MELAKA MAJU 2010 : MAJU BERHUTANG, MAJU BANJIR, MAJU MAKSIAT, MAJU ............



Ada pihak mempertikaikan hujah blog ini tentang status Melaka Maju 2010. Apa yang dipaparkan oleh blog ini tentang ucapan Jonathan Hall wakil OECD sudah jelas menunjukan bahawa OECD tidak ada autoriti untuk mengesahkan Melaka negeri maju.

Jon Hall sendiri membuat kenyataan bahawa OECD bukan badan yang berhak dan berautoriti untuk mengesahkan status maju atau mundur sesebuah negeri.

Seorang blogger Umno/BN mempertikaikan hujah saya. Itu bukan hujah saya tetapi ia adalah kenyataan dari Jon Hall sendiri.

Jadi untuk itu mudah sahaja untuk mengangkat diri sendiri samada maju atau tidak. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ...........

Blog ini mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mencari badan lain yang ada autoriti untuk mengukur status negeri Melaka. Kalau tak ada badan yang sanggup mengesahkan kemajuan negeri Melaka, kita yakin kepimpinan kerajaan tahu cara untuk memujuk badan tersebut. Bukannya mereka tidak biasa melakukan kerja ini ....sebagaimana mereka laksanakan ketika pemilihan Umno sehingga ada yang dihalang dari bertanding. Tetapi kalau badan tersebut tidak sanggup disogok ...kita tak tahu lah.

Melaka memang maju....Maju berhutang dari kira-kira RM400 juta pada 2008 meningkat kepada kira-kira RN500 juta pada 2009. Adalah dijangkakan hutang ini akan bertambah.

Melaka memang maju --- Maju dengan maksiat ....rumah pelacuran, kelab malam, dangdut, disko, pub dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan;

Melaka memang maju ....maju dengan banjir jika hujang lebih turun lebih lama maka akan ada kawasan yang mengalami banjir kilat;

Melaka memang maju ... maju dengan membazir dan melesapkan duit rakyat. Eye On, Kincir Air, MIBC, Litar Go-Kart, Jam bunga, Lapangan Terbang, Monorail dan lain-lain yang dibina dengan wang rakyat bernilai ratusan juta semuanya gagal dan akhirnya duit rakyat yang lesap. Yang kaya adalah kontraktor yang dapat projek tersebut, di mana kita tahu siapa di belakang kontraktor tersebut.

Comments

Anonymous said…
sofi ni mmg bodo la...cakap ikut sedap mulut jer....ko buktikan la mana semua tuduhan2 ko tu....bodo mcm lembu ko nie...blog ko ni byk menghasut org melayu dari seru untuk melayu bersatu...ni la keje org PAS terutamanya si sofi wahab lembu nie