.

.

24 November 2012

MAHATHIR MASUK PAS?

Mahathir nampaknya lebih Pas dari ahli Pas sendiri apabila mendakwa Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Kita semua sudah faham dan matang dengan sepak terajang politik Mahathir. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Mahathir sudah pasti menjadi senjata Umno/BN untuk memerangkap PR. Kenyataan Mahathir di atas tidak lain hanya untuk memecahbelahkan ali dan penyokong PR. 

Benarlah dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mahukan ahli dan pimpinan Pas lebih berhati-hati dengan pandangan parti lawan berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri ketujuh apabila perkara itu semakin dipertikaikan pelbagai pihak termasukantara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Beliau berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.

“Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Tuan Guru berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau betul Mahathir hendak memberikan cadangan bolehlah beliau isi borang Pas dan mohon jadi ahli Pas.

23 November 2012

DR MAHATHIR CALON PALING LAYAK JADI PM KE 6

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah calon paling layak menjadi PM ke 6 menggantikan Najib andai BN memenangi PRU 13 nanti. Ini kerana beliau masih kelihatan bernafsu untuk berkuasa kembali. Setiap hari beliau mengeluarkan kenyataan akhbar menyentuh isu-isu pentadbiran, politik, ekonomi dan apa juga isu yang penting. Malah lebih banyak membuat kenyataan akhbar berbanding menteri-menteri lain.

Semua pihak dikritik dan dihentam oleh beliau seolah-olah beliau seorang sahaja yang betul dan perfect. Perdana Menteri, Najib Razak juga kelihatan tidak berani menjawab atau menafikan apa yang dinyatakan oleh Mahathir. Atas kertas Najib dilihat berkuasa tetapi hakikat sebenar Najib hanyalah orang ketiga berkuasa di Malaysia selepas 2 orang lagi manusia 'hebat' di Malaysia. Siapa dua orang itu? Tuan-puan lebih arif.

Tidak syak lagi sebenarnya ahli dan pimpinan BN kena akur kepada situasi yang ada iaitu mereka harus mengangkat kembali Mahathir ke tampuk kuasa yang begitu diidamkan beliau.

22 November 2012

ISU UMNO MURTAD ISU LAMA DI'FLASBACK; KEMBALI

Fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertali arus tanpa henti. Isu tuduhan yang menyatakan Tuan Guru menyatakan Umno murtad adalah isu lama yang di'flashback' kembali semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan memburuk-burukkan Tuan Guru dan PAS itu sendiri.

Sedangkan Tuan Guru telah berulang kali menyatakan beliau tidak menuduh Umno murtad seperti yang dimuatkan dalam tajuk utama Harakah terbaru. Namun selepas dinyatakan berulang kali media pencacai Umno terus memfitnah Tuan Guru dan PAS. Akhirnya Tuan Guru akan menyaman Utusan buat kesekian kalinya. Malangnya Utusan yang sememangnya 'banyak duit' tidak serik terus 'berzikir' memfitnah pimpinan PAS dan PR. Sudah jutaan ringgit di'infak'kan oleh Utusan untuk memfitnah pimpinan PAS dan PR. 

Kita yakin Utusan tidak akan serik kerana ianya sudah menjadi darah daging media pencacai itu menjadi tukang fitnah dan bohong demi 'survival' politik tuannya Umno.

Selagi Umno itu sendiri tidak sedar bahawa kerja-kerja memfitnah itu suatu dosa besar selagi itulah ianya akan terus mewarnai politik negara kita yang semakin tidak bertamadun dek sikap Umno yang tidak rela menerima kekalahan. Utusan hanyalah pencacai yang mengangguk semua arahan Umno.

21 November 2012

PASCA MUKTAMAR : KEMATANGAN PEMIMPIN DAN AHLI PAS TERSERLAH

Kematangan pimpinan dan ahli PAS terbukti apabila tiada satupun masalah timbul semasa ia berlangsung walaupun pelbagai serangan dan fitnah dilemparkan kepada PAS. Musuh-musuh politik PAS menggunakan pelbagai sudut dan bentuk untuk memecah belahkan di kalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS. Bukan sahaja mereka tidak melatah dengan serangan malah dengan pujian pun mereka berjaya tangani dengan baik.

Isu-isu lama seperti kepimpinan ulama-professional, isu kelemahan kerajaan dan sebagainya tidak sedikitpun menjejaskan keutuhan dan kesepaduan pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Isu Presiden PAS menjadi Perdana Menteri tidak sedikitpun menjadikan Presiden PAS perasan dan bangga diri. Malah dengan tegas Tuan Guru menyatakan beliau sanggup mati selepas Islam ditegakkan di Malaysia. Satu jawapan yang begitu tegas dan tawadhuk oleh Tuan Guru walaupun diasak dengan pujian melambung oleh para perwakilan. Begitulah hebatnya Presiden PAS.

20 November 2012

TUDUH MURTAD : UTUSAN TAK SERIK-SERIK


Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapanUtusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN),  Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata:

"Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."
Ternyata Utusan tidak pernah serik dengan segala fitnah yang seringkali dibuat oleh akhbar pencacai ini. Sudah jutaan ringgit terpaksa dibayar setelah dijatuhkan hukuman memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat sejak dahulu. Kini sekali lagi Utusan memfitnah Tok Guru. Kita tahu semua ini adalah rancangan 'boss' Utusan yang sentiasa mencari peluang untuk memfitnah pimpinan PR khususnya Tok Guru Nik Abdul Aziz, Anwar dan lain-lain.

Objektif Utusan dan 'boss'nya hanyalah untuk mengelirukan rakyat supaya membenci pemimpin PR; menjatuhkan imej mereka; mengalihkan isu supaya tumpuan rakyat kepada isu-isu sebenar yang melibatkan BN terarah kepada keburukan PR dan pimpinannya.

19 November 2012

MEMALI : 27 TAHUN BERLALU, KEZALIMAN MASIH TIADA PEMBELAAN


Genap 27 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.

Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di dalam mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.
As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta perisai.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Kezaliman pihak berkuasa ke atas As Syahid dan sabahat-sahabatnya serta keluarga mereka sehingga ke hari ini tidak dibela. Kebajikan mereka dinafikan walaupun mereka dizalimi. Inilah kezaliman maha dahsyat yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas rakyatnya sendiri.

Kini selepas 27 tahun ianya berlalu, tidak nampak kesungguhan dan keseriusan pihak berkuasa untuk memberikan sedikit pembelaan dan keadilan kepada mangsa. Kezaliman kerajaan terhadap As Syahid dan sahabat-sahabatnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit dan kemaafan. Ianya tidak akan dilupakan oleh seluruh keluarga syuhada malah seluruh pencinta perjuangan Islam.


Siapa Ibrahim Libya?

As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Menurut Senator Yusuf Husin ( seorang dari anak didik Ustaz Ibrahim yang turut sama dalam tragedi tersebut), selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.

Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:

"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.

Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.

Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.

Sumber : AI Mkini

ISU DOA : UMNO KANTOI LAGI!!

Umno kantoi lagi dengan isu DOA.Ikuti jawapan bernas dengan nas dan fakta dari Dr Asri dan YB Nik Amar dalam klip video ini.

Allahu Akbar!!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter