.

.

26 February 2011

KEDUA-DUA CALON SELESAI MENYERAHKAN BORANG PENCALONAN DAN SEDANG MENUNGGU MASA BANTAHAN

Kedua-dua telah keluar dari dewan dan senang menunggu borang diteliti oleh Pegawai Pengurusan Pilihanraya serta sedia untuk bantahan.

9.05 PAGI : CALON PAS SERAH BORANG PENCALONAN

Calon PAS, Haji Yuhaizad menyerahkan borang pencalonan dengan diiringi pencadang Mejar Jasme Tompang.

9.00 PAGI : PENYOKONG KEDUA-DUA PARTI BERBALAS SORAKAN

Penyokong kedua-dua parti menjerit berbalas sorakan antara satu sama lain. Penyokong PAS bertakbir, bernasyid dan bersorak dengan laungan reformasi sementara penyokong BN sekali sekala menyanyikan lagu antaranya inilah barisan kita. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga selesai proses penamaan calon.

9.00 PAGI : HELIKOPTER POLIS TERUS BERLEGAR-LEGAR DI RUANG UDARA POLITEKNIK

Helikopter Polis terus berlegar-legar di ruang udara Politeknik sambil menghabiskan minyak yang dibiayai oleh rakyat Malaysia.

8.55 PAGI : CALON PAS DAN 100 PENYOKONG DIBENARKAN MASUK KE POLITEKNIK MERLIMAU

Penyokong PAS tiba di Politeknik Merlimau. Calon PAS dan 100 penyokong PAS dibenarkan masuk ke Politeknik Merlimau bersama pimpinan PR.

8.40 PAGI : CALON DAN PIMPINAN MELANGKAH GAGAH

Calon PAS, Haji Yuhaizad dan pimpinan PR memulakan langkah ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Politeknik Merlimau dengan diiringi kira-kira 10,000 penyokong.

8.35 PAGI : CUACA BAIK DI MERLIMAU

Cuaca di sekitar tempat penamaan calon adalah baik walaupun semalam hujan telah turun menyegarkan suasana di sini yang telah beberapa lama tidak hujan.

8.20 PAGI : WAN AZIZAH, KHALID IBRAHIM DAN SHAMSUL ISKANDAR TURUT SAMA BERARAK

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon Puan Shakila Mohamad turut serta dalam perarakan.

8.15 PAGI : PEYOKONG PAS MULA BERGERAK

Perarakan Penyokong PAS bermula dengan diketuai beberapa pimpinan PAS Pusat dan negeri. Sementara itu penyokong bersorak-sorak sambil melaungkan buang hijau kami baru biru ketika mereka melalui Markaz Induk PAS di Taman Muhibbah berhadapan dengan Perpustakaan Awam Merlimau.

Turut kelihatan di situ ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Mohd Zahir Hamidi.

8.10 PAGI : CALON PAS TIBA DIIRINGI 20 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI

Calon PAS, Haji Yuhaizad Abdullah tiba di Padang Ladang Merlimau dengan diiringi oleh 20 buah motosikal berkuasa tinggi.

8.00 PAGI : DATUK SERI NIZAR DAN DATO ABD HALIM TIBA

Menteri Besar PR Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Dato Abdul Halim Abdul Rahman tiba di Padang Ladang Merlimau.

Setiausaha Agung PAS, Dato Mustaffa Ali dan Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Azman Safawi juga telah berada di tengah-tengah penyokong.

Kira-kira 15 buah bas kelihatan telah tiba di kawasan padang. Dianggarkan penyokong PAS sudah menjankau 10,000 orang.

7.45 PAGI : KIRA-KIRA 6,000 PENYOKONG PAS MULA BERKUMPUL

Kira-kira 6,000 orang penyokong PAS mula berkumpul di Padang Sime Darby. Bas-bas membawa penyokong PAS dari Terengganu, Perak dan lain-lain mula sampai.

LINTANG LANGSUNG 7.25 PAGI : PENYOKONG PAS DAN PR SEMAKIN RAMAI

Kenderaan bertali arus dari Lebuh AMJ menghala ke Padang Estet Sime Darby. Kenderaan diletakkan di bahu-bahu jalan. Penyokong PAS dan PR semakin ramai jumlahnya. Pemimpin-pemimpin PAS dan PR masih belum sampai.

LINTAS LANGSUNG DARI MERLIMAU

7.00 pagi : Penyokong-penyokong berjumlah kira-kira 1,000 orang mula membanjiri Padang Estet Sime Darby. Ada antara mereka bersolat subuh di kawasan padang tersebut.

Blog ini akan menyiarkan rentetan perjalanan calon PAS dan penyokongnya ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

ANAK DERHAKA : CALON PAS MERLIMAU DIFITNAH

Calon PAS Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah difitnah kononnya beliau derhaka kepada ibunya kerana tetap mahu bertanding walaupun beliau tidak mendapat restu ibu.

Terbukti Haji Yuhaizad telah difitnah secara terang-terangan kerana sehari sebelum namanya diumumkan sebagai calon, petugas penerangan telah menziarahi rumah ibunya di Kampung Chinchin kami melihat sendiri ibunya memeluk, mencium dan merestui calon PAS itu masuk bertanding menentang Umno.

Ibunya sendiri amat merestui beliau bertanding kerana ibunya faham bahawa Haji Yuhaizad sudah lama berjuang bersama PAS sejak dari zaman remaja.

Umno/BN terbukti tidak mempunyai isu sehingga sanggup membuat fitnah yang langsung tidak berasas. Sampai bila agaknya Umno mahu menggunapakai stail politik murahan sebegini?

24 February 2011

HAJI YUHAIZAD DIPILIH CALON PAS DI MERLIMAU

Jasin : PAS malam ini memilih Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan PR di Dataran Markas PAS DUN Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Beliau datang keluarga yang disegani di mana datuk sebelah ibunya adalah Tok Imam dan datuk sebelah ayahnya adalah Tok Sidang.

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Yuhaizad dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat badan perhubungan PAS negeri, Jawatankuasa Pusat sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

“Kita yakin calon kita mampu memberikan tentangan sengit dan jika terpilih beliau akan bertindak sebagai pembangkang yang berkesan," kata Abdul Hadi.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang, dengan majoriti 2,154 undi.
Turut hadir pada program pengumuman calon malam ini adalah pimpinan Pakatan Rakyat.

MELAKA MAJU 2010 : MAJU BERHUTANG, MAJU BANJIR, MAJU MAKSIAT, MAJU ............



Ada pihak mempertikaikan hujah blog ini tentang status Melaka Maju 2010. Apa yang dipaparkan oleh blog ini tentang ucapan Jonathan Hall wakil OECD sudah jelas menunjukan bahawa OECD tidak ada autoriti untuk mengesahkan Melaka negeri maju.

Jon Hall sendiri membuat kenyataan bahawa OECD bukan badan yang berhak dan berautoriti untuk mengesahkan status maju atau mundur sesebuah negeri.

Seorang blogger Umno/BN mempertikaikan hujah saya. Itu bukan hujah saya tetapi ia adalah kenyataan dari Jon Hall sendiri.

Jadi untuk itu mudah sahaja untuk mengangkat diri sendiri samada maju atau tidak. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ...........

Blog ini mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mencari badan lain yang ada autoriti untuk mengukur status negeri Melaka. Kalau tak ada badan yang sanggup mengesahkan kemajuan negeri Melaka, kita yakin kepimpinan kerajaan tahu cara untuk memujuk badan tersebut. Bukannya mereka tidak biasa melakukan kerja ini ....sebagaimana mereka laksanakan ketika pemilihan Umno sehingga ada yang dihalang dari bertanding. Tetapi kalau badan tersebut tidak sanggup disogok ...kita tak tahu lah.

Melaka memang maju....Maju berhutang dari kira-kira RM400 juta pada 2008 meningkat kepada kira-kira RN500 juta pada 2009. Adalah dijangkakan hutang ini akan bertambah.

Melaka memang maju --- Maju dengan maksiat ....rumah pelacuran, kelab malam, dangdut, disko, pub dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan;

Melaka memang maju ....maju dengan banjir jika hujang lebih turun lebih lama maka akan ada kawasan yang mengalami banjir kilat;

Melaka memang maju ... maju dengan membazir dan melesapkan duit rakyat. Eye On, Kincir Air, MIBC, Litar Go-Kart, Jam bunga, Lapangan Terbang, Monorail dan lain-lain yang dibina dengan wang rakyat bernilai ratusan juta semuanya gagal dan akhirnya duit rakyat yang lesap. Yang kaya adalah kontraktor yang dapat projek tersebut, di mana kita tahu siapa di belakang kontraktor tersebut.

21 February 2011

POLITEKNIK MERLIMAU TERUS DISALAHGUNA BN.....




\
BN yang diketuai Umno terus rakus menggunakan premis kerajaan iaitu institusi kerajaan yang menjalankan agenda pendidikan dengan menganjurkan pula taklimat khas dan kursus jentera Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau di sini semalam.

Kerakusan penyelewengan penggunaan premis kerajaan ini diketuai oleh Ahmad Maslan, seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno seakan buta mata dan buta hati apabila secara sewenag-wenangnya menyalahkan premis kerajaan bagi tujuan politik BN.
Persoalannya?

Kenapa BN terus menggunakan institusi pendidikan bagi tujuan politik. Kenapa tidak menggunakan bilik operasi mereka yang tersergam mewah dan indah yang terletak berhadapan Politeknik Merlimau yang dikatakan dibbina dengan kos mencecah RM500,000. Kenapa Ahmad masih suka kepada premis kerajaan? Apa pendapat rakan sekutu BN iaituSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) ?

Kepada pengundi di N27 Merlimau dan semua rakyat Malaysia, HENTIKANLAH PENYELEWENGAN UMNO BN terhadap institusi pendidikan ini. SELAMATKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA daripada terus dicabuli BN. (mzz)

20 February 2011

SAMAN EKOR : PENGUNDI MERLIMAU & KERDAU PUNYA PELUANG 'KEZUT' BN

Kekejaman saman ekor sudah lama diperkatakan oleh rakyat. Ada yang disaman terpinga-pinga kerana tidak pernah memandu di kawasan yang disaman. Juga ada antara mereka yang tidak punya kenderaan yang disaman tersebut tetapi tiba-tiba menerima saman.
Pelik tetapi ajaib mengapa kerajaan masih mahu meneruskan sistem saman ekor ini. Apakah mereka mahu 'berniaga' dengan rakyat.
Oleh itu kita menyeru supaya pengundi Merlimau dan Kerdau mengundi calon PAS/PR pada kedua-dua pilihanraya kecil bagi memberikan amaran supaya kerajaan memansuhkan saman ekor ini.
Di bawah ini alasan mengapa saman ekor ini mesti dihapuskan. Tulisan Wak Jono ini disiarkan di dalam Harakahdaily.
Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:

i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.

Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus

Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju

Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.

iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter