MESYUARAT AGUNG : 3 YDP KEKAL, 3 YANG BARU

Mesyuarat Agung PAS Kawasan-Kawasan di Melaka selesai semalam (24 April), 3 kawasan mengadakan Mesyuarat Agung semalam iaitu PAS Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu dan Alor Gajah. Jasin dan Masjid Tanah mengadakan mesyuarat agung semalam manakala Kota Melaka selesai menjalankannya pada 17 April lalu.


Di Masjid Tanah dan Alor Gajah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Haji Adly Zahari mengekalkan jawatan sebagai YDP bagi kawasan masing-masing.



Begitu juga di Bukit Katil Sofi Wahab mengekalkan jawatannya yang mula disandang pada sessi lepas.



Manakala 3 lagi kawasan menyaksikan perlantikan YDP baru iaitu Ustaz Mohd Nor Omar di Tangga Batu, Ustaz Kamaruddin Sidek di Jasin dan Harun Mohamed di Kota Melaka.



PAS Kawasan Masjid Tanah mengekalkan Ustaz Imran Abdul Rahman sebagai Timbalan Yang Dipertua dan melantik Naib Yang Dipertua yang baru iaitu Ustaz Julasapiyah Kassim manakala Ashrap Minghat dan Bahiki Ismail menyandang jawatan yang sama di Alor Gajah.



Di Bukit Katil Timbalan Yang Dipertua sessi lalu, Haji Mohd Ali Sharif mengekalkan jawatannya manakala Haji Yassim Musa dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan yang baru.



Jasin juga menyaksikan Naib Yang Dipertua yang baru apabila Azrin Majid dipilih untuk jawatan tersebut manakala bekas calon Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua.



Tangga Batu mendapat Timbalan Yang Dipertua baru apabila Haji Rafa'i Ahmad dipilih oleh perwakilan. Naib Yang Dipertua sessi lalu iaitu Husni Balis Ali mengekalkan jawatannya.



PAS Kawasan Kota Melaka pula melantik Ahmad Saidin sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Kapten (B) Mohamad Abdullah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua.

Comments

Dr. Z menulis said…
Tahniah Abg Sofi;

Semoga terus committed dalam perjuangan Islam.
Assalamualaikum Sdr Sofi Wahab,
Tahniah!