.

.

15 November 2013

PARLIMEN SUDAH JADI MACAM STADIUM BOLASEPAK

Semalam satu lagi sejarah berlaku di dalam Parlimen Malaysia apabila seorang lagi Ahli Parlimen digantung selama 6 bulan. Tidak kisahlah Ahli Parlimen itu dari parti mana sekalipun apa yang penting kita melihat Parlimen Malaysia sudah menjadi semacam mahkamah tempat mengadili 'orang salah'. Ia juga sudah menjadi tempat yang maksum tidak boleh dikritik dan diberi teguran yang membina.

Di pihak yang ada kuasa mereka menggunakan kuasa sewenang-wenangnya menggantung sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengan mereka atau tuan mereka. Ahli Parlimen sudah tidak bebas menyuarakan pandangan dan pendapat. Selepas ini Ahli Parlimen akan menjadi 'Yes Man' dan kaku kerana mulut dan tangan mereka dibelenggu. Takut-takut nanti digantung elaun pun gantung. Itulah Parlimen Malaysia.

Belum lagi kita soalkan tentang keadilan Speaker kepada semua Ahli Parlimen. Jarang sekali usul-usul yang dibentang oleh pihak Pakatan Rakyat diterima untuk dibahaskan. Biasanya ia akan ditolak dengan pelbagai alasan seperti tidak perlu disegerakan dan sebagainya. 

Satu lagi yang hebat dalam Parlimen Malaysia ialah sikap Ahli Parlimen yang menjadi 'Yes Man' dan Pak Turut. Apa sahaja yang dibentangkan dan dinyatakan oleh Boss mereka semuanya mereka sokong walaupun ianya jelas tidak menguntungkan rakyat dan negara. Bila ditanya kepada Ahli Parlimen berkenaan jawapnya mudah 'cari makan' kalau tak sokong dan tentang nanti kena blacklist akan datang jangan harap dipilih lagi menjadi calon PRU. Itulah mentaliti dan standard Ahli Parlimen Malaysia khususnya dari BN.

Semalam Ahli-ahli Parlimen menunjukkan belang mereka. Ada yang bersorak, ada yang melolong dan sebagainya. Perangai tidak ubah seperti penyokong Bolasepak di stadium atau lebih teruk lagi. Bila Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentang usul untuk menentang perlantikan penasihat-penasihat kerajaan bertaraf menteri, mereka memekik-mekik dan memperlecehkan fakta yang dibentangkan oleh Fuziah. Sedangkan ianya jelas membazirkan duit rakyat. Kesilapan fakta yang dibuat oleh Fuziah dalam isu jawatan adalah perkara kecil tetapi yang lebih besar ialah pembaziran wang rakyat untuk memberi elaun kepada penasihat bertaraf menteri ini................

Untuk rekod ......


Dewan Rakyat pada Isnin dimaklumkan seramai 12 orang terdiri daripada Ahli Parlimen, bekas Ahli Parlimen atau bekas menteri Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri, duta, atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk ada yang bertaraf menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom, Datuk Osman Abdul (Pendang), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Tan Sri Isa Samad (Jempol), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pulai), Datuk Dr Abdul Latif Ahmad (Mersing), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Hasbi Hasbibollah (Limbang) dan Datuk Seri Noh Omar (Tanjung Karang).
Jamaluddin dilantik sebagai Pengerusi Program Perumahan Rakat 1Malaysia (PR1MA), dan Utusan Khas Malaysia betaraf menteri ke Amerika Syarikat, Johari sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Pembangunan Ekonomi Koridor Utara, Abdul Azeez (Pegerusi Tabung Haji), Osman (Pegerusi Menara Kuala Lumpur), Isa (Pengerusi Felda), Nur Jazlan (Pengerusi Telekom Malaysia), Dr Abdul Latif (Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad), Noraini (Pengerusi MATRADE), Shabudin (Pengerusi Lembaga Kemajuan Pulau Pinang), Hasbi (Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak) manakala Noh (Penasihat Khas Perdana Menteri berhubung negeri Selangor).
Selain 12 Ahli Parlimen berkenaan, katanya, kerajaan turut melantik beberapa bekas menteri.
Mereka ialah Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Seri S. Sammy Vellu sebagai Duta Khas Kerajaan Malaysia (bertaraf menteri) mengenai infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Tan Sri Rais Yatim sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Penasihat Bertaraf Menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan,  serta bekas Pedana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

DR KHALID, YB YANG PRIHATIN

Gambar-gambar Adun Bukit Baru YB Dr Haji Md Khalid Kassim turun padang meninjau masalah rakyat dan memberikan bantuan kepada yang kurang bernasib baik.




Meninjau masalah saliran di kawasan perniagaan Taman Sin Hoe, Bukit Baru.




 Menziarahi jenazah Allahyarham Farid Omar di Taman Delima Raya, Padang Jambu.






Meninjau masalah lampu isyarat yang terlalu lama lampu merahnya.


Menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan warga emas di Taman Saujana dan Bukit Baru Dalam.

PRESIDEN PAS RASMIKAN KONVENSYEN PAS MELAKA 17 NON

Melaka : Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka akan mengadakan konvensyen Pas Negeri kali kedua pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang, 17 November ini bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Asri Sheikh Abdul Aziz (gambar) berkata konvensyen ini adalah kesinambungan dari konvensyen kali pertama yang diadakan pada tahun lepas.

'Kita akan anjurkan konvensyen ini tiap-tiap tahun sebagai platform untuk PAS Negeri menilai dan memuhasabah serta merangka strategi perjuangan pada masa hadapan".

'Konvensyen ini memberi ruang kepada pimpinan Pas Negeri dan ahli-ahli menyatakan pandangan dan cadangan kepada Pas bagi memastikan kesinambungan perjuangan kita di Melaka" ujar Asri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa konvensyen di sini malam tadi.

Asri berkata antara perkara penting akan dibincangkan pada konvensyen ini ialah tarbiah, pemerkasaan dan pengurusan parti.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Presiden Pas, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan majlis penutupnya oleh Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa. 

Presiden juga akan menyempurnakan majlis perasmian Kompleks Pas Bukit Katil yang baru siap dibina bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baru.

Seluruh kepimpinan Pas pelbagai peringkat dari cawangan hingga ke negeri dijemput hadir. Seluruh ahli-ahli Pas juga dijemput untuk memeriahkan program tersebut.

14 November 2013

PATUTLAH RTM MUNDUR MAKIN MALAP, INI BUKTINYA

RTM semakin terkebelakang dan mundur. Ini semua gara-gara menjadi pengampu dan pembodek nombor wahid kepada kerajaan BN sama seperti Utusan 'Meloya' dan Berita Hairan yang jumlah jualan mereka semakin merosot.

Di saat stesyen TV dan media lain khususnya yang berpengkalan di luar negara semakin maju RTM masih di takuk lama malah lebih teruk. Sesuai dengan slogan 'Rangkaian Tunggu Mati.'

Bukti terbaru kemunduran dan kelemahannya ialah nama PAS iaitu salah satu parti terbesar dan terhebat di Malaysi pun mereka tidak tahu. Sudahlah tidak tahu, tidak mahu bertanya pula.

Dalam surat yang dihantar kepada Ketua Penerangan PAS Pusat RTM mencatatkan nama PAS sebagai Parti Islam Semenanjung. Mana mereka dapat nama ini ...........memang mundur dan 60 tahun kebelakanglah RTM ini ..........sila rujuk surat (gambar) ini.

Sumber : FB MSAH

MUKTAMAR PAS : SIAPA PIMPINAN PILIHANKU???

Setiap menjelang muktamar PAS yang ada pemilihan maka sudah tentu macam-macam pertanyaan dari kawan-kawan akan timbul. Saya tidak ingat ini kali ke berapa saya diberi hak untuk memilih kepimpinan PAS.

Sejak dari umur belasan tahun lagi saya mula menghadiri muktamar PAS. Jarang sekali saya 'miss'. Ada sekali dua saya 'termiss' disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Antaranya Arwah Pak Mertua sakit tenat dan meninggal ketika hari muktamar pada tahun 2010.

Kali ini jika tiada aral melintang saya sekali lagi akan menunaikan hak untuk memilih kepimpinan. Seperti tahun-tahun sebelumnya saya telahpun menetapkan siapa pimpinan yang akan saya pilih khususnya untuk posisi Timbalan dan Naib-Naib Presiden. Untuk posisi Presiden saya tiada pilihan terpaksa memilih Presiden sekarang DS TGHH.

Kali ini agak ramai yang dicalonkan untuk posisi Timbalan dan Naib Presiden. Sayangnya ramai yang menarik diri. Mengapa mereka menghampakan kami yang mencalonkan mereka. Pihak Kawasan mencalonkan mereka itu atas dasar mereka berkeupayaan dan punya kredibiliti untuk memimpin. Tetapi mereka yang menarik diri ini nampaknya tidak menghormati pandangan dan syuro kami di peringkat akar umbi.

Sejarah telah membuktikan pimpinan PAS di zaman awal-awal perjuangan dahulu begitu menghormati pencalonan dari akar umbi. Kebanyakan mereka tidak akan menarik diri walaupun dicalonkan dengan lebih dari satu jawatan. Ada yang bertanding Timbalan, Naib Presiden dan AJK biasa sekaligus. Mereka tidak menarik diri kerana mereka sedang penghormatan yang diberi oleh akar umni wajar dihargai.

Untuk meringkaskan cerita ..........saya akan memilih pertama pemimpin bertaqwa, berakhlaq, komited dengan perjuangan, mempunyai pembacaan politik yang jauh dan terkini, tidak bermewah-mewah, teruji dengan pelbagai ujian, mempunyai visi dan misi yang relevan dan terkini, fikrah yang jelas, pejuang yang istiqamah susah dan senang, bukan naik dalam parti atas sebab-sebab tertentu, hubungan yang baik dengan akar umbi dan rakyat, boleh 'masuk' dengan semua orang, tidak 'agah' dan gedebe dan sebagainya.

Saya tidak berkempen untuk sesiapa ........namun sebagai perwakilan yang matang dan bijak, sudah tentu anda anda mempunyai neraca timbang tara sendiri..........

PENGANGGURAN : KERA DALAM HUTAN DAPAT SUSU, ANAK SENDIRI KERING TEKAK

Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah. Mengapa begitu ramai penganggur sedangkan kerajaan BN mewar-warkan bahawa ekonomi negara hebat, pengangguran kurang dan sebagainya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ismail Abd. Muttalib tidak dapat menyembunyikan fakta terpaksa berkata benar apabila disoal dalam Parlimen. Menurutnya jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).

Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) berhubung jumlah penganggur di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat.

Yang peliknya di saat pengangguran sudah parah......kerajaan terus membiarkan kebanjiran pendatang asing untuk bekerja di negara kita. Pada masa yang sama mereka menuduh rakyat sendiri memilih kerja.

BERUK DI HUTAN KENYANG MINUM SUSU ........ANAK SENDIRI KERING TEKAK MATI KEHAUSAN.

13 November 2013

APA KHABAR PUSAT PENYELIDIKAN DAN PUSAT LATIHAN

Apa khabar dengan pusat-pusat di bawah ini :

PUSAT PENYELIDIKAN PAS
AKADEMI LATIHAN - PUSAT LATIHAN PAS

12 November 2013

SYUKUR NEGARAKU MASIH AMAN?

Pegawai Bank mati ditembak, Ketua Penguatkuasa mati tembak, Pegawai Kastam mati ditembak, Cikgu mati ditembak...........entah siapa-siapa lagi akan kena tembak. Apa sebenarnya yang menjadi punca kepada semua perkara ini. Dulu jarang sekali kita mendengar kes sebegini.

Bila ditanya pihak berwajib semua mereka akan menjawab Malaysia masih selamat, masih aman tak percaya kata mereka sila rujuk statistik.

Sekarang ini duduk bersantai-santai di rumah pun tak selamat. Tiba-tiba ada orang beri salam dan hendak berjumpa. Keluar sahaja pang!!!!!! kena tembak. Apakah negara kita sudah menjadi seperti Amerika atau Mexico atau negara-negara lain yang mana senjatapi bebas dibawa ke sana ke mari dan mudah dipunyai.

Dari mana mereka ini dapat senjatapi. Bukankah kita mengaku bahawa pihak berwajib di negara kita adalah antara yang terhebat di dunia. Benarkah begitu jika satu demi satu kejadian melibatkan senjatapi berlaku di depan mata.

Mungkin laporan Ketua Audit Negara memberikan jawapan kepada kita semua betapa longgar dan cuai pihak tertentu sehingga senjatapi berbahaya boleh hilang begitu sahaja.

Kita mengharapkan pihak pemerintah dan pihak berwajib kembali kepada penyelesaian secara Islam bagi memberikan kegerunan kepada penjenayah. Hukum Islam ada barokah dan dibantu oleh Allah. Insya Allah rasa gerun dan takut manusia untuk melakukan jenayah akan diilhamkan ke dalam hati mereka sehingga mereka tidak berani melakukan perkara mungkar. Itulah rahmatnya hukum Allah.

Selagi manusia degil tidak mahu kembali kepada fitrah kejadiannya dan bongkak tidak mahu kembali kepada Islam selagi itulah masalah seumpama ini tidak dapat diselesaikan. Apakah pemimpin hari ini sanggup untuk menjawab segala pertanyaan Allah
.............renungkanlah.

Al Fatihah kepada semua mangsa kezaliman dan kejahatan manusia.

10 November 2013

PEMILIHAN PAS : TUAN IBRAHIM DAN HUSAM HAMPAKAN PAS KAWASAN-KAWASAN

Calon-calon yang diterima bertanding untuk pemilihan PAS telah diumumkan semalam. Antara calon-calon yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi ialah Mohamad Sabu dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk Timbalan Presiden. Manakala untuk Naib Presiden pula menyaksikan Abu Bakar Chik, Husam Musa, Tuan Ibrahim, Mahfuz dan Salahuddin Ayub untuk posisi Naib Presiden.

Dari senarai di atas ramai yang berasa sedikit terkilan kerana Tuan Ibrahim dan Husam Musa menolak untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden sedangkan mereka berdua mendapat pencalonan yang banyak dari kawasan-kawasan. Mengapa mereka berdua menghampakan hasrat dan kehendak kawasan-kawasan.

Kedua-dua mereka mungkin mencongak bahawa sukar untuk mereka menang jika bertanding jawatan Timbalan Presiden. Bukankah kita diajar bukan jawatan yang kita kejar. Khidmat dalam jemaah bukan hanya sekadar ada jawatan, tiada jawatan pun kita boleh berkhidmat. Jika benar mereka berdua menerima pencalonan yang banyak maka sudah pasti merekalah yang dimahukan oleh akar umbi untuk memimpin parti. Bagaimana jika calon yang tidak popular dan tidak berkeupayaan dipilih oleh majoriti perwakilan adakah Husam dan Tuan Ibrahim tidak dipersoalkan kerana sengaja lari dari tanggungjawab..............

Bagi kita kedua-dua mereka adalah pemimpin masa depan bagi PAS. Kedua-dua belum mencapai umum 60 tahun dan memang mempunyai potensi besar untuk melangkah jauh ............mereka berdua telah menghampakan PAS Kawasan ................

Ditulis oleh : Ahli hampa PAS Kawasan
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter