SYABAS KEPADA PELAJAR UIA

Saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan Pro-Mahasiswa kerana berjaya mempertahankan penguasaan mereka pada Pilihanraya Kampus UIAM semalam.
Kumpulan tersebut menang 14 kerusi dalam pilihan raya itu, berbanding 20 kerusi yang dimenanginya tahun lalu.

Seorang jurucakap Pro-M memberitahu Malaysiakini, keputusan di kampus Gombak memperlihatkan kumpulannya menang dua kerusi di Fakulti Ekonomi dan Fakulti Kejuruteraan, masing-masing satu kerusi di Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan dan Fakulti Undang-undang.

Lapan kerusi lagi dimenangi di kampus Kuantan.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memberikan keputusan lengkap pengundian di kampus berkenaan "atas sebab-sebab keselamatan".

Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus kali ini - 16 di Gombak dan 13 di Kuantan.

Kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) pula menang empat kerusi - dua di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi, manakala masing-masing satu kerusi di Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan.

Calon bebas pula memenangi enam kerusi di Fakulti Seni Bina dan kerusi antarabangsa.

Comments

Anonymous said…
nilah orang PR..takleh menang pilihanraya negara, pilihanraya universiti pun jadilah...ehehehe!!!!!!!