NAJIB NAK TAMBAT RINGGIT TAKUT LARI ~ Ref Malaysiakini

Menteri Kewangan yang baru Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan hari ini, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.

Menurutnya pelbagai perkara akan dibincangkan termasuk sistem tambatan ringgit dan kita juga akan memberi berita-berita tentang kedudukan terkini bagi memboleh Datuk Seri Najib membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang sepatutnya.

Semalam, akhbar melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar AS terhadap mata wang negara. Adalah Najib akan mengikut telunjuk Mahathir sama-sama kita lihat nanti.

Mantan perdana menteri itu berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, demikian dilaporkan Bernama.

Pada 1997, kerajaan pernah melaksanakan sistem tambatan ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar AS, sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Kemungkinan besar Ringgit akan ditambat semula takut-takut ringgit 'cabut lari'.

Bagi saya Najib menghadapi cabaran hebat kerana diamanahkan memegang kementerian yang paling mencabar ini dalam keadaan ekonomi negara yang gawat ini. Kegagalan Najib nanti akan membolehkan Pak Lah mecari helah untuk tidak meletakkan jawatannya pada 2010 atas alasan terpaksa memastikan ekonomi negara kukuh dan selepas itu baru beliau meletakkan jawatan. Ramai pemerhati politik membuat telahan bahawa Pak Lah sengaja ingin menguji Najib dan mencari sebab untuk memburukkan imej dan kredibiliti Najib dengan kegagalannya menguruskan ekonomi negara. Dengan buruknya imej dan kredibiliti ini maka Pak Lah akan memberikan alasan untuk 'stay' bagi memastikan ekonomi negara pulih.

Comments

Hasbullah Pit said…
Tak tau la pulak kalau2 Najib jadi boneka aku.

Tambat Ringgit sedikit pada emas