.

.

02 October 2014

BERSYUKUR DENGAN KESENGSARAAN, LINGKUP KALAU IKUT AJARAN HASSAN MALEK

Menteri paling cerdik dalam kabinet Najib sekarang, Hassan Malek atau Hassan cap ayam berkata rakyat seharusnya bersyukur dengan dengan langkah penjimatan yang dijalankan kerajaan iaitu dengan menaikkan harga minyak seiring dengan pengurangan subsidi bahan api tersebut.

Setiap kali menteri ini membuat kenyataan maka semakin terserlah 'kebijaksanaan dan kecerdikan' beliau.

Macamana Najib boleh ambil seorang yang 'cerdik' macam ini jadi menteri beliau. Tidak adakah orang lain yang lebih 'bijak' dari waghih kito dari Kolo Pilah ini. Den pun raso malu nak mengaku dio ni waghih Den kalu dio bonar-bonar waghih Den.


Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap  2015 sebagai tahun "amat dahsyat" bagi rakyat marhaen yang menetap di bandar dengan pendapatan rendah dan pertengahan.

Katanya, hal demikian disebabkan kenaikan harga barang dan inflasi susulan kenaikan harga minyak semalam, ditambah pula dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April depan.

"Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga.

"Impak kepada inflasi akibat kenaikan RM0.20 ini bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka tiga bulan.

"Perkara ini akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April," katanya yang kami petik dari Malaysiakini.
Beliau mengulas langkah kerajaan merasionalisasi subsidi petrol,  menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20, demi memastikan kedudukan kewangan negara kukuh.

Bagi mengukuhkan hujahnya, Tuan Ibrahim memetik laporan "2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”, yang menyebut bahawa inflasi bakal meningkat mendadak dalam dua tahun pertama cukai itu dilaksanakan.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata Malaysia "tidak akan terlepas" untuk berdepan kenaikan inflasi seperti yang dialami Australia, Singapura dan China selepas dua tahun pertama cukai itu dilaksanakan.

Katanya, di Australia, sebelum GST dilaksanakan, kadar inflasinya hanya 1.8 peratus tetapi melonjak kepada enam peratus selepas GST dilaksanakan, tetapi menurun kepada 2.9 peratus selepas dua tahun dilaksanakan.

"Tetapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana.

"Begitu juga di Singapura dan China. Sebelum GST dilaksanakan, (masing-masing) inflasi hanya sekadar 0.8 peratus dan 10.5 peratus.

"Pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura melonjak ke 5.4 peratus manakala China 24.2 peratus sebelum turun ke 2.3 peratus bagi Singapura dan 12.7 peratus bagi China selepas dua tahun," katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi perkara itu dan menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,000 - purata  RM83.33 sebulan - tidak dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi.

"Ditambah pula dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun 2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen," katanya.

MINYAK MAHAL DI NEGARA LAIN ??? TETAPI ............

Kalau orang tanya saya, kenapa naik 20 sen pun saya marah.


Saya akan beritahu. Malaysia bukan macam Turki. Minyak mahal gila tapi buah, sayuran masih murah. Masih boleh lagi bermewah makan. Duduk bawah pokok malberi pun masih boleh kutip buah dan masuk dan mulut.



Malaysia semuanya berbayar. Kangkung di pasar pun sudah naik harga..apatah lagi sejak PM kita suka makan kangkung.



Bila minyak naik, automatik semua barang naik..



Saya kasihankan orang diluar sana, saya sedih dan risau kalau saya tidak dapat memberi dan membantu.
Bukan saya mahu menunjuk baik, tidak..



Tapi hari-hari saya berdoa. Saya ada cukup duit untuk beri kesenangan kepada ayah saya dan keluarga saya, adik beradik saya...



Saya cukup duit bila ada kawan cakap, bulan ini dia sempit dan dan berharap saya dapat hulur seringgit dua..



Saya risau kalau tidak dapat memberi sepuluh sen dua apabila melihat sengsara manusia...



Saya juga selalu berdoa supaya rezeki kawan-kawan murah, jadi bila saya perlukan bantuan bagi membantu orang lain. Mereka ada rezeki untuk memberi..



Mungkin benda ini remeh bagi orang lain



Tapi berat juga bagi saya kerana saya tidak boleh melihat dan menutup mata atas sengsara orang lain...
Bahkan saya pasti ada kawan-kawan memikirkan hal dan perkara yang sama..
Kita diturunkan di muka bumi untuk bertanggungjawab.



Mungkin RM5 tidak apa-apa, tapi dengan RM5 boleh menggembirakan orang lain...


~ NB Bkt Katil 

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 ( RM0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( RM0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( RM0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 ( RM0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( RM0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 ( RM0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( RM0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 ( RM0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( RM0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 ( RM0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (RM0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 ( RM0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 ( RM0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (RM0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 ( RM0.20)
2/10/2014 - RM 2.30 ( RM 0.20).

NAIKKAN HARGA MINYAK : CARA MUDAH KERAJAAN CARI DUIT .........

Cara paling mudah untuk tambah pendapatan negara ialah membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak. Betul tak??
Rakyat dikenakan DAHULU.

Sementara itu PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan BN sebelum ini sering memberi alasan harga minyak dunia naik sebagai punca harga minyak Malaysia juga terpaksa dinaikkan.

"Namun dalam keadaan minyak dunia turun hari ini, apa pula alasan kerajaan.

"Atas pertimbangan apa harga petrol dinaikkan hari ini," soal beliau ketika bercakap kepada Harakahdaily.

Harga minyak dunia semalam pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong.

Menurut Mahfuz, dengan penurunan harga minyak dunia, pengguna seluruh dunia sepatutnya menerima berita gembira.

Namun sebaliknya kata beliau, rakyat Malaysia terus menerus menerima berita buruk yang menghimpit kehidupan mereka.

Beliau juga mempersoal kenapa diesel di Malaysia (Euro 2) yang tidak mencapai standard antarabangsa (Euro 5), dijual dengan harga mahal.

Bajet pujuk rakyat

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu kerajaan memberi penjelasan, apa punca sebenar kekalutan ini berlaku, sehingga rakyat terus menerus dibebankan.

"Adakah negara sedang mengalami masalah kewangan yang teruk," soal beliau lagi.

Beliau juga yakin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan  Bajet 2015 yang akan dibentang bulan ini untuk memujuk rakyat.

Katanya, Najib akan terus mengumpan rakyat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bonus, supaya rakyat lupa segala kenaikan yang berlaku.

"BR1M dan bonus, setahun sekali. Tapi harga barang naik tiap-tiap hari," ujar beliau.

Beliau turut mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa harga barang akan naik 1.8 peratus bila laksana GST tahun hadapan.

Katanya, dengan kenaikan harga petrol hari ini, harga barang terus akan naik, dan jika ditambah dengan kenaikkan selepas GST, maka rakyat bakal menerima kenaikan berganda.

"Rakyat perlu celik politik. Kerajaan sedang buli rakyat termasuk kepada yang setia kepada mereka.

"Ahamd Mazlan kata kerajaan tampung belanja rakyat tiga bulan. Tapi sekarang apa lagi yang tinggal. Semuanya bohong belaka," katanya.


01 October 2014

PAKATAN RAKYAT : SIAPA BULI SIAPA SEBENARNYA?????

Sepanjang PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 hingga sekarang, PAS Perak tidak pernah rasa dibuli atau membuli malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi. Walaupun dimomok bahawasanya PAS ini boneka dalam Pakatan Rakyat oleh Umno-BN tetapi pada hakikatnya ianya tidak begitu dan hanya persepsi semata-mata.

Walaupun exco daripada PAS pada era pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertahan selama 10 bulan di Perak itu cuma 2 orang termasuk MB, namun semua keputusan yang dicapai adalah hasil permufakatan dan permesyuaratan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dianggotai oleh tiga orang setiap parti.

Malahan PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah dua lagi iaitu Menteri Besar ketika itu, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar telah diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan. Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali.

Program-program Islam yang dianjurkan oleh exco agama daripada PAS juga tidak pernah dicurigai oleh rakan-rakan komponen hatta exco DAP turut menyokong serta mencadangkan supaya institusi pendidikan islam dimartabat dan diberi bantuan sewajarnya.

Sekalipun suara PAS lebih, tetapi tidak pula diambil kesempatan untuk membuli rakan-rakan yang lain. Begitu jugalah kedudukan dalam exco, walaupun suara DAP kelihatan lebih, tetapi PAS tidak pernah rasa dibuli. Semua polisi dan agenda kerajaan negeri adalah berasaskan permuafakatan dalam majlis pimpinan. Kerusi exco PAS kecil kerana sesuai dengan jumlah kerusi yang dimenangi ketika itu.

Dalam PRU12, hanya PAS yang mempunyai manifesto tersendiri sekiranya menang negeri Perak, dan sebahagian manifesto PAS sempat dilaksanakan tanpa bantahan daripada parti-parti rakan komponen.

Satu perkara yang sangat perlu diketahui, pimpinan DAP cukup menghormati ulama-ulama dalam PAS. Beberapa program telah diatur untuk mempertemukan Adun-Adun DAP dengan Dewan Ulama PAS Negeri bagi memberi ruang kepada ulama PAS menjelaskan serta menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mereka.
Yang terbaru satu persidangan Pakatan Rakyat telah diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit.

Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu tetapi tidak sampai ke peringkat mengkritik antara satu sama lain di dalam media. Perbezaan pendapat dapat dimurnikan melalui mesyuarat yang sering diadakan.

Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan.

Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya.

DAP Perak, malahan orang bukan Islam sekalipun tidak pernah kritik dan timbulkan rasa kurang senang terhadap pimpinan PAS sewaktu menyampaikan ucapan dihadapan majoriti bukan Islam di dalam majlis anjuran mereka. Walaupun isi ceramah dikaitkan dengan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta hadis sering diungkapkan, mereka memberi reaksi yang baik.

Malahan apa jua proram termasuklah ceramah hari-hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil-wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya. Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya Pakatan Rakyat.

Justeru itu, tidak ada sebab untuk PAS rasa terasing dan dibuli. Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS merasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam pertemuan-pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka.

Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka. Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah.

MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Ketua Penerangan PAS Perak

RAKYAT HARAP KERAJAAN PR PULAU PINANG BERBEZA DENGAN BN DAHULU


AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya tidak mengambil ringan isu pengusiran orang Melayu dari kampung mereka di Pulau Pinang kerana penduduk kampung Melayu tidak mempunyai perumahan alternatif apabila mereka dikeluarkan dari tanah mereka.

Tetapi, kata Mazlan, bukan tanah persendirian sahaja yang berhadapan dengan masalah pengusiran.



Beliau memetik kes Kg Selut di Sg Pinang di mana penduduk menghadapi pengusiran dari tanah kerajaan negeri.

Mazlan mempersoalkan peranan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat yang mendiami tanah kerajaan negeri selepas mereka diusir dari tanah tersebut.



Beliau berkata pihaknya mengetengahkan isu-isu tersebut untuk mengukuhkan kerajaan negeri dan untuk memastikan ia tidak meneruskan legasi BN yang didakwanya mengusir penduduk kampung Melayu.
Menurutnya tujuan beliau dan Lajnah Tanah PAS membangkitkan isu ini adalah untuk melindungi integriti kerajaan negeri di bawah PR supaya dakwaan bahawa kerajaan BN sebelum ini sering menzalimi penduduk Melayu tidak terpalit kepada PR pula. 

Mazlan juga mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu.

Katanya, itulah yang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September.

Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan (kiri dalam gambar) memetik kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas.

Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.

Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang.

Pihaknya telah mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Lim tetapi gagal, katanya, sambil menambah bahawa ianya sama seperti semasa pentadbiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon - KM semasa pentadbiran BN.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar bahawa PAS tidak menggunakan saluran yang betul atau tidak membangkitkan itu itu secara dalaman terlebih dahulu, sebelum menimbulkannya secara terbuka seperti yang didakwa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga hari ini, katanya, mereka masih tidak dapat bertemu dengan Lim.

Oleh itu, perkara tersebut telah dibawa ke muktamar, katanya, sambil menegaskan bahawa DAP dan PKR juga mempunyai kongres tahunan masing-masing di mana mereka membangkingkan masalah rakyat.

Jadi mengapa PAS tidak boleh PAS berbuat demikian, tanya Mazlan.

Mazlan, bagaimanapun, mengakui bahawa pemimpin parti telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Rashid Hasnon, bekas TKM Datuk Mansor Othman dan seorang ahli Exco negeri Abdul Malik Kassim untuk membincangkan isu 'Tanah wakaf.
Di harapkan Lim Guan Eng dapat meluangkan masa sedikit bertemu dengan penduduk-penduduk Melayu bagi mendengar keluhan dan rintihan mereka. Ini sangat penting dari segi kebajikan rakyat. Malah ia juga penting dari segi politik kerana jika sekiranya beliau terus membisu dan tidak menjaga kebajikan rakyatnya sudah tentu beliau akan dicap anti Melayu dan kuku besi seperti yang didakwa oleh lawan politik PR yang menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. 

Sumber mKINI

30 September 2014

20 NEGARA PALING AMAN DI DUNIA, DI MANA MALAYSIA???


Ini adalah senarai 20 negara paling aman di dunia. Di mana Malaysia ????



1. Denmark
2. Norway
3. Singapura
4. Slovenia
5. Sweden
6. Iceland
7. Belgium
8. Republic Czech
9. Switzerland
10.Japan
11.Ireland
12.Finland
13.New Zealand
14.Kanada
15.Austria
16.Bhutan
17.Australia
18.Portugal
19.Qatar
20.Mauritius

SASAR 8 PINGAT EMAS : ANGAN2 BESAR KEMAMPUAN TIADA

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sasaran lapan pingat emas kontinjen negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon semakin sukar dicapai.

Beliau berkata walaupun masih terlalu awal untuk 'mengaku kalah' kerana Malaysia masih bersaing dalam lima acara, namun kegagalan meraih emas melalui acara badminton dan berbasikal menjadikan misi yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sesuatu yang mustahil digapai.

"Itu menjadikan kita sudah ketinggalan dua daripada sasaran emas. Walaupun boleh dikatakan masih terlalu awal untuk saya katakan begitu, tetapi saya mengaku akan menjadi terlalu sukar untuk memenuhi sasaran lapan emas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Pendekatan Wasatiyyah peringkat kementerian itu di sini, Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata harapan untuk menambah pungutan pingat emas tetap ada kerana kontinjen negara masih bersaing dalam acara pelayaran, karate, boling, hoki dan terjun.

Walaupun memulakan kempen dengan nota gemilang apabila memperoleh emas luar jangka menerusi acara wushu pada hari pembukaan kejohanan 20 Sept lepas, beliau berharap atlet negara yang masih bersaing akan terus mempamer semangat untuk menambah pungutan pingat sebelum temasya melabuhkan tirai Ahad ini.

Sehingga semalam, kontinjen negara berada di kedudukan ke-14 daripada 20 negara bertanding dengan mengumpul tiga pingat emas, sembilan gangsa dan sembilan perak.

Namun hari ini dilaporkan emas yang dimenangi dalam acara wushu wanita telah ditarik balik kerana pesertanya gagal ujian doping.

Dalam perkembangan sama, Khairy mengakui sukan sepak takraw perlu diberi suntikan idea baharu bagi memastikan kegemilangan yang pernah dicatat pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur tidak terkubur ditelan masa.

Beliau berkata kebangkitan ketara yang dipamerkan pasukan Korea Selatan perlu dijadikan iktibar dalam menjana semula kegemilangan skuad sepak takraw dengan sasaran awal adalah pada Sukan SEA 2017.

"Kita berdepan dengan kelemahan dari segi pengurusan takraw oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). Perkara ini telah saya maklumkan kepada Presiden PSM (Datuk Ahmad Ismail) bahawa perlu ada kerjasama antara Majlis Sukan Negara dan PSM untuk membangunkan semula sukan sepak takraw dan kita letak Sukan SEA 2017 sebagai sasaran kebangkitan kita," katanya.

Selepas tewas kepada Indonesia dalam acara berpasukan, skuad sepak takraw bimbingan Jamaluddin Hassan terus diaibkan apabila ditundukkan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan pembukaan acara regu semalam.


Lain kali ukur baju di badan sendiri. Kalau hendak berangan biarlah angan-angan yang boleh dicapai berdasarkan kemampuan dan usaha sendiri bukannya mengharapkan nasib.

Jelas sekali pasukan kita masih ketinggalan dari segi semangat, pengurusan sukan yang tidak sistematik dan bebas ...............


ESOK EXCO SELANGOR TAHU PORTFOLIO MASING-MASING

Portfolio bagi 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baharu dilantik diumumkan Rabu ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Katanya, portfolio itu akan ditentukan setelah mengambil kira kemampuan dan kepakaran setiap Exco, agar tanggungjawab yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan.

Beliau berkata Portfolio itu akan diberikan Rabu ini dan kami juga mahu memastikan anggota Exco akan berkhidmat dengan lebih cekap dan berkesan.

Azmin menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 Sultan Selangor Tahun 2013.

Dalam komposisi barisan exco yang diumum Azmin Jumaat lepas, PKR mendapat empat jawatan Exco manakala PAS dan DAP, masing-masing tiga.

Tujuh anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Diharapkan Menteri Besar baru tidak membeza-bezakan exco-exco ini. Janganlah mengkesampingkan mereka berdasarkan parti masing-masing. 

BOCOR BOCOR BOCOR


ATM Bocor duit hilang


Kertas Peperiksaan Bocor periksa sekali lagi
Poket Bocor kepala pening.

Apa pun boleh terjadi di Malaysia. Wang negara bocor hutang negara melambung. Sehari dua ini mesin ATM bocor, duit kita tidak selamat. ATM bocor angkara warga asing katanya.

Awal bulan dulu soalan UPSR bocor, maka 'bocor'lah kepada murid-murid kena menjalani peperiksaan dua kali.

Malaysia Boleh
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter