BUKAN KETUA PEMBANGKANG TAPI JAWATAN PM

'Response' kepada laporan Utusan bahawa Anwar Ibrahim bercadang menyerah jawatan Ketua Pembangkang kepada Tuan Guru Abdul Hadir Awang - bagi saya bukan jawatan Ketua Pembangkang yang kita mahukan tetapi jawatan Perdana Menteri. Ini ada asasnya kerana rakyat sudah semakin sedar bahawa hanya pimpinan PR yang mampu membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat dengan pembasmian pembaziran, kronisme, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.

Selain itu PR juga diyakini berjaya mengamalkan negara berkebajikan seperti ditunjukkan di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak.
Utusan Meloya semalam melaporkan bahawa Anwar bercadang untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ini satu lagi berita atau laporan yang mengelirukan yang tidak lain tidak bukan khabar angin dan ramalan yang mengarut.

Bekas pemimpin Pemuda PKR, Zahid Mat Arip yang semakin dilupakan kelmarin membuat telahan dan terjahan bahawa Anwar akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang kepada Abdul Hadi dan mengarahkan beberapa orang Ahli Parlimen PKR menyertai PAS. Ramalan dan telahan politik Zahid ini adalah mengarut dan berniat jahat. Utusan sememangnya suka berita-berita seperti ini.

Saya yakin perkara tidak pernah pun dibincangkan dan dihebahkan kepada umum kerana ianya hanyalah khabar angin yang disebarkan untuk tujuan tertentu. Penggantian Ketua Pembangkang tidak berbangkit. Kalau ada pun saya yakin Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menamakan sesiapa sahaja menjadi Ketua Pembangkang.

Seperti komen Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa PAS Kedah menerima siapa sahaja menjadi Ketua Pembangkang samada PAS, PKR atau DAP. Ketiga-tiga pemimpin parti tersebut pernah menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini. Tiada masalah kerana masing-masing semuanya berpengalaman dan mampu memikul tugas tersebut.

Jadi tidak perlulah Zahid dan Utusan sibuk-sibuk memperkatakan hal ini. Jika hendak mencari publisiti pun biarlah dengan cara yang professional

Comments