.

.

30 April 2011

SIAPA NAJIB NAK NASIHATKAN PAS

Siapa Najib untuk menasihatkan PAS supaya meninggalkan PR kerana katanya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kita hendak bertanya kepada Najib beberapa soalan :-

1) Pernahkan MCA dan MIC memperjuangkan Islam

2) Bila masa pula Umno berjuang untuk mendaulatkan Islam. Apa yang Umno buat ialah buat Bank Islam, Masjid, anjur muzakarah dan beberapa perkara lain. Tetapi pada masa Umno menghalang PAS untuk melaksanakan hudud, menghalang program-program agama di masjid, menghalalkan arak dan judi, menganjurkan program mungkar dan sebagainya.

3) Berapa buah masjid dan surau telah diruntuhkan oleh DAP sedangkan dalam sejarah kita semua tahu Umno pernah meruntuhkan masjid dan surau.

4) Berapa orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP sedangkan siapa yang membunuh As Syahid Ibrahim Libya dan sahabatnya.

5) Berapa luas tanah orang Melayu dan dirampas oleh DAP sedangkan jutaan hektar tanah orang Melayu di rampas Umno dan ada yang diserahkan kepada Singapura contohnya WPI.

dan banyak lagi ........

FITNAH ORANG SELEPAS ITU SUMPAH, TAK PERLU DAKWA DI MAHKAMAH?

Senang sungguh sekarang ini. Jika anda sakit hati dan ingin menjatuhkan seseorang cukup dengan bersumpah maka satu Malaya akan mengakui tuduhan itu benar. Tidak perlu bawa ke mahkamah. Hukum mana yang mereka pakai?

Semalam satu lagi drama sumpah dilakukan oleh pemfitnah guna untuk menjatuhkan seseorang. Mengapa gerangan yang bersumpah itu dipanggil pemfitnah. Jawapannya kerana pemfitnah itu gagal untuk membawa 4 orang saksi yang adil dan tidak fasik. Bukan saksi yang merogol anak gsdis sunti, bukan saksi yang diketahui perangai buruk .........

28 April 2011

PASTI TETAP DIROBOHKAN

Walaupun menerima bantahan hebat dari penduduk setempat, kerajaan negeri Melaka tetap mahu merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bukit Katil atas alasan untuk dibuat jalanraya.

Semalam Pemegang Amanah Tanah dan Bangunan PASTI tersebut, Ustaz Mazlan Berahim berkata adalah jelas bahawa pihak terbabit memang berniat jahat untuk merobohkan PASTI tersebut walaupun ada alternatif lain untuk dibuat jalan yang lebih lurus.

"Kami telah dipanggil dan diberikan tawaran berjumlah tertentu sebagai pampasan ke atas tanah, bangunan dan lain-lain".

"Pihak kami akan memutuskan tindakan seterusnya selepas mesyuarat tidak lama lagi" ujar Ustaz Mazlan malam tadi.

Mazlan berkata pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan bangunan PASTI yang menjadi tempat mengasuh anak-anak dengan ilmu Islam ini tidak dirobohkan.

VIDEO PORNO : RAKYAT TERUS LEKA?

Rakyat terus dilekakan dengan isu video porno. Semalam beberapa blogger pemfitnah memuat turunkan babak kedua video porno itu.

Mengapa perkara ini berlaku? Sudah tentu ianya berlaku kerana ada 'individu' yang kebal dan berani melanggarkan undang-undang.

Politik negara kita semakin bercelaru dan jijik. Malu kita kepada negara luar, malu kepada orang bukan Islam, malu kepada kanak-kanak. Semua ini berlaku kerana manusia tidak tunduk kepada Allah. Malah berani menentang Allah.

Cukup-cukup lah memfitnah dan mengaibkan orang lain ................

27 April 2011

MCA, MIC WAJIB KELUAR BN SERTAI PR

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab menyarankan MCA dan MIC supaya menyertai Pakatan Rakyat (PR) sebelum Barisan Nasional (BN) berkubur.

Yusof berkata MCA dan MIC sebenarnya sudah lama menjadi kuda tunggangan Umno dalam apa juga keputusan kerajaan. Ini ditambah mula dengan prestasi buruk MCA dan MIC pada Pilihanraya Umum 2008 yang menyaksikan MCA dan MIC kalah teruk sehingga Presiden MIC sendiri kecundang di kubu kuat beliau Sungai Siput.

"Apa lagi yang MCA dan MIC tunggu kapal BN sudah mahu karam kerana bocor sana-sini dan tidak mampu untuk ditampal lagi. Sebelum terlambat MCA dan MIC mesti mengambil jalan segera bagi menyelamatkan parti mereka dari turut sama berkubur bersama Umno dalam BN"

"Umno sebenarnya sentiasa mencari jalan supaya mereka kuat, mereka tidak menghiraukan samada MCA atau MIC kalah atau menang yang penting kroni-kroni mereka menang dan senang lenang" tambah Yusof ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Baru.

Yusof berkata Umno sering menggunakan isu perkauman sempit untuk membangkitkan semangat orang Melayu dengan itu mereka akan dapat sokongan orang Melayu, tetapi pada masa yang sama Umno tidak pula menjaga hati rakan-rakannya iaitu MCA dan MIC yang terguris dengan slogan dan tindak tanduk Umno dan kuncu-kuncunya yang mengapi-apikan semangat perkauman Melayu".

"MCA kena ingat Umno akan terus membakar semangat Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu tetapi mereka lupa bahawa politik perkauman sempit ini akan mnegguriskan hati kawan-kawan kita dari kaum Cina maupun India. Ini menyebabkan sokongan rakyat kaum Cina dan India kepada BN merosot. Pemimpin Umno tidak hairan kalau MCA dan MIC tidak disokong rakyat sepenuhnya. Apa yang penting bagi mereka orang Melayu tetap sokong Umno/BN".

"Malah menurut portal berita Harakahdaily ada tanda-tanda yang Umno mempelawa DAP untuk menyertai BN sedang hangat dibincang. Ini semua adalah kerana mereka sudah tersepit dan susah untuk bernafas Tindakan ini jika benar sudah tentu dibantah oleh MCA kerana sudah tentu MCA mahu menjadi satu-satunya parti kaum CIna di Semenanjung Malaysia.".

Menurutnya MCA dan MIC jangan hanya duduk diam dengan perkembangan ini. Mereka mesti lebih dinamik membaca dan menilai percaturan politik dan tipu helah Umno.

MCA tinggalkan BN?

MCA wajar mengkaji keanggotaannya di dalam BN kerana mereka sering dipermainkan oleh Umno. MCA boleh diibaratkan menumpang di dalam BN kerana kegagalan BN pada PRU 2008. Suara MCA sudah lemah dan layu disebabkan sikap mereka yang menikus bila berhadapan dengan Umno. Manakala Umno pula menggunakan sepenuh kekuatannya untuk menekan MCA yang kian lemah. Umno dengan sengaja membiarkan Perkasa menghentam MCA yang mengusik media pengampu Umno iaitu Utusan. TERBUKTI MCA HANYA DIPANDANG SEBELAH MATA OLEH UMNO. SUDAH SAMPAI MASA MCA MENGKAJI SEMULA KEANGGOTAAN MEREKA DI DALAM BN. AYUH KITA SAMA KUAT-KUATKAN PR, KITA YAKIN MCA AKAN DITERIMA OLEH PR UNTUK MENJADI AHLI PR

26 April 2011

ANWAR KENA BELA DIRI ATAU DILEPASKAN 16 MEI

Samada Anwar bakal kembali menghuni penjara Sg Buloh pada 16 Mei ini atau terus dilepaskan? Benar atau tidak kita akan mengetahui keputusan samada Anwar perlu membela diri atau dilepaskan tanpa perlu membela diri apabila mahkamah memutuskannya pada tarikh tersebut.

Hakim Mahkamah yang mengendali kes liwat itu memberitahu hari ini bahawa keputusan kes itu akan diputuskan pada 16 Mei.


Jika Anwar diminta membela diri maka wajar untuk PR menggerakkan massa dengan lebih aktif bagi membela Anwar.


Apakah keputusan itu akan menghidupkan kembali gelombang reformasi sebagaimana yang berlaku pada 1998 dan 1999 kita dapat kita ramalkan sekarang. Apa yang penting jika Anwar didapati bersalah dan dimasukkan kembali menjadi 'mahasiswa' di 'Universiti' Sg Buloh kita semua mesti menggerakkan masa supaya membela insan yang teraniaya seperti Anwar. Kalau pada 1998 Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Nor berjaya menubuhkan dan mengaktifkan GERAK pertubuhan NGO yang berjaya menggerakkan massa kita harap kali ini pimpinan PR Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan Datin Seri Wan Azizah mampu memimpin massa untuk membela Anwar.


Apa yang penting massa mesti diberikan faham supaya bangkit membela Anwar dengan memenangkan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke 13 nanti.

SUDAH BERBILION DUIT RAKYAT HANGUS, BARU NAJIB SEDAR

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tentang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PIMPINAN PAS KAWASAN LAWAT BEKAS CALON DAP MENINGGAL

Malam tadi beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil menziarahi keluarga Mendiang Koh See Choon bekas calon DAP Dun Kelang pada PRU 2004 dan 2008. Rombongan PAS Kawasan tiba di kedai yang menempatkan jenazah beliau di Banda Kaba kira-kira jam 10.10 malam.Rombongan PAS Kawasan disambut oleh Adun Bachang, YB Lim Jak Wong, keluarga mendiang dan sahabat handai beliau.


Mendiang Koh meninggal pada hari Ahad ketika tidur di Seremban . Beliau yang berumur 37 tahun meninggalkan seorang balu dan anak yang berumur 1 bulan.


Yang Dipertua PAS Kawasan dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Yassim Musa mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan menghulurkan sedikit derma dari PAS Kawasan.


Turut berada di kedai tersebut ialah Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him. Rombongan PAS Kawasan turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan iaitu Tuan Haji Mohd Diah Abdul, Tuan Haji Salim Tahir, Cikgu Kamaruddin Aziz dan Tuan Haji Jaya Mohammad.

25 April 2011

VIDEO FITNAH :RAHIM ULANGI UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN

Siapalah agaknya gerangan yang percaya kata-kata yang diucapkan oleh RTC (Rahim Thamby Chik) yang mengulangi sekali lagi kenyataan asal beliau. Apa kenyataannya? ....tidak lain tidak bukan tujuannya mendedahkan video porno kononnya untuk menegakkan kebenaran. Siapa percaya cakap Mamat ni hah?


Hanya orang yang tertutup mata hati, pekak telinga dan buta mata sahaja yang percaya dengan orang seperti RTC yang mempunyai sejarah 'gilang gemilang'.


Siapa yang tidak kenal RTC? Semua orang kenal. Kalau ada yang menuduh RTC terlibat dengan pembikinan video porno tuan-tuan dan puan-puan percaya atau tidak? Mungkin ramai yang percaya kerana mereka kenal siapa RTC seorang 'hero' yang gagah perkasa yang hobinya semua orang tau. Ada yang tak tau? Jika demikian kena tanya RTC sendiri apa hobinya???

MUSTAFA VS AZMIN, 'STOP' BERSELISIH DI MEDIA, DUDUK SEMEJA RUNDING

Jelas sekali media musuh Utusan Meloya, berjaya memainkan peranan mereka melalaikan kita dengan isu-isu yang sepatutnya tidak menjadi polemik dan perselisihan.


Sepatutnya pemimpin-pemimpin diperingkat pusat tidak cepat melatah dan termakan dengan fitnah dan manipulasi media jahat seperti Utusan Meloya. Malangnya masih ada pemimpin yang terperangkap dan terjerat dengan mainan media penabur fitnah ini. Mengapa terjadi demikian?


Kalau benar ada yang tersilap membuat kenyataan mengapa harus kita melebarkan lagi polemik dan perselisihan itu di media. Duduklah semeja dan bincang, isunya bukanlah besar dan kusut masai.


Kita asyik menghentam Utusan Meloya itu dan ini, tetapi kita sendiri tertipu dan tergoda dengan rasukan dan lenggok ghairah Utusan mengajak kita tersilap cakap..............

MESYUARAT AGUNG : 3 YDP KEKAL, 3 YANG BARU

Mesyuarat Agung PAS Kawasan-Kawasan di Melaka selesai semalam (24 April), 3 kawasan mengadakan Mesyuarat Agung semalam iaitu PAS Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu dan Alor Gajah. Jasin dan Masjid Tanah mengadakan mesyuarat agung semalam manakala Kota Melaka selesai menjalankannya pada 17 April lalu.


Di Masjid Tanah dan Alor Gajah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Haji Adly Zahari mengekalkan jawatan sebagai YDP bagi kawasan masing-masing.



Begitu juga di Bukit Katil Sofi Wahab mengekalkan jawatannya yang mula disandang pada sessi lepas.



Manakala 3 lagi kawasan menyaksikan perlantikan YDP baru iaitu Ustaz Mohd Nor Omar di Tangga Batu, Ustaz Kamaruddin Sidek di Jasin dan Harun Mohamed di Kota Melaka.



PAS Kawasan Masjid Tanah mengekalkan Ustaz Imran Abdul Rahman sebagai Timbalan Yang Dipertua dan melantik Naib Yang Dipertua yang baru iaitu Ustaz Julasapiyah Kassim manakala Ashrap Minghat dan Bahiki Ismail menyandang jawatan yang sama di Alor Gajah.



Di Bukit Katil Timbalan Yang Dipertua sessi lalu, Haji Mohd Ali Sharif mengekalkan jawatannya manakala Haji Yassim Musa dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan yang baru.



Jasin juga menyaksikan Naib Yang Dipertua yang baru apabila Azrin Majid dipilih untuk jawatan tersebut manakala bekas calon Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua.



Tangga Batu mendapat Timbalan Yang Dipertua baru apabila Haji Rafa'i Ahmad dipilih oleh perwakilan. Naib Yang Dipertua sessi lalu iaitu Husni Balis Ali mengekalkan jawatannya.



PAS Kawasan Kota Melaka pula melantik Ahmad Saidin sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Kapten (B) Mohamad Abdullah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter