.

.

13 November 2010

Perangai kebudak-budakan : Bila nak berubah

Ramai yang malu bila Ketua Menteri Melaka sendiri berperangai kebudak-budakan mengganggu setiap ceramah PAS dalam kawasan Vukit Katil. Tanpa segan silu beliau merendahkan 'standard' diri sama taraf dengan Pengerusi JKKK. Sepatutnya sebagai Ketua Menteri, kalaupun beliau arahkan Umno Bahagiannya mengganggu ceramah PAS biarlah anak-anak beliau sahaja yang berceramah bukannya beliau sendiri turut sama merendahkan martabatnya.

Rakyat mentertawakan gelagat bekas Naib Presiden Umno ini. Tidak ada pemimpin Umno pusat yang lain se'cerdik' beliau mengganggu ceramah PAS macam ini. Oleh kerana terlalu cerdiklah maka hutang kerajaan Melaka semakin meningkat, Wang zakat disalahguna, MITC,Hospital Putra menanggung hutang puluhan juta dan lain-lain kelemahan kerajaan dan agensi kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

Kita mengharapkan Ketua Menteri supaya berubah menjadi pemimpin yang matang dan professional. Jangan malukan negeri Melaka dan rakyatnya.

Jangan ceroboh Pejabat kami

PAS berjaya 'menawan' kembali Pejabat PAS Bukit Baru Khamis lalu. kami menuntut hak kami yang diceroboh oleh Umno yang tidak tahu malu. Umno yang terkenal dengan kemewahan mereka dengan sengaja meroboh pejabat kami yg telah kami sewa beberapa tahun lalu. Kalau di Kota Baharu, PAS berjaya menawan bangunan Umno yang dibeli dengan harga RM4 juta, di Melaka Umno menceroboh dan cuba merampas Pejabat PAS yang sudah usang dan menanti masa untuk roboh. Memang muka tembok tak tahu malu.

PAS Kawasan Bukit Katil memberi amaran kepada Umno supaya jangan memalukan diri sendiri dengan bertindak macam penyangak merampas hak orang lain.

BUBAR PARLIMEN SEGERA, PR SUDAH BERSEDIA AMBIL ALIH KUASA

Kejayaan PR memerintah negeri-negeri Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang membuktikan bahawa PR bersedia untuk memerintah Malaysia.

Jadi jika BN yakin mereka boleh menang sila bubarkan Parlimen segera supaya lebih cepat PR mengambilalih Putra Jaya dan membebaskan rakyat dari belenggu BN.

DEMO BANTAH ROBOH PASTI DAN SURAU

Ramai yang bertanyakan bila hendak adakan demo membantah perobohan surau dan PASTI Bukit Katil. Saya menjawab itu kena tanya pihak penganjur demo. Saya tidak tahu.

Semalam saya mendapat laporan ramai SB dan Pegawai Polis bersolat Jumaat di Masjid Al Bukhary Bukit Beruang. Mengapa agaknya mereka bersolat di sana? Mungkin mereka suka dan selalu solat di sana atau mereka menyangka akan ada demo di sana.

Inilah masalah di negara kita apabila Polis lebih sibuk menganggu rakyat membuat bantahan aman dari bertugas menyelesaikan kes-kes jenayah. Bila ada demo puluhan malah ratusan bahkan ribuan Polis bertugas. Duit rakyat dibazirkan semata-mata untuk kepentingan pihak tertentu.

12 November 2010

DUN BUKIT BARU BERGEGAR

Sejak beberapa bulan ini DUN Bukit Baru, Melaka bergegar dengan perangai Umno yang tidak bertamadun menganggu ceramah PAS dan cuba meroboh serta menceroboh premis PAS dan PASTI.

Setiap ceramah PAS diganggu dengan ceramah Umno sejak Jun lalu. Manakala Pejabat PAS dan PASTI serta surau hendak diroboh dan dirampas.

Kita hairan mengapa Umno begitu ganas dan zalim di DUN Bukit Baru tetapi tidak di tempat lain. Mungkin sebab ADUNnya Ketua Menteri Melaka. Atau mungkin Ali Rustam rasa tergugat. Jika rasa tergugat kita lawanlah secara anak jantan bukannya menggunakan kuasa untuk merobohkan premis PAS dan menggunakan polis untuk berdepan dengan rakyat.

Kita bukan berlawan dengan Polis tetapi kita berlawan dengan Umno. Kepada pimpinan Umno gunakan otak dan minda yang sihat supaya kita berlawan secara hujah dan gerakerja bukannya berlawan macam-macam budak hingusan menganggu ceramah dan menceroboh premis PAS.

PERKAUMAN : APA YANG HENDAK DIHAIRANKAN

Apa yang hendak dihairankan jika pemimpin BN mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sempit kerana parti-parti mereka sendiri sememangnya memperjuangkan perkauman. Malah parti Umno, MCA, MIC sendiri meletakkan nama parti berdasarkan kaum masing-masing, jadi tidak pelik kalau mereka memang mempunyai semangat perkauman tinggi kepada kaum masing-masing.

Yang peliknya ialah bila mereka menanggalkan 'baju' perkauman dari dalam diri mereka. Sebab itu saya langsung tidak hairan dan pelik jika Zahid Hamidi, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Umno maupun pemimpin MCA dan MIC mengeluarkan kenyataan perkauman sempit sebab itu memang menjadi wirid harian mereka.

Apa yang penting sekarang ialah rakyat harus sedar dan insaf bahawa di sana ada parti-parti yang tidak berjuang berdasarkan perkauman iaitu PAS, PKR dan DAP. Kesemua parti ini mempunyai keahlian dan kepimpinan dari pelbagai bangsa dan warna kulit. Maka sewajarnya rakyat memberikan sokongan penuh kepada parti-parti ini yang bergabung di bawah PR.

Mari kita bina politik baru di Malaysia yang berjuang bukan untuk satu-satu kaum tetapi untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Islam sendiri tidak mengiktiraf perjuangan kebangsaan atau assabiyah. Kalau Melayu naik dan hebat tidak semestinya Islam hebat. Yang penting Islam mesti dipertahan dan didaulatkan. Islam selamat Insya Allah Melayu selamat. Melayu selamat belum tentu Islam dipertahan dan didaulatkan.

PANTUN UNTUK PIMPINAN UMNO BUKIT KATIL


Merdu Suara Dato Hang Jebat
Mengaji Al Qur'an dengan berlagu
Kalau berani mari berdebat
Sudah lama hamba menunggu

Beri Beras di Bukit Pulau
Jamu durian di Paya Dalam
Perangai macam orang sasau
Tak tidur siang dan juga malam

Dari seberang ke Bukit Pulau
Singgah sebentar di Kampung Galas
Perangai pelik bagai nak sasau
Ceroboh Surau dan juga markas

Ganggu ceramah ganggu PASTI
Ceroboh markas dan juga pejabat
Ini alamat orang nak mati
perangai biadap dan juga jahat

Bukit Katil ke Padang Jambu
Singgah sebentar di Bukit Beruang
Muka tembok tak tahu malu
Ceroboh dan rampas harta orang

Makan suap makan rasuah
Duit banyak bersepah-sepah
Perangai jijik makin parah
Rakyat meluat, loya menyampah

Dua tiga kucing berjalan
Mana nak sama si kucing hodoh
Perangai buruk macam syaitan
Surau dan Pasti hendak diroboh

Pisang emas di bawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh bayar
Hutang zalim di bawa mati

SPRM BILA HENDAK BERTINDAK ATAS PENDEDAHAN KETUA AUDIT NEGARA

Pelbagai pendedahan tentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kerugian dan sebagainya dibuat oleh Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensinya.

Namun sehingga ini tiada apa-apa tindakan drastik diambil keatas kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri serta pemimpin-pemimpinnya. Apakah mereka ini kebal dan mempunyai imuniti sehingga kesalahan besar sebegini ditutup dan disenyapkan sahaja.

Pelbagai perkara didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya yang dibentangkan kepada umum. Sila layari http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=57&Itemid=58&lang=ms untuk info lengkap.

Rakyat menggesa SPRM khasnya cawangan Melaka supaya bertindak serta merta tanpa memilih bulu dan kasta. Apakah SPRM bekerja untuk rakyat atau untuk BN?

GAMBAR-GAMBAR UMNO BIADAP CEROBOH MARKAS PAS

Link di bawah ini menceritakan segala-galanya tentang kebiadapan Umno menceroboh Pejabat dan Markaz PAS Bukit Baru. Memang tiada maruah dan harga diri kerja yang dilakukan oleh Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Mohd Ali Rustam.

Layari blog di bawah untuk melihat dengan lebih dekat kebiadapan mereka. Gambar ini menunjukkan pimpinan dan penyokong PAS Kawasan Bukit Katil menurunkan bendera Umno yang dipasang selepas Markaz PAS Bukit Baru diceroboh Umno.

http://pemudabukitkatil.blogspot.com/2010/11/mari-kita-tengok-dengan-lebih-dekat.html
http://suaramelaka.blogspot.com/2010/11/rampas-vs-tawan.html
http://kijang59.blogspot.com/2010/11/umno-rampas-markaz-seminggu-pas-ambil.html

TAHNIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG UPSR

Ucapan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A pada peperiksaan UPSR 2010 khasnya kepada anak-anak kita dari Parlimen Bukit Katil dan negeri Melaka.

Semoga kalian semua mendapat keredhaan Allah dan akan menjadi penegak kepada kebenaran dan penentang kepada kebatilan.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.

AMBIL HAK KAMI DARI UMNO PENCEROBOH



PAS Kawasan Bukit Katil semalam 'menawan' Pejabat PAS Bukit Baru Dalam setelah diceroboh Umno beberapa hari. Pejabat itu yang disewa sejak beberapa tahun lalu diceroboh oleh Umno dengan membuang semua papantanda, banner dan bendera PAS yang dipasang pada bangunan pejabat tersebut.

Kebiadapan Umno sampai ke kemuncak apabila mengecat dinding pejabat dengan cat putih bagi memadamkan cat hijau lambang bulan serta memecahkan kunci asal dan memasang kunci baru milik mereka.

Pejabat itu yang secara rasmi masih disewa oleh PAS di mana surat perjanjian yang sah masih 'valid'. Manakala Umno cuba merampasnya dengan membayar wang 'deposit dan sewa' berjumlah RM1,000 minggu lalu. Namun surat perjanjian antara Umno dan tuan rumah tidak pula ditandatangani. Tuan rumah selepas itu dengan tegas menyatakan bahawa sewaan PAS masih berjalan dan Umno tiada hak untuk menceroboh pejabat selagi PAS masih menjadi penyewa yang sah.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Baru, namun sehingga ini kami belum mendapat maklumat tentang siasatan Polis.

Malam tadi seramai lebih 100 orang ahli dan penyokong PAS kembali menuntut hak mereka. Pimpinan, ahli dan penyokong beramai-ramai membuka pintu pejabat dan menurunkan bendera 'haram' yang digantung di pejabat tersebut.

Selepas itu mereka bersama-sama bersolat jamaah Maghrib dan membaca Yaasin serta menunaikan solat hajat selepas solat Isyak. Beberapa pimpinan PR telah memberikan ucapan ringkas termasuk ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan pimpinan PAS Kawasan serta Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil, Haji Mohd Yasin Abdul Ghani.

Tazkirah ringkas disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Musa yang turut memimpin bacaan Yaasin dan solat hajat.

Sesungguhnya kebiadapan dan kezaliman Umno ini sudah sampai ke kemuncak. Insya Allah umur mereka semakin pendek dek kerana kerakusan dan kezaliman yang semakin parah. Rakyat melihat dan memerhatikan perkara dan akan menolak Umno/BN pada PRU ke 13 nanti.

11 November 2010

ISTANA PM LAGI PENTING DARI KESENGSARAAN RAKYAT

Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang diberikan ialah negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar (maknanya negara tiada duit),mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion.

Bila minyak dinaikkan menteri kata rakyat mesti berkorban untuk membantu negara supaya duit tidak banyak digunakan untuk subsidi minyak.

Tetapi kerajaan tidak kisah untuk memperuntukkan sebanyak RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri yang bukannya rosak dan bocor tetapi masih elok dan baru. Setiap kali Perdana Menteri baru naik maka jutaan duit rakyat dibazirkan untuk 'renovate' rumah Perdana Menteri sedangkan di seluruh pelusuk negara masih ramai rakyat dhaif yang tiada rumah, kalau ada rumah pun macam reban ayam dan itik.

Tergamak kerajaan menghabiskan duit rakyat puluhan juta semata-mata untuk 'renovate' rumah Perdana Menteri yang masih cantik dan elok.

Gambar di atas : Rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kelantan.

BANJIR : SELUAR DALAM PUN KEDAH BAGI

Kalau Najib dalam pembentangan Bajet 2011 baru-baru menghapuskan atau mengurangkan cukai untuk seluar dalam, kerajaan negeri Kedah pula begitu murah hati sehingga seluar dalam pun diberikan kepada mangsa banjir di negeri tersebut.

Malang media menutup segala jasa dan kebaikan kerajaan Kedah semata-mata untuk menggambarkan bahawa kerajaan PR Kedah lepas tangan dan tidak membantu rakyat. Sebaliknya media jahat membesar-besar cerita Muhyiddin, Shahrizat dan pimpinan Umno melawat Kedah dan memberikan bantuan kepada rakyat.

Memang patutpun Menteri Besar Kedah, merungut dan marah kepada media jahat ini yang sentiasa mencari peluang untuk memfitnah dan membohongi rakyat semata-mata untuk memberikan imej buruk kepada lawan Umno/BN.

Segala dosa fitnah dan bohong ini akan ditanggung oleh media, Ketua Pengarang, Editor dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka. Bagaimana mereka hendak minta maaf kepada orang yang difitnah dan dibohongi ini.

Saya teringat kepada ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang pernah mengungkapkan bahawa selagi fitnah dan pembohongan media ini terlekat pada otak pembacanya selagi itulah dosa pembuat fitnah dan pembohong ini tidak diampun oleh Allah. Nauzubillah!

LAPORAN KETUA AUDIT 2009 : WANG ZAKAT DIGUNAKAN UNTUK BINA KOMPLEKS MAIM

Pada keseluruhannya pengurusan tanah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kurang memuaskan keraan telah mengakibatkan kerugian kepada MAIM dan kaedah pengurusan hartanah yan tidak teratur.

Projek pembangunan secara usahasama dengan Regal Merger Sdn Bhd (RMSB) telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usahama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks MAIM.

Berani sungguh mereka menggunakan wang zakat untuk tujuan membina bangunan. Adakah pembinaan wang zakat ini termasuk dalam asnaf zakat?????

LAPORAN KETUA AUDIT 2009 : PUTRA SPEALIST HOSPITAL BERHUTANG RM29.77 JUTA

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd PSHM, anak syarikat kerajaan negeri gagal membayar hutang kepada Tabung Amanah Melaka (TAM) berjumlah RM29.77 juta ringgit sehingga Disember 2009. Hutang ini dijangka terus meningkat kerana kegagalan syarikat menguruskan perniagaannya dengan baik.

Selain itu tunggakan bil dari pesakit ialah sebanyak RM14.5 juta. Sumber maklumat menyebut bahawa antara orang berhutang ialah kroni-kroni pimpinan Umno dan kerajaan negeri.

Pemberian diskaun kepada pesakit pula tidak ditetapkan kadarnya, maknanya ia boleh dibuat sesuka hati yang akhirnya menyebabkan hospital ini mengalami kerugian.

Pengurusan perolehan tidak mengikut proses tender dan sebut harga, bil lewat dijelaskan kepada pembekal dan ujud komisen pemungut hutang diragui.

Pembayaran bonus dibuat untuk tahun 2008 berjumlah RM0.5 juta walaupun PSHM mengalami kerugian. Manakala bayaran bonus untuk tahun 2009 sebanyak RM0.80 juta dibayar sebelum akhir tahun walaupun penyata kewangan masih belum ditutup.

LAPORAN KETUA AUDIT 2009 : MITC BERHUTANG RM6.99 JUTA

Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka, Melaka International Trade Centre Sdn Bhd (MITC) berhutang kepada PKNM sebanyak RM6.99 juta. Ini menunjukkan kelemahan syarikat dalam pengurusan kewangan sehingga hutangnya mencecah hampir RM7 juta.

Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa walaupun MITC dipertanggungjawab untuk menyelenggarakan bangunan PKNM namun MITC gagal menunaikan tanggungjawab tersebut kerana masalah kewangan yang serius.

Sistem kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi kerana ia melibatkan kos yang tinggi kepada MITC.

Pemberian bonus juga dibuat oleh MITC walaupun ia mengalami kerugian dan pemberian bonus ini tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

BN PANDAI PERINTAH : HUTANG NEGERI MELAKA MENINGKAT

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 menunjukkan hutang negeri Melaka semakin meningkat. Hutang negeri Melaka pada tahun 2008 berjumlah RM441.76 juta meningkat kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

Adalah dijangkakan hutang ini akan terus meningkat kerana tiada usaha yang serius dari kerajaan negeri untuk membayar hutang tersebut. Apa yang mereka pandai ialah terus meminjamd dan berhutang untuk membuat projek mega yang menguntungkan kroni dan suku sakat mereka.

Terbukti sikap boros dan membazir kerajaan negeri menyebabkan negeri Melaka terus dibebani hutang yang semakin banyak.

Jika begini cara dan stail pemerintahan kerajaan negeri di bawah BN tidak mustahil maka akan muflis suatu hari ini. Sebelum Melaka muflis cepat-cepatlah tukar kerajaan pada PRU 13 nanti.

ISU MSN KELANTAN DAN BANJIR DI KEDAH : SEMUANYA HENDAK DIPOLITIKKAN

Umno sering menuduh PAS mempolitikkan semua perkara. Namun hakikat sebenarnya Umnolah yang sebenarnya berbuat demikian.

Contoh terbaru mereka mempolitikkan perlantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri tanpa berbincang dengan Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negeri. Mereka melantik Ketua Umno Bahagian Machang, Ahmad Jazlan Yaakub dengan membelakangkan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 di mana Subseksyen 7(a) akta itu menjelaskan pengerusi hendaklah dilantik oleh menteri dengan berunding dengan menteri besar atau ketua menteri negeri itu.

Manakala 7(b) menjelaskan dua orang timbalan pengerusi yang dilantik oleh menteri besar atau ketua menteri negeri itu, seorang daripadanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam isu banjir di Kedah juga mereka menyalurkan bantuan kepada Umno Kedah dengan membelakangkan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri walaupun bantuan itu dibuat atas nama kementerian. Sepatutnya jika bantuan itu atas nama kementerian ia mesti disalurkan melalui kerajaan negeri atau agensi-agensi kerajaan bukannya kepada Umno.

Jelas sekali kerajaan pusat dan Umno tidak dapat menerima kekalahan mereka di negeri-negeri PR pada PRU 12 dulu sebab itu mereka masih bermimpi bahawa Umno adalah kerajaan di negeri-negeri tersebut.

10 November 2010

KALAU BERANI BUBAR PARLIMEN SEKARANG

Saya mencabar Perdana Menteri, Najib Razak supaya membubarkan Parlimen jika beliau yakin rakyat sudah kembali menyokong BN berdasarkan keputusan PRK Batu Sapi dan Galas.

Seluruh kepimpinan BN mendakwa bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN selepas mereka menolaknya pada PRU 12 lalu. Jika benar sedemikian maka sila bubarkan parlimen esok jangan tunggu lama-lama.

Kami bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan Umno/BN.

SOLAT HAJAT DI PEJABAT PAS BUKIT BARU ESOK

Solat hajat dan bacaan Yaasin akan diadakan di Pejabat PAS Bukit Baru Dalam bermula jam 6.30 petang esok, 11 Nov 2010.

Semua umat Islam dijemput hadir.

PILIHANRAYA UMUM SANGAT HAMPIR?

Perkembangan mutakhir yang dilihat amat tidak menyebelahi PR terutama krisis dalam PKR dan kejayaan BN memenangi PRK Batu Sapi dan Galas mungkin memberikan keyakinan kepada Najib untuk membubarkan parlimen.

Ditambahkan lagi dengan usaha-usaha membuat onar pada daftar pemilih dan pelbagai langkah yang memberikan kelebihan kepada BN saya menjangkakan tidak mustahil PRU 13 akan diadakan awal tahun depan.

Saya yakin sudah banyak perkara yang dilakukan yang sudah tentu memberikan kemenangan selesa kepada BN.

Malangnya dalam keadaan genting begini, PKR lebih banyak bergaduh sesama sendiri daripada mengatur gerak untuk memastikan BN kalah. Ternyata BN akan mengambil peluang keemasan ini untuk membubarkan parlimen di saat keyakinan rakyat kepada PR kian longgar dan longlai lontaran dek kuatnya nafsu syahwat pihak tertentu untuk mengejar pangkat dan kedudukan.

Oleh itu saya menggesa semua pihak yang bertelagah sila hentikan kerja sia-sia kamu serta merta dan halakan senjata, idea, wang ringgit, tenaga dan apa sahaja kepada 'musuh' sebenar.

Ternyata 'psywar' dan strategi musuh mengena, apabila berjaya mengkucar kacir kita sehingga terjebak ke kancah perebutan kedudukan dan hubbud dunia. Usaha berterusan sebelum ini berakhir sekelip mata dengan krisis yang berlaku dan sukar untuk dipulihkan seperti sedia kala. Jangan sampai rakyat meluat dan mencemuh tindakan kita yang memualkan. Nampak sangat gila jawatan dan gila pangkat. Sedangkan kita ditarbiah di dalam Islam supaya sentiasa berbincang dan bermesyauarah agar mendapat petunjuk Allah.

Kita sendiri yang memberikan bola tanggung kepada mereka. Kita sendiri yang melarikan bola ke kawasan penalti kita sendiri sehingga memberikan peluang mereka menjaringkan gol. Malah mungkin kita sendiri yang menjaringkan gol sendiri.

Sebelum ini kita mendabik dada kitalah parti yang hebat dengan sistem pemilihan yang 'up to date' dan moden tetapi rupanya 'hampeh', bukan kerana sistem tidak baik tetapi kerana adanya orang yang gila kuasa dan cuba mengatasi sistem.

Jangan nanti bila parlimen dibubarkan barulah kita hendak susunkan saf dan barisan. Barulah hendak bersalam-salam dan pertautkan hati masing-masing. Ianya sudah terlambat. Rakyat sudah muak dan kita tidak mampu untuk mengatasi spin media arus perdana keparat yang kerjanya memfitnah dan mengadu domba.

UMNO MELAKA TIDAK CERDIK, 'RAMPAS' PEJABAT BURUK, PAS BELI BANGUNAN UMNO RM4JUTA

Inilah Pejabat PAS Bukit Baru Dalam yang Umno Bahagian Bukit Katil teringin dan terliur sehingga mereka menceroboh rumah usang(gambar) tersebut minggu lalu. Memang Umno ini tidak malu dan tidak senonoh serta biadap. Tuan rumah belum mengosong rumah itu untuk disewa kepada mereka, terlebih dahulu mereka ceroboh dan merampas bangunan itu dari PAS.

Kalau bangunan itu cantik dan comel macam bangunan Umno Kota Baharu(gambar) yang dibeli dengan harga RM4 juta oleh PAS ok jugak. Tetapi yang mereka rampas dan roboh ialah rumah usang yang menunggu hari untuk roboh. Memang dasar muka tembok dan tiada maruah diri.

Lain kali kalau hendak ceroboh dan rampas pejabat PAS ambillah yang cantik barulah tidak ditertawakan orang. Ini tidak, pejabat dan rumah buruk dan usang yang mereka rebutkan. Dek kerana dengki dan dendam kesumat tidak mahu melihat syiar Islam dan cahaya perjuangan Islam bersinar mereka bertindak dengan rakus dan zalim membelakangkan undang-undang.

KADAR PENGANGGURAN : KELANTAN PALING RENDAH

Malu untuk saya laporkan perkara ini kerana media sering melemparkan fitnah kononnya Kelantan mundur, tiada kerja, kolot dan dhaif. Tetapi percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Apa agaknya jawapan yang hendak diberikan oleh Umno/BN jika kita ajukan soalan ini. Sudah tentu jawapannya, semua orang muda di Kelantan sudah berhijrah ke luar Kelantan sebab itu mereka ada kerja. Mungkin itu jawapan mereka.

Namun itulah proaktif dan dinamiknya orang Kelantan. Mereka berusaha dan sentiasa bersedia untuk berhijrah mencari kehidupan di dunia dan akhirat. Bukan hanya menunggu rezeki dan bergolek. Negeri Sabah yang diperintah BN sejak dulu, kini dan jangan selamanya terus miskin dan ramai yang tiada kerja. Pandai sungguh BN memerintah.

DAP BANTAH JUDI UMNO BERI LESEN JUDI

DAP sentiasa konsisten menentang penambahan lesen judi, namun beriya-iya mahu memberikan lesen judi dari dulu kini dan mungkin selamanya.

Hari ini sekali lagi DAP membuktikan mereka benci kepada judi. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini mempersoalkan rancangan badan pelaburan MCA - Huaren Holdings Sdn Bhd - untuk mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC - syarikat perjudian ketiga terbesar di Malaysia selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik,” soal Loke pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?” soalnya.

Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan,” katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus menjaja isu berkenaan.

Sumber : Malaysiakini

PEMILIHAN PARTI : CONTOHI DAN AMBIL IKTIBAR DARI PAS

Setiap kali pemilihan parti di dalam PAS, ianya berjalan dengan baik dan tidak menimbulkan masalah. Ahli-ahli PAS telah ditarbiah bahawa kedudukan dan pangkat bukanlah matlamat kita berjuang. Apa yang penting kita sama-sama bergabung tenaga mendaulatkan perjuangan Islam. Sebab itu kita diajar walau apa sahaja posisi dan kedudukan kita di dalam parti tiada apa-apa keistimewaan di sisi Allah. Apa yang penting dan dikira oleh Allah ialah ketaqwaan dan keikhlasan.

Sebab itu seorang Presiden parti belum tentu lebih mulia dari seorang penampal poster di sisi Allah. Tarbiah ini yang ditekankan oleh PAS sehingga kita terus kukuh dan istiqamah menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan lebih dari 50 tahun tanpa banyak masalah. Parti-parti lain seperti Semangat 46, Parti NASMA, Usno, Parti Negara, PEKEMAS, SDP dan sebagainya sudah lama berkubur kerana ideologi yang tidak meletakkan Islam sebagai panduan dan matlamat mereka.

Sepanjang pembabitan saya lebih dari 30 tahun di dalam PAS sejak dari bangku sekolah rendah lagi saya dapat melihat betapa ikhlas pejuang-pejuang parti mempertahankan aqidah perjuangan walaupun mehnah dan tribulasi membadai mereka. Ada Pak Cik dan Mak Cik dikampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, namun masih berupaya menginfakkan tenaga, kudrat, masa dan sedikit wang ringgit untuk kelangsungan perjuangan Islam ini. Semua ini tidak lain dan tidak bukan kerana mereka yakin apa sahaja sumbangan yang diberikan untuk Islam akan dibalas oleh Allah di hari yang tidak ada gunanya lagi harta dan anak pinak kecuali kita bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

Pengalaman saya bersama perjuangan Islam walaupun sedikit tetapi banyak mengajar saya erti semua perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Setiap kali pemilihan kita tidak nampak perebutan jawatan yang ketara seperti dalam parti lain. Saya sendiri yang diberikan amanah memimpin PAS Kawasan Bukit Katil setelah diamanahkan sahabat-sahabat kerana masing-masing menolak. Insya Allah bila sampai masanya saya juga akan berundur kerana sudah ada sahabat yang saya lihat mampu meneruskan panji-panji Islam di kawasan saya ini.

Kita diajar supaya tidak meminta jawatan dan menawarkan diri untuk memegang apa-apa jawatan. Tetapi jika kita diberikan amanah kita mesti memikulnya kerana maslahat jemaah dan kepentingan Islam bukan kepentingan diri.

Malangnya ada orang berjuang kerana pangkat dan kedudukan. Bila dilihat ada peluang untuk menang pilihanraya dan menjadi kerajaan maka ramailah berlumba-lumba untuk bertanding jawatan dalam parti. Apakah ini yang dinamakan ikhlas. Di saat kita berada dalam kesusahan semua orang menjauhkan diri dari parti dan tidak mahu masuk campur. Tetapi bila diwar-warkan kita akan ke Putrajaya maka berduyun-duyun menawarkan diri untuk bertanding. Mereka mula memasang kaki dan campaign manager menjelajah ke seluruh negara. Perangai Umno mereka warisi!. Ada yang mencanangkan bahawa cara pemilihan yang melibatkan semua ahli adalah terbaik dan pertama kali diamalkan oleh parti politik di Malaysia. Tetapi apa guna jika caranya baik tetapi orangnya hampeh dan mendukacitakan. Mewarisi perangai Umno!

Lebih baik masuk Umno kalau perangai buruk Umno masih menjalar dalam batang tubuh individu sebegini.

Alhamdulillah perangai ini tiada dalam PAS. Kita yakin dan percaya ahli-ahli dan pimpinan PAS akan terus istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan kerana matlamat kita ialah untuk mendapat keredhaan Allah bukan kemuliaan manusia. Tahun depan PAS sekali lagi akan menjalankan pemilihan. Walaupun mungkin pilihanraya sudah hampir tetapi PAS akan tetap meneruskan perlembagaan parti kerana PAS tahu pemilihan dalam parti tidak akan mengucar kacirkan PAS tidak seperti Umno dan parti-parti lain. Matlamat kita hanyalah kepada Allah. Jawatan dan kedudukan tidak penting.

Maka kita mengharapkan semangat dan tauladan yang ada dalam PAS akan kekal dan dicontohi oleh sesiapa sahaja yang mahu berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran. Jangan kita hanya bercakap di mulut tetapi tidak menzahirkannya melalui tindakan dan amalan seharian kita.

TIMBALAN MENTERI BERMIMPI : SALUR BANTUAN MELALUI KETUA UMNO

Banjir melanda Kedah begitu dahsyat sehingga 50,000 orang terpaksa berpindah. Maka ramailah pemimpin Umno yang memfitnah kerajaan Kedah kononnya tidak peka dan tidak sensitif terhadap masalah rakyat. Padahal Menteri Besar, Wakil Rakyat dan PAS serta DAP bertungkus lumus siang dan malam bersama rakyat menghadapi ujian Allah ini. Cumanya media menutup cerita tersebut. Seperti kata pimpinan kerajaan negeri takkan kita hendak tunggu media untuk buat kerja.

Semalam Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Razali Ibrahim menunjukkan mukanya di Kedah dengan membawa gerombolan anak-anak muda membantu membersihkan rumah mangsa banjir. Bagus kerja dan amal beliau.

Namun yang menyakitkan mata ialah beliau atas sifatnya Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyalurkan bantuan bukan kepada kerajaan negeri Kedah atau agensi kerajaan negeri sebaliknya diterima oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Mahadzir Khalid yang juga Menteri Besar pencen. Antara bantuan yang diberikan ialah enjin bot dan lain-lain.

Jelas sekali pemimpin Umno termasuk bertaraf menteri masih bermimpi tidak tahu yang mana kerajaan dan yang mana parti politik. Kita tidak pelik jika bantuan itu dari Umno tetapi masalahnya bantuan itu atas nama kerajaan, lebih beradab jika ianya diberi kepada kerajaan negeri. Ternyata puak-puak ini membelakang semangat federalisme. Inikah semangat 1Malaysia????

Melayu di Melaka teraniaya, dapat pampasan RM180 je

Kesian, kesian, kesian, Melayu kat Melaka ni. Ada ke tanah dan 40 batang pokok getah diambil kerajaan Barisan Nasional Melaka dengan harga RM180 je. Getah sekarang mahal brader. Apa nak buat MELAKA MAJU 2010 dan Melaka kawasan paling selamat UMNO di muka bumi ini.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Ye lah , kawasan selamat UMNO lah katakan, sampaikan tanah dan bangunan yang tersergam indah milik Majlis Agama Islam Melaka yang TERJUAL ke BC Lim Enterprise tak ada siapa yang kisah seperti yang dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html


****************

ENGGAN SERAH TANAH ADAT

Harian Metro 7 Nov 2010

ALOR GAJAH: Seorang pesara tentera melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah yang bercadang mengambil alih tanah adat miliknya dan dua adiknya seluas 0.002 hektar di kawasan Mukim Sungai Petai, di sini. Uda Mohd Yasin, 57, dari Kampung Sungai Petai, berkata mereka tidak pernah bersetuju dengan cadangan pengambilan tanah yang dilakukan itu meskipun jumlahnya kecil.

“Pada 2 September lalu, saya dan dua adik ada menerima surat daripada pihak berkenaan yang memaklumkan pengambilan tanah milik kami. “Di dalam surat berkenaan, pihak mereka menyatakan tujuan pengambilan tanah berkenaan untuk menyalurkan bekalan air ke Kawasan Perindustrian Rembia yang terletak di kawasan berhampiran.

“Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan, kami pergi menemui pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci dan berbincang berhubung hal berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, pihak berkenaan menjelaskan proses pengambilan tanah mengandungi 40 batang pokok getah dalam dua baris itu bukan hanya dilakukan pada tanah milik mereka tetapi juga membabitkan tanah bersebelahan.

“Kami tiga beradik tidak pernah memberi sebarang persetujuan mengenai proses pengambilan tanah berkenaan, lebih-lebih lagi ia dipenuhi tanaman getah berusia kira-kira lima tahun.

“Malah, kami sebenarnya diberi masa untuk berfikir bagi membuat keputusan mengenai pengambilan tanah berkenaan meskipun mereka tahu kami tidak bersetuju dari peringkat awal,” katanya.

Uda berkata, dalam tempoh diberikan, dia dan adik beradiknya sekali lagi menerima surat daripada pihak berkenaan yang turut disertakan dengan cek bernilai RM230 setiap seorang. “Kami sangat terperanjat dan tidak pernah menduga akan menerima cek dengan jumlah itu meskipun kami belum membuat keputusan.

“Di dalam surat itu, mereka memaklumkan bayaran RM180 mewakili nilai harga tanah setiap seorang yang diambil manakala baki RM50 pula adalah tambang,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Engganserahtanahadat/Article/index_html


Rujuk : http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

09 November 2010

UMNO BIADAP CEROBOH PEJABAT PAS

Umno dengan biadap menceroboh dan merampas Pejabat PAS Bukit Baru Dalam minggu lalu. Tanpa membuat sebarang surat perjanjian dengan tuan rumah, Umno terus menceroboh rumah yang di sewa oleh PAS Cawangan Bukit Baru walaupun kontrak PAS Cawangan tuan rumah masih ada hingga hujung tahun ini.

Umno membayar RM500 kepada tuan rumah sebagai deposit tanpa sebarang surat perjanjian. Selepas tanpa segan silu mereka terus menanggalkan bendera PAS dan papantanda pada rumah yang dijadikan pejabat PAS Cawangan. Seterusnya Umno mengecat dinding yang mempunyai lambang bulan dengan cat putih.

PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit Baru telah membuat laporan Polis di atas pencerobohan ini. PAS juga akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin pada Khamis malam Jumaat ini.

Jelas sekali Umno Bahagian Bukit Katil begitu terdesak sehingga melakukan pelbagai gerakerja yang tidak bertamadun dan zalim. Mereka mengganggu setiap ceramah PAS, menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk merobohkan surau dan PASTI dengan alasan pengambilan tanah, menceroboh Pejabat PAS Bukit Baru dan lain-lain.

RAHSIA RUMAH TANGGA JANGAN DICERITAKAN KEPADA ORANG LUAR

Islam melarang isteri atau suami menceritakan keburukan dan keaiban rumahtangga sendiri kepada orang luar. Suami dan isteri mestilah berusaha menyelesaikan apa juga masalah di antara mereka sahaja.

Segala pekong, kudis, kurap ataupun panau dalam rumahtangga jangan kita tunjukkan atau bocorkan kepada orang lain yang tiada kena mengena dengan rumahtangga yang kita bina.

Perkara ini samalah juga dengan perjalanan sebuah parti politik. Sebarang masalah dalam parti jangan kita hebohkan di media kerana kita tahu media khasnya media musuh akan menjadikannya sebagai senjata untuk membunuh kita sendiri.

Malangnya ada pihak yang bila berselisih pendapat, berlainan pandangan dan idea begitu cepat membuat press conference dan membocorkan semua pekung dan kudis. Maka langau dan lalat secepat kilat menghidu bau busuk kudis dan pekong tersebut untuk dihebahkan ke seluruh dunia.

Pekong dan kudis itu pula di tambah lagi ceritanya supaya lebih sedap dan menarik. Yang rugi adalah parti dan perjuangan menegakkan keadilan.

Sebab itulah saya menasihati diri saya sendiri dan semua kengkawan di luar sana supaya menjaga adab berparti dan berorganisasi. Jangan kita cepat melatah dan menuding jari kepada sesama kita. Segala masalah dan kekeliruan kita selesaikan secara keluarga dan adik beradik atau macam suami isteri.

Perkara inilah yang terjadi dalam parti kawan kita sekarang. Semua orang berlumba-lumba bercakap kepada media untuk mencari publisiti dan jaguh. Rakyat semakin meluat dan mencemuh kita.

Antara perkataan yang terhambur dari mulut mereka ialah sama sahaja dengan Umno; mereka pun sama dua kali lima, lima kali dua; kata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Maaf jika tulisan hamba ini menyinggung kalian yang membacanya.

ANGGOTA RELA JADI PENGUNDI POS?

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan Selangor melalui taktik undi pos.

PAS mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang.

PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

PAS mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menangani perkara ini.

Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

'MONYET' PUN HADIRI SIDANG DUN

Sehari dua ini riuh rendah pasal 'monyet' menghadiri Sidang DUN di Pulau Pinang. 'Monyet-monyet' itu menggoncankan pitu pagar DUN untuk masuk bertemu dengan Ketua Menteri.

Nasib baik 'monyet-monyet' itu tidak dapat masuk jika tidak habis bersepah dan busuk DUN Pulau Pinang keraan bau monyet yang busuk lagi membusukkan.

Perkataan 'Monyet' ini bukan saya yang mula gunakan tetapi ADUN Komtar Ng Wei Aik yang berkata demikian pada Sidang DUN Pulau Pinang hari ini.

Monyet-monyet dikatakan ingin menyerahkan memo kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

08 November 2010

PRK GALAS : FAKTA YANG ANDA PASTI INGIN TAHU

Pengundi Melayu :
BN 49 %
PAS 51 %

Pengundi Orang Asli :-
BN 78 %
PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)

Pengundi Cina :-
BN 51 %
PAS 49 %

Undi Pos :-
BN 72 %
PAS 28 %

Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.

Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.

ISU BANJIR DI KEDAH : SIAPA PEMBOHONG ?

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir.

PAS menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR?

Tanda-tanda Pilihanraya Umum semakin hampir jelas dari ucapan dan tindak tanduk pemimpin BN.

Semalam Presiden Gerakan Koh Tsu Kon berkata partinya akan mengenal pasti dan memperkenalkan calon-calon parti itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas Tahun Baru Cina, Februari tahun depan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Gerakan telah melancarkan jentera parti untuk menjelajah ke seluruh negara sejak empat bulan lalu bagi bertemu dan mendengar suara hati pemimpin negeri dan peringkat akar umbi.

Jelasnya, melalui pertemuan tersebut, pengurusan parti akan membuat penilaian awal berhubung kedudukan politik semasa di setiap negeri.

Timbala Presiden MCA, Liow Tiong Lai pula berkata semalam bahawa MCA sedang berusaha memperkemas jentera Pilihanraya mereka.

Jadi apa tindakan kita, takkan hendak berpeluk tubuh sahaja!!!

GANGGU CERAMAH PAS, UMNO TIDAK BERTAMADUN

Timbalan Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab kesal dengan sikap Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terus berperangai kebudak-budakan mengganggu ceramah PAS tanpa rasa malu dan segan.

"Sejak beberapa bulan yang lalu Umno Bahagian Bukit Katil sentiasa mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS semata-mata untuk mengganggu rakyat yang datang untuk mendengar ceramah PAS/PR".

"Tindakan mereka ini benar-benar tidak matang dan tidak professional serta membuktikan bahawa mereka takut kepada bayang-bayang sendiri" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Yusof berkata jika mereka benar-benar handal dan kuat mengapa mereka mengganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS.

"Apa salahnya kalau mereka mengadakan ceramah sehari sebelum atau selepas ceramah kita untuk menjawab segala isu dan fakta yang dikemukakan oleh penceramah kita".

"Atau lebih manis dan professional kalau mereka boleh datang berceramah di atas pentas yang sama dengan PAS supaya rakyat dapat menilai siapa yang mempunyai hujah dan fakta yang benar dan bernas". tambah Yusof.

Menurut Yusof, Mohd Ali sendiri sebenarnya tidak berani untuk berdepan dengan PAS dengan disaksikan oleh rakyat, sebab itulah sehingga ke hari ini Mohd Ali tidak menyahut kesediaan PAS untuk berdebat dengan beliau.

"Ali sendiri yang mencabar PAS berdebat, tetapi bila Pesuruhjaya PAS Negeri bersedia untuk berdebat walau di mana dan bila-bila masa sahaja, Ali diam seribu bahasa".

"Inilah standard Ketua Menteri kita, yang hanya berani menghentam dan memfitnah PAS dan pimpinan PAS dari jauh, bila diajak berceramah dan berdebat takut dan kecut" kata Yusof.

Beliau mengulangi cabaran kepada Mohd Ali untuk berdebat dengan PAS atau berceramah di atas pentas yang sama dengan penceramah PAS bagi merungkaikan segala kekeliruan rakyat tentang isu Sekolah Harapan, Melaka Maju 2010 dan sebagainya.

Selain itu beliau menggesa pihak Polis supaya menghalang Umno mengadakan ceramah di tempat awam tanpa permit kerana perkara yang sama akan dilakukan kepada PAS jika berbuat demikian.

"Kita hanya mengadakan ceramah di premis kita sendiri tetapi Umno mengadakan ceramah di tempat awam, Polis jangan bersikap 'double standard" tegas Yusof.

YUSOF WAHAB ADIK BERADIK LAIN MAK DAN LAIN BAPAK

Ada pihak yang bertanya adakah Penyelia DUN Bukit Baru dan Ketua Penerangan PAS Bukit Katil, Yusof Wahab, saudara saya?

Saya ingin jelaskan beliau adalah saudara saya yang berlainan mak dan lain bapak. Saudara seIslam. Kebetulan namanya sama. Oleh kerana tiada isu yang hendak dimainkan isu sebegini pun dimanipulasikan kononnya dalam PAS ini ada kroni sama macam Umno. Minta 'mangap' itu bukan stail saya untuk angkat saudara mara tanpa usul periksa. Namun perjuangan Islam ini dipunyai oleh sesiapa sahaja yang mahu berjuang dan berjihad. Masalahnya mengapa ada ramai umat Islam yang menentang perjuangan Islam dan meminggir Islam!

Sekian harap maklum.

07 November 2010

ROBOH SURAU DAN PASTI : SOLAT JAHAT DAN BACAAN YASSIN

Solat Hajat dan Bacaan Yasin tiap-tiap malam ditunaikan oleh semua umat Islam yang bersimpati dengan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk merobohkan PASTI dan Surau.

Tidak kira mereka ahli PAS, ahli Umno dan sesiapa sahaja yang simpati dengan rumah Allah akan menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin secara berjemaah maupun secara individu. Hanya Allah yang dapat membalas kezaliman hambaNya yang bongkak dan zalim dengan sedikit kuasa yang mereka ada.

Di PASTI tersebut ramai ibu bapa yang bukan ahli PAS dan bukan penyokong PAS menghantar anak mereka belajar. Kesemua mereka kesal dan marah dengan tindakan kejam kerajaan negeri. Mereka turut sama bersolat hajat dan membaca Yasin memohon Allah membalas kepada sesiapa yang zalim termasuk sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan kerajaan negeri.

Ingatlah doa orang yang kena zalim tiada hijab di sisi Allah.

MAKSIAT SEMAKIN PARAH DI MELAKA, KELAB GAY PUN ADA

Rahsia dua buah premis tanpa papan tanda perniagaan di luar menjadi tumpuan lelaki, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), di Kampung Pantai dan Jalan Hang Jebat, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menawarkan aktiviti songsang, kelmarin.

Inilah akibatnya apabila negeri kita tidak membudayakan Amar Nahi Mungkar sebaliknya lebih mementingkan pembangunan fizikal dan mengenepikan pembangunan spiritual. Tidak cukup dengan pusat pelacuran dan maksiat lain kini Kelab Gay pula beroperasi.

Malangnya pihak Polis dan pihak berkuasa lebih serius menganggu demonstrasi aman, memantau gerakerja PAS/PR seperti ceramah dan sebagainya tetapi membiarkan kegiatan maksiat seperti ini.

MENJAWAB DAKWAAN DEMONSTRASI TIADA DALAM ISLAM

Berhimpun dan mengadakan demonstrasi ; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran. Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka.

Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus . Tapi kalau dirujuk kepada “ Maqasid al Syaria’ah “ ia mungkin menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran kecuali dengan cara keluar beramai-ramai berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka atau di jalan raya .

Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat . Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.

Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyatadan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya . Suara dan teriakkan ribuan para demonstran atau para penunjuk perasaan di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pasti akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan meningkatkan kekuatan umat demi membanteras kejahatan .

Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral ; malah dia adalah syiar agama. Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hariraya serta menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat; termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunat pun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis kera’ian orang orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya, maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini. Samaada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka.

Kepentingan dan Keabsahan Demonstrasi

Memandangkan masih ramai kalangan masyarakat yang jahil dan keliru terhadap pandangan agama Islam mengenai demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini; berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan.:

Pertama: Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan

Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman. Kaum Quraisy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Rasululluh yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang satu dikepalai oleh Hamzah dan satu lagi diketuai oleh Saidina Omar Ibnu al Khattab. Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.


Kedua: Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran

Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakayat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan samaada dengan kuasa mahupun dengan yang lain. Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemunkaran itu dilakukan dengan hati .( dan itu adalah selemah-lemah iman). Rasulullah bersabda:

Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu. Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman..

Ibnu Hajar dalam kitab beliau Fathu al Bari mengatakan:

Wajib melaksanakan amr ma’ruf bagi yang berupaya meskipun ianya mungkin berbaur maksiat. Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amr makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amr makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma’ruf .Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu..

Ketiga: Demonstrasi Memamirkan Kekuatan Umat Islam

Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah pernah keluar bersama sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara , kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan para sahabat baginda . Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum muslimin keluar beramai-ramai setelah Omar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan . Satu barisan diketuai oleh Hamzah R.A. dan satu lagi diketuai oleh Omar. Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid.

Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran) Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas. Di mana di (riwayatkan) Saidina Omar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipehak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati?. Bahkan jawab Rasulullah. Kamu di pehak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri . Lalu kami keluar bersama baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegap dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi : Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul . Mereka merasa kecewa dan frustrasi yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah member i nama jolokan kepada ku sebagai Omar al Faaruq. Kerna Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dengan (pengislaman) diriku.(Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59}

Keempat: Semangat Perundangan Islam Membenarkannya

Syariat Islam banyak mengandungi syi’ar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dan dakwah Islam itu sendiri. Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah sendiri memerintahkan agar kaum wanita samadan yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan : Mereka hendaklah melihat( meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syi’ar syi’ar Islam. Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sabalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamirkan kekuatan umat . Sebab itu baginda pernah berkata kepada Usamah R.A. ”Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa’

Kelima: Demonstrasi Pada Asasnya adalah Harus

Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah.” Al Asl fi al Wasaail al Ibahah.” (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus ) Oleh itu kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid . Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman , mendedahkan kejahatan golongan tirani . meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan. Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat..

Keenam: Demonstrasi Memperkasa dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani.

Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah tentang perangai buruk jiran tetangganya ( sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran) . Baginda berkata kepadanya; Keluarkan barangan rumah tangga saudara di luar rumah. Diapun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya. Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya. Maka orang yang lalu lang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah . Rasulullah bertanya apa masaalah saudara. Dia menceritakan kepada baginda bahawa orang ramai mengutuknya . Baginda menjawab . Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda. Orang itu menjawab . Kalau begitu aku taubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku. Ia pulang menemui jiranya dengan berkata. Angkatlah barangan masuk ke rumah saudara semula saya berjanji tidak akan menyikit suadara lagi ( sebagai jiran).. Al Bazzar ada meriawayatkan Hadith seperti ini dengan status sanad nya sebagai ”Hasan”, tapi dengan teks berikut:

ضع متاعك على الطريق أو على ظهر الطريق فوضعه،‏ فكان كل من مر به قال ما شأنك؟ قال جاري يؤذيني فيدعو عليه فجاء جاره فقال ‏:‏ (رد متاعك فلا أؤذيك أبدا)‏ ‏.‏

Ketujuh: Demonstrasi Dalam Zaman Modern Ini Adalah Sebahagian Daripada Wasilah Perjuangan

Media informasi, samada tulisan , imej , video, demontrasi dan sebagainya adalah sebahagian daripada ”kempin” ”raya” untuk memenangkan sesuatu agenda perjuangan atau peperangan. Sebab itu kalau kita meneliti gerak kerja Zionist dalam hal ini kita akan dapati betapa gerakan mereka begitu rapi, banyak dan berpengaruh untuk menjuari perjuangan mereka. Peperangan media begitu gencar sekarang terhadap umat Islam. Informasi Barat , Amerika khasnya sengaja menggelapkan berita berita kebangkitan dan demonstrasi orang Islam menentang penindasan mereka, kecuali berita yang membayangkan keburukan dan kemunduran Islam maka itu akan mereka paparkan seluas-luasnya . Penampilan media mereka sampai kepada pembuat keputusan dan pengendali kuasa politik umat , Mereka sedar betapa seriusnya peranan informasi termasuk demonstrasi dalam menggegarkan sendi pemerintahan diktator dan penguasa yang zalim di dunia ini . Massa rakyat akan segera menyahut dan bertindak atas kebejatan mereka . Ia adalah permulaan kepada kesedaran yang akan meniupkan semangat perjuangan umat.

Kalaulah tidak kerana kesedaran pehak tertentu tentang peranan demonstrasi ini dalam menggerakkan dan menimbulkan kesedaran massa sudah pasti mereka tidak akan merubah sikap atau sudah pasti golongan penzalim tidak akan mengurangkan kezalimannya kerana adanya demo-demo menentang kezaliman mereka. Umat Islam tidak kurang memiliki kesedaran seperti ini. Mereka tidak sepatutnya tinggal diam seribu bahasa membiarkan kejahatan dan kezaliman berlaku terus menerus terhadap diri dan rakyat . Mereka wajar tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam berbagai bidang hidup demi kesejahteraan bangsa dan keselamatan negara mereka . Rasulullah bersabda :

"فالمسلم أخو المسلم لا يسلمه ولا يخذله

“Orang muslim adalah saudara orang muslim yang lain. Ia tidak wajar menyerahkan orang muslim yang lain (untuk dizalimi) atau membiarkannya (dizalimi)”

Prinsip ini juga berlaku terhadap sesama manusia dan sesama warga negara .

Kelapan: Kalau Ada Fatwa Yang Mengharamkan Demonstrasi Maka Ia tunduk Kepada Perubahan Keadaan

Namun ada juga segelintir yang terpengaruh dengan fatwa kumpulan Tariqat atau Tasauwuf tertentu yang mengharamkan perbuatan demonstrasi kerana terpengaruh dengan pendapat syaikh mereka yang agak terhad pemikiran mereka . Terhadap golongan ini mereka wajar bertaqwa kepada Allah . Mereka tidak harus terbelenggu dalam minda terhad Syaikh-Syaikh mereka . Mereka tidak sepatutnya mengikut – begitu sahaja - secara membuta tuli . Yang benar atau al haq lebih wajar dipatuhi berbanding figure atau orang tertentu; betapapun besarnya mertabat orang berkenaan. Para Syaikh yang baik itu mungkin terpengaruh pada isu dan masa tertentu .Manakala latar belakang isu berkenaan telah berubah dan tidak wujud lagi sekarang.Fiqh leluhur silam atau Fiqh Salafi sentiasa dinamis menurut keperluan dan tuntutan lingkungan. Sebab itu fatwa mereka boleh berubah dengan perubahan situasi. Kalau Salafi difahamkan sebagai period masa lampau maka dia telah berlalu dengan ciri khasnya. Kalau al Salafi itu dihubungkaitkan dengan Manhaj atau methode maka tentulah ia manhaj yang responsive terhadap perubahan lingkungan dan zaman. Kini adalah zaman ilmu dan akal . Sesungguhnya menurut Rasulullah adalah selaras dengan tuntutan kontemprori atau al Mu’asarah yang didambakan oleh orang sekarang. Manhaj yang baik ialah manhaj yang sentiasa responsive dengan bijak terhadap perkembangan situasi dan kondisi semasa. Ia bukan manhaj yang beku dan statis.

Kesembilan: Hujjah Amalan Para Ulama

Sepanjangan sejarah para alim ulama ramai yang telah meluahkan perasaan dan pandangan mereka melalui demontrasi aman tanpa dipersalahkan oleh ulama yang muktabar. Di Kuwait, algeria, Mesir dan Syam. Ulama seperti Rashid Redha Rahimullah pernah turut berdemo untuk mengeluarkan penjajah Perancis dari tanah air mereka . Ulama Azhar pernah keluar beramai-ramai berdemo menentang penjajah Inggeris pada tahun 1919 dan baru baru ini menentang regim tirani di Mesir. Tiada seorang ulama pun mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Malah Sami Budha Burma pun turut tampil berdemo untuk menuntut keadilan dan demokrasi dalam Negara mereka.

Kesepuluh: Demonstrasi Parameter Denyutan Keperihatinan Massa

Tunjuk perasaan aman adalah petanda hidupnya keperihatinan massa rakyat; baik kafir mahupun muslim pada zaman ini. Kita tidak akan dapat mengesan pandangan rakyat terhadap golongan atau parti yang memimpin mereka yang memerintah dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan kepentingan rakyat melainkan dengan gerakan massa seperti ini yang mendedahkan golongan mana yang tidak setuju dan golongan mana pula yang bersekongkol. Demonstrasi aman seperti ini bukan perkara baru dalam sebuah negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain. Dalam Negara tersebut semua jentera negara – termasuk polis dan pegawai trafik - memberi laluan, kerjasama dan melindungi para penunjuk perasaan aman berkenaan.

Kesebelas: Hasil Demonstrasi Ialah Umat Berjaya Mengatasi Kemusykilan Hidup Mereka

Demonstrasi besar-besaran di berbagai pelusuk dunia telah menghasilkan buahnya yang positif di beberapa buah negara sepanjang sejarah.. Yang terakhir ialah dapat kita lihat kejayaan demonstrasi rakyat Afrika selatan sehingga berhasil memerdekakan negara mereka. Di Indonesia rakyat berjaya meruntuhkan kekuasaan Suharto yang korup dan digantikan dengan pemerintahan era reformasi golongan Orde Baru. Di Yugoslovia rakyat yang berdemonstrasi secara besar-besaran berjaya menjatuhkan Slobodan Milosonich dan mengembalikan maruah dan kehurmatan bangsa mereka dari dilumuri kehinaan dan kebejatan regim yang korup. Malah dalam banyak lagi negara negara lain kita melihat kejayaan demonstrasi rakyat mengubah nasib mereka; samada sebahagian atau keseluruhan sosok dan wajah kehidupan mereka.

Keduabelas: Demonstrasi Perlu Mempertahan Kebenaran di Samping Menentang Kebatilan dan Kezaliman

Keluar beramai-ramai menobatkan kebenaran, menumpaskan kebatilan adalah suatu hak yang sah. Amalan ini juga diperakukan oleh Allah untuk menunjukkan penentangan serta penolakan terhadap amalan munkar . Sebab itu Allah memerintahkan agar perlaksanaan hudud diperlihatkan kepada segolongan orang ramai . Allah juga memerintahkan supaya umat keluar beramai-ramai menyambut hari raya , bahkan beginda Rasulullah menggesa rakyat agar ikut serta mengucapkan pamitan kepada rombongan mujahid dan pejuang Islam yang akan bergerak ke medan tempur atau menyambut kepulangan mereka ketika mereka kembali dari medan perjuangan.

Baginda pernah memamirkan kekuatan dan kehebatan ketumbukan tentera Islam kepada Abu Sufian agar dia tidak berani bertempur dengan ketumbukan berkenaan. Sebelum itupun Rasulullah pernah menyuruh umat Islam yang menunaikan tawaf di Mekah agar melakukannya dengan tangkas , berlari anak sambil mendedahkan bahagian bahu dan lengan(”Kaedah al Raml dalam tawaf”) sebagai petanda keperwiraan , kecekatan dan kesiapsiagaan umat Islam untuk berjuang . Perincian perkara ini boleh dirujuk dalam huraian mengenai bab Haji atau Umrah.

Seandainya kita semua – sebagai bangsa dan rakyat yang merdeka - enggan melahirkan sikap penentangan kita terhadap kejahatan , penipuan , rasuah dan kezaliman yang berlaku serta tindakan pengkhianatan dan menghakis kemerdekaan dan maruah umat yang dilakukan oleh pehak-pehak tertentu; dengan cara yang berkesan maka apakah lagi yang ada dari sifat kejantanan dan dakwaan kemerdekaan kita sebagai umat yang bermaruah ..

Jelas daripada hujah di atas bahawa melahirkan sikap dan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman adalah suatu yang dibenarkan dalam Islam; bahkan pernah diamalkan oleh para leluhur di zaman silam dan malah menjadi amalan bangsa-bangsa yang bertamadun, bermaruah dan merdeka..

Semoga Allah memberikan kita semua keyakinan dan keberanian untuk merubah nasib umat dan rakyat. Semoga bangsa , warga dan rakyat Malaysia amnya bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

Turun Padang DUN Taboh Naning

Hari ini saya berkesempatan bertemu rakyat pada program Turun Padang Dun Taboh Naning Masjid Tanah. Beberapa buah rumah kami lawati termasuk 2 buah rumah
Orang India. Sambutan rakyat terhadap rombongan kami adalah baik di mana mereka bersedia memberikan maklumat keluarga dan bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu setempat.

Program berkala ini menjadi program 'routine' PAS negeri sejak dari dahulu lagi.

Galas : jadi pemangkin gerakerja PR

Kekalahan di Galas menjadi pemangkin kepada PR untuk bekerja lebih kuat. ianya bukanlah penamat kepada masa depan politik kita. PAS pernah kalah di Pengkalan Pasir kubu kuat PAS, namun kita bangki semula menawan kerusi tersebut pada PRU 12.

Kita kalah secara bermaruah manakala BN menag secara tidak bermaruah dengan bantuan sikap talam dua muka SPR, eksploitasi agensi kerajaan, sogokan dan rasuah tanpa rasa malu.

Kemenangan ini pasti tidak kekal kerana rakyat yang mengundi mereka bukannya atas keikhlasan mereka tetapi dipengaruhioleh sogokan dan pengaruh yang tidak sihat.

Galas : jadi pemangkin gerakerja PR

Kekalahan di Galas menjadi pemangkin kepada PR untuk bekerja lebih kuat. ianya bukanlah penamat kepada masa depan politik kita. PAS pernah kalah di Pengkalan Pasir kubu kuat PAS, namun kita bangki semula menawan kerusi tersebut pada PRU 12.

Kita kalah secara bermaruah manakala BN menag secara tidak bermaruah dengan bantuan sikap talam dua muka SPR, eksploitasi agensi kerajaan, sogokan dan rasuah tanpa rasa malu.

Kemenangan ini pasti tidak kekal kerana rakyat yang mengundi mereka bukannya atas keikhlasan mereka tetapi dipengaruhioleh sogokan dan pengaruh yang tidak sihat.

Umno umpan beras panggil rakyat dengar ceramah

Umno terpaksa mengumpan penduduk Kg Bukit Pulau bagi memastikan orang kampung datang mendengar ceramah. Gara-gara untuk menarik penduduk Umno memberi beras kepada mereka.Malang sungguh bagi rakyat yang diperbodohkan oleh Umno. Beras itu pula diberikan di akhir program kerana bimbang jika diberi pada awal program mereka akan balik lebih awal.

Malang sungguh rakyat yang hadir kerana diperbodohkan oleh Umno hanya semata-mata untuk meramaikan orang yang datang ceramah yang diadakan untuk menganggu ceramah PAS.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter