Saya menyokong pendirian Parti Islam Se-Malaysia PAS yang menyokong penuh pendirian Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari untuk mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.
Seperti tulisan saya dalam blog ini sebelum ini, pendirian NUJ ini amat penting bagi mengembalikan semula etika kewartawanan di Malaysia yang sudah lama dinodai oleh pihak-pihak yang berkepentingan diri dan nafsu mereka.
Sudah sampai masanya media di Malaysia ini diberikan kebebasan untuk memberikan maklumat dan laporan tepat serta adil bukannya laporan yang dimanipulasi dan diputarbelit untuk kepentingan pihak-pihak terbabit.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya hari ini berkata kenyataan tegas sebagai jawapan balas kepada Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa beliau dilihat cenderung kepada pembangkang.
"Sebenarnya inilah yang sepatutnya dipegang dalam etika kewartawanan, dengan melaporkan secara jujur dan bertanggungjawab."
"PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa kepada media perdana di negara ini yang melaporkan berita fitnah dan bohong yang jauh menyimpang dari etika kewartawanan. Menjadi lumrah sebagai manusia, wartawan tidak sunyi daripada kesilapan." ujar Ustaz Idris.
Menurutnya jika perkara ini berlaku sepatutnya dengan segera memohon kemaafan dan membetulkan kembali sebarang kesilapan. Apa yang berlaku pada hari ini media yang pro Barisan Nasional tidak berpegang dengan etika ini." kata Ustaz
Mereka sanggup membiarkan perkara ini berlegar dan melekat dalam pemikiran pembaca walaupun ianya bohong dan fitnah. Contoh yang terbaru ialah kes khatib membaca khutbah di Pulau Pinang dilaporkan Lim Guan Eng menggantikan Yang Di Pertuan Agong dalaam doa.
Idris berkata begitu juga Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching difitnah bertazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Walaupun penjelasan diberi mereka masih meneruskan laporan fitnah ini, sikap yang ditunjukkan oleh media ini tidak menggambarkan sikap yang professional. Apa yang penting kepada mereka ialah dapat memenuhi agenda politik jahat tuan mereka.
Selain itu Idris juga berhujah bahawa PAS sedar banyak juga wartawan jujur dalam laporan, tetapi dikhianati oleh ketua pengarang mereka untuk memenuhi citarasa golongan penindas rakyat di negara ini. PAS bukan minta dipuji, tetapi laporlah yang benar. PAS tidak kecil hati kalau berita mengenai PAS tidak dilaporkan, tetapi PAS tidak rela berita mengenai perjuangan PAS difitnah sehingga mengelirukan rakyat di negara ini. Kemampuan untuk menjernihkan tanggapan fitnah kepada PAS adalah terbatas melalui media Harakah yang dikenakan dengan syarat-syarat yang ketat, sedangkan berita fitnah disebarkan oleh media BN ke pelusuk kampung.
PAS, menurutnya lagi ingin mengigatkan Saudara Zahid Mat Arip , bukankah dulu kita sama-sama menentang laporan media yang berat sebelah terhadap pembangkang ketika kita sama-sama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi. Kalau pun saudara sudah menyeberang di sana, janganlah lupa perjuangan kita semasa berada di atas pentas untuk menuntuk hak sebuah parti politik di negara ini. Soal saudara lompat dan meninggal rakan seperjuangan itu adalah hak saudara, tetapi janganlah mengorbankan prinsip perjuangan, biarlah kita mati daripada hidup bercerminkan bangkai.

Comments