.

.

24 September 2010

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan meminda perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan wujud campurtangan dalam sistem kehakiman.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti rakyatnya orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu dan tulisan jawi.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu sedangkan di dalam perlembagaan jelas memperuntukkannya.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. Akhirnya bilangan parlimen majoriti tidak bertambah.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. Tanah orang melayu semakin kecil saiznya.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

JADI SEBENARNYA SIAPA YANG MENYEBABKAN ORANG MELAYU SEMAKIN TERPINGGIR DAN MELARAT DI BUMI MALAYSIA INI???? PAS/PR ATAU UMNO PENGKHIANAT SEMELAYU????

WANITA PERTAMA DAN BINI PUAKA

Siapa bini puaka dan wanita pertama. Saya pun tidak tahu. Apa yang saya dengar ada kes mahkamah yang melibatkan contengan dinding 'bini puaka'. Dengar ceritanya bini puaka itu ditujukan kepada seseorang yang ternama dan 'memukau'.

Kisah wanita pertama juga dikatakan ada kaitan dengan bini puaka tersebut. Entah ya atau tidak saya pun tidak tahu.

Dari fikiran saya yang bersekolah atap ini, wanita pertama ini mesti seorang yang hebat, almaklumlah namapun wanita pertama sudah tentu wanita terpenting di sesebuah tempat atau negaralah agaknya.

Bagaimana pula dengan bini puaka. Seram sejuk saya bila mendengar perkataan puaka. Dalam epik melayu puaka ini dikaitkan dengan hantu, syaitan,polong, pocong dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Pontianak atau kuntilanak juga mungkin rakan dan taulan puaka juga.

Kalau bini puaka mungkin agaknya bini yang tak guna, syaitan, sundal, curang maknaya jahat sejahat-jahatnya.

Namun begitu siapa agaknya bini puaka dan wanita pertama ini. Saya pun tidak tahu????

Nukilan : Abu Tausi ....

KAMI BEBAS, SIAPA PUAKA SEBENARNYA?

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur membebaskan lima mahasiswa Universiti Malaya daripada pertuduhan cuba melakukan khianat menggunakan api, menceroboh dan menyimbah petrol di atas permaidani dan dinding sebuah fakulti tahun lalu. Dari kiri, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini, Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli, Shazni Munir Mohd Ithnin dan Muhammad Aizat Roslan.

SIAPA PUAKA SEBENARNYA. Mahasiswa ini atau ............

PR PERINTAH MALAYSIA : UMNO TAKUT JADI BAHAN PAMERAN DI MUZIUM

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kembali menunjukkan belangnya. Kali ini beliau 'mengingatkan' orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau (yang saya petik dari Utusan hari ini), ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

Kita hairan bagaimana mereka memutarbelitkan fakta sedangkan tidak bukti yang menunjukkan bahawa Melayu terpinggir dan kuasa Melayu hilang semenjak 4 buah negeri (dulu 5 negeri) diperintah PR.

Mahathir dengan mendakwa walaupun Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, Nizar dikatakan mengikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh.

"Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina."

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” dakwa Mahathir yang pada saya ianya bersifat perkauman.

Semua orang tahu fakta sebenar bahawa Nizar dijatuhkan dengan permainan kotor BN terhadap 3 orang ADUN 'katak' lompat bukannya disebabkan kemarahan rakyat. Yang hilang kuasa di Perak bukan Orang Melayu tetapi Umno.

Dari fakta yang diketahui umum, tidak ada satupun kedaulatan dan maruah orang Melayu yang dijual oleh Nizar sedangkan semenjak 50 tahun BN memerintah, saiz tanah kepunyaan orang Melayu semakin kecil; kuasa Raja-Raja Melayu dikurangkan melalui pindaan perlembagaan; agama Islam semakin terpinggir; maksiat dan perlanggaran hukum-hakam agama semakin membarah dan sebagainya.

jadi sebenarnya bukan orang Melayu dan Islam tergugat jika PR memerintah TETAPI Umno takut parti itu terus lenyap dan menjadi bahan pameran di Muzium.

MELAYU TERKEBELAKANG JIKA UMNO TERUS BERKUASA

Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau.

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau.

Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan.

Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.


Harakahdaily

23 September 2010

KES BUNUH SOSILAWATI : ISU LAIN TERTUTUP?

Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya terus mendapat liputan meluas media samada elektronik atau cetak. Sememangnya ia adalah kisah yang tragis, kejam yang amat mengeri dan menggerunkan. Tergamak seseorang yang tubuh badan dan gerak gerinya seperti manusia bertindak sekejam itu malah lebih kejam dari haiwan ganas.

Kisah tragis ini terus menenggelamkan isu-isu lain yang sedang menghambat rakyat Malaysia. Bagi saya apa yang penting rakyat harus peka dengan apa juga isu yang berlaku di sekeliling kita. Otak kita mesti sentiasa ligat berfikir dan membuat analisis tentang apa juga isu, jangan terima bulat-bulat apa yang dihamburkan oleh media, fikirkan sumber dan maklumatnya samada tepat atau meragukan.

Kita bimbang di saat semua orang berfikir tentang isu ini, akan ada isu-isu lain yang menggugatkan maruah, kedaulatan agama, bangsa dan negara yang kita tidak tangani kerana terlalu asyik fokus kepada sesuatu isu. Akhirnya setelah semuanya selesai kita berputih mata, baru kita sedar akan peri pentingnya sesuatu isu itu ditangani dan dibela.

Rakyat mesti mengkaji dan meneliti apa juga isu dan info yang diperolehi agar kita semua sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah dari sekelian hamba dan makhluqnya yang berniat jahat serta sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri/nafsu mereka.

Terdapat juga keadaan di mana di saat adanya isu-isu besar seperti ini, ada pihak menangguk di air keruh untuk membuat onar sehingga rakyat tidak sedar akan perkara yang dilakukan pihak-pihaktersebut merugikan rakyat. Oleh kerana mata, telinga dan minda asyik tertumpu kepada isu-isu hangat mereka terlupa bahawa mereka akan di'jual' tanpa mereka sedar..........

ISU NUJ : SOKONG PENDIRIAN PAS

Saya menyokong pendirian Parti Islam Se-Malaysia PAS yang menyokong penuh pendirian Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari untuk mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.

Seperti tulisan saya dalam blog ini sebelum ini, pendirian NUJ ini amat penting bagi mengembalikan semula etika kewartawanan di Malaysia yang sudah lama dinodai oleh pihak-pihak yang berkepentingan diri dan nafsu mereka.

Sudah sampai masanya media di Malaysia ini diberikan kebebasan untuk memberikan maklumat dan laporan tepat serta adil bukannya laporan yang dimanipulasi dan diputarbelit untuk kepentingan pihak-pihak terbabit.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya hari ini berkata kenyataan tegas sebagai jawapan balas kepada Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa beliau dilihat cenderung kepada pembangkang.

"Sebenarnya inilah yang sepatutnya dipegang dalam etika kewartawanan, dengan melaporkan secara jujur dan bertanggungjawab."

"PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa kepada media perdana di negara ini yang melaporkan berita fitnah dan bohong yang jauh menyimpang dari etika kewartawanan. Menjadi lumrah sebagai manusia, wartawan tidak sunyi daripada kesilapan." ujar Ustaz Idris.

Menurutnya jika perkara ini berlaku sepatutnya dengan segera memohon kemaafan dan membetulkan kembali sebarang kesilapan. Apa yang berlaku pada hari ini media yang pro Barisan Nasional tidak berpegang dengan etika ini." kata Ustaz

Mereka sanggup membiarkan perkara ini berlegar dan melekat dalam pemikiran pembaca walaupun ianya bohong dan fitnah. Contoh yang terbaru ialah kes khatib membaca khutbah di Pulau Pinang dilaporkan Lim Guan Eng menggantikan Yang Di Pertuan Agong dalaam doa.

Idris berkata begitu juga Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching difitnah bertazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Walaupun penjelasan diberi mereka masih meneruskan laporan fitnah ini, sikap yang ditunjukkan oleh media ini tidak menggambarkan sikap yang professional. Apa yang penting kepada mereka ialah dapat memenuhi agenda politik jahat tuan mereka.

Selain itu Idris juga berhujah bahawa PAS sedar banyak juga wartawan jujur dalam laporan, tetapi dikhianati oleh ketua pengarang mereka untuk memenuhi citarasa golongan penindas rakyat di negara ini. PAS bukan minta dipuji, tetapi laporlah yang benar. PAS tidak kecil hati kalau berita mengenai PAS tidak dilaporkan, tetapi PAS tidak rela berita mengenai perjuangan PAS difitnah sehingga mengelirukan rakyat di negara ini. Kemampuan untuk menjernihkan tanggapan fitnah kepada PAS adalah terbatas melalui media Harakah yang dikenakan dengan syarat-syarat yang ketat, sedangkan berita fitnah disebarkan oleh media BN ke pelusuk kampung.

PAS, menurutnya lagi ingin mengigatkan Saudara Zahid Mat Arip , bukankah dulu kita sama-sama menentang laporan media yang berat sebelah terhadap pembangkang ketika kita sama-sama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi. Kalau pun saudara sudah menyeberang di sana, janganlah lupa perjuangan kita semasa berada di atas pentas untuk menuntuk hak sebuah parti politik di negara ini. Soal saudara lompat dan meninggal rakan seperjuangan itu adalah hak saudara, tetapi janganlah mengorbankan prinsip perjuangan, biarlah kita mati daripada hidup bercerminkan bangkai.

KAWASAN EYE ON MALAYSIA MENYAKITKAN MATA, TAMBAH PEDIHKAN HATI RAKYAT

Sudahlah ianya membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka.

Eye on Malaysia yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka hari ini benar-benar berserabut dan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut. Ianya kini bagaikan tapak pembinaan usang dengan sisa sampah dan kayu bertaburan di sana sini.

Khemah peniaga yang kini semakin mereput sehingga menunggu masa sahaja untuk menyembah bumi. Pokok-pokok tumbuh meliar di celah-celah longkang
di sana-sini.

Eye On Malaysia yang sejak dari mula lagi didakwa akan menjadi gajah putih benar-benar memahatkan rasa sakit dan pedih di hati rakyat kerana bukan sahaja duit rakyat hangus begitu sahaja malah kini menjadi 'biawak hidup' yang membebankan mata rakyat untuk melihatnya.

Malangnya dalam keadaan kegagalan Eye On Malaysia ini kerajaan negeri Melaka khabarnya ingin membeli Eye On baru pula dari Cina. Apakah mereka sekali lagi mahu menghanguskan duit rakyat?

SAMA-SAMA INFAK UNTUK TABUNG MUNAJAT

KHAS UNTUK ANDA , RAKYAT NEGERI KELANTAN & SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN DAN DIRAHMATI ALLAH.

MARI SAMA-SAMA BERJUANG, BERI SOKONGAN DAN BANTUAN DALAM PERJUANGAN UNTUK MENUNTUT ROYALTI MINYAK NEGERI KELANTAN

MISI MUNAJAT RAKYAT INI MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN PADU DARI Y.A.B MENTERI BESAR KELANTAN, TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT

RAYUAN DERMA DERMA BOLEH DISALURKAN KE:
NAMA AKAUN: TETUAN TABUNG MISI MUNAJAT ROYALTI
BANK: BANK ISLAM
NO. AKAUN: 03102010000093

CAWANGAN BANK : BANK ISLAM JALAN SULTAN IBRAHIM,
KOTA BHARU,KELANTAN
* CEK DAN WANG TUNAI DITERIMA *

Objektif Derma:

Kutipan Derma dari seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang tercinta adalah untuk menampung kos misi munajat 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus di Kelantan selama 40 hari dan 40 waktu di Baitullah ( Mekah) bertujuan untuk memberi sokongan spiritual yang padu rakyat seluruh Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Rakyat Kelantandi dalam Kes Tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

40 Ulamak & Tok Guru Pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak / alim ulama / ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat islam

Sumbangan derma Individu & Syarikat Swasta / Korporat adalah dialu-alukan.

Untuk pertanyaan / sumbangan,boleh hubungi:
Telefon: Tuan Haji Zulaimi - 017-5353007 / Cikgu Nuri - 013-9952598

Sila Sign Online Petisyen Tanda Sokongan Anda di http://munajatroyalti.com/sokong

Facebook Page di Misi Munajat Royalti Rakyat
Tagged.com : http://www.tagged.com/munajatroyalti
Blog di http://munajatroyalti.blogspot.com

22 September 2010

NASIHATKAN 2 LELAKI MAHU MURTAD

2 lelaki iaitu Mohd Rajiman Chin Abdullah, 48, dan Mohd Ramzan Maniarasan, 38, memohon untuk murtad mesti dinasihatkan supaya mereka bertaubat dan kembali kepada Islam. Pihak berwajib mesti mencari jalan supaya kedua-duanya kembali kepada Islam. Siasatan secara terperinci untuk mencari punca mengapa kedua-duanya memohon untuk murtad mesti jalankan segera dan selepas mereka mesti dipastikan supaya tidak meneruskan hasrat mereka itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menetapkan 19 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula permohonan dua lelaki untuk keluar daripada agama Islam.

Hakim Mahkamah Syariah Kuala Terengganu Rosdi Harun berkata beliau berharap tempoh yang panjang sehingga tarikh sebutan semula itu digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes itu serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan akidah.

Katanya beliau mahu memberi peluang kepada dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu itu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu.

"Untuk pemohon pula, kalau betul-betul mahu teruskan hasrat ini boleh lantik peguam. Memohon untuk keluar Islam bukan satu perkara yang ringan. Kalau orang Islam yang murtad, boleh dibunuh, itu hukum Islam," katanya.

Ketika mengulas permohonan Mohd Rajiman supaya kes beliau diselesaikan dengan segera, Rosdi berkata mahkamah mempunyai prosedur khusus yang perlu dipatuhi.

Kepada kedua-dua lelaki tersebut saya nasihatkan supaya insaf dan kembali kepada Islam kerana jika tetap mahu murtad hukuman amat berat di sisi Islam iaitu bunuh. Mungkin mereka terlepas di dunia tetapi bagaimana dengan hukuman Akhirat???

JOM BANTU ULAMA HENDAK BERMUNAJAT

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

Jadi kepada siapa yang berhajat untuk membantu Ulama ini bermunajat boleh mendapatkan maklumat di laman web rasminya www.munajatroyalti.com.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat.

Sebelum ini dilaporkan tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini. Jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

Berikutan itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

MELAKA MAJU 2010 : LAPORKAN PENCAPAIAN SECARA JUJUR

Tidak lama lagi kerajaan negeri Melaka akan mengisytiharkan negeri Hang Tuah ini sebagai negeri maju. Khabarnya ia akan diisytiharkan secara rasmi pada jam 8.10 minit malam ( 20.10) pada 20 haribulan 10 (Oktober) tahun 2010 atau ringkasnya 20:10, 20.10.2010. Cantik sekali nombor tersebut sesuai dengan anugerah sebagai sebuah negeri maju.

Sebagai salah seorang rakyat yang tinggal di negeri Melaka saya tidak ketinggalan berasa syukur dengan pengumuman bahawa negeri ini adalah negeri maju jika ia benar-benar maju dari semua segi samada fizikal atau spiritual. Cuma masalahnya benarkah negeri ini maju dari semua segi.??

Cuba kita teliti statistik jenayah, gejala zina, kelahiran anak luar nikah, bilangan kelab malam, pusat pelacuran, Spa dan program-program maksiat, adakah ianya benar-benar menggambarkan negeri Melaka sebagai sebuah negeri maju dari semua segi?

Seterusnya mari kita teliti program dan aktiviti keIslaman di masjid dan surau di seluruh negeri Melaka, apakah benar ianya diimarahkan dengan sebaik-baiknya sehingga ia boleh diklasifikasikan sebagai institusi di sebuah negeri yang dikatakan maju.

Bagaimana pula dengan institusi-institusi seperti JKKK, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Masjid/Surau dan sebagainya, apakah pemilihan dan perlantikannya dibuat secara demokratik tanpa ada diskriminasi dan atas kepentingan diri dan politik. Apakah ianya benar-benar layak digelar sebagai sebuah pentadbiran yang telus yang sesuai dan layak duduk di bawah pemerintahan negeri maju.

Apa pula halnya dengan minda pemimpin kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain. Apakah mereka benar-benar adil dan tidak mengamalkan kronisme, nepotisme sehingga layak di gelar pemimpin negeri maju.?

Bagaimana dengan rakyat yang menyokong parti-parti politik yang sah selain dari komponen BN, adakah mereka ini dilayan sama seperti penyokong BN dengan mendapat layanan saksama dari segi peluang perniagaan, memegang jawatan di agensi-agensi kerajaan negeri, jawatan dalam institusi-institusi masyarakat seperti JKKK, JK masjid/surau, persatuan taman/penduduk dan sebagainya. Sedangkan kita masih mendengar rungutan parti-parti politik bahawa banner/poster program mereka dikoyak dan direntap oleh pihak-pihak yang kita semua tahu siapa dibelakangnya. Ceramah-ceramah mereka juga diganggu. Apakah ini standard minda pemimpin negeri maju??

Bagaimana dengan rungutan parti-parti komponen PR yang sering dianaktirikan dari segi penggunaan fasiliti awam seperi balai raya, padang permainan dan sebagainya, hendak menyewa pun tidak dibenarkan. Apakah sesebuah negeri dikatakan maju tetapi mengamalkan system pentadbiran kolot dan tidak bertamadun yang masih mengamalkan politik dendam. Cuba bandingkan dengan system yang diamalkan oleh negeri maju di seluruh dunia apakah cara politik sebegini diamalkan oleh mereka.

Rungutan tentang masalah banjir masih belum padam. Setiap kali hujan lebat rakyat di negeri ini berada dalam keadaan trauma kerana takutkan banjir. Layakkan sesebuah negeri dikatakan maju sedangkan masalah perparitan, taliair dan sebagainya masih juga belum beres.

Seperkara ini yang saya pinta kepada kerajaan negeri, sila keluarkan laporan terperinci INDEK dan INDIKATOR yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengukur status samada negeri benar-benar maju. Apa indek/indicatornya dan apa status yang dicapai oleh kerajaan negeri sekarang. Serta dari mana indeks/indicator ini diperolehi adakah ianya direka atau dimanipulasi sendiri oleh kerajaan negeri tanpa ada badan bebas yang bertauliah/berautoriti membuat audit/penilaian samada ianya benar-benar telus dan diterimapakai oleh badan akreditasi dunia.

21 September 2010

MAKSIAT : PAS TAK BUAT APA-APA?

Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini.

PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.

Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....

PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

Gambar di atas sekadar hiasan.

Kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Hata Wahari dalam kenyataan sulungnya selepas dipilih sebagai presiden baru NUJ berkata pertelagahan antara Utusan Malaysia dengan pemimpin-pemimpin politik - baik dari BN dan Pakatan Rakyat - adalah sesuatu yang mendukacitakan dan tidak memberi manfaat kepada akhbar tersebut.

Hata berkata akhbar seharusnya berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dan bukan membentuk pendapat pembaca.

Beliau juga menegaskan pertelagahan yang berlaku sekarang sebenarnya antara ketua pengarang akhbar itu dan pengarang kanan yang mempunyai agenda serta kuasa mutlak dengan pemimpin politik.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia berpendapat bahawa agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia tidak ada kena mengena dengan kebebasan media, sebaliknya hanya memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing.

Apakah Sekolah Mengandung mampu mengekang maksiat zina dan gejala buang anak.?

Diberitakan sudah 5 pelajar mendaftar untuk menjadi penghuni sekolah tersebut. Persoalan yang saya sering timbulkan sejak idea penubuhan sekolah ini ialah adakah ianya mampu mengekang maksiat zina dan gejala buang bayi.

Sekolah mengandung ini sebenarnya hanyalah tempat untuk membela remaja hamil yang memalukan keluarga kerana hamil luar nikah. Bagaimana dengan wanita-wanita lebih umur yang mengandung luar nikah yang juga mungkin membuang anak tersebut di merata tempat.

Sekolah Mengandung bukanlah sebenarnya jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah zina dan gejala buang anak. Ianya hanyalah sekadar mengurangkan gejala pembuangan bayi tetapi tidak membasmi maksiat zina dan persetubuhan haram.

Bagi saya apa yang paling penting ialah kerajaan negeri mesti mencegah kemungkaran dengan menutup semua tempat-tempat maksiat dan menghentikan semua program maksiat yang menjuruskan kepada pergaulan lelaki dan perempuan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter