Kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Hata Wahari dalam kenyataan sulungnya selepas dipilih sebagai presiden baru NUJ berkata pertelagahan antara Utusan Malaysia dengan pemimpin-pemimpin politik - baik dari BN dan Pakatan Rakyat - adalah sesuatu yang mendukacitakan dan tidak memberi manfaat kepada akhbar tersebut.

Hata berkata akhbar seharusnya berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dan bukan membentuk pendapat pembaca.

Beliau juga menegaskan pertelagahan yang berlaku sekarang sebenarnya antara ketua pengarang akhbar itu dan pengarang kanan yang mempunyai agenda serta kuasa mutlak dengan pemimpin politik.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia berpendapat bahawa agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia tidak ada kena mengena dengan kebebasan media, sebaliknya hanya memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing.

Comments