Saya mendapati ramai penyokong dan ahli PAS sendiri tidak sensitif tentang pendaftaran pemilih. Perkara ini terbukti sejak dari dahulu, kini dan mungkin selamanya. Lebih malang lagi ada anak, cucu, isteri dan sanak saudara pimpinan PAS pelbagai peringkat sendiri tidak mendaftar sebagai pemilih.
Banyak program turun padang yang kita jalankan membongkar perkara ini. Ada di antara penyokong dan ahli PAS yang dilawati mempunyai 4 orang anak umur mereka melebihi 21 tahun tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Jadi siapa yang harus kita persalahkan.
Bayangkan kalau anak pimpinan parti politik pun tidak mendaftar sebagai pemilih, sudah tentu anak dan kaum kerabat kepada mereka yang tidak berminat politik sudah tentu mendaftar sebagai pemilih juga. Jadi tidak hairan kalau SPR menyatakan bahawa 4.9 juta rakyat yang layak masih belum mendaftar sebagai pemilih. Majoriti dari mereka pula adalah kaum bumiputera. Jadi nanti jangan marah kalau banyak kerusi-kerusi parlimen dan DUN pengundi majoritinya adalah bukan bumiputera walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah bumiputera.
Punca kepada kegagalan untuk mereka mendaftar ini adalah disebabkan sistem pendaftaran pemilih yang amat lemah dan kuno. Di zaman banyak negara menjalankan pendaftaran automatik Malaysia masih jauh ketinggalan, tidak mahu mengikut arus pemodenan. Sepatutnya sudah lama isu ini selesai. Jika benar kerajaan, SPR dan JPN ikhlas sudah tentu sistem on-line antara JPN dan SPR dapat mengatasi semua masalah ini. 'Link'kan sahaja database JPN dan SPR jadi secara automatik rakyat yang mencapai umur 21 tahun akan didaftar sebagai pemilih.
Masalahnya satu sahaja iaitu kerajaan, SPR dan JPN sengaja mencari alasan agar sistem ini tidak digunapakai. Mustahil ianya tidak dapat dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan slogan kearah sistem e-government dan lain-lain.
Selagi masih ada perasaan tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak professional selagi itulah masalah pendaftaran pemilih ini tidak selesai kerana di sana terdapat agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka mungkin merasa rugi jika semua rakyat terdaftar secara automatik sebagai pemilih.
Comments
kalau boleh sume masalah nk tunding jari dekat kerajaan..
satu lagi bila masa pulak pas pentingkan undi bumiputera?? bukan ke pakatan rakyat punya moto equality