SYUKUR NEGARAKU MASIH AMAN?

Pegawai Bank mati ditembak, Ketua Penguatkuasa mati tembak, Pegawai Kastam mati ditembak, Cikgu mati ditembak...........entah siapa-siapa lagi akan kena tembak. Apa sebenarnya yang menjadi punca kepada semua perkara ini. Dulu jarang sekali kita mendengar kes sebegini.

Bila ditanya pihak berwajib semua mereka akan menjawab Malaysia masih selamat, masih aman tak percaya kata mereka sila rujuk statistik.

Sekarang ini duduk bersantai-santai di rumah pun tak selamat. Tiba-tiba ada orang beri salam dan hendak berjumpa. Keluar sahaja pang!!!!!! kena tembak. Apakah negara kita sudah menjadi seperti Amerika atau Mexico atau negara-negara lain yang mana senjatapi bebas dibawa ke sana ke mari dan mudah dipunyai.

Dari mana mereka ini dapat senjatapi. Bukankah kita mengaku bahawa pihak berwajib di negara kita adalah antara yang terhebat di dunia. Benarkah begitu jika satu demi satu kejadian melibatkan senjatapi berlaku di depan mata.

Mungkin laporan Ketua Audit Negara memberikan jawapan kepada kita semua betapa longgar dan cuai pihak tertentu sehingga senjatapi berbahaya boleh hilang begitu sahaja.

Kita mengharapkan pihak pemerintah dan pihak berwajib kembali kepada penyelesaian secara Islam bagi memberikan kegerunan kepada penjenayah. Hukum Islam ada barokah dan dibantu oleh Allah. Insya Allah rasa gerun dan takut manusia untuk melakukan jenayah akan diilhamkan ke dalam hati mereka sehingga mereka tidak berani melakukan perkara mungkar. Itulah rahmatnya hukum Allah.

Selagi manusia degil tidak mahu kembali kepada fitrah kejadiannya dan bongkak tidak mahu kembali kepada Islam selagi itulah masalah seumpama ini tidak dapat diselesaikan. Apakah pemimpin hari ini sanggup untuk menjawab segala pertanyaan Allah
.............renungkanlah.

Al Fatihah kepada semua mangsa kezaliman dan kejahatan manusia.

Comments