.

.

20 June 2015

MENGIMBAU KELAHIRAN PR PASCA PRU 2008

Mengimbau kembali kelahiran PR Pasca PRU 2008.
Alhamdulillah sebaik sahaja PRU 2008 diumumkan, semua terkejut apabila BN Perak tersungkur. DAP, PKR dan PAS berjaya memperolehi kerusi Majoriti mengatasi BN.
Setelah pelbagai rundingan, perbincangan di kalangan semua parti termasuk Umno/BN yang cuba memancing, akhirnya DAP, PKR dan PAS berjaya mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri dan Ke Bawah Duli Sultan Perak memperkenankan DS Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Bermula dari situlah lahirnya Pakatan Rakyat. Selain Perak Pakatan Rakyat juga memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Kejayaan yang sungguh memberangsangkan. Walaupun kerajaan Perak tidak lama namun Pakatan Rakyat terus kukuh dan mantap sehingga mencapai kejayaan memperolehi undi popular 52 % pada PRU 2013.
Bermula dengan kelahiran Pakatan Rakyat pada 2008 dan kejayaan cemerlang PR memerintah negeri-negerinya, musuh Pakatan Rakyat tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR. Pelbagai serangan, fitnah dan pembohongan dilemparkan kepada PR melalui media dan segala bentuk alat samada secara terang-terangan atau tersembunyi, samada secara nyata atau maya, samada secara berdepan atau secara perang saraf serta psikologi.
Musuh PR sudah tentu membuat kajian mungkin dengan bantuan pakar-pakar barat, mereka sedar satu-satunya cara untuk memecahkan PR ialah dengan mengharu-birukan parti-parti dalam komponen PR supaya berpecah dan bergaduh. Sebab dari awal penubuhan PR serangan bertali arus, label dan fitnah serta tuduhan dilemparkan dengan berencana dan terancang. Kelemahan dan kekuatan PR dikaji. Kelemahan dan kekuatan ahli-ahli dan penyokong PR dikaji.
Pelbagai label dan tuduhan dikenakan kepada parti-parti komponen PR. PAS dikatakan sebagai Kuda Tunggangan DAP, PAS meninggalkan perjuangan Islam, PAS tidak mementingkan perpaduan Melayu/Islam sehingga sanggup berkawan dengan DAP yang kafir, PAS dikatakan menggugurkan matlamat menubuhkan negara Islam, PAS sudah menukar arah perjuangan dari matlamat negara Islam kepada negara kebajikan dan pelbagai lagi tuduhan lain.
Tuduhan PAS sebagai Kuda Tunggangan DAP, PAS lebih mementingkan politik dari perpaduan Melayu dan Islam terus dinyanyikan dalam media tanpa henti dan perang saraf dan psikologi ini terus didendangkan tanpa penat dan bosan. Akhirnya tuduhan tersebut menjadi semakin diterima, malah ada di kalangan orang PAS sendiri yang sudah termakan dan terkesan dengan psywar dan fitnah tersebut. Ada di kalangan orang PAS sendiri mula menyerang rakan-rakan sendiri dengan tuduhan yang sama. Maka berjayalah musuh kita menyelinapkan senjata mereka masuk dalam kubu PAS.
Akhirnya kini, Jun 2015, PR hampir berkubur walaupun ada yang mendakwa PR masih hidup tetapi pengsan atau dalam nyawa-nyawa ikan. Umno/BN terus bergumbira kerana mereka hampir pasti akan terus memerintah Malaysia dan rakyat akan terus tertekan dengan dasar-dasar yang tidak memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Muhasabah untuk kita bersama ..............

PENYELEWENGAN TERUS BERLAKU APA TINDAKAN ANDA????




Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter