Fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertali arus tanpa henti. Isu tuduhan yang menyatakan Tuan Guru menyatakan Umno murtad adalah isu lama yang di'flashback' kembali semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan memburuk-burukkan Tuan Guru dan PAS itu sendiri.
Sedangkan Tuan Guru telah berulang kali menyatakan beliau tidak menuduh Umno murtad seperti yang dimuatkan dalam tajuk utama Harakah terbaru. Namun selepas dinyatakan berulang kali media pencacai Umno terus memfitnah Tuan Guru dan PAS. Akhirnya Tuan Guru akan menyaman Utusan buat kesekian kalinya. Malangnya Utusan yang sememangnya 'banyak duit' tidak serik terus 'berzikir' memfitnah pimpinan PAS dan PR. Sudah jutaan ringgit di'infak'kan oleh Utusan untuk memfitnah pimpinan PAS dan PR.
Kita yakin Utusan tidak akan serik kerana ianya sudah menjadi darah daging media pencacai itu menjadi tukang fitnah dan bohong demi 'survival' politik tuannya Umno.
Selagi Umno itu sendiri tidak sedar bahawa kerja-kerja memfitnah itu suatu dosa besar selagi itulah ianya akan terus mewarnai politik negara kita yang semakin tidak bertamadun dek sikap Umno yang tidak rela menerima kekalahan. Utusan hanyalah pencacai yang mengangguk semua arahan Umno.
Comments