.

.

22 January 2010

JADI AHLI UMNO BARU DAPAT KERJA?

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.
Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno. Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.
Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.
Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini. Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.

Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana. Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu. Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim ......

PROFESSOR KANGKUNG, TIDAK NAMPAK KEBAIKAN PR

Seorang Professor kangkung mendakwa semua negeri di bawah kepimpinan PR hanya membuat janji kosong yakni gagal menunaikan segala janji-janji dalam manifesto pilihanraya mereka.

Beliau menyifatkan tindakan politik PR sebagai ‘no-no’, yakni menutup kelemahan mereka melaksanakan pembangunan negeri dengan membuka ‘pekung’ pentadbiran BN terdahulu.

Katanya lagi apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri PR ialah menyalahkan kerajaan pusat ‘yang tidak memberi wang’ namun sebagai kerajaan negeri mereka tidak tahu dan tidak sanggup mencari dan membuat wang demi kesejahteraan dan pembangunan negeri masing-masing. Itulah antara kenyataan Professor kangkung di petik dari media arus perdana yang sememangnya mengutamakan periuk nasi.

Tambahnya lagi, apa yang lebih lebih parah adalah sikap dan kelakuan wakil rakyat PR dalam semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mereka adalah ‘bocah’ - kanak-kanak yang suka bermain ‘pijak kepala’, tanak nasi ‘di bawah pokok’, dan membuli orang kecil,”

“Baik di Selangor mahupun di Perak dahulu, mereka akan menindas sehabisnya pembangkang, mengkritik Speaker dan semua akhbar yang mengkritik mereka akan diboikot dan digantung dari edaran dalam negeri,” katanya.

Katanya, amat jelas sikap dan tindakan politik ini sama dengan model pemerintahan di negeri asing, iaitu pemerintahan autokratik yang menjadi akar umbi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Rakyat, menurutnya harus berwaspada kepada semua politik yang menjanjikan pembelaan dan kesejahteraan terhadap rakyat.

Saya pelik dengan kenyataan Professor kangkung ini kerana langsung tidak dapat melihat kebaikan dan kelebihan yang dilakukan oleh kerajaan PR.

Mengapa beliau tidak mengkritik tindakan kerajaan pusat yang membelakangkan semangat federalisme apabila membeza-bezakan layanan terhadap kerajaan negeri PR berbanding dengan BN. Sedangkan sepatutnya layanan mestilah sama kerana kerajaan negeri PR juga mendapat mandat rakyat.
Antara tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pusat ialah menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan dan wang peruntukan pembangunan, menubuhkan badan seumpama JKKK di kampung, melambat-lambatkan pembayaran peruntukan perkapita, menafikan peruntukan untuk ahli parlimen PR dan lain-lain.
Selain itu Professor kangkung tidak dapat melihat program-program kebajikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan PR. Apakah beliau tidak mendapat maklumat bahawa kerajaan-kerajaan PR memberikan 20 meter padu air percuma, skim bantuan kepada janda, anak yatim, pelajar cemerlang, takaful dan sebagainya.

Kerajaan-kerajaan negeri PR juga berjaya menguruskan kewangan negeri masing-masing dengan baik seperti diiktiraf di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.
Program pembangunan Fizikal dan pembangunan insan juga hidup subur di negeri-negeri PR. Bantuan kepada sekolah agama, peruntukan kepada program keIslaman di tingkatkan juga tidak dapat dilihat dan dibaca oleh Professor kangkung ini.
Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara positif yang dilaksanakan oleh kerajaan PR tetapi tidak mendapat publisiti dan 'coverage' dari media.
Saya yakin jika Professor kangkung ini hanya membaca kitab Umno iaitu Utusan Meloya, Berita Hairan dan lain-lain sudah pasti beliau hanya mengetahui perkara negatif sahaja. Malang sekali kalau seorang Professor hanya membaca kedua-dua kitab itu sahaja tanpa mempelbagaikan pembacaan beliau.
Jika itu yang beliau lakukan maka layaklah beliau mendapat anugerah iaitu PROFESSOR KANGKUNG. Mengabihkan bogheh yo ...........

BILA LAGI ZAMBRY, JANGAN TAKUT!!!!

Beberapa hari lepas, gege (riuh rendah) satu Malaya, kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan dengan beberapa petanda dan signal yang dilihat seolah-olah pembubaran akan berlaku.
Namun sehingga ke akhir ini riak-riaknya hanya tinggal riak yang semakin hilang, jauh sekali dari menjadi gelombang.
Ternyata BN dan Zambry penakut dan pengecut. Takut kepada bayang-bayang sendiri walaupun sering bercakap besar dan mendakwa rakyat sudah kembali menyokong BN.

Apa lagi yang Zambry takutkan seluruh jentera kerajaan bersama beliau, malah pengadil 'permainan' pun bersama beliau. Padang permainan pun tidak rata condong dan senget sebelah, beliau berada di atas dan PR berada di bawah. Kalau bola tidak ditendang oleh beliau pun bola boleh bergolek sendiri. Ibaratnya macam itulah .....
Jadi apa lagi yang ditunggu, bubarkan sahaja tutup mulut pemimpin PR yang didakwa celupar ....supaya selepas PR kalah teruk nanti boleh Zambry bermaharajalela dan bikin apa yang Zambry suka ......rakyat sudah bersama Zambry ....

CERAMAH TUAN IBRAHIM ESOK 23 JAN

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyampaikan ceramah umum di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Kampung Bukit Katil berhadapan Masjid Bukit Katil malam esok, 23 Januari bermula jam 9.00 malam.
Banyak isu-isu menarik dalam dan luar negeri akan disentuh oleh khasnya isu-isu terkini yang sedang hangat diperkatakan.
Selain beliau turut berceramah malam esok ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, YB Goh Leong San dan Ustaz Zulkifli Ismail.
Seluruh rakyat negeri Melaka di jemput hadir.

SYABAS KEPADA PELAJAR UIA

Saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan Pro-Mahasiswa kerana berjaya mempertahankan penguasaan mereka pada Pilihanraya Kampus UIAM semalam.
Kumpulan tersebut menang 14 kerusi dalam pilihan raya itu, berbanding 20 kerusi yang dimenanginya tahun lalu.

Seorang jurucakap Pro-M memberitahu Malaysiakini, keputusan di kampus Gombak memperlihatkan kumpulannya menang dua kerusi di Fakulti Ekonomi dan Fakulti Kejuruteraan, masing-masing satu kerusi di Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan dan Fakulti Undang-undang.

Lapan kerusi lagi dimenangi di kampus Kuantan.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memberikan keputusan lengkap pengundian di kampus berkenaan "atas sebab-sebab keselamatan".

Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus kali ini - 16 di Gombak dan 13 di Kuantan.

Kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) pula menang empat kerusi - dua di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi, manakala masing-masing satu kerusi di Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan.

Calon bebas pula memenangi enam kerusi di Fakulti Seni Bina dan kerusi antarabangsa.

21 January 2010

KERAJAAN PR: SERANGAN BERTALI ARUS, KETAHANAN DALAMAN PENTING

Serangan bertali arus dan tidak putus-putus kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutama Selangor dan Kelantan memerlukan ketahanan dan dalaman dan kekuatan iman.
Kita lihat bagaimana kerajaan negeri Perak tumbang hanya kerana 3 manusia yang gagal dalam ujian serangan seumpama itu.
Begitulah dengan apa yang sedang berlaku di Kelantan dan Selangor. Semua orang tahu kerajaan Kelantan sudah teruji. Anggota pimpinan kerajaan negeri juga telah teruji. Walaupun pada tahun 2004 mereka hanya tinggal satu kerusi majoriti mereka masih mampu bertahan. Tetapi bagaimana dengan negeri Selangor yang sedang hebat diserang dari pelbagai sudut. Serangan bertali arus ini juga tidak berhenti walaupun sesaat.
Ada sahaja isu dan kes yang mereka ketengahkan. Samada ia benar atau tidak sudah tentu ia mempunyai asas dan sebab mengapa mereka berani melakukan serangan. Sudah tentu ada ruang-ruang terbuka yang menyebabkan mereka berani bertindak begitu.
Itu sebabnya pada masa hadapan semua parti komponen PR mesti berhati-hati memilih orang yang dipilih untuk bertanding pilihanraya dan juga berjaga-jaga dalam memilih calon-calon pegawai lantikan politik. Jika tidak kita bimbang mereka ini akan menjadi musuh dalam selimut atau pun menjadi liabiliti kepada kita. Akhirnya rakyat melihat PR sama atau lebih teruk dari BN.
Musuh sudah tentu mencium setiap inci peluang untuk menyerang dan melemahkan kita. Mereka juga akan melakukan apa sahaja untuk memasang perangkap dan jerangkap samar yang bisa merobohkan kekuatan dan ketahanan kita.
Sehari dua Selangor di serang dengan kes pasir dan habuan seks. Beberapa orang telah ditahan oleh SPRM. Saya yakin kes sebegini akan berpanjangan dan banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menangani kes semacam ini

UNTUNG RATUSAN JUTA MASIH NAK CEKIK DARAH

Keuntungan bersih suku pertama Tenaga Nasional berjumlah RM706 juta, menyumbang 33 peratus daripada unjuran setahun penuh kami sebanyak RM2.6 bilion.

Bagi suku pertama berakhir 30 November, 2009, TNB mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2008, disebabkan kerugian dalam tukaran asing yang lebih rendah sebanyak RM45.4 juta berbanding RM1.43 bilion sebelumnya, selain perbelanjaan operasi yang lebih rendah berikutan kos bahan api yang berkurangan.
Keuntungan sebelum cukai sebanyak RM973.1 juta berbanding kerugian RM772.7 juta manakala perolehan susut kepada RM7.338 bilion daripada RM7.414 bilion berikutan penurunan tarif, berkuatkuasa Mac tahun lalu.

Angka ini dikeluarkan oleh sebuah firma iaitu MIDF Research.

Firma penyelidik lain, Kenanga Research berkata keuntungan berulang suku pertama Tenaga Nasional sebanyak RM869 juta itu mengatasi jangkaan.

Persoalannya sekarang dengan keuntungan ratusan juta ringgit setahun apakah TNB masih mahu menaikkan tarif elektrik. Tidakkah ini tamak namanya. Pada masa yang sama ianya membebankan rakyat yang sudah pun sengsara sekarang.


RM1BILION UNTUK F1 : LEBIH BAIK GUNA UNTUK BANTU RAKYAT

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebAbkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagi saya jika pun duit itu diperolehi dari syarikat swasta adalah lebih baik ianya disalurkan kepada rakyat yang miskin yang amat memerlukan bantuan kepada meneruskan kehidupan mereka. Banyak yang boleh dilakukan dengan jumlah wang RM1bilion tersebut.

Kerajaan sepatutnya menasihati syarikat swasta terutama GLC supaya menyalurkan wang tersebut kepada rakyat melalui agensi-agensi kerajaan atau NGO-NGO yang diyakini boleh membantu rakyat.

Masih ramai rakyat yang miskin, papa kedana, tiada rumah, merempat, tiada pendapatan tetap, anak-anak yatim, ibu tua dan sebagainya. Apa yang golongan itu perolehi jika wang RM1bilion itu digunakan untuk menaja F1 team.?

Memang kita tidak nafikan nama Malaysia dan syarikat Malaysia tercatat di arena antarabangsa dengan penajaan tersebut tetapi kita juga mesti mengkaji sejauh mana kesannya kepada peningkatan ekonomi negara dan manfaatnya kepada rakyat. Hanya hanya gah pada nama tetapi tiada hasil dan untungnya. Sedangkan pada masa yang sama rakyat semakin menderita dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak berkesudahan.

Sepatutnya dengan wang sejumlah itu ianya boleh diperuntukkan bagi memberikan modal perniagaan, pembinaan rumah orang miskin, biasiswa pelajar miskin dan sebagainya.

NPL : RAKYAT SEMAKIN TERTINDAS

  • Hari ini (2 hari lepas) kerajaan mengumumkan bahawa pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) bank bagi semua kemudahan kredit diselaraskan kepada 3 bulan berbanding enam bulan sebelum ini.
  • Walaupun ini dilihat sebagai satu langkah untuk mendisplinkan peminjam, supaya mereka membayar pinjaman mengikut jadual, namun ianya sebenarnya memberi ruang kepada pihak bank untuk lebih menindas.
  • Golongan utama yang paling terkesan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini adalah golongan yang hilang pekerjaan.
  • Bayangkan, jika anda kehilangan pekerjaan, anda hanya ada tempoh tiga bulan untuk mencari kerja baru. Hutang kenderaan, bulan kedua pihak Bank sudah mula menelefon, bulan ketiga anda perlu bersedia berdepan dengan tindakan mahkamah.
  • Lebih ramai akan di "Black List"
  • Pinjaman menjadi lebih ketat.
  • Ah Long lebih subur.
  • Had NPL tiga bulan adalah tidak wajar dikala ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu.
  • Rakyat seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

  • Kenyataan Adly Zahari dalam Blog peribadinya.

    BUKAN KETUA PEMBANGKANG TAPI JAWATAN PM

    'Response' kepada laporan Utusan bahawa Anwar Ibrahim bercadang menyerah jawatan Ketua Pembangkang kepada Tuan Guru Abdul Hadir Awang - bagi saya bukan jawatan Ketua Pembangkang yang kita mahukan tetapi jawatan Perdana Menteri. Ini ada asasnya kerana rakyat sudah semakin sedar bahawa hanya pimpinan PR yang mampu membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat dengan pembasmian pembaziran, kronisme, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.

    Selain itu PR juga diyakini berjaya mengamalkan negara berkebajikan seperti ditunjukkan di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak.
    Utusan Meloya semalam melaporkan bahawa Anwar bercadang untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ini satu lagi berita atau laporan yang mengelirukan yang tidak lain tidak bukan khabar angin dan ramalan yang mengarut.

    Bekas pemimpin Pemuda PKR, Zahid Mat Arip yang semakin dilupakan kelmarin membuat telahan dan terjahan bahawa Anwar akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang kepada Abdul Hadi dan mengarahkan beberapa orang Ahli Parlimen PKR menyertai PAS. Ramalan dan telahan politik Zahid ini adalah mengarut dan berniat jahat. Utusan sememangnya suka berita-berita seperti ini.

    Saya yakin perkara tidak pernah pun dibincangkan dan dihebahkan kepada umum kerana ianya hanyalah khabar angin yang disebarkan untuk tujuan tertentu. Penggantian Ketua Pembangkang tidak berbangkit. Kalau ada pun saya yakin Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menamakan sesiapa sahaja menjadi Ketua Pembangkang.

    Seperti komen Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa PAS Kedah menerima siapa sahaja menjadi Ketua Pembangkang samada PAS, PKR atau DAP. Ketiga-tiga pemimpin parti tersebut pernah menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini. Tiada masalah kerana masing-masing semuanya berpengalaman dan mampu memikul tugas tersebut.

    Jadi tidak perlulah Zahid dan Utusan sibuk-sibuk memperkatakan hal ini. Jika hendak mencari publisiti pun biarlah dengan cara yang professional

    SINI BUBAR, SANA BUBAR, PR TETAP KUKUH

    Kalau merujuk kepada berita yang dipaparkan di dalam akhbar Utusan Meloya sudah tentu tiada lagi Pakatan Rakyat di Malaysia. Ini kerana saban hari ada sahaja kisah parti-parti komponen PR yang dibubarkan atau ahli keluar parti dan seribu satu macam masalah.
    Hari ini Utusan melaporkan bahawa PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim pula dibubarkan kerana AJK Cabangnya meletakkan jawatan.
    Esok entah apa pula berita yang akan dimuatkan oleh akhbar pemfitnah, tukang adu domba dan pembohong ini.
    Tiap-tiap hari tiada kerja lain yang mereka lakukan selain cuba memporak perandakan perpaduan, hubungan baik, fitnah, tohmah, adu domba, hasut dan segalanya.
    Saya mengingatkan diri saya dan sebuah Ketua Pengarang media serta anggota kerjanya supaya tidak melakukan perkara-perkara di atas kerana berat hukumannya di sisi Allah S.W.T.

    20 January 2010

    SPR TIDAK IKHLAS DAN MENGARUT

    SPR minggu lalu mengumumkan bahawa kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.



    Menurut kenyataan itu Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000) yang masih belum mendaftar diri mereka menjadi pemilih. Jika ditakdirkan terjadi pilihanraya dalam masa terdekat (kurang dari 6 bulan) sudah pasti mereka akan terlepas dari mengambil bahagian sebagai pengundi berdaftar kerana proses pendaftaran pemilih biasanya memakan masa sekurang-kurang 6 bulan.

    Persoalannya mengapa begitu ramai rakyat yang tidak peka dan tidak sensitif dengan kewajipan menjadi pemilih.

    Malang sekali setiap kali kita membicarakan masalah ini, SPR menuding jari ke arah rakyat yang tidak peka dan tidak tahu kewajipan mereka sebagai rakyat. Ikhtiar dan program pendaftaran pemilih secara bergerak dan sebagainya telah dilakukan oleh SPR. Agen Penolong Pendaftar pemilih di kalangan orang perseorangan dan anggota parti sudahpun dilantik dan beroperasi sejak beberapa lama dahulu. Tetapi hasilnya tidak seberapa.

    Bagi saya SPR sebenarnya tidak berusaha atau sengaja tidak mahu berusaha untuk memastikan 100 % rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih. Kalau sekiranya semua sistem dan tradisional iaitu pendaftaran secara manual gagal, SPR sepatutnya beralih kepada cara yang lebih moden, konvesional dan terkini.

    Pada saya masalah ini berlaku kerana SPR dan kerajaan tidak mahu mengubah sistem yang ada. Mengapa mereka tidak mahu mengubahnya, kita pun tidak pasti.


    Jalan penyelesaian bagi masalah ini mudah sahaja, jika SPR dan Kerajaan benar-benar ikhlas mahu memastikan semua rakyat berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih, SPR mesti mewujudkan sistem pendaftaran automatik di antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Di mana dari ‘database’ JPN hubungkan dengan ‘database’ SPR. Mana-mana warganegara yang berumur 21 tahun ke atas akan secara automatik menjadi pemilih.

    Perkara ini sudah pasti boleh dilakukan kerana kita tahu ianya tidak susah dan tidak begitu rumit. Kalau dalam perkara-perkara lain kerajaan boleh menaiktarafkan perkhidmatannya dengan menggunakan sistem e-government dan on-line (atas talian) mengapa dalam perkara ini ianya tidak boleh dilaksanakan. Itu persoalan yang bermain di minda rakyat dan parti-parti politik. Apakah ada usaha yang sengaja tidak mahu sistem ini diamalkan dalam urusan pendaftaran pemilih.

    Alternatif kedua untuk mengatasi masalah ramai yang tidak mendaftar sebagai pemilih ialah dengan mewujudkan undang-undang mewajibkan semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih sebagaimana kewajipan membuat kad pengenalan. Mana-mana rakyat yang gagal mendaftar sebagai pemilih diambil tindakan seperti didenda atau dihukum dengan hukuman-hukuman lain.


    Saya yakin jika sistem diatas dilaksanakan khasnya cadangan yang pertama, sudah pasti 100 % rakyat akan menjadi pemilih berdaftar dan tidak perlu SPR terhegeh-hegeh mencari jalan untuk mendaftarkan rakyat untuk menjadi pengundi.

    Persoalannya mengapa sistem di atas tidak mahu dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan bahawa kita semua sedang menuju ke arah sistem elektronik dan on-line. Tetapi dalam bab ini mereka seolah-olah tidak serius menggunakan sistem e-pendaftaran ini.

    Aktivis parti juga tidak mendaftar

    Ramai penyokong dan ahli parti-parti politik sendiri tidak sensitif tentang pendaftaran pemilih. Perkara ini terbukti sejak dari dahulu, kini dan mungkin selamanya. Lebih malang lagi ada anak, cucu, isteri dan sanak saudara pimpinan parti-parti politik seperti PAS, UMNO dan lain-lain juga tidak mendaftar sebagai pemilih.

    Menurut sumber yang boleh dipercayai banyak program turun padang yang dijalankan oleh PAS membongkar perkara ini. Ada di antara penyokong dan ahli PAS yang dilawati mempunyai 4 orang anak umur mereka melebihi 21 tahun tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Jadi siapa yang harus kita persalahkan.

    Bayangkan kalau anak pimpinan parti politik pun tidak mendaftar sebagai pemilih, sudah tentu anak dan kaum kerabat kepada mereka yang tidak berminat politik sudah tentu mendaftar sebagai pemilih juga. Jadi tidak hairan kalau SPR menyatakan bahawa 4.9 juta rakyat yang layak masih belum mendaftar sebagai pemilih.

    Majoriti dari mereka pula adalah kaum bumiputera. Jadi nanti jangan marah kalau banyak kerusi-kerusi parlimen dan DUN pengundi majoritinya adalah bukan bumiputera walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah bumiputera.

    SPR tidak ikhlas

    Para pemerhati juga merasakan masalah ini adalah disebabkan kerajaan, SPR dan JPN tidak ikhlas bagi menyelesaikannya. Mereka didakwa sengaja mencari alasan agar sistem pendaftaran automatic ini tidak digunapakai. Mustahil ianya tidak dapat dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan slogan kearah sistem e-government dan lain-lain.

    Selagi masih ada perasaan tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak professional selagi itulah masalah pendaftaran pemilih ini tidak selesai kerana di sana terdapat agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka mungkin merasa rugi jika semua rakyat terdaftar secara automatik sebagai pemilih.

    Undi Pos

    Pengerusi SPR, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.

    Beliau berkata SPR sedang meneliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

    Menurutnya pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

    Aziz menambah bahawa jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain.

    Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya baru-baru ini.

    Kita tidak pernah mendengar rungutan jururawat, doktor dan wartawan tentang kesulitan mereka untuk mengundi tetapi sering mendengar masalah tentang nama pemilih dicatatkan 2 kali dalam senarai pemilih; nama pengundi mati masih ada dalam daftar pemilih; isu pengundi hantu ; tuntutan menggunakan dakwat ; penghapusan undi pos ; ketidaktelusan SPR dan lain-lain. Tetapi SPR nampaknya lebih peka kepada masalah yang remeh temeh dan kecil berbanding dengan masalah integriti SPR itu sendiri.

    Jelas sekali SPR tidak mengambil kira langsung pandangan sebahagian besar rakyat dan parti-parti politik khususnya PR yang sudah lama membuat tuntutan supaya daftar pemilih dibersihkan dari sebarang kekeliruan; tuntutan menggunakan dakwat untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali dan sebagainya.

    Di saat rakyat dan parti politik bercakap tentang ketidaktelusan undi pos dan penipuan yang mungkin berlaku dalam urusan pengundian pos, tiba-tiba SPR ingin meluaskan penggunaan undi pos. Jika ini berlaku bermakna SPR sebenarnya berundur setapak ke belakang.

    ENJIN HILANG : MEMANG SUDAH DIDUGA, SEMUANYA OK

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan keterangan awal yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan hari ini, berhubung isu kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, keterangan membabitkan prosedur penyenggaraan enjin berkenaan dan aspek-aspek keselamatan TUDM telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

    Kenyataan ini memang tidak pelik kerana jarang sekali siasatan PAC akan menjumpai perkara-perkara seperti salah laku, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Syabas Azmi Khalid anda memang Pengerusi BBC yang disegani.

    RANG DAFTAR PEMILIH : SEMAK JANGAN TAK SEMAK

    SEMAK JANGAN TAK SEMAK - INI TUGAS INI BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN. JIKA TERDAPAT SEBARANG KEKELIRUAN ATAU SYAK WASANGKA SILA BANTAH BILA SPR MENGELUARKAN WRIT MASA BANTAHAN NANTI.

    Rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun keempat 2009 mula dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa minggu depan di 999 tempat pameran seluruh negara.

    Ia akan dipamerkan di pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna, rukun tetangga, balai raya dan tempat-tempat lain.

    SPR dalam satu kenyataan hari ini meminta semua warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi supaya untuk membuat semakan.

    Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh hadir sendiri ke ibu pejabat SPR atau menelefon 03-88856500, pejabat pilihan raya, atau dengan melayari laman web SPR www.spr.gov.my

    PM SELALU KE LUAR NEGARA, PEMIMPIN LUAR JARANG KE M'SIA?

    Salah seorang teman saya bertanya kepada saya samada saya perasan atau tidak bahawa pemimpin negara kita selalu ke luar negara membuat lawatan TETAPI pemimpin luar jarang datang ke negara kita. Betul tak? tanya beliau kepada saya ......
    Saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana tiada statistik yang ada pada saya. Jika tuan-tuan ada statistik sudilah kiranya berkongsi info tersebut.
    Jika benar pemimpin luar kurang datang ke Malaysia mungkin ada sebabnya. Mungkin mereka hendak jimat kos, mungkin ada negara lain yang penting untuk mereka lawati atau memang secara kebetulan .........
    Kita harap lepas ramailah pemimpin-pemimpin luar datang ke Malaysia bukan apa di negara kita banyak perkara pelik yang mereka boleh pelajari antaranya :-
    1) Bagaimana kita mengendalikan undi pos
    2) Bagaiman kita membuat persempadanan kawasan pilihanraya
    3) Bagaimana kita menggunakan ISA untuk kepentingan pihak tertentu
    4) Bagaimana kita menggunakan media untuk mengekalkan kuasa pihak tertentu
    dan banyak lagi ..............

    JASA SEBAT DUIT RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN BN

    Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sememangnya adalah untuk kepentingan politik Umno/BN.
    Pegawai-pegawainya terdiri dari orang Umno/BN yang ditugaskan untuk memastikan rakyat menyokong BN. Walaupun mereka berselindung di sebalik sebuah jabatan namun semua orang tahu siapa JASA sebenarnya.
    Apa yang dimusyikilkan ialah JASA menggunakan duit rakyat untuk menjalankan aktiviti mengekalkan kuasa di BN menjadi kerajaan.
    Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang membayar cukai tidak redha walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk kepentingan Umno/BN. Terpulanglah kepada mereka samada ingin terus mengeksploitasi JASA untuk kepentingan Umno/BN atau membubarkan JASA kerana penubuhannya bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan Umno/BN.
    Insya Allah semua ini akan diadili bila tiba masanya nanti.
    Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) supaya memberi tumpuan bagi mengukuh dan mengekalkan kestabilan politik bagi membolehkan tercapainya gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    Beliau berkata, usaha itu salah satu daripada lima isu penting yang harus ditangani bersama bagi mencapai misi jabatan berkenaan iaitu bagi meraih sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jasa 2010 yang dihadiri pegawai berbilang kaum di Kuala Lumpur malam tadi.

    SAYA CADANGKAN SEMUA RAKYAT UNDI SECARA POS

    Pengerusi SPR, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.

    Beliau berkata SPR sedang meneliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

    Menurutnya pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

    Aziz menambah bahawa jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain.

    Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya semalam.

    Saya secara peribadi tidak pernah mendengar rungutan jururawat, doktor dan wartawan tentang kesulitan mereka untuk mengundi tetapi sering mendengar masalah tentang nama pemilih dicatatkan 2 kali dalam senarai pemilih; nama pengundi mati masih ada dalam daftar pemilih; isu pengundi hantu ; tuntutan menggunakan dakwat ; penghapusan undi pos ; ketidaktelusan SPR dan lain-lain. Tetapi SPR nampaknya lebih peka kepada masalah yang remeh temeh dan kecil berbanding dengan masalah integriti SPR itu sendiri.

    Jelas sekali SPR tidak mengambil kira langsung pandangan sebahagian besar rakyat dan parti-parti politik khususnya PR yang sudah lama membuat tuntutan supaya daftar pemilih dibersihkan dari sebarang kekeliruan; tuntutan menggunakan dakwat untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali dan sebagainya.

    Di saat rakyat dan parti politik bercakap tentang ketidaktelusan undi pos dan penipuan yang mungkin berlaku dalam urusan pengundian pos, tiba-tiba SPR ingin meluaskan penggunaan undi pos.

    Jadi saya cadangkan kepada SPR mansuhkan sahaja semua pengundi awam jadikan mereka semua pengundi pos. Mudah untuk SPR buat kerja. Saya yakin BN pun lebih suka semua pengundi menjadi pengundi pos. Jadi tidak perlulah kita beratur panjang di pusat-pusat pengundian, kita hanya perlu tunggu kertas undi dihantar kepada kita di rumah dan kita mengundi di rumah. Selepas kertas undi kita pos atau petugas SPR datang sendiri ambil di rumah kita.

    Harap SPR pertimbangkan cadangan saya ini, saya yakin Najib dan Muhyiddin pun setuju dengan cadangan saya ini.

    19 January 2010

    BUBAR DUN : PENGUASA LAWAN RAKYAT YANG DITUTUP MATA

    Riuh rendah sehari dua ini DUN Perak akan dibubarkan. Namun Zambry Kudeta masih tidak mahu membuat komen mengenainya secara detail.
    Namun begitu para pemerhati telah mengenalpasti beberapa tindakan tidak demokratik yang dilakukan pihak tertentu untuk memastikan BN terus berkuasa. Samada berita itu benar atau tidak ianya perlu diselidiki. Tetapi seperti biasa semua orang tahu bahawa BN sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tetap terus berkuasa. Halal dan haram tidak dihiraukan. Matlamat Menghalalkan cara memang sudah lama menjadi mazhab mereka.
    Cerita-cerita seperti jumlah pengundi baru yang tidak munasabah; anggota polis diarah membuat kad pengenalan orang awam; nama pengundi di dua atau 3 tempat mengundi berasingan memang ada asas kebenarannya. Ini kerana mereka berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja. Di Bagan Pinang pelbagai bukti ditunjukkan di depan mata kepada SPR tetapi SPR tetap membutakan mata dan memekakkan telinga.
    Saya yakin banyak lagi cara yang mereka usahakan demi mempertahankan kerajaan haram BN di Perak. Jangkamasa setahun BN merampas kuasa di Perak sudah tentu cukup untuk mereka melakukan ikhtiar untuk mengekalkan kuasa samada secara halal ataupun haram. Persoalannya adakan PR sudah bersedia dengan tipu muslihat mereka yang licik dan bodoh ini.
    Apa pun tidak berserah kepada Allah setelah kita bersedia semampu mungkin.
    Memang sukar untuk berdepan dengan manusia yang tidak takut kepada Allah dan janji Allah seperti ini. Tipu, ugut, rasuah, salahguna kuasa, fitnah dan sebagainya sudah menjadi wirid harian mereka.
    Pilihanraya ini jika diadakan bolehlah diibaratkan sebagai Penguasa berlawan dengan Rakyat yang ditutup matanta. BN adalah penguasa PR adalah rakyat yang ditutup mata.
    Selamat Berjuang, Allahu Akhbar.

    SUBSIDI DITARIK BALIK, DUIT RAKYAT HANGUS DIBELANJA

    Kerajaan BN nampaknya sudah tidak mampu lagi untuk memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat. Satu demi satu subsidi ditarik balik dari rakyat. Mengapa berlaku demikian sedangkan saban hari Umno/BN mencanang ke sana ke mari bahawa ekonomi negara bagus, cari makan senang dan sebagainya.

    Mereka juga menjalankan kempen 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan. Namun ianya hanyalah mainan kata-kata tanpa pelaksanaan yang jitu.

    Kalau sebelum ini subsidi minyak ditarik balik atau dikurangkan kini subsidi gula menjadi mangsa. Secara automatiknya bila subsidi dikurangkan atau dihapuskan terus, maka harga barangan dan caj perkhidmatan akan dinaikkan sesuka hati.

    Kerajaan sangat berkira dengan rakyat tetapi 'cincai' dan tidak berkira dengan kroni dan syarikat-syarikat besar. Akhirnya rakyat terus menjadi mangsa akibat sifat tidak bertanggungjawab kerajaan.

    Dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini membuktikan bahawa Kerajaan BN tidak prihatin dan langsung tidak mengasihani rakyat.
    Dengan kenaikan gula ini sudah pasti harangan barangan yang menggunakan gula akan turut naik. Kuih-kuih tradisional dan moden yang sememangnya menggunakan gula dan tepung sebagai bahan utama sudah pasti akan naik. Apa jaminan kerajaan bahawa ianya tidak akan naik?
    Sedikit masa lagi Kerajaan BN juga mahu memperdayakan rakyat dengan memperkenalkan GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.
    Apakah kerajaan sehingga sanggup membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.?
    Di saat kerajaan dilihat semakin 'miskin' kerajaan masih sanggup mengghangus RM 1 Billion untuk Formula 1 sedangkan hasilnya tidak memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat.
    Kerajaan memboroskan duit rakyat di kala air mata rakyat mengalir mengenang nasib mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
    Pemimpin kerajaan seolah-olah tidak mempunyai rasa takut dan gerun dalam membelanjakan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya. Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua kita bahawa takutlah akan doa orang yang dianiaya dan dizalimi.

    AHLI DAN PENYOKONG PAS TIDAK SENSITIF

    Saya mendapati ramai penyokong dan ahli PAS sendiri tidak sensitif tentang pendaftaran pemilih. Perkara ini terbukti sejak dari dahulu, kini dan mungkin selamanya. Lebih malang lagi ada anak, cucu, isteri dan sanak saudara pimpinan PAS pelbagai peringkat sendiri tidak mendaftar sebagai pemilih.
    Banyak program turun padang yang kita jalankan membongkar perkara ini. Ada di antara penyokong dan ahli PAS yang dilawati mempunyai 4 orang anak umur mereka melebihi 21 tahun tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Jadi siapa yang harus kita persalahkan.
    Bayangkan kalau anak pimpinan parti politik pun tidak mendaftar sebagai pemilih, sudah tentu anak dan kaum kerabat kepada mereka yang tidak berminat politik sudah tentu mendaftar sebagai pemilih juga. Jadi tidak hairan kalau SPR menyatakan bahawa 4.9 juta rakyat yang layak masih belum mendaftar sebagai pemilih. Majoriti dari mereka pula adalah kaum bumiputera. Jadi nanti jangan marah kalau banyak kerusi-kerusi parlimen dan DUN pengundi majoritinya adalah bukan bumiputera walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah bumiputera.
    Punca kepada kegagalan untuk mereka mendaftar ini adalah disebabkan sistem pendaftaran pemilih yang amat lemah dan kuno. Di zaman banyak negara menjalankan pendaftaran automatik Malaysia masih jauh ketinggalan, tidak mahu mengikut arus pemodenan. Sepatutnya sudah lama isu ini selesai. Jika benar kerajaan, SPR dan JPN ikhlas sudah tentu sistem on-line antara JPN dan SPR dapat mengatasi semua masalah ini. 'Link'kan sahaja database JPN dan SPR jadi secara automatik rakyat yang mencapai umur 21 tahun akan didaftar sebagai pemilih.
    Masalahnya satu sahaja iaitu kerajaan, SPR dan JPN sengaja mencari alasan agar sistem ini tidak digunapakai. Mustahil ianya tidak dapat dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan slogan kearah sistem e-government dan lain-lain.
    Selagi masih ada perasaan tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak professional selagi itulah masalah pendaftaran pemilih ini tidak selesai kerana di sana terdapat agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka mungkin merasa rugi jika semua rakyat terdaftar secara automatik sebagai pemilih.

    BN AKAN MENANG DI PERAK JIKA DUN BUBAR?

    Jika DUN Perak dibubarkan dalam masa terdekat, siapa yang akan menang dan menjadi kerajaan, PR atau BN?
    Pelbagai telahan dan ramalan yang dibuat oleh pengamal politik dan pemerhati politik bebas. Ada juga pihak cendekiawan yang menjalankan penyelidikan seperti Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Merdeka Centre, Ilham Centre dan lain-lain.
    Ramai beranggapan BN akan menang dan terus menjadi kerajaan kerana beberapa sebab:-
    1) Sokongan pengundi Melayu kepada BN dikatakan meningkat sehingga 65 % walaupun pengundi Bukan Melayu masih bertahan bersama PR
    2) Pertambahan pengundi baru di Perak yang berjumlah 35000 orang untuk suku ketiga tahun 2009 adalah luar biasa. Dari mana mereka ini datang tidak dapat kita pastikan. Pengundi baru mungkin telah disahkan dan mereka boleh mengundi jika pilihanraya negeri diadakan sekarang. Persoalannya siapakah yang mendaftarkan mereka ini. Jika bukan PAS yang mendaftarkan mereka maka sudah pasti BN atau komponen BN termuda yang mendaftarkan meeka. Adakah PAS Perak membuat semakan dan bantahan, jika tidak maka ini amat malang bagi kita. Masih ingatkah kita kepada peristiwa kerajaan BA Terengganu di kalahkan pada 20004. Semuanya gara-gara pertambahan pengundi baru yang tidak masuk akal dan jauh melebihi peratusan pertambahan pengungi di peringkat nasional.
    Dengan mengamati 2 situasi dan isu diatas maka saya rasa bimbang dan cuak, apakah PAS, DAP dan PKR sudah bersedia untuk berhadapan dengan gerombolan BN yang bukan sahaja bertanding atas kapasiti sendiri tetapi dibantu dengan pelbagai badan dan jabatan yang kita semua sudah maklum.

    18 January 2010

    DUN PERAK BUBAR?SUDAH PR BERSEDIA!!!

    Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan! Benar ke? Itu antara persoalan yang bermain di kepala rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Perak hari ini.
    Angin semakin kencang bertiup lebih-lebih lagi dengan beberapa tindakan Zambry yang dilihat tidak senang duduk sehari dua ini. Hatta beliau sendiri tidak menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu ke 169 kerana dikatakan bertemu dengan Najib di Arab Saudi baru-baru ini.
    Persoalannya jika benar DUN dibubarkan, apakah PR sudah bersedia untuk diadili di mahkamah rakyat iaitu pilihanraya sedangkan kita tahu sistem pilihanraya di negara kita adalah berat sebelah dan tidak 100 % telus.

    Apakah isu undi pos sudah selesai?
    Isu pengundi hantu macamana?
    Gerakan memindahkan pengundi oleh pihak-pihak tertentu sudahkah dipantau dan diambil tindakan?
    Penggunaan jentera kerajaan oleh BN adakah akan terus menjadi amalan BN?
    Media terus berat sebelah dan menjadi alat kempen BN memfitnah PR dan pihak tidak diberi peluang membela diri?
    Bagaimana dengan tuntutan untuk mencelup tangan bagi mengelakkan pengundian lebih dari satu kali?

    Semua ini jika tidak di atasi ataupun tiada perubahan berlaku maka saya bimbang Zambry dan BN akan mendapat mandat yang lebih besar.
    Memang kita mahukan keadilan dengan menggesa DUN DIBUBARKAN tetapi pada masa yang sama Pilihanraya yang kita tuntut itu sendiri sebenarnya TIDAK TELUS dan mungkin penuh dengan penipuan.

    SOKONG TOK GURU DOA SUPAYA BERI PETUNJUK

    Saya setuju dengan saranan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang mencadangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa supaya tembelang mana-mana pemimpin yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa terus terdedah. Berahim berkata demikian ketika dihubungi media di Kuala Lumpur semalam.

    Bukan itu saya juga mengharapkan Tok Guru berdoa Allah memberikan petunjuk siapa yang terlibat dengan skandal, pembunuhan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.

    Saya sokong 100 % supaya Allah tunjukkan siapa yang terlibat dengan perkara di bawah :-

    1) Kehilangan enjin jet?

    2) Siapa yang dapat komisen pembelian kapal selam?

    3) Siapa sebenarnya yang terlibat dengan penggunaan C4 yang membunuh seorang wanita luar negara.?

    4) Siapa yang mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan pusat dan negeri-negeri di bawah BN. (Negeri PR memang sentiasa membuka pintu untuk disiasat)?

    5) Siapa yang terlibat dengan skandal BMF?

    6) Siapa yang terlibat membunuh rakyat di Memali pada 19 Nov 1985?

    7) Siapa yang terlibat dengan pembunuhan Mustakizah?

    8) Siapa yang terlibat dengan pembunuhan Norita ?

    9) Siapa yang terlibat dengan rasuah politik dalam Umno?

    10) Siapa yang terlibat menjual tanah orang Melayu kepada orang lain?

    11) Siapa yang menolak dan menghina hudud serta mempermain-mainkan hukum Islam?

    12) Siapa yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim?

    13) Siapa disebalik tindakan zalim menahan rakyat dengan zalim tanpa bicara (ISA)?

    14) Siapa yang ditangkap kerana berkhalwat dan berzina tetapi kerana mereka orang atasan mereka terlepas?

    15) Siapa yang tunjuk alim di negara sendiri tetapi minum arak dan berfoya-foya di luar negeri dan tempat-tempat ekslusif di dalam negara

    Dan bermacam-macam lagi isu, skandal, kezaliman, kebobrokan dan sebagainya yang berlaku di dalam negara kita tetapi ditutup oleh pihak tertentu atas kepentingan diri mereka sendiri.

    SYABAS MAHASISWA, BEBASKAN DIRI DARI KONGKONGAN

    Kemenangan kumpulan Pro-mahasiswa (pro-M) dalam pilihanraya kampus di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuktikan mahasiswa semakin berani membebaskan diri mereka dari kongkongan dan ugutan pihak tertentu yang menggunakan kuasa untuk menakut-nakutkan mahasiswa.
    Kalau sebelum mahasiswa kelihatan begitu takut untuk mengundi calon Pro-M, tetapi tidak kali ini. Kita mengharapkan kampus-kampus lain juga menuruti jejak langkah rakan-rakan mereka di UMT.
    Sudah sampai masanya mahasiswa mengajar pihak pentadbir kampus yang saban tahun menggunakan kuasa mereka untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya kampus.
    Selagi mahasiswa tidak berani membuat perubahan selagi itulah mereka akan diperbudak-budakkan oleh pihak berkuasa yang tidak malu berdepan dengan mahasiswa sedangkan mereka sepatutnya berlaku adil dan telus tidak berpihak kepada mana-mana golongan.
    Kemenangan 11 daripada 12 kerusi oleh Pro-M membuktikan bahawa mahasiswa semakin peka kepada politik kampus. Mereka mula mengenali siapa sebenarnya pemimpin mahasiswa sejati bukannya pemimpin yang dicucuk hidung dan 'yes man'.
    Mahasiswa mesti berani membuat perubahan walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab pada setiap kali pilihanraya kampus diadakan.

    PEMIMPIN MELAYU TAK SAYANG BANGSA MELAYU

    Saya bersetuju dengan pandangan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri.

    Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri.

    Beliau berkata demikian semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri Perlis di Kangar semalam, lapor Bernama.
    Bagi saya bukan segelintir yang tak cintakan bangsa Melayu tetapi ramai malah kerajaan BN yang ditunjangi oleh orang Melayu pun seolah-olah tidak cintakan bangsa Melayu.
    Dalilnya mengapa mereka saya katakan seolah-oalh tidak cintakan bangsa Melayu ialah :-
    1) Meminggirkan Bahasa Melayu dengan memperkenalkan dasar PPSMI.
    2) Tanah orang melayu dijual kepada orang 'lain' contohnya pembukaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan lain-lain
    3) Dan banyak lagi ....

    4.39 JUTA BELUM DAFTAR JADI PEMILIH, SALAH SIAPA?

    SPR mengumumkan bahawa kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

    Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).
    Persoalannya mengapa perkara ini berlaku.
    Pada saya masalah ini berlaku kerana SPR dan kerajaan tidak mahu mengubah sistem yang ada. Mengapa mereka tidak mahu mengubahnya, kita pun tidak pasti.

    Jalan penyelesaian bagi masalah ini mudah sahaja jika SPR dan Kerajaan benar-benar ikhlas mahu memastikan semua rakyat berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih.
    Cadangan saya :-
    1) Wujudkan sistem pendaftaran automatik di antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Di mana dari database JPN hubungkan dengan database SPR. Mana-mana warganegara yang berumur 21 tahun ke atas akan secara automatik menjadi pemilih.
    2) Jika tidak mahu menggunakan pakai sistem diatas wujudkan undang-undang semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas di wajibkan mendaftar sebagaimana kewajipan membuat kad pengenalan. Mana-mana rakyat yang gagal mendaftar sebagai pemilih diambil tindakan seperti didenda atau dihukum dengan hukuman-hukuman lain.

    Saya akan jika sistem diatas dilaksanakan khasnya sistem nombor 1, sudah pasti 100 % rakyat akan menjadi pemilih berdaftar tidak perlu SPR terhegeh-hegeh mencari jalan untuk mendaftarkan rakyat untuk menjadi pengundi.
    Persoalannya mengapa sistem di atas tidak mahu dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan bahawa kita semua sedang menuju ke arah sistem elektronik dan on-line. Tetap dalam bab ini mereka seolah-olah tidak serius menggunakan sistem e-pendaftaran ini.

    PENGKHIANATAN UMNO KEPADA ISLAM DAN MELAYU MESTI DIULANGTAYANG

    Rakyat Malaysia terutama orang Melayu mesti sentiasa di'ulangtayang' dengan pengkhianatan Umno terhadap Islam dan Melayu agar mesti tidak mudah lupa.
    Kita semua kena sedar pendapat Dr Mahathir bahawa Melayu mudah lupa memang ada benarnya. Jadi mahu tidak mahu kita mesti selalu ulangi pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu.
    Insya Allah saya akan terbitkan risalah kecil tentang isu-isu ini untuk tatapan kita semua.
    Yang pasti slogan Umno iaitu Umno Juara Rakyat hanyalah retorik semata-mata kerana bukannya Rakyat Yang Didahulukan tetapi Kroni dan pimpinan Umno yang didahulukan. Umno bukan Juara Rakyat tetapi Juara Kroni.
    Buktinya lihat dan pandanglah kehidupan pemimpin Umno Bahagian, Pemuda Bahagian dan lain-lain semuanya kaya raya rumah besar kereta besar semuanya besar. Rakyat apa yang mereka dapat. Masih ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ramai yang pendapat di bawah garis kemiskinan.

    INSAFLAH AKAN KEBESARAN ALLAH.

    Kejadian gerhana minggu lalu seharusnya memberikan keinsafan kepada kita semua. Seingat saya tahun lepas 2 kali kejadian gerhana iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Dan kali ini pada awal tahun hijrah 1431 dan masehi 2010 ianya berlaku sekali lagi.

    Kita harus menyedari bahawa apa juga kejadian adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah dan sudah tentu ada pengajaran dan iktibar dari semua kejadian dan kehendak Allah. Ianya bukan semulajadi atau kebetulan sahaja sebagaimana yang difikirkan oleh yang tidak mempercayai kekuasaanNya.

    Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :



    هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ


    Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.


    Allah Subhanahu Wata’ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata’ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


    Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata’ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah. Pentadbir seru sekalian alam.


    Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,


    Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:


    سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ


    “Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”


    Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata’la melakukan-Nya.


    Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata’ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini

    HENTIKAN PEMBIKINAN FILEM TAHYUL

    Sejak akhir-akhir ini stesyen TV dan pembikin filem begitu berminat menayang dan membikin filem-filem tahyul dan seram. Mengapa dan kenapa mereka sukakan filem bercorak itu saya pun tidak pasti.
    Namun ada pandangan menyatakan bahawa para karyawan filem dan drama gemar mengeluarkannya kerana adanya permintaan yang banyak atau dengan kata lain filem dan drama tersebut diminati ramai. Benarkah begitu?
    Pada pendapat saya filem berunsur dan tahyul dan seram ini tidak memberikan manfaat malah ianya kadang-kadang menyelit unsur-unsur khurafat, tahyul yang bertentangan dengan Islam. Ianya juga memberikan impak negatif kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menjadi penakut kerana ditanamkan dalam diri mereka bahawa hantu ada di mana-mana.
    Jadi saya menggesa pihak berwajib supaya memberhentikan pembikinan dan penayangan filem dan drama bercorak negatif ini serta merta.

    RM5 BILION HANGUS

    RM5 bilion hangus begitu sahaja lantaran pembaziran yang dibuat oleh kira-kira 3 juta perokok di negara kita. Alangkah bagusnya kalau duit sebanyak digunakan untuk tujuan kebajikan, pendidikan dan sebagainya.
    Mengapa susah benar mereka hendak berhenti dari melalukan pembaziran.?

    Apa yang sedap sangat menyedut asap yang baunya busuk dan memualkan itu.?
    Kepada kawan-kawan diluar sana fikir-fikirkanlah!!!!
    Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
    Join Our Newsletter