NASIHATKAN 2 LELAKI MAHU MURTAD

2 lelaki iaitu Mohd Rajiman Chin Abdullah, 48, dan Mohd Ramzan Maniarasan, 38, memohon untuk murtad mesti dinasihatkan supaya mereka bertaubat dan kembali kepada Islam. Pihak berwajib mesti mencari jalan supaya kedua-duanya kembali kepada Islam. Siasatan secara terperinci untuk mencari punca mengapa kedua-duanya memohon untuk murtad mesti jalankan segera dan selepas mereka mesti dipastikan supaya tidak meneruskan hasrat mereka itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menetapkan 19 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula permohonan dua lelaki untuk keluar daripada agama Islam.

Hakim Mahkamah Syariah Kuala Terengganu Rosdi Harun berkata beliau berharap tempoh yang panjang sehingga tarikh sebutan semula itu digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes itu serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan akidah.

Katanya beliau mahu memberi peluang kepada dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu itu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu.

"Untuk pemohon pula, kalau betul-betul mahu teruskan hasrat ini boleh lantik peguam. Memohon untuk keluar Islam bukan satu perkara yang ringan. Kalau orang Islam yang murtad, boleh dibunuh, itu hukum Islam," katanya.

Ketika mengulas permohonan Mohd Rajiman supaya kes beliau diselesaikan dengan segera, Rosdi berkata mahkamah mempunyai prosedur khusus yang perlu dipatuhi.

Kepada kedua-dua lelaki tersebut saya nasihatkan supaya insaf dan kembali kepada Islam kerana jika tetap mahu murtad hukuman amat berat di sisi Islam iaitu bunuh. Mungkin mereka terlepas di dunia tetapi bagaimana dengan hukuman Akhirat???

Comments