting akan disiarkan dalam ruangan Mkini in Blog tersebut.

Itu sahaja 3 sebab mengapa saya terus merujuk posting saya kepada Malaysiakini. Terpulang kepada Tuan-puan samada bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini.

Satu lagi nasihat dari para tetamu ialah saya selalu Cut & Paste. Saya akui akan fakta ini. Untuk pengetahuan tuan, saya terpaksa Cut & Paste laporan Malaysiakini, Harakahdaily, Mstar dan lain-lain untuk membuat ulasan terhadap laporan itu. Saya berusaha untuk tidak Cut & Paste semua laporan, sekadar untuk merujuk kepada laporan itu bagi membolehkan saya menganalisis, mengkritik, memberikan cadangan balas, menafikan berita tersebut dan sebagainya.

Saya memohon maaf jika perbuatan saya ini menyakitkan hati tuan-tuan dan tidak dapat memuaskan hati para pengunjung.

Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan,
Saya bukan kurang ajar,
Kalau silap buat teguran.

Saya bukan kurang ajar,
Kalau silap buat teguran,
Saya masih terus belajar,
Timba ilmu timba pengalaman.

Saya masih terus belajar,
Timba ilmu timba pengalaman,
bagun pagi terbit fajar,
Terus meluru tengok laman (blog).


Saya - Mutaligat
Blogger Amatur yang sedang merangkak
.

Comments

MYblog said…
There is nothing wrong with doing this provided the content of your article is not a simple copy and paste job, which in your case is not.

If you dont do this, then I will never know if you have new content that I may be interested to read. Keep it up!
Unknown said…
Tahniah atas usaha-usaha murni saudara dalam menyemarakkan lagi demokrasi dalam negara ini, yang menjamin hak memberi pendapat dan kebebasan bersuara kepada setiap orang.
Aapai said…
malulah sikit cedok hasil orang,jikalau nak popular sangat ceduk web xxxxx itu sekejap popular
Hasbullah Pit said…
Nak popular banyak mana lagi?
Tak cukupkah pelawat dari Malaysiakini sehingga, berkali2 spam Malaysiakini dalam sehari?

Sekiranya ia dibenarkan oleh Malaysiakini, mengapa perlu spam?

Tidak cukupkah kalau hanya catatan berkaitan Malaysiakini sahaja diletakkan "Malaysiakini"?

Mengapa perlu Pandangan Rasmi PAS Melaka mesti dalam bentuk spam?

Kesan negatif apabila PAS Melaka dilabel sebagai spammer siapa nak atasi?

Macam mana nak ketengahkan pandangan Rasmi PAS Melaka kalau melakukan spam?

Kalau benar mahu mengangkat pandangan rasmi PAS melaka, ulaslah berita Malaysiakini dan letak Malaysiakini.

Tak perlu letak semua Malaysiakini semua catatan.
si lembik's said…
banyak lagi perkara yang perlu diperdebatkan bukan cerita pasal spam Malaysiakini...yangmana rasa nak menyalurkan maklumat untuk msyarakat teruskan....setiap orang ada cara masing2...jikalau xmau melihat spam malaysiakini pada blog bro.sofi saudara sekalian bole membaca blog lain..ramai lagi yang maish mahu mengunjungi blog ini..

bagi saya isu ini kecik sangat untuk diperdebatkan....tugas anda sebagai blogger untuk menyalurkan maklumat dan para pembaca xmau nak baca kisah pendebatan yang hanya mendatangkan kerugian pada pihak tertentu..

untuk bro.sofi, teruskan cara anda..jangan terikut dengan rentak orang lain..
dariana said…
Salam Mmuta,
BUATLAH APA SAJA ASALKAN BERNIAT BAIK SUPAYA ORANG DAPAT TAHU DAN BACA. buatlah asalkan tidak bersalah dan berdosa. go on... peduli hapa org kata, asalkan kita bahagia.
Hasbullah Pit said…
Silembiks:

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Apa erti LanH bercerita tentang etika kewartawanan haritu kalau kita tak beretika dalam berblog.

Mengapa kita mesti meletakkan imej yang buruk pada parti kita?