.

.

23 March 2013

CALON DAP GUNA LAMBANG PAS. KAMI SOKONG 100%

Tidak ada salahnya calon DAP bertanding PRU 13 nanti menggunakan lambang PAS. Kami sebagai ahli PAS menyokongnya 100%. Malah pemimpin PAS juga sudah tentu akan menyokongnya. Malah sebelum ini  PKR pernah bertanding dengan meletakkan calon PAS. Antaranya Ustaz Abdullah Mohamad dan Ustaz Ishak Sat yang masing-masing bertanding di Dun Jelai dan Ceka di Pahang pada PRU 2008 dahulu.

Calon PAS dari DHPP, Kumutha Raman juga bertanding atas tiket PKR di Dun Tiram pada PRU 2008 dahulu. Tidak ada masalah. Itulah semangat setiakawan dalam PR.

Jika benar DAP akan dibatalkan pendaftarannya atau dihalang dari menggunakan lambangnya, maka calon-calon Parti itu boleh sahaja bertanding menggunakan lambang PAS iaitu bulan atau lambang PKR iaitu bulan sabit atau mata.

Rakyat pelbagai bangsa akan tetap menyokong calon PR asalkan bukan Umno/BN.

BILIK GERAKAN DAP DISERANG DENGAN BOM PETROL DI MELAKA


Adun Bachang, Lim Jak Wong menulis dalam Facebooknya memaklumkan bahawa Bilik Gerakan DAP DUN Klebang di Bukit Rambai telah diserang dengan Bom petrol pada lebih kurang 3 pagi semalam. 

"Nasib baik tuan rumah masih belum tidur lagi terdengar bunyi lalu nampak api mula merebak maka dengan segera dipadamkannya."

"Terima kasih pada Tuhan Yang sentiasa bersama kami untuk melindungi kami daripada serangan syaitan" ujar Lim.

Jelas sekali politik Melaka diwarnai dengan manusia yang tidak bertamadun. Mereka membaling batu, membaling telur dan cuba membakar bilik gerakan dengan bom petrol. Siapa punya angkara .....cuba tuan-puan teka?????

22 March 2013

SIKIT-SIKIT TANGKAP, ITU SAHAJA CARA LAYAN RAKYAT

NONETiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Inilah cara kerajaan Umno/BN melayan rakyat. Mereka selalu berkasar dengan rakyat dan bermanis muka dengan kroni dan pembodek mereka. Sampai bila mereka mahu berperangai macam samseng dan pengganas begini.

Hukumlah sekuasa kamu dapat menghukum, kamu hanya dapat menghukum di atas dunia. Suatu hari kita semua akan mengadap Allah dan semua anggota akan menjawab dan berkata-kata untuk menjadi saksi atas apa yang kita lakukan di dunia ...............

Sumber : Mkini.

21 March 2013

TAHUKAH ANDA 9 NEGERI YANG AKAN JATUH KE TANGAN PR?

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Persoalannya negeri mana yang dimaksudkan oleh Dr Hatta tersebut? Untuk rekod Sarawak tidak akan ada Pilihanraya peringkat negeri kerana Pilihanraya Negeri Sarawak baru sahaja diadakan tahun lalu.  Jadi 12 negeri sahaja yang akan mengadakan pilihanraya negeri pada PRU 13 nanti iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Jadi 9 negeri yang dimaksudkan oleh Dr Hatta akan datang dari 12 negeri ini.

Pada congakan pemerhati politik negeri-negeri tersebut ialah Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Melaka. Manakala di Pahang dan Perlis BN hanya memenangi dengan majoriti kecil kurang dari 2/3.

Andaian ini dibuat berdasarkan kepada situasi terkini politik semasa yang memperlihatkan rakyat semakin berani menunjukkan sikap dan kecenderungan politik masing-masing. Sebab itulah sehingga kini Najib meroyan tidak berani membubarkan Parlimen.

MELAKA : TELUR AKAN KEHABISAN STOK?

Apakah telur akan kehabisan stok di pasaran Melaka. Bukan kerana digunakan untuk dibuat lauk atau kuih tetapi digunakan oleh penyokong 'puak-puak itu' untuk membaling ke arah program Pakatan Rakyat.

Sekarang semacam ada trend baru iaitu membaling telur, batu, kayu dan sebagainya bagi mengganggu program Pakatan Rakyat.

Di Bukit Katil 7 Mac lalu, 2 orang penyokong PR cedera. Tetapi bukan terkena telur sebaliknya di'balun' dengan batu.

2 malam lepas program ceramah Naib Presiden PKR, Tian Chua dihujani dengan telur. Ada kereta-kereta penyokong PR yang terkena telur yang dibaling oleh penyangak-penyangak yang diupah oleh pihak tertentu yang semua orang kampung tahu siapa mereka dan siapa di belakang mereka.

Mereka meneruskan kerja-kerja tidak bertamadun menganggu ceramah PKR di hadapan Pejabat PKR Negeri di Bukit Piatu.  Pelbagai kata-kata kesat, maki hamun, fitnah dan pembohongan di ucapkan oleh penceramah upahan mereka. Tidak cukup mereka  gunakan llidah bertulang untuk maki hamun dan fitnah kini mereka mengunakan telur pula untuk mengacau program kita.

Kepada peniaga bahan makanan, khususnya restoran cepat beli telur dan simpan stok takut-takut ada yang borong semua telur di Melaka untuk dijadikan bahan balingan bagi mengganggu program PR.

Kepada ayam-ayam telur di Melaka diharapkan sudi kiranya kamu bertelur lebih banyak dari biasa kerana permintaan tinggi sekarang!

STATISTIK KEMISKINAN BERCANGGAH DENGAN JUMLAH PENERIMA BR1M


Cuba berfikir sejenak:

Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan lebih 60 peratus sejak awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lepas itu tanya diri sendiri: 

Berapa orang yang terima BR1M?

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diagihkan kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan.

BR1M melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia.

Sumber : FB Datuk TITM

20 March 2013

NAJIB MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini membentangkan "kad laporan" hasil pelaksanaan Program Transformasi untuk memberi manfaat kepada setiap lapisan rakyat Malaysia.

Masuk bakul angkat sendiri .........semuanya bagus. Lain kali kalau hendak bentang pencapaian dan sebagai kena panggil Juruaudit Bebas yang professional dan berani untuk audit dan dapat findings baru betul-betul punya laporan. Kalau setakat juruaudit dalaman dan tidak bebas laporannya sudah tentu diragui.

Kalau sendiri yang audit sudah tentu semua bagus.

Malaysiakini melaporkan bahawa Najib berkata Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) itu, yang juga menyokong Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri, menjadi asas utama, bukan semata-mata angka tunjuk ekonomi.
    
"Saya yakin bahawa rakyat bukan sekadar dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang telah berlaku, malah juga merasai kesannya," katanya  ketika melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara.
    
"Saya suka melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak, sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang telah dirancang berjaya dicapai," kata Najib.

Perdana Menteri berkata ETP dan GTP merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan ke pertanggungjawaban, selain membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.  
    
Dalam aspek ini, hasil kejayaan negara boleh disaksikan menerusi peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita, daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun 2012. 
    
Ini merupakan peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
    
Peningkatan taraf hidup ini diperjelaskan lagi melalui angka-angka hasil Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR). 
    
Menurut Najib PPIR 2012 menunjukkan bahawa isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun 2012. 
    
Ini merupakan peningkatan lebih daripada 1,200 peratus, sejak PPIR dimulakan pada tahun 1974.

Najib berkata inisiatif-inisiatif GTP berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat berpendapatan rendah, termasuk peruntukan lebih RM2.34 bilion untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada lebih enam juta rakyat serta RM524 juta untuk dimanfaatkan oleh 5.24 juta murid.
    
Dalam menarik taraf kehidupan rakyat, seramai 106,967 dilibatkan dalam program Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani, selain menerima pembiayaan mikro melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional dan Yayasan Usaha Maju.
    
Dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar, enrolmen prasekolah berjaya ditingkatkan jumlahnya kepada hampir 770,000 tahun lepas atau 80 peratus kumpulan umur berkenaan. 
    
GTP diilhamkan oleh Perdana Menteri dan dilaksanakan di bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), seiring dengan moto 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Terdapat tujuh NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) di bawah GTP. 
    
Ia adalah mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, menambah baik pendidikan, pembangunan luar bandar serta pengangkutan awam bandar dan meningkatkan standard kehidupan isi rumah pendapatan rendah serta menangani kos hidup. 
    
Majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri Kabinet, disiarkan secara langsung oleh RTM.
    
Perdana menteri berkata dari segi pencapaian ETP, kadar pertumbuhan pelaburan swasta berkembang lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22 peratus tahun lepas, sejak pelancaran ETP lewat 2010. 
    
Beliau berkata selari dengan matlamat ETP dengan sektor swasta memainkan peranan utama sebagai pemacu ekonomi negara, nisbah pertumbuhan pelaburan swasta terus mengalami peningkatan konsisten. 
    
"Pada tahun 2009, jumlah pelaburan swasta hanya merangkumi 52 peratus, namun meningkat kepada 58 peratus pada tahun 2012.
     
Beliau berkata ini adalah bukti keyakinan sektor swasta yang semakin meningkat terhadap inisiatif transformasi nasional, dengan nilai pelaburan swasta pada 2012 mengatasi sasaran, sebanyak RM139.5 bilion, yang dipacu oleh perbelanjaan modal yang tinggi dalam sektor pengilangan, perkhidmatan dan perlombongan.
    
"Pelaburan swasta penting kerana ia mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi negara. Kerancakan pelaburan swasta yang lebih besar berkadar langsung dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi. Pertumbuhan akan menjana kekayaan nasional dan kekayaan yang terhasil ini akan membolehkan kerajaan menjayakan lebih banyak inisiatif yang memanfaatkan rakyat," katanya. 
    
Sementara itu, Najib berkata hampir 50 juta pelancong melawat Malaysia pada 2011 dan 2012, yang menyumbang PNK bernilai hampir RM100 bilion, manakala dalam pembangunan Greater Kuala Lumpur, My Rapid Transit menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45 peratus atau RM8.9 bilion dengan sebahagian besar diberikan kepada kontraktor Bumiputera.
    
Bagi sektor minyak dan gas, Projek Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor bakal wujud peluang perniagaan tinggi kepada 4,000 orang dan kerja-kerja pembinaan kepada 20,000 orang.
    
Menurut Najib, bagi sektor kandungan dan infrastruktur komunikasi dan kreatif, sebanyak RM547 juta hasil keluaran kreatif dieksport dan 157 ribu jam kandungan industri kreatif terhasil termasuk untuk pembikinan filem "Life of Pi" yang telah dianugerahi "Oscar bagi Kesan Visual Terbaik pada Anugerah Akademi ke-85.
    
Seramai 1,087 pemilik kedai runcit menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus, kata Najib

19 March 2013

MASUK PR NAK JADI CALON, JANGAN SAMAKAN OTAK KAMU DENGAN KAMI

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
    
Beliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin "memotong barisan" anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.
    
Kita hendak ingatkan Wak Mad Maslan bahawa kami tidak sama dengan kamu. 'Geng' kamu jika masuk politik tidak ada niat lain kecuali hendak projek, kuasa dan pangkat. Sebab itu masing-masing sanggup mengamalkan rasuah untuk mendapat tempat dalam barisan kepimpinan samada di cawangan, bahagian maupun pusat.

Gambar sekadar hiasan


APA TUNGGU LAGI, CONTOHILAH TUAN GURU DATO HARON DIN

Jangan tunggu lama-lama. Tauladanilah Tuan Guru Dato Hj Haron Din di mana semua keluarga terdekatnya menjadi ahli PAS.

ISU ZAKAT : PJ MELAKA TIDAK GENTAR DENGAN SAMAN KERAJAAN NEGERI


Melaka : Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menegaskan bahawa beliau akan terus membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat walaupun beliau menerima writ saman dari Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Melaka baru-baru ini.

"Saya akan terus membongkar segala salahurus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka."

"Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan berhubung dengan isu ini." tegas Adly pada sidang media berkenaan isu saman berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkenaan isu writ saman di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini pagi ini.

Pada 13 Mac 2013 Adly telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka.  Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman berserta tuntutan (seperti lampiran) kepada tiga penama iaitu beliau sendiri, Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar b Mohamad Dawi dan Ketua Pegawai Operasi Harakahdaily, Mohd Mokhtar Ruzaidi.

Adly berkata beliau tidak akan membuat sebarang bayaran ke atas tuntutan RM100,000,000.00 yang dibuat oleh kerajaan negeri Melaka dan MAIM dalam writ saman tersebut.

Menurutnya beliau bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah.

"Rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut."

"Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu kepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalahurus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri."tambah beliau

Adly juga  percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anakjati Melaka, beliau mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbalbalas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.

"Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS  dan rakan-rakan Pakatan Rakyat  di negeri Melaka ini."

"Ingin saya tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salahurus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai." ujar beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau telah melantik Peguam Pas iaitu Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakilinya di mahkamah nanti.

Sidang media tersebut telah dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat Melaka antaranya Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka, Abdul Rahim Ali, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz KamaruddiN Sedik, Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Lim Jak Wong, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan pimpinan-pimpinan PAS Negeri Melaka

18 March 2013

TAWAN JOHOR : PAS ANGAN-ANGAN MAT JENIN?

Kah kah kah ....gelak besar pimpinan Umno/BN Johor bila seringkali membaca dan mendengar kenyataan pimpinan PAS dan PR bahawa Johor akan ditawan PR. Angan-angan kosong bak angan-angan Mat Jenin.

Malah hingga kini pun pimpinan Umno/BN Johor masih yakin mereka akan menang besar kali ini. Malah kerusi Dun Sg Abong dan Maharani yang terlepas tanpa disangka-sangka pada PRU 12 dahulu bakal diragut kembali oleh Umno/BN.

Tetapi kita hendak mengingatkan pimpinan Umno/BN Johor bahawa rakyat hari ini tidak sama dengan rakyat pada era 60-an, 70-an maupun 90-an. Mereka telah banyak berubah. mereka berubah segala-galanya dari segi pemikiran, pendidikan dan pandangan politik semuanya serba baru. Mereka mula menerima Politik Baru yang tidak lagi berasaskan perkauman.

AJK PAS Pusat yang juga TPJ Johor, Mazlan Aliman menulis bahawa kesediaan PAS bersama PKR dan DAP untuk menawan Johor sangat serius, meskipun pemimpin Umno mentertawakan impian Pakatan Rakyat Johor. Ghani Osman kata, angan2 Mat Jenin!

PAS letak sasaran 15 Dun tumpu, manakala DAP 12 Dun. Jika PKR beroleh 7 Dun sahaja, Pakatan Rakyat memiliki 34 Dun untuk membentuk Kerajaan di Nusajaya dengan simple majority!

Apapun persepsi masyarakat, sesungguhnya ia menjadi cabaran yang sedang diusahakan habis2an. Sesudah YB Salahudin mengumumkan tekadnya pulang ke Johor(bertanding), tokoh veteran yang cukup popular, YB Lim Kit Siang dijangka akan membuat pengumuman penting malam ini dalam Majlis Ulangtahun ke 47 DAP di Sutera Mall, Skudai.

Kemungkinan besar, PRU kali ini, beliau akan bertanding di salah satu kawasan Parlimen yg disebut sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai kerusi panas di Johor.

Langkah-langkah anak jantan pimpinan PR ini sudah tentu meyakinkan rakyat dan massa bahawa PR serius untuk menawan Johor. Jika tidak, masakan mereka mahu kembali bertanding di Johor yang disifatkan pertarungan hidup mati. Sudah tentu mereka mempunyai keyakinan untuk bersama-sama dengan pimpinan negeri Johor meraikan kemenangan pada PRU 13 nanti.

DOSA BN KEPADA RAKYAT KELANTAN?

PM Najib menggariskan 7 dosa besar PAS kepada rakyat Kelantan. Hebat Datuk Seri Najib sehingga dapat menentukan dosa dan pahala seseorang kepada orang lain. Itu hak dia, hendak kata apa pun boleh termasuk bercakap mengenai hudud tidak sesuai dan sebagainya suatu ketika dahulu.

Namun rakyat Kelantan ingin bertanya apa perkara-perkara di bawah ini merupakan perkara yang diredhai oleh Allah dan rakyat Kelantan???? :-

1) Menafikan royalti minyak kepada Kelantan

2) Menghalang perlaksanaan hudud sepertimana surat yang dihantar oleh Dr Mahathir kepada MB Kelantan selepas Dun Kelantan meluluskan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

3) Menafikan pembinaan Lebuh Raya di Kelantan

4) Melambat-lambatkan bantuan perka pita kepada Kelantan

5) Menafikan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat yang banyak jumlahnya di Kelantan

6) Dan banyak lagi.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter