.

.

09 August 2008

PMTG PAUH : MAHATHIR JUGA TAK YAKIN BN BOLEH TEWASKAN ANWAR ~ Malaysiakini

Bukan sahaja pemimpin Umno dan BN tidak yakin BN dapat merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh, bekas Presiden Umno Tun Mahathir juga sependapat dengan mereka.
Beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Menurut laporan Bernama,bekas Perdana Menteri itu berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) itu akan memenangi pilihan raya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihan raya umum lepas.

"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin.

"Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lepas," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar pada pilihan raya tersebut.

Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pada forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika Anwar memperoleh majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.

"Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang... Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya."

Beliau berkata, jika terdapat calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan KeADILan.

"Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia daripada serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar... kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berpendapat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai Presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.

"Dulu mereka (Ketua Bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap... saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang). (Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihan raya, dia akan kalah," katanya.
Harakahdaily

MENGAPA ISU MEMELUK ISLAM YANG DIPILIH? ~ Ref Malaysiakini

Saya merasa pelik dan hairan mengapa Majlis Peguam begitu bersungguh-sungguh ingin membincangkan isu memeluk Islam sedangkan isu adalah sensitif. Masih banyak isu lain yang boleh dibincangkan dan lebih mencakup semua golongan di Malaysia.
Bukankah Majlis Peguam faham dan sedar bahawa isu ini sudah tentu mendapat bantahan dari umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di Malaysia. Malah semua rakyat Malaysia faham dan bersetuju dengan perlembagaan negara yang telah diterimapakai sejak merdeka. Mengapa Majlis Peguam tetap berdegil?
Di sekeliling banyak lagi isu lain yang boleh dibincangkan antaranya isu rasuah, isu diskriminasi politik, isu penyelewengan SPR, isu kezaliman ISA dan sebagainya. Bukankah isu ini lebih mencakup kebajikan dan kedaulatan rakyat Malaysia berbanding isu memeluk Islam yang sememangnya tidak menjadi masalah sejak lama.
Masalah yang ujud berkenaan kes-kes berkaitan dengan perebutan jenazah keluarga yang memeluk Islam sebenarnya di sebabkan ketidapatuhan keluarga terbabit terhadap undang-undang negara. Mereka juga sebenarnya tidak berlapang dada dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa ahli keluarga mereka telah memeluk Islam.
Tidak semua kes-kes tersebut memihak kepada Islam. Bukankah dalam Kes Nyonya Tahir jenazahnya dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan bukan dengan cara Islam. Mahkamah Syariah sendiri sebenarnya sangat berhati-hati dalam memutuskan samada seseorang itu beragama Islam atau tidak. Jika keluarga si mati berjaya menunjukkan bukti sahih yang si mati tidak pernah memeluk Islam maka sudah pasti jenazah si mati akan dipulangkan kepada keluarganya. Jadi mengapa Majlis Peguam beriya-iya mahu membincangkan kes ini? Lebih malang lagi Majlis Peguam juga tidak memanggil individu-individu yang benar-benar berautoriti untuk membicarakan isu ini dari segi perundangan Islam. Bukankah ini 'bias' namanya.
Sepatutnya Majlis Peguam memanggil wakil-wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Mufti-mufti untuk turut sama menjadi ahli panel dalam program. Malah wakil Persatuan Peguam Muslim juga tidak dipanggil. Adilkah ini?
Saya mencadangkan kepada Majlis Peguam supaya jika benar mereka ikhlas untuk membincangkan isu ini maka mereka mesti mengambil pandangan dari JAKIM, Mufti atau individu-individu berautoriti sebelum ia dianjurkan. Pandangan parti-parti politik Islam juga harus diambilkira.
Hari ini terbukti umat Islam sangat marah dengan tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Media melaporkan bahawa seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut.
Ketika berucap kepada orang ramai, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang cenderung pada Umno, Jais Abdul Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.Sepatutnya, kata beliau, forum itu diadakan secara tertutup.Katanya, ia kerana terbukti program anjuran Majlis Peguam sebelum ini, gagal menghalang peserta daripada mempertikaikan hak orang istimewa orang Melayu dan agama Islam.Mereka yang menyertai perhimpunan pagi ini adalah terdiri daripada wakil-wakil 29 badan NGO Islam.

Pakatan Rakyat

Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Turut kelihatan ialah pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat.Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Manakala pemimpin PKR yang kelihatan di situ ialah dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya.Ketika itu, forum tersebut sedang berlangsung di dalam bangunan dan telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga.

Antara ahli panel yang dijadual bercakap di forum tersebut ialah Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik, Institut Kefahamam Islam, Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan peguam Syarie, Mohd Haniff Khatri Abdullah.

Tarik diri
Mohd Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam kes R Subashini. Yang lainnya ialah peguam K Shanmuga dan Ravi Nekoo, yang masing-masing mewakili Subashini dan S Shamala.Bagaimanapun, seorang ahli panel - bekas hakim Syariah dan kini menjadi pegawai pendakwaraya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - telah menarik diri.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut berucap di perhimpunan bantahan tersebut.

"Kita dicabar di bawah Seksyen 121 (A). Mereka tahu undang-undang, tetapi mahu mencabar agama Islam."Kalau mereka hendak tahu (tentang) Islam, mereka boleh jumpa pegawai Jakim," katanya.Manakala Badrul Amin berkata: "Jika orang tidak ganggu agama orang lain, kita akan akan hidup aman.

Polis berunding
"Kita tidak ganggu agama Kristian, agama Hindu dan Buddha dan kita meminta jangan menghasut rakyat dengan isu agama," tambahnya.Sehingga jam 9.30 pagi ini, jumlah orang ramai yang datang menyertai perhimpunan bantahan tersebut telah bertambah kepada 500 orang.

Kira-kira jam 9.31 pagi, wakil NGO terbabit sedang berunding dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman.

Sebelum itu, seorang peserta mengatakan, jika forum tersebut tidak dihentikan, mereka akan merempuh masuk untuk menghentikan.

Kira-kira jam 9.35 tadi, seorang peserta memberitahu melalui pembesar suara bahawa mereka memberi masa sehingga jam 9.45 pagi supaya forum tersebut dihentikan.Jika tidak, katanya, mereka akan masuk meminta peserta forum itu menghentikannya pada jam 10 pagi.Rundingan dengan ACP Dzulkarnian tadi disertai oleh tiga wakil NGO dan Salahuddin Ayub.

Menurut laporan, antara NGO yang hadir ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Turut sama ialah Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida), Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.

RASUAH (POLITIK WANG) SUDAH SEBATI DENGAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Rasuah (politik wang sudah sebati dalam Umno). Inilah ungkapan paling sesuai untuk Umno. Ianya seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Rata-rata kita mendengar mesyuarat agung cawangan Umno dicemari insiden pergaduhan dan politik wang. Mengapa ini berlaku? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah kerana tamakkan kuasa dan pangkat. Bagi ahli Umno kuasa, pangkat dan kedudukan adalah segala-galanya. Mereka tahu bahawa jawatan Ketua Umno cawangan akan memberikan kelebihan kepada mereka kerana biasanya Ketua Umno akan dilantik menjadi Pengerusi JKKK, Pengerusi Masjid dan sebagainya. Malah dengan jawatan itu mereka mudah untuk mendapat projek-projek yang menjanjikan duit terpijak. Orang Kampung semua dah tahu!
Gejala politik wang yang berlaku di kalangan ahli Umno sekitar pemilihan di peringkat cawangan menunjukkan segelintir ahli parti itu masih tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Pemerhati politik, Profesor Dr. Chandra Muzaffar berkata, mereka yang masih mengamalkan politik wang untuk meraih undi supaya dipilih mewakili cawangan ini tidak mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

“Pilihan raya baru berlangsung lima bulan yang lalu dan keputusannya ternyata tidak menunjukkan kesan yang baik kepada Umno tetapi mereka masih lakukannya (politik wang) walaupun mereka sedar, ia adalah salah satu punca yang membawa kejatuhan parti,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Chandra berkata, amalan politik wang dilihat sudah menjadi darah daging di kalangan ahli-ahli parti itu terutama menjelang sesuatu pemilihan.

“Mereka ini boleh diibaratkan seperti perokok dan penagih dadah... terlalu ketagih untuk melakukannya demi kuasa dan kalau sudah namanya ketagihan. Ia memang tidak dapat dipisahkan,” katanya.

Katanya lagi, amalan politik wang yang tidak berkesudahan ini tidak mustahil akan dimainkan oleh parti pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh akan datang.
Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin berkata, amalan politik wang dalam Umno bukanlah hal yang mudah untuk diselesaikan walaupun ada usaha untuk membasmi gejala itu daripada terus menular di kalangan ahli.

“Memang ada usaha untuk membasminya tetapi tidak menampakkan perubahan besar-besaran berlaku.

“Memang ada laporan dibuat (berhubung politik wang) tetapi ia baru sedikit. Mungkin ada banyak lagi yang tidak dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mereka tahu amalan itu salah tetapi enggan menghindarinya kerana ramai yang beranggapan jika mereka tidak melakukannya, harapan untuk menang pada pemilihan adalah tipis.

“Selain itu, mereka juga fikir kalau mereka tidak melakukannya, orang lain akan tetap lakukan. Justeru, mereka menganggap tidak salah jika mereka melakukannya,” katanya.

Sementara itu, pensyarah sains politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, amalan politik wang di kalangan ahli Umno akan mencemarkan nama parti itu di mata rakyat.“Walaupun dalam pilihan raya lalu, politik wang atau rasuah ini merupakan salah satu isu yang dimainkan pembangkang tetapi apa yang berlaku hari ini tidak menunjukkan yang Umno telah melalui proses perubahan,” katanya.

Beliau berkata, amalan politik wang merupakan perkara biasa dalam parti lebih-lebih lagi parti pemerintah seperti Umno kerana mereka selalunya menjanjikan ganjaran berbentuk material kepada para pengundi.

“Berlainan dengan parti pembangkang, walaupun perebutan jawatan tetap berlaku, kebanyakan mereka menjanjikan ganjaran berbentuk ideologi, bukan material. Itu bezanya,” katanya.
mstar

08 August 2008

RAYUAN KEPADA MAJLIS PEGUAM SUPAYA MEMBATALKAN FORUM 'MEMELUK ISLAM' ~ Ref Malaysiakini

Saya selaku rakyat Malaysia memandang berat forum 'Memeluk Islam' yang bakal diadakan esok atas anjuran Majlis Peguam.

Saya merayu kepada Majlis Peguam sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili para bijak pandai undang-undang supaya membatalkan forum tersebut yang jelas akan memberikan impak negatif kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam.

Islam sebagai agama resmi negara seperti termaktub dalam perlembagaan adalah sebuah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T bukannya bersandar kepada logik akal manusia seperti yang diamalkan oleh sesetengah pihak.

Tidak timbul masalah pencabulan hak asasi bersuara atau hak asasi manusia dalam kes ini kerana rakyat bebas berbicara di atas apa juga isu tetapi biarlah isu tersebut adalah isu yang munasabah untuk diperdebatkan. Dalam hal 'memeluk Islam' ini sendiri manusia sepatutnya diberi kebebasan untuk memeluk Islam setelah mereka akil baligh. Apabila mereka telah memeluk Islam maka seseorang itu adalah tertakluk di bawah undang-undang syariah.

Andaikata mereka bertindak keluar dari Islam-murtad (Nau'zubillah) maka mereka ini mesti dibicarakan di bawah undang-undang Islam kerana hukum Islam jelas menyatakan bahawa murtad merupakan suatu kesalahan di sisi Islam dan pelaku yang dibuktikan mesti dihukum. Tidak timbul masalah pencabulan hak asasi manusia di sini.

Begitu juga dalam kes pengkebumian seseorang yang telah masuk Islam. Jika sekiranya seseorang itu sudah jelas memeluk Islam, dibuktikan dengan dokumen serta saksi-saksinya maka tidak syak lagi jenazahnya mesti dikebumikan secara Islam walaupun dibantah oleh keluarganya yang belum Islam.

Itu sebab Mahkamah Syariah membenarkan keluarga si mati yang belum Islam untuk hadir dan memberi keterangan dalam mahkamah syariah. Hal ini menjadi masalah jika semua orang berlapang dada dan bertindak secara rasional dan professional.

Saya menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan berkata PAS bimbang forum tersebut boleh "mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara.
"Tuan Guru Haji Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang menambah, PAS sekeras-kerasnya membantah hasrat Majlis Peguam dengan alasan "isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak" seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

Beliau juga dilaporkan berkata, bagi PAS, Islam agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan authoriti kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.Kerana itu, katanya, PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Beliau menyarankan penganjur membatalkan forum tersebut.

Saya juga merayu kepada Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar supaya berbincang dengan Majlis Peguam supaya membatalkan forum badan peguam ini kerana khuatir ianya akan menjadi suatu titik permulaan kepada permusuhan antara agama.
Kelmarin, Syed Hamid menyifatkan forum badan peguam itu ibarat "bermain dengan api" dan "boleh membangkitkan salah faham."

LAYANAN SAMA RATA UNTUK KEDUA-DUA CALON DI PERMATANG PAUH - Ref Malaysiakini

Keputusan mahkamah yang membenarkan Anwar diikatjamin dan dibebaskan memungkin Anwar berlawan secara berdepan dengan BN. Namun begitu saya mengharapkan BN akan lebih professional dan beretika semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Adalah diharapkan media seperti surat khabar, TV, Radio dan lain-lain bersifat lebih adil dan professional daripada masa-masa lalu. Saya mengharapkan media memberikan ruang yang sama rata kepada Anwar dan calon BN.

Jangan timbulkan fitnah, fakta tidak tepat, tuduhan melulu kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Saya harap janji Menteri Penerangan untuk berlaku adil dan saksama kepada kedua-dua calon dikotakan oleh beliau.

RTM sebagai media kepunyaan kerajaan mesti menunjukkan contoh terbaik kepada media lain.

Selain itu saya juga berharap SPR dapat benar-benar menjadi badan yang telus, adil dan boleh di percayai, tidak seperti sebelum ini SPR selalu dituduh menjadi kuda tunggangan BN dengan kewujudan pengundi hantu, nama pemilih yang bertindih dan sebagainya.

Apa yang membimbangkan kita ialah SPR dan Agensi-agensi kerajaan lain bersekongkol dengan BN untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim.

Saya mengharapkan BN benar-benar berlawan secara anak jantan kali ini. Pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos ini dan penamaan calon akan diadakan Sabtu depan iaitu 16 Ogos.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

HASRAT BN UNTUK RAMPAS KERAJAAN NEGERI PERAK BERKECAI ~ Ref Malaysiakini

Hasrat BN untuk merampas kerajaan Negeri Perak dengan cara memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihanraya bagi 3 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak berkecai.

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihanraya Umum. kerusi DUN Lubuk Merbau, DUN Kuala Sepetang dan DUN Kuala Kurau.

Ketiga-tiga DUN tersebut di menangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.
DUN Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.
DUN Kuala Sapetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.
Manakala di DUN Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak, menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.

Kesian Tajul Rosli dan Zambery 'putih mata' sekali lagi. Sudah bermacam usaha di jalankan oleh BN/Umno Perak untuk menumbangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin. Namun semuanya menemui jalan buntu. Jadi saya cadangkan Tajol dan Zambery supaya bersabar 3 atau 4 tahun lagi iaitu sehingga pilihanraya umum akan datang.

Sampai masa kamu berdua boleh masuk pilihanraya sekali lagi. Tapi takut juga nanti, kamu dua orang sama-sama tergolek macam rakan-rakan kamu yang di'pencen'kan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Cuma saya harapkan Tajol, Zambery dan rakan-rakan yang sewaktunya janganlah buat kacau lagi. Berpolitik secara bermoral dan beretika. Berlawanlah secara anak jantan.

KERJA KUAT UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN BN MELAKA - UST GHANI ~ Ref Malaysiakini

Paya Dalam, Ayer Molek : Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh rakyat Melaka supaya bangkit bekerja untuk menumbangkan kerajaan BN Melaka pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, kerajaan Melaka ternyata gagal mentadbir negeri ini dengan baik sehingga pelbagai masalah timbul yang menyebabkan rakyat semakin tidak selesa sekarang.

"Pentadbiran masjid kucar-kacir, wang masjid pun tak selamat kerana ditadbir oleh Pengerusi dan AJK Masjid yang tidak takut kepada Allah, apa yang dipentingkan ialah nafsu dan kepentingan sendiri".

"Di Selangor ada Setiausaha Masjid yang meletakkan jawatan kerana takut kena audit disebabkan mereka sendiri yang menyelewengkan duit masjid, setelah kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, ada Setiausaha yang menggelapkan duit masjid tidak mahu letak jawatan, bila kita nak panggil juruaudit luar, dia takut dan baru letak jawatan".

"Di Melaka ini apa kurangnya, kalau kita perintah nanti kita akan buat perkara yang sama dedahkan semua penyelewengan Umno dalam apa juga isu" tegas Ustaz Ghani.

Ustaz Ghani juga berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam jangan mendabik dada mengatakan BN akan terus memerintah Melaka sampai bila-bila.

"Siapa sangka Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, khurafat yang menyatakan hanya Umno, BN yang boleh memerintah sudah roboh, rakyat sudah faham, jadi tidak mustahil orang Melaka akan turut sama menumbangkan BN nanti".

"Ali Rustam jangan sombong, kita akan pastikan Pakatan Rakyat menang nanti, dah tak lama dah, lepas kerajaan Pusat kita pegang, Ali Rustam jadi kerajaan pembangkang, nanti baru dia rasa" tambah Ustaz Ghani dengan tegas.

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah bersama-sama dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Markas PAS Paya Dalam di sini malam tadi.

KRONOLOGI KES LIWAT ANWAR - Ref Malaysiakini

28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.

30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki.

1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.

8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.

15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

16 Julai : 10.05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.

17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis

21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. 30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.

30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.
7 Ogos : Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, dibebaskan dengan ikatjamin RM20,000 kesnya akan didengar semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Sept.
Sumber : Mstar

APA MOTIF SYED HAMID BERSUNGGUH-SUNGGUH PERTAHAN SAIFUL ~ Ref Malaysiakini

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam mempertikaikan pendakwaan ke atasnya. Beliau mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik."(Pertuduhan) ini fitnah khianat.", soalnya dengan tegas semalam di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Lantas persoalan Anwar ini dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang menyatakan bahawa Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku? "Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," kata anak Jaafar Albar ini kepada pemberita di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Persoalannya sekarang mengapa Med Albar begitu beriya-iya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Anwar. Ada apa-apa ke Med? Jangan engkau timbulkan prasangka orang ramai kepada engkau Med!!! Saya cadangkan Med balik Kota Tinggi pergi kempen di cawangan-cawangan supaya calonkan Med untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Tinggi sebab khabarnya Med kurang mendapat sokongan Umno cawangan.
Malah ada cawangan-cawangan di sana yang bergaduh, lebih baik Med damaikan mereka dan pastikan ahli-ahli Umno Bahagian Med bermesyuarat secara bertamadun.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya.

HATI-HATI DENGAN KHABAR ANGIN BERNIAT JAHAT ~ US NASA - Ref Malaysiakini

Paya Dalam : Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengingat seluruh rakyat Malaysia khasnya ahli-ahli PAS bersupaya sentiasa berhati-hati dengan khabar angin yang cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan ahli-ahli PAS.
"Kita mesti sentiasa cermat dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pihak lawan yang sebenarnua mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan PAS".

"Ahli-ahli mesti sentiasa merujuk kepada pimpinan bagi memastikan sesuatu isu yang dibangkitkan oleh media dan sesiapa juga supaya kita tidak terkeliru atau cepat membuat kesimpulan" kata Ustaz Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan.

Beliau merujuk kepada isu muzakarah yang baru-baru hangat diperkatakan sehingga terdapat ahli dan penyokong PAS yang keliru dan membuat tuduhan melulu kononnya PAS ingin bergabung dengan Umno.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, seperti yang dinyatakan oleh Presiden, tidak ada perbincangan dan perancangan untuk pergabungan PAS dan Umno, kita hanya membuat pertemuan biasa".

"Malangnya ada pihak-pihak tertentu yang memanipulasikan isu ini sehingga seolah-olah memperlihatkan PAS ingin bergabung dengan Umno"

"Kita sebenarnya mengenali Umno lebih dari Umno mengenali dirinya sendiri, kita masih ingat kezaliman Umno di Memali, Lubuk Merbau dan tempat-tempat lain".

"Tidak berbangkit langsung isu PAS dan Umno bergabung" katanya dengan serius.

Beliau menyatakan demikian ketika berceramah di Markaz PAS Cawangan Paya Dalam di sini malam tadi. Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek.

Ceramah ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat walaupun hujan turun dengan lebat pada sebelah siang dan renyai-renyai ketika ceramah berlangsung.

07 August 2008

SIAPA CAKAP BOHONG IMAM HADHARI ATAU MUFTI PERLIS? ~ Ref Malaysiakini

Semalam di Kampung saya, Kuala Lipis Imam Hadhari menafikan bahawa BN membuat tawaran kepada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh. Sebelum itu Mufti tersebut sendiri mengakui bahawa ada orang Umno yang menawarkan beliau mewakili BN pada pilihanraya kecil tersebut. Kenyataannya Asri disiarkan sendiri oleh akhbar pengampu Umno, Utusan Meloya (Malaysia).
Siapa yang cakap bohong? Imam Hadhari atau Mufti Perlis. Persoalannya takkan Mufti Perlis bercakap bohong atau mungkinkah Imam Hadhari bercakap bohong sekali lagi. Adakah Imam Hadhari mempunyai hobi baru iaitu bercakap bohong.
Saya belum pernah lagi mendengar Mufti Perlis bercakap bohong secara terang-terangan. Tetapi semua rakyat Malaysia masih ingat bahawa Imam Hadhari membohongi rakyat Malaysia (Bohong atas darat) bila menyatakan Parlimen tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat. Tup tup keesokannya harinya beliau sendiri mengumumkan pembubaran parlimen. Sah beliau seorang pembohong. Dalam hal harga minyak naik juga beliau didakwa berbohong. Maknanya sudah banyak kali Imam Hadhari berbohong.
Persoalannya adakah berbohong diHALALkan oleh Islam Hadhari. Atau adakah berbohong mendapat ganjaran pahala di sisi Islam Hadhari.
Jadi para pengunjung boleh membuat keputusan dan andaian sendiri siapa yang pelawok (berbohong dalam dialek Kelantan atau Pedooh dalam loghat Kampung saya), Mufti Perlis atau Imam Hadhari.

Saya pasti ramai di kalangan pengunjung sependapat dengan saya iaitu orang yang berbohong ialah @#$@ @#$%#@@.
Jadi saya harapkan selepas ini beliau tidak berbohong lagi.
Mufti atau Imam Hadhari adalah contoh ikutan rakyat. Maka pandai-pandailah bawa diri....Tuan berdua ni cerminan rakyat.

PELIK TAPI BENAR : DADAH BOLEH HILANG DALAM BALAI POLIS ~ Ref Malaysiakini

Mungkin kerana terlampau sibuk memikirkan bagaimana hendak memantau ceramah pembangkang dan membuat 'road block' di jalan-jalan menghala ke program pembangkang, pasukan Polis terlepas pandang sehingga banyak jenayah berlaku.
Malah barang yang tidak bernyawa di dalam Balai Polis pun boleh hilang. Mana perginya pengawal dan pegawai Polis yang bertugas menjaga balai. Kalau barang dalam balai boleh hilang dan lesap, apatah lagi barang yang tidak 'duduk' di dalam balai Polis.
Satu kes yang pelik berlaku sehari dua ini di Johor apabila berlakunya kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu yang menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta, Mac lepas. Ianya disahkan sendiri oleh Ketua Polis Johor Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
Apa nak jadi, apa nak jadi barang bukti dah 'cabut lari'?
Saya rasa inilah akibatnya kalau Polis sudah hilang fokus dan hala tuju. Banyak masa dan tenaga Polis sekarang ini digunakan untuk memantau kegiatan pembangkang dan pimpinannya. Akhirnya jenayah semakin meningkat dan membimbangkan.
Buktinya Ketua Polis Perlis, Ghazali Mohd Amin mendedahkan bahawa kes rogol meningkat sehingga lebih 85 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini di Perlis, khususnya peningkatan ketara kes rogol bawah umur yang katanya amat membimbangkan.

CERAMAH TIMBALAN PRESIDEN PAS YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA MALAM INI

Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan berceramah di Markaz PAS Paya Dalam, pukul 9.00 malam ini.
Ceramah ini dijangka menarik memandangkan banyak isu-isu semasa yang hangat sekaran ini. Antaranya isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat dan Isu Muzakarah PAS-Umno.
Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir.

PMTG PAUH : MARI BERLAWAN SECARA ANAK JANTAN - Ref Malaysiakini

Keputusan mahkamah yang membenarkan Anwar diikatjamin dan dibebaskan memungkin Anwar berlawan secara berdepan dengan BN.
Namun begitu saya mengharapkan BN akan lebih professional dan beretika semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Adalah diharapkan media seperti surat khabar, TV, Radio dan lain-lain bersifat lebih adil dan professional daripada masa-masa lalu.
Selain itu saya juga berharap SPR dapat benar-benar menjadi badan yang telus, adil dan boleh di percayai, tidak seperti sebelum ini SPR selalu dituduh menjadi kuda tunggangan BN dengan kewujudan pengundi hantu, nama pemilih yang bertindih dan sebagainya.
Apa yang membimbangkan kita ialah SPR dan Agensi-agensi kerajaan lain bersekongkol dengan BN untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim.
Saya mengharapkan BN benar-benar berlawan secara anak jantan kali ini.
Pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos ini dan penamaan calon akan diadakan Sabtu depan iaitu 16 Ogos.

ANWAR MENGAKU TIDAK BERSALAH, JAMINAN DIBENARKAN - Ref Malaysiakini

Ramai menjangkakan Anwar tidak akan dibenarkan untuk dijamin. Tetapi hakikat sebaliknya berlaku hari ini apabila Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta, SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000. Anwar juga tidak diminta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan di luar tabie.
Anwar tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Mantan timbalan perdana menteri itu kemudiannya menaiki lif mahkamah pada jam 9.52 pagi dipercayai untuk di bilik mahkamah.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.

Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat. Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.
Dengan jaminan ini, bermakna Anwar boleh bersama-sama berkempen pada pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dijadualkan berlansung pada 26 Ogos ini dan penamaan calon pada 16 Ogos.

BEBASKAN ANWAR TANPA SYARAT, UNTUK BERSIHKAN NAMA NEGARA - Ref Malaysiakini

Saya menggesa kerajaan Malaysia membebaskan Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tanpa syarat bagi membersihkan nama negara di persada antarabangsa.

Ini kerana sejak peristiwa tahun 1998, nama negara mula menjadi bertambah buruk, apabila banyak negara luar yakin bahawa tindakan ke atas Anwar Ibrahim adalah suatu konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau. Sangkaan ini akhirnya menjadi kenyataan Anwar kemudiannya dibebaskan dari tuduhan liwat setelah menjalani hukuman bertahun-tahun lamanya.

Selepas itu nama Malaysia bertambah buruk apabila seorang wanita Mongolia di bunuh di dalam negara kita menggunakan bom C4 yang dikatakan kepunyaan pihak keselamatan. Sehingga ini keluarga wanita Mongolia itu jelas tidak berpuashati dengan perjalanan perbicaraan kes tersebut yang disifatkan mereka ada yang tidak kena.

28 Jun lalu negara kita dan dunia antarabangsa dikejutkan pula dengan tuduhan liwat yang dilaporkan oleh bekas Pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan, 23 yang mendakwa diliwat bekas majikannya itu sebanyak 9 kali. Tidak lama selepas itu Anwar mendedahkan laporan seorang doktor Pusat Perubatan Swasta, Pusrawi yang memeriksa Saiful bahawa tidak kesan Saiful di liwat. Terdapat juga laporan blog yang menyatakan pemeriksaan yang dilakukan oleh Doktor Pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) juga mendapati tiada kesan Saiful diliwat.

Malangnya pihak Pejabat Peguam Negara tetap mahu meneruskan tuduhan terhadap Anwar walaupun laporan itu menunjukkan tiada kesan mangsa diliwat.

Anwar dalam persidangan medianya semalam, dengan tegas mahukan Perdana Menteri Abdullah Badawi bertanggungjawab sepenuhnya dengan kes ini kerana menurutnya, ada pihak di Pejabat Peguam Negara yang professional tidak mahu mendakwa beliau. Malangnya terdapat orang tertentu di Pejabat Perdana Menteri dan pihak keselamatan yang berdegil untuk meneruskan tuduhan ke atas Anwar. Kes ini akan didengar di Mahkamah Jalan Duta jam 10.00 pagi ini.

Anwar juga dalam sidang media sebelum ini, mendakwa tuduhan liwat ke atasnya ini adalah bertujuan untuk menafikan haknya untuk bertanding pada pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini. Selain itu menurutnya, tindakan adalah juga untuk menyelamatkan kerajaan BN dan Pak Lah yang terumbang-ambing sekarang.

Sekali lagi saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, merayu kerajaan Malaysia supaya membebaskan Anwar tanpa syarat demi nama baik negara di mata dunia.

06 August 2008

ISU LIWAT : ANWAR MAHU DOLLAH BERTANGGUNGJAWAB - Ref Malaysiakini

Sebelum ini Anwar Ibrahim jarang sekali mengaitkan Dollah Badawi dalam apa juga isu yang melibatkan beliau. Anwar seringkali dilihat cuba mengelak jika ada wartawan atau orang tertentu meminta beliau komen tentang keterlibatan Dollah dalam isu liwat ini. Sebaliknya Anwar sering mengaitkan Najib sebagai 'dalang' kepada konspirasi terhadapnya.

Namun hari ini mungkin ianya kemuncak kepada kesabaran Anwar apabila beliau menggesa Dollah bertanggungjawab terhadap isu ini. Mungkin Anwar tidak dapat menahan 'geram'nya kerana beliau di'jemput' ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta besok pada jam 10.00 pagi.

Memang dari awal lagi ramai berpendapat Dollah sebagai Perdana Menteri sudah tentu mengetahui siapa yang didakwa sebagai 'dalang' kepada konspirasi ini. Mustahil Perdana Menteri orang yang paling berkuasa tidak tahu atau tertidur atau buat-buat tidak tahu. Kalaupun AlNajib terlibat sudah tentu Dollah tahu atau diberitahu kerana ini perkara besar yang melibatkan imej negara dan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap pertuduhan liwat yang akan dihadapkan kepada penasihat PKR itu di mahkamah sesyen esok.

"Saya minta perdana menteri bertanggungjawab bagi kerosakan yang bakal dilakukan kepada negara ini dan integriti dan kehormatan orang Melayu," katanya di sidang media khas tentang kes mahkamahnya.

Polis tengah hari tadi menyerahkan notis bertulis di rumah Anwar memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok untuk mendakwanya bawah kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat PKR itu juga mendakwa beberapa individu di keliling perdana menteri bertegas mahu beliau dituduh di mahkamah, selain pegawai-pegawai polis walaupun pandangan profesional di pejabat Peguam Negara berbeza.

Anwar menuduh Abdullah berbuat demikian kepadanya demi menyelamatkan imejnya yang merosot teruk, termasuk gagal memajukan ekonomi Malaysia."Beliau sekarang membakar seluruh hutan demi menyelamatkan sebatang pokoknya sendiri," kata Anwar.

Kalau tidak silap saya mungkin ini kenyataan pertama Anwar terhadap Dollah berkenaan isu liwat ini.

Sekiranya dakwaan Anwar ini benar (ramai berpendirian bahawa ianya benar) maka amat malang sekali bagi negara kita kerana mempunyai Perdana Menteri yang tidak tegas dan tidak mahu menegakkan kebenaran. Jelas sekali Dollah lebih mementingkan kedudukan dan pangkatnya berbanding dengan kebenaran dan keadilan. Amat besar laknat Allah kepada orang yang menyembunyikan kebenaran lebih-lebih lagi ianya melibatkan perkara besar seperti tuduhan liwat ini.
Akibat dari tidak bercakap ada insan teraniaya, bukan sahaja diri Anwar teraniaya tetapi rakyat Malaysia menanggung sama. Ini kerana rakyat yakin Anwar mampu menyelamatkan negara dari kancah kehancuran akibat pemerintahan yang zalim, korup, tidak telus dan rosak yang sedang memerintah negara kita sekarang.

Dengan menganiaya Anwar umpamanya memenjarakan beliau bermakna negara kehilangan seorang negarawan yang disegani di dalam negara dan luar negara. Boleh dikatakan sehingga kini tidak seorang pun di dalam kerajaan sekarang yang dapat menandingi karisma dan kredibiliti Anwar.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia marilah kita semua mengerah tenaga dan keringat serta harta benda untuk kita bekerja keras menyedarkan rakyat tentang kebobrokan kerajaan BN dan pemimpinnya. Langkah terdekat yang perlu kita lakukan ialah membantu Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh agar beliau mendapat majoriti yang jauh lebih dari apa yang diperolehi Dato Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Selamat Berjuang untuk menegakkan kebenaran.

Salam Takziah kepada kospirator-konspirator (dan sesiapa yang bersubahat) yang jika benar mereka melakukan FITNAH INI, sudah tentu LAKNAT ALLAH akan menanti mereka jika TIDAK MAHU atau TIDAK SEMPAT BERTAUBAT.


KABINET KERAJAAN PAKATAN RAKYAT?? - Ref Malaysiakini



Apakah ini saf jemaah Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan nanti?
Gambar di atas : Kabinet bayangan yang saya ambil dari Blog YB M.Kulasegaran (Ahli Parlimen Teluk Intan)
Gambar kedua (bawah) : Kabinet bayangan yang saya ambil dari Blog Nik Hassan Azmi.
Apa pandangan anda.........Sila berikan komen. Mana lebih munasabah, telus dan adil?
Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih besar.

Mungkin ianya tidak memenuhi citarasa anda tetapi jangan takut ini hanyalah ilusi (khayalan) kawan kita yang menukilkan gambar ini.

PMTG PAUH : ANWAR AKAN HANTAR BAJU DAN SONGKOKNYA BERTANDING ~ Ref Malaysiakini

Sudah hampir pasti Anwar akan menghantar baju dan songkoknya sahaja yang akan bertanding pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Ini kerana beliau akan dihadapkan ke mahkamah jam 10.00 pagi esok.

Anwar akan dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan, Hakim akan menetapkan tarikh perbicaraan mengikut budi bicaranya. Apa yang pasti Hakim sudah tentu tidak akan membenarkan ikat jamin dan Anwar akan merengkok dalam tahanan sehinggalah hukuman dijatuhkan kelak.

Ini bermakna pada penamaan calon 16 Ogos sehinggalah ke hari pengundian pada 26 Ogos ini Anwar akan diwakili oleh songkok dan baju melayunya sahaja. Seperti yang pernah berlaku di dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini bagi calon-calon yang menjadi tahanan,hanya gambar songkok atau baju sahaja yang dibenar untuk dipamerkan di dalam poster calon (kalau saya tidak silap).

Maka semasa kempen nanti, BN akan memainkan isu liwat dan isu calon dalam tahanan sebagai senjata untuk mengubah minda pengundi. Sudah tentu mereka akan menayangkan filem-filem dan CD-CD yang sudah dimanipulasi untuk menyakinkan pengundi bahawa Anwar memang bersalah.

Selain itu BN juga akan cuba menimbulkan isu bahawa jika Anwar menang rakyat Permatang Pauh akan rugi kerana wakil rakyat mereka tidak dapat berkhidmat kerana berada di dalam penjara.

Maka jentera Pakatan Rakyat mesti bersedia untuk menangkis serangan BN yang sudah tentu tidak menghiraukan dosa dan pahala serta etika semasa berkempen. BN sudah semestinya akan menggunakan senjata tradisional mereka iaitu media, wang ringgit, projek segera, pembangunan, samseng dan sebagainya.

Namun BN kena ingat bahawa rakyat sudah matang dan cerdik dalam membaca strategi dan mainan politik BN. Walaupun Anwar ditahan saya yakin rakyat akan tetap memberikan sokongan kepada Anwar lebih-lebih dalam saat Anwar dianiaya seperti sekarang. Sudah pasti undi simpati akan melonjak berbanding dengan pilihanraya umum 2008.

Selamat Berjuang kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. Pastikan kita akan menemui semua pengundi Permatang Pauh untuk menerangkan kepada mereka bahawa keputusan Pilihanraya Permatang Pauh sangat penting bukan hanya kepada mereka bahkan kepada seluruh rakyat. Kemenangan Anwar dengan majoriti yang lebih besar kali ini sudah tentu akan merubah landskap politik tanahair.

ANWAR DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH ESOK : 'FILEM HINDUSTAN BERMULA' - Ref Malaysiakini

Seperti dijangka, hari ini diumumkan tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, esok Anwar akan didakwa di Mahkamah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Polis menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 10 pagi esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.
Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini. SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.
Jelas sekali seolah-olah semua ini dirancang dengan rapi. Kemungkinan besar Anwar tidak akan dibenarkan ikat jamin. Jika ini benar-benar berlaku maka Anwar akan bertanding pada pilihanraya kecil dengan keadaan beliau ditahan di dalam penjara sehingga menunggu tarikh perbicaraan terhadap kes ini. Hakim akan memutuskan tarikh perbicaraan samada besok atau kemudiannya.
Manakala jika nanti Anwar didapati bersalah dan hukuman yang dijatuhkan kepadanya melebihi had tertentu dari segi jumlah denda dan jangkamasa tahanan maka kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen akan terlucut secara automatik. Maka pilihanraya kecil terpaksa diadakan sekali lagi. Bukankah ini membazirkan wang rakyat?

PMTG PAUH : PENAMAAN 16 OGOS, PENGUNDIAN 26 OGOS ~ Ref Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan bahawa Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 16 Ogos (Sabtu) dan Pengundiaan pula akan dilangsungkan pada 26 Ogos (Selasa).

Ini bermakna SPR memperuntukkan selama 10 hari untuk berkempen. Pengerusi SPR, Abdul RaSHIT Abdul Rahman mengumumkan demikian selepas mesyuarat SPR hari ini.
SPR juga mengumumkan terdapat 57,969 orang pengundi mengikut daftar pemilih terbaru termasuk 490 orang pengundi Pos.

Apa yang menariknya hari penamaan calon tersebut jatuh pada masa yang sama dengan muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung di Ipoh bermula pada 13 Ogos hingga 17 Ogos. Di mana muktamar dimulakan pada 13 dan 14 Ogos iaitu Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat.
Adalah dijangkakan lebih ramai ahli-ahli PAS yang akan bersama-sama hadir pada hari penamaan calon kerana sememangnya mereka sudah berkampung di Ipoh selama beberapa hari sebelum itu.
Pilihanraya ini dijangka sengit kerana BN sudah awal-awal lagi merendah diri dan sudah pasti mereka akan menggunakan apa juga taktik kotor untuk mengalahkan Pakatan Rakyat.

PRK PTG PAUH : BN TEMPAH MAUT JIKA LETAKKAN JALIL SEBAGAI CALON - Ref Malaysiakini

Ramai pemerhati politik yakin bahawa hasrat Umno Bahagian Permatang yang mahukan Ketua Bahagiannya Abdul Jalil Abdul Majid menjadi calon BN menentang Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai menempah maut.

Alasannya 'simple' sahaja, Abdul Jalil tidak popular di kalangan rakyat malah beliau merupakan calon recycle kerana pernah tewas pada pilihanraya umum sebelum ini.

"Kalau Jalil lebih baik Pirdaus, sekurang-kurangnya dia ada ilmu agama dan muda"

"Jalil ini saya rasa ramai orang tak suka, kalau pengundi akar umbi suka sudah tentu dia menang di DUN Penanti menentang calon muda PKR, Fairus Kamaruddin pada pilihanraya umum lalu" keluh salah seorang pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya dari cakap-cakap di Kedai Kopi rata-rata rakyat Permatang Pauh merasakan Anwar mempunyai kelebihan bagai langit dengan bumi berbanding Jalil. Mereka merasakan peratusan untuk PKR menang ialah 70:30 sekarang berbanding 60:40 jika bukan Jalil yang bertanding.

Malah lebih teruk lagi ada yang beranggapan, Ezam sendiri lebih baik dari Jalil kerana keupayaan Ezam berpidato dan karisma Ezam lebih hebat dari Jalil.

Nampaknya BN semakin pening untuk memilih siapa yang layak untuk menentang Anwar. Semalam Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Rashid Abdullah memberitahu bahawa seramai 5 orang anak tempatan telah dikenalpasti sebagai antara bakal-bakal calon yang sedang dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan BN.

Hari ini Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Ahmad Sahar Shuib pula secara terbuka mencadangkan Ketua mereka Abdul Jalil Abdul Majid menjadi calon BN.

Nampaknya Umno dan BN masih buntu untuk mencari calon yang sesuai.

Jadi terbaik ialah tarik diri dan beri kemenangan percuma kepada Pakatan Rakyat.

PENGAWAL KESELAMATAN LULUS SARJANA : SEMANGAT WAJA YANG WAJAR DICONTOHI ~ Ref Malaysiakini

Semangat tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa membuahkan kejayaan kepada seorang pengawal keselamatan berusia 55 tahun apabila beliau memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Malaya (UM) hari ini.

Biarpun mengalami pelbagai rintangan sepanjang enam tahun tempoh pengajian dalam bidang sejarah, pengawal keselamatan berkenaan, Lim Kim Peu (gambar), akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya.

Pagi ini, Kim Peu menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini.

Kim Peu yang masih bujang mula mengikuti program pengajian jarak jauh ijazah sarjana di UM pada 2002 dan sepanjang tempoh itu beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Melaka.
Kim Peu memberitahu Utusan Malaysia, dengan pendapatan RM500 sebulan, beliau terpaksa menggunakan sebahagian besar wang gajinya untuk membiayai kos pengajian di UM.

“Wang memang merupakan satu masalah. Saya menghabiskan sebahagian besar daripada gaji saya untuk membayar yuran, tetapi itu pun tidak mencukupi.

“Nasib baik pihak universiti bertimbang rasa dan membenarkan saya membayar yuran secara ansuran,” katanya.

Pengorbanan Kim Peu itu berbaloi apabila baru-baru ini beliau berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Melaka selepas lulus pengajian peringkat sarjana.

Lelaki yang berasal daripada keluarga buruh kasar di Merlimau, Melaka itu hanya menamatkan pelajarannya sehingga darjah enam. Pada 1971, beliau bekerja sebagai tukang sapu pada usia 18 tahun.

“Kerja sebagai tukang sapu memang susah dan kotor. Ramai orang menghina dan memandang rendah terhadap saya kerana pekerjaan itu.

“Keadaan itulah yang mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Dengan belajar sendiri, Kim Peu berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan enam di sekolah swasta sebelum ditawarkan mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1980.

Pengajian Kim Peu di USM dihabiskan dalam tempoh lapan tahun dan beliau merupakan pelajar yang mengambil masa paling lama untuk menamatkan pengajiannya.
“Pada 1980, saya masih seorang tukang sapu. Banyak masalah dihadapi. Gaji saya ketika itu cuma RM130 dan saya terpaksa menyara keluarga.

“Bagaimanapun, dengan semangat tinggi, saya tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar dan akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun mengambil masa selama lapan tahun,” katanya.

Menurut Kim Peu, sepanjang tempoh pengajiannya dari dulu hingga kini, beliau tidak pernah makan atau minum di luar.

“Saya terpaksa menjimatkan wang. Makanan segera seperti ayam KFC, McDonald’s atau minuman Coca-Cola tidak pernah saya jamah kerana wang perlu disimpan untuk meneruskan pelajaran,” ujarnya.

Demi mengubah nasibnya, Kim Peu memilih untuk meneruskan pelajaran selepas beberapa tahun lulus ijazah pertama di USM. Beliau kemudian diterima untuk mengikuti kursus sarjana pengajian sejarah di UM.
~ Utusan Meloya

LAPORAN TERHADAP PAK LAH DAN ALNAJIB AKAN DI'BAKULSAMPAH'KAN? - Ref Malaysiakini

Apakah laporan Polis terhadap salah laku Imam No 1 & 2 Islam Hadhari akan dibakulsampahkan oleh Polis dan Peguam Negara serta BPR seperti laporan-laporan terhadap pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini?

Ramai berpendapat bahawa laporan ini akan mengalami nasib yang sama sebagaimana laporan terhadap Rafidah Aziz, Khir Toyo dan lain-lain. Jangankah dibawa ke mahkamah mereka-mereka yang dituduh ini ramai yang langsung tidak dipanggil untuk disiasat.
Hebat betul pemimpin-pemimpin ini, mereka mempunyai imuniti yang lebih hebat dari Raja-Raja Melayu yang diragut imuniti mereka oleh Mahathir dalam kes pindaan perlembagaan tahun 90-an dulu.

Ramai berkeyakinan bahawa janji-janji Pak Lah untuk membenteras rasuah dan penyelewengan hanyalah omongan kosong untuk menarik perhatian rakyat dan dunia luar. Sedangkan perlaksanaannya tiada bezanya dengan zaman Mahathir malah kemungkinan besar teruk lagi. Sebab itu indeks rasuah CPI negara semakin menyedihkan merudum sehingga ke tahap memalukan.

Semalam Pak Lah dan ALnajib didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin veteran Umno.

Malaysiakini melaporkan bahawa antara 50 hingga 60 ketua cawangan Umno di bahagian Petaling Jaya Selatan sedia tampil memberikan keterangan berhubung dakwaan presiden parti itu dan timbalannya "menyalahgunakan kuasa" awal bulan lalu.

Ketua bahagian berkenaan Datuk Abu Zahar Hashim mendakwa pengumuman peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak di depan semua pemimpin Umno "memberi kesan yang menguntungkan" dua pemimpin tertinggi itu.Ucapan itu dibuat di depan ketua bahagian, cawangan dan tiga sayap Umno dari seluruh negara di ibu pejabat parti itu 10 Julai lalu.

Di majlis tersebut, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010.Abu Zahar Hashim berkata pemimpin-pemimpin di bahagiannya sanggup menjadi saksi berhubung dakwaannya jika ada siasatan pada bila-bila masa."Sebenarnya 103 ketua cawangan Umno dalam bahagia Petaling Jaya Selatan menghadiri taklimat tersebut termasuk saya sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengesahkan suratnya bertarikh 11hb Julai lalu yang dihantar kepada kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Berdasarkan surat terbuka itu yang kini beredar luas di internet, bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).Laporan tersebut dibuat oleh Mazlan di pejabat BPR Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi semalam.

Dalam suratnya, Zahar berkata, tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi.""Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.Terdahulu dari pertemuan itu, kata Zahar lagi, Abdullah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan."Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya dalam surat tersebut.Sementara itu, seorang pemimpin Umno berkata, tindakan melaporkan kepada BPR itu dibuat setelah Lembaga Displin Umno tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menyiasat dakwaan tersebut.

Seorang pemimpin akar umbi Umno dari Muar, Datuk Kadar Ninam Shah yang hadir sama di BPR berkata, jika BPR masih tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tertentu, tindakan susulan akan dibuat."Bagaimanapun, saya tidak menjangka BPR akan menyiasat perdana menteri atau timbalan perdana menteri," katanya.

BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA ANWAR - Ref Malaysiakini

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail mencadangkan BN supaya tidak meletakkan calon menentang Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Menurutnya tidak ada gunanya BN meletakkan calon jika BN sendiri tidak yakin untuk menang.

Malah katanya, setakat ini dua orang pemimpin Umno sendiri mencadangkan BN memboikot pilihanraya tersebut iaitu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad.

"BN menyatakan perletakkan jawatan Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh adalah membazirkan wang rakyat kerana SPR terpaksa mengeluarkan belanja untuk mengadakan pilihanraya kecil, jadi inilah masanya BN mengotakan kata-katanya iaitu menjimatkan wang dengan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar, jadi pilihanraya tidak perlu diadakan".

"BN tidak perlu menyusahkan rakyat dengan meletakkan calon pada pilihanraya, bila ada pilihanraya mungkin urusan harian rakyat di sana terganggu sedikit kerana akan ramai yang terlibat dengan kempen, duit rakyat habis untuk kerja-kerja kempen pilihanraya dan juga belanja SPR mengendalikan pilihanraya kecil ini" kata Bahiki yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

BN dilaporkan begitu susah untuk mencari calon yang sesuai untuk menentang Anwar. Malah BN menawarkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin untuk menjadi calonnya dalam pilihanraya kecil ini. Selain Asri beberapa orang lagi yang menawarkan diri untuk menjadi calon BN ialah bekas calon BN kerusi parlimen Permatang Pauh bagi pilihanraya 2004 dan 2008, Datuk Pirdaus Ismail dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid serta juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong berikutan perletakkan jawatan penyandangnya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut. Wan Azizah memenangi kerusi ini mengalahkan Pirdaus masing-masing dengan majoriti 13,388 dan 590 undi pada tahun 2008 dan 2004.

BLOGGERS MELAKA SEPAKAT DEDAHKAN KELEMAHAN, KEZALIMAN DAN PENYELEWENGAN BN - Ref Malaysiakini

Semabok : Para Bloggers negeri Melaka sepakat untuk mendedahkan kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN khasnya BN Melaka. Cadangan tersebut diberikan oleh Webmaster Tranungkite, Greenboc ketika membentangkan kertas kerja beliau pada Seminar Blogger Melaka di Pejabat Perhubungan PAS Melaka di sini Ahad lalu.
"Para bloggers mesti lebih rajin dan berani mendedahkan kelemahan, penyelewengan dan kezaliman BN terhadap rakyat, kita juga mesti rajin membuat kajian dan rujukan supaya tulisan kita mempunyai maklumat yang tepat, betul dan terkini"

"Laman-laman blog masing-masing juga mesti sentiasa dikemaskini supaya ianya sentiasa mengikut peredaran masa dan sentiasa sesuai dengan isu-isu terkini samada politik, ekonomi dan sosial" katanya yang juga merupakan Pengendali Radio Tko.

Sementara itu seorang Bloggers yang dikenali sebagai Wak Jembal berkata, bloggers negeri Melaka mesti bersatu dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain bagi memastikan ianya dapat disalurkan di dunia blogger yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia sekarang.

"Saya cadangkan semua kawasan dan dewan-dewan mempunyai blog masing-masing bagi melaporkan aktiviti dan isu-isu semasa yang berlaku di setiap kawasan maupun cawangan-cawangan" katanya dengan semangat.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Zaili Mohamad Imbiah dalam ucapannnya semasa seminar tersebut melahirkan rasa syukur di atas sambutan blogger pada program tersebut. Beliau berharap seminar ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mempertingkat lagi kemahiran para bloggers dari segi teknikal dan juga cara penulisan dan penyampaian mereka.

Dua kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar anjuran Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tersebut iaitu asas penulisan berita yang disampaikan oleh Pemberita Kanan Harakah, Haji Roslan Hamid (LanH) dan Bagaimana 'Membina dan Menguruskan Blog' oleh Greenboc. Antara Bloggers Melaka yang hadir ialah Yuzi (jasindaily.blogspot.com), Sebol (sebolku.blogspot.com); Assirkami (assirkami.blogspot.com), Mutaligat (mutaligat.blogspot.com), Professor Hamirdin Ithnin (hamirdin.blogspot.com), Kamaruddin Sidek (kbsn26.blogspot.com) dan lain-lain.

PTG PAUH : PAS MELAKA TURUN HABIS-HABISAN - Ref Malaysiakini

Semabok : Jentera Pilihanraya PAS seluruh negeri Melaka akan turun habis-habisan bagi membantu jentera Pakatan Rakyat pada Pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh nanti. Semua jentera PAS Melaka tidak kira PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama' sentiasa bersedia untuk turun membantu PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat pada setiap kali pilihanraya kecil. Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata jentera PAS Melaka sekarang ini hanya menunggu semboyan dari pimpinan untuk turun berkampung di Permatang Pauh.

"Kami bersedia untuk ke sana bila-bila masa dari sekarang walaupun penamaan calon masih belum dilakukan, malah kebiasaannya kami akan turun lebih awal untuk menyelaraskan kerja-kerja pilihanraya antara jentera PAS Melaka dan jentera pilihanraya tempatan". "Saya juga yakin bahawa jentera PAS Melaka sudah bersedia bila-bila masa untuk dikerah berkampung di Permatang Pauh sepanjang masa kempen pilihanraya ini. PAS Melaka juga sudah berpengalaman dalam membantu kerja-kerja pilihanraya kecil di mana kita sudah terlibat secara langsung dalam setiap pilihanraya kecil sebelum ini."

"Saya sendiri biasanya akan mengetuai jentera PAS Melaka sebelum penamaan sehinggalah selesai pilihanraya, kita akan menyediakan satu pasukan mantap terdiri dari semua golongan samada veteran, pemuda dan muslimat" katanya ketika ditemui di sini Rabu lalu. Malah, katanya jentera PAS Melaka sudahpun mengenalpasti kelemahan dalam pilihanraya umum lalu.Langkah pembetulan yang dirancang dalam 'post mortem' itu akan dipraktikkan di Permatang Pauh.

Pihak Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka akan merancang pembahagian tugas-tugas kempen mengikut kawasan-kawasan dan dewan-dewan. Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat mesti mendapatkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar bagi membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat benar-benar telah menolak mereka kerana sikap zalim menindas rakyat.

ISU MUZAKARAH SELESAI, AHLI DIMINTA JANGAN BIMBANG - Re Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, isu muzakarah telah selesai dengan pengumuman bahawa tidak ujud sebarang muzakarah dengan Umno.

"Ahli diminta tidak bimbang kerana Presiden telah menegaskan bahawa muzakarah dengan Umno tidak pernah di adakan samada sebelum ini atau selepas ini, yang ada hanyalah pertemuan biasa di antara pimpinan PAS dan Umno, di mana tidak sebarang keputusan di buat".

"Isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk memecahkan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dan juga mengujudkan suasana haru biru dalam PAS sendiri. Pak Lah sendiri yang membesar-besarkan isu ini" kata Ustaz Ghani.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat khas isu semasa kepada seluruh kepimpinan PAS Kawasan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Semabok malam tadi.

Dalam taklimat tersebut beberapa orang ahli PAS akar umbi yang hadir mencadangkan kepada kepimpinan PAS Pusat supaya bertindak cepat dalam apa juga 'serangan' yang dibuat oleh Umno.

"Saya rasa pimpinan PAS agak lambat dalam menangani isu muzakarah ini sehingga timbul keresahan di kalangan ahli-ahli PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat".

"Pimpinan PAS sepatutnya awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tidak ada sebarang muzakarah yang telah atau akan berlangsung antara PAS dan Umno" kata Jauhar Md Dawi, Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Menurut Ustaz Ghani, ahli-ahli PAS tidak perlu lagi mengungkit isu ini kerana ianya telah selesai dan Umno juga telah terpukul dengan isu ini apabila parti-parti komponen BN seperti Gerakan dan MCA mula mempersoalkan keihklasan Umno dalam muzakarah ini. Gerakan mahukan semua parti-parti komponen diajak sama-sama berunding bukannya Umno dan PAS sahaja.

Program taklimat itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pimpinan PAS Kawasan-kawasan dan Dewan-Dewan.

05 August 2008

PTG PAUH : SIAPA SELEPAS ASRI AKAN DITAWARKAN JADI CALON BN ~ Ref Malaysiakini

Selepas Mufti Perlis menolak mentah-mentah tawaran BN untuk menjadi calon parti busuk itu pada pilihanraya kecil Permatang Pauh siapa pula yang akan ditawarkan untuk menggantikannya.?

Dalam keadaan teraba-raba ini mungkin juga BN dan Umno akan membuat beberapa tawaran yang hebat dan tidak masuk akal. Kepada sesiapa yang merasakan dirinya hebat dan boleh menyaingi Anwar silalah hubungi Pejabat Umno di PWTC atau Pejabat Umno Pulau Pinang untuk menawarkan diri masing-masing.

Saya cadangkan Umno membuat iklan di surat khabar bagi mencari calon sesuai. Mungkin Umno boleh memasuki item-item di bawah ini untuk dimasukkan dalam iklan tersebut.
Umur : 25 - 65 tahun
Kelulusan : Tidak berapa penting asalkan boleh membaca dan mengira undi hantu. Kalau ada ijazah dan berkeupayaan membelit akan diutamakan.
Keterampilan/Perawakan : Mesti boleh berlakon alim, samseng dan boleh bergaul dengan semua orang dalam apa juga program seperti program kemasyarakatan, keagamaan, konsert, dangdut dan sebagainya.
Kefasihan Bercakap : Pandai berjanji dan licik menipu diutamakan.
Lain-lain skil : Kaki pembodek, Yes Man, boleh ke sana ke mari, program agama boleh, program maksiat pun boleh.
Kriteria yang lain boleh difikirkan sendiri oleh Jawatankuasa pemilihan calon Umno dan BN.
Di sini saya juga mencadangkan kepada Pak Lah supaya mempertimbangkan nama-nama berikut untuk dipilih sebagai calon BN. Mungkin mereka ini boleh menggugat kepopularitian Anwar dan memberikan saingan sengit kepada Anwar.
Antara yang saya cadangkan ialah :-
1) Pelawak-pelawak terkenal berasal dari Pulau Pinang yang boleh membuat persembahan lawak semasa berkempen dan dapat menarik sokongan rakyat.
2) Pelakon jelita dan sedang popular. Mungkin dengan kejelitaan pelakon tersebut dapat menyaingi Anwar. Tak silap saya ada seorang pelakon popular berasal dari Seberang Jaya yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang mungkin dijadikan calon BN.
3) Pengarah filem terkenal berasal dari Pulau Pinang. Mungkin beliau boleh membuat janji kepada pengundi Permatang Pauh mengundi beliau dan balasan beliau akan membuat filem khas untuk orang Permatang Pauh.
Apa macam dengan cadangan saya. Logik tak. Bukan apa saya nak bantu BN dan Umno sebab nampak gayanya tak ada calon yang sesuai.

PTG PAUH : KALAU TIDAK ADA CALON SESUAI LEBIH BAIK TARIK DIRI ~ Ref Malaysiakini

Saya sangat simpati kepada Umno dan BN yang nampaknya terkial-kial mencari calon yang sesuai untuk menentang Anwar Ibrahim pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sehingga ke hari ini nampaknya Umno buntu untuk mendapatkan calon yang layak. Bukan sahaja mereka tidak ada calon yang setanding dengan Anwar malah calon yang 'boleh tahan' pun mereka tidak ada.

Ini kerana kebanyakan nama-nama yang disebut-sebutkan untuk bertanding adalah calon 'recycled' yang tewas pada pilihanraya umum lalu atau sebelumnya. Ada juga antara nama-nama tersebut ditolak oleh Umno Bahagian Permatang Pauh siang-siang lagi atas faktor orang luar atau mungkin faktor lain-lain.

Siapa calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding?

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh - Abdul Jalil Abdul Majid
Calon 'Recycled' tewas pada pilihanraya umum lalu di DUN Penanti. Meletakkan Jalil sebagai calon samalah menghulurkan tengkuk kepada Anwar.

Exco Pemuda Umno Malaysia - Pirdaus Ismail
Imam 'Pencen' ini sudah dua kali tewas kepada Dato' Seri Wan Azizah, ramai berkeyakinan bahawa jika Pirdaus diletakkan sekali lagi menjadi calon, BN akan tewas dengan majoriti yang lebih besar kerana semua pengundi telah mengenali siapa Pirdaus sebenarnya. Peristiwa menyepak peti undi masih segar dalam ingatan mereka.

Bekas Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh - Ahmad Saad
Umno Bahagian sudah tentu tidak bersetuju dengan pencalonan Ahmad Saad yang juga merupakan penyokong kuat Anwar suatu ketika dahulu. Ahmad Saad sendiri seolah-olah tidak yakin untuk menentang Anwar. Beliau juga pernah tewas dalam pilihanraya umum.

Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan - Ezam Mohd Nor
Ditolak awal-awal lagi oleh Umno Bahagian dengan alasan beliau adalah orang luar dan calon payung terjun. Malah ada yang mencurigai kesetiaannya kepada Umno.

Mufti Kerajaan Negeri Perlis - Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Anak tempatan. Tetapi beliau telah menolak tawaran Umno, malah kemungkinan besar Imam Hadhari sendiri tidak bersetuju dengan pencalonannya disebabkan Asri lantang mengkritik Imam Hadhari yang mengalungkan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

Ketua Umno Bahagian Batu Kawan - Dr Ibrahim Saad
Juga bekas penyokong kuat Anwar. Namun rekodnya dalam politik juga kurang baik. Tewas di tangan Wan Azizah pada pilihanraya umum 1999.

Jadi siapa lagi yang Umno ingin ketengahkan sebagai calon? Kalau susah-susah saya cadangkan Umno memberikam kemenangan percuma kepada Anwar kerana kalau BN meletakkan calon sekalipun BN akan tewas. Lebih baik BN jimatkan belanja masa dan tenaga untuk tumpukan kegiatan kepada mempertahankan kerajaan BN yang boleh diibaratkan bagai Telur Dihujung tanduk sekarang.

Jelas sekali inilah kali pertama dalam sejarah Umno dan BN begitu susah untuk mencari calon yang sesuai untuk mewakilinya pada pilihanraya kecil. Seingat saya perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah kepimpinan Umno juga jelas awal-awal lagi sudah mengangkat bendera putih.

Kepada pemimpin Umno dan BN saya inginkan ucapkan "Selamat Memberikan Kemenangan Percuma Kepada Pakatan Rakyat".

NO 1 & 2 PUN TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN KUASA, SIAPA LAGI YANG BERSIH DALAM UMNO? ~ Ref Malaysiakini

Hari ini tercipta lagi satu sejarah dalam Umno apabila Presiden dan Timbalan Presidennya pun didakwa terlibat dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan laporan polis dibuat terhadap kedua-dua Imam Besar Islam hadhari ini.

Jadi kalau kedua-dua Imam Besar ini pun didakwa menyalahgunakan kuasa, siapa lagi agaknya di dalam Umno ini yang bersih dan suci. Orang yang 'maksum' macam Imam Besar Islam Hadari, Pak Lah pun di tuduh sedemikian rupa. Apatah lagi pemimpin-pemimpin Umno yang tidak pernah mendapat jolokan Mr Clean sudah tentu mereka lagi teruk.

Hari ini Bekas Exco Pemuda Umno, Dato' Mazlan Dato' Harun membuat laporan tersebut tanpa takut dan segan silu kepada Pak Lah dan Najib.
Mazlan ke ibu pejabat BPR Kuala Lumpur pagi tadi untuk menyerahkan surat ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, kapten (B) Datuk Zahar Hashim.
Berdasarkan bahan-bahan yang tersebar di internet, Abdullah hadir di majlis bersama pemimpin cawangan mulai Mei dengan pembiayaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kementerian berkenaan.
Pertemuan presiden Umno dengan belasan ribu ketua cawangan beberapa bulan lalu yang didakwa menggunakan wang Kementerian Penerangan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini. Laporan tentang pembabitan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu berdasarkan aduan seorang pemimpin bahagian kepada Lembaga Disiplin parti itu pada 11 Julai lalu.

Inilah akibatnya apabila kita tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan. Seringkali kita tersasar dari landasan sebenar. Lebih-lebih lagi orang dikiri kanan kita yang diharapkan menegur dan memberikan nasihat kepada kita semuanya 'Yes Man' dan kaki ampu. Mereka sudah pasti tidak berani menegur dan memberi nasihat. Mereka hanya ampu sini ampu sana. Akhirnya pemimpin jadi syok sendiri dan parti hancur.

MRR2 : SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB KALAU NYAWA TERKORBAN AKIBAT MRR2 RUNTUH? ~ Ref Malaysiakini

Jabatan Kerja Raya memberi jaminan bahawa MRR2 yang telah dua kali retak adalah selamat digunakan. Namun jaminan ini tidak dipercayai 1005 oleh pengguna jalanraya yang sering melalui MRR2 sebelum ini.
Siapa yang tidak risau apabila MRR2 ini sudah kali retak. Sudah tentu kawan-kawan kita yang melaluinya berasa ngeri untuk menggunakannya. Macam-macam perkara buruk mungkin bermain di dalam kotak fikiran mereka.
Semalam Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I Datuk Ir Mohamad Husin berkata , pengguna Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak perlu bimbang menggunakannya kerana strukturnya masih utuh.
"JKR ingin mengesahkan struktur jejambat MRR2 itu selamat digunakan," katanya dalam satu kenyataan.
"Tiada keretakan baru dilaporkan atau keretakan lama yang timbul semula seperti yang dilaporkan sebelum ini," katanya, lapor Bernama.
"Kontraktor akan memulakan kerja awal untuk memperbaiki retakan lekang di tiang sambut 28 di MRR2 esok."
Saya mendoakan MRR2 akan tetap kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohamad Husin. Kita tidak sanggup melihat tragedi yang tidak diingini berlaku keatas kawan-kawan yang menggunakannya.

Namun saya ingin mengulangi sekali lagi agar siasatan menyeluruh dilakukan oleh Badan Bebas bagi mengenalpasti punca kerosakan dan juga melaporkan kepada BPR dan rakyat Malaysia jika ada sebarang unsur penyelewengan dalam pemberian tender pembinaan, khidmat nasihat dan pembaikian MRR2.
Kita tidak mahu ratusan juta duit rakyat lebur begitu sahaja.

MAHATHIR TAK PERCAYAKAN NAJIB LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Tun Mahathir mula sangsi dengan kredibiliti Najib untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Mahathir mula mengalih pandangan kepada regu Ku Li-Rais bagi menggantikan Pak Lah-Najib.
Nampaknya Tun M semakin terbuka sekarang. Bukankah Ku Li-Rais adalah bekas Presiden dan Timbalan Presiden Arwah Parti Melayu Semangat 46 (S46). Namun oleh kerana kebencian Tun M kepada Pak Lah sanggup Tun M melupakan api permusuhan beliau dengan Ku Li yang pernah menentangnya sehingga Umno diharamkan pada tahun 1987.
Tun M terus menyerang Pak Lah. Hanya kesihatan beliau sahaja yang kadang-kadang mengendurkan serangan beliau. Apabila beliau sihat sahaja maka meriam katak, senapang gajah atau bom tangan beliau dihalakan kepada Pak Lah.
Semalam Tun M secara terbuka menyatakan bahawa ramai pemimpin Umno yang berkelayakan untuk menggantikan Pak Lah.
"Pemimpin yang tidak dipengaruhi oleh keluarganya, pemimpin yang sanggup berkorban untuk memastikan kelangsungan Umno didalam BN. Salah seorang darinya ialah Rais (Yatim). Mungkin Razaleigh menjadi Presiden dan Rais Timbalan Presiden" kata Mahathir dipetik dari Malaysiakini.
Jelas sekali Tun M sudah mula tidak mempercayai Najib yang dilihat hanyalah 'Yes Man' kepada Pak Lah.

POPULARITI MERUDUM : INILAH MASA UNTUK IMAM HADHARI LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas, Merdeka Centre jelas membuktikan bahawa populariti Imam Hadhari merudum teruk. Namun masalahnya Imam Hadhari masih tidak sedar diri dan masih ingin meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Malah beliau seolah-olah memperkecilkan hasil kajian tersebut. Sepatutnya Imam Hadhari memandang serius akan fakta ini kerana ianya membabitkan maruah dan populariti beliau. Mana mungkin seorang Perdana Menteri yang waras dan sedar boleh bersikap sambil lewa terhadap kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.
Bukti yang beliau tidak mengambil berat tentang kepopularitiannya ialah apabila diajukan soalan berkaitan hal tersebut beliau menjawab,"Saya? Adakah Merdeka Center menulis dengan betul?"
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tinjauan itu yang mendapati beliau mendapat 42 peratus sokongan sahaja bulan lepas berbanding 91 peratus pada penghunung 2004.
Jelas sekali bahawa kita sekarang mempunyai Perdana Menteri yang tidak popular dan tidak mendapat sokongan ramai. Dengan kata lain Perdana Menteri kita sekarang adalah Perdana Menteri yang lemah dan tidak bermaruah. Jika beliau seorang yang bermaruah sudah tentu beliau akan mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan dan menyerahkan jawatannya kepada orang yang lebih mendapat kepercayaan rakyat.
Saya mengharapkan Imam Hadhari segera memikirkan perkara ini semasak-masaknya. Saya bimbang negara luar akan memandang sinis kepada negara kita kerana mempunyai pemimpin yang lemah dan tidak ada maruah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter