.

.

21 April 2012

BEKAS PEGAWAI TINGGI POLIS, RAMLI YUSOF MASUK PAS?

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK), Dato Ramli Yusuff menyuertai PAS dan kemungkinan besar menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.


Perkara ini tidak mustahil malah menurut beberapa pimpinan PAS Pusat Dato Ramli telah bersetuju dengan bertanding atas tiket PAS pada PRU 13 nanti.

20 April 2012

LEBIH RAMAI AKTIVIS BERSIH 3.0 DITANGKAP?


Seorang aktivis BERSIH 3.0 ditangkap di Pulau Pinang hari ini. Ini tangkapan pertama melibat aktivis BERSIH 3.0 sejak himpunan BERSIH 3.0 diumumkan akan diadakan pada 28 April ini.

Tan Hong Kai seorang aktivis NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia ditahan dan dibawa ke balai polis ketika memasang poster perhimpunan BERSIH di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut kakitangan seorang anggota majlis Pulau Pinang, lelaki 21 tahun itu pada mulanya ditahan oleh pengawal keselamatan kampus antara jam 2 hingga 3 pagi kerana sedang melaksanakan tugasnya.

Beliau kemudiaannya dibawa oleh pengawal itu ke Balai Polis Sungai Nibong.

Bekas penuntut koleh itu dipercayai kes pertama melibatkan tangkapan kerana memasang poster BERSIH.

Apakah selepas ini lebih ramai aktivis BERSIH akan ditangkap seperti yang berlaku menjelang perhimpuan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu. Semasa perhimpunan tersebut diadakan di Kuala Lumpur lebih ramai yang ditangkap dan ditahan selama beberapa jam di mana jumlahnya mencecah ribuan orang.

Namun kali ini kerajaan dan polis dilihat mengambil pendekatan yang lebih lembut dan berhemah. Apakah mereka akan bertindak lebih ganas menjelang perhimpunan dan semasa hari perhimpunan.


Gambar di atas sekadar hiasan

'TASK FORCE' JAHAT : MANA NAJIB/HISHAM MENGAPA SUNYI SEPI

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan satu task force durjana telah dibentuk untuk memberi kad pengenalan dan memberi hak mengundi kepada pendatang asing. Task Force didakwa telah beroperasi sekian lama bagi memberi kemenangan kepada BN.

Kerja-kerja jahat ini memang telah lama didakwa oleh pihak PR tetapi sebelum ini mereka tidak memberikan bukti terperinci. Tetapi pendedahan berani Mahfuz baru-baru benar-benar mencabar kedaulatan dan keselamatan negara kita. Mana tidaknya selepas ini kuasa melantik kerajaan diberi kepada pendatang asing yang tiada kena mengena dengan negara kita. Mengapa mereka tergamak melakukan sehingga sedemikian rupa tanpa memikirkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Apa yang dikesalkan sehingga kini tiada komen yang meyakinkan dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn. Hanya beberapa orang yang dinamakan oleh Mahfuz sahaja yang menafikan mereka terlibat dengan task force itu. Tetapi mereka tidak pula menafikan kewujudan task force durjana itu.

Adalah diharapkan rakyat dapat menilai dan membuat tindakan sewajarnya pada PRU 13 dengan menumbangkan kerajaan BN yang jelas sudah tidak tahu mana satu kedaulatan dan keselamatan. Rakyat mempunyai kuasa untuk menumbangkan BN dengan undi masing-masing.

ISU KAPAL SELAM : NAJIB JADI SAKSI TAK DAPAT LARI?


Perdana Menteri, Najib Razak kemungkinan besar tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi saksi perbicaraan berkaitan komisen pembelian kapal selam Scorpene. Kalau di Malaysia ada saksi yang boleh mengetepikan sapina mahkamah tetapi di Perancis belum tentu mereka yang disapina boleh melarikan diri dari menjadi saksi.


Jika Najib benar-benar terpaksa menjadi saksi kes ini kemungkinan besar ia akan mempengaruhi landskap politik Malaysia. Antara kemungkinannya PRU 13 mungkin ditangguhkan sehingga tahun depan; Najib mungkin terpaksa memberhentikan dirinya sendiri dari jawatan Perdana Menteri; jawapan kepada isu pembunuhan Altantuya juga mungkin terungkai. Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa Altantuya dibunuh oleh pembunuh.


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya supaya kenyataan saksi diterima sebelum siasatan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.

military malaysia navy french built submarine scorpene classPengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielKatanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya.


Kenyataan ini dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. 

BALA ALLAH : BARU 13 TAHUN DAH ROGOL ORANG

Negara kita ditimpa bala apabila kejadian jenayah bukan sahaja melibatkan orang dewasa malah dilakukan oleh remaja berumur 13 tahun. Apa hendak jadi dengan negara kita. Inilah bala Allah apabila undang-undang Islam diketepikan malah dihina pula.

Bayangkan remaja Tingkatan 1 yang baru masuk sekolah menengah berani melakukan kesalahan jenayah rogol yang biasanya melibatkan orang dewasa dan warga emas. Ini semua adalah disebabkan pihak berwajib tidak berusaha untuk memadamkan punca-punca maksiat dan pada masa yang sama tidak mendaulatkan undang-undang Islam yang dijamin oleh Allah dapat mencegah kemungkaran kerana keberkatan hukum Allah itu sendiri.


Media semalam  melaporkan bahawa seorang remaja  berusia 13 tahun, sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di Padang Besar, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya.

Sehingga sekarang kerajaan Umno/BN masih berdegil tidak mahu kembali kepada undang-undang Islam. Malah mereka juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk menghapuskan punca-punca maksiat seperti rancangan TV yang separa lucah, pusat-pusat hiburan maksiat, penghapusan video-video lucah, majalah-majalah dan buku-buku lucah dan sebagainya.

AKUI KESILAPAN : KERAJAAN PULAU PINANG TUNJUK CONTOH YANG BAIK

Jarang sekali sebuah kerajaan mengakui kesilapan atas apa juga tindakan yang dilakukan. Malah lebih susah untuk kita temui sebuah kerajaan memohon maaf kepada rakyat jika melakukan kesilapan. Tetapi itulah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dengan jiwa besar memohon maaf kepada rakyat atas perlantikan Exconya Abdul Malik Kassim menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Semalam, Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Mohd Salleh.

Ini bermakna Kerajaan Negeri telah mempersembahkan dua nama calon YDP MAIPP secara serentak tetapi pada masa yang berlainan.

Pada masa yang sama, nama Abdul Malik telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong  sebelum nama Mohd Salleh dipersembahkan.

Kesilapan ini telah diakui sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mansor Othman seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

“Kerajaan Negeri juga difahamkan telah memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong  bagi menjelaskan kesilapan ini dan sedang menunggu perkenan menghadap tersebut.

“Atas dasar semangat setia kawan Pakatan Rakyat yang diamalkan, Pas Pulau Pinang turut memuji dan menghargai tindakan berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui kesilapan yang berlaku dalam isu ini,” katanya.

Inilah 'contoh hidup'  dan tauladan yang baik kepada semua kerajaan negeri di Malaysia khususnya kerajaan BN yang amat jarang memohon maaf kepada rakyat jika melakukan kesilapan. Biasanya mereka akan mencari pelbagai alasan yang kadangkala alasan tersebut tidak masuk akal sekadar untuk mengelabui mata rakyat.


Terbukti kerajaan Pulau Pinang betul-betul mengamalkan slogan 'CAT- Cekap, Akauntabiliti dan Telus' bukan sekadar retorik dan slogan kosong untuk menyedapkan mata dan telinga semata-mata.

Iia juga adalah selaras dengan tuntutan Islam supaya kita mengakui kesilapan dan memohon maaf jika membuat sesuatu kesilapan. Sifat sebegini menggambarkan jiwa besar seorang pemimpin dan ianya sudah tentu disenangi rakyat terbanyak.


Tidak apa ruginya kita mengakui kesilapan diri kerana ia sememangnya menjadi naluri dan lumrah manusia sebab itu Allah sendiri menerima taubat hambaNya yang tersilap langkap dan terlupa.

19 April 2012

DEMO KHEMAH : SAMSENG 'TA#@' KUCING BERANI DENGAN WANITA

Samseng yang menyerang para demonstran yang berkhemah awal pagi tadi disifatkan sebagai samseng 'ta#@'' kucing kerana hanya berani dengan mahasiswa yang tidak melawan. Malah mereka juga bertindak merobohkan khemah mahasiswi (pelajar wanita).

Kalau ya pun samseng janganlah kacau wanita ......memang samseng kampung dusun tak ada 'kelas'. Tindakan samseng tersebut menyerang mahasiswa seawal jam 2.45 pagi membuktikan mereka hanya berani pukul curi di waktu orang sedang lena tidur. Orang tidur mereka beranilah kalau orang jaga belum tentu mereka berani.

Siapalah gerangannya yang mengupah samseng kampung dusun ini. Mungkin tuan-puan dapat mengagak siapa tukang upah mereka ini ...............Gambar menunjukkan seorang mahasiswi sedang menceritakan bagaimana dia diserang .........

PARLIMEN : BUBAR BUBAR BUBAR

Semua orang menunggu parlimen Malaysia dibubarkan. Tetapi sehingga kini ianya belum dibubarkan. Bila bubar, tiada siapa tahu kecuali pembubar dan orang yang paling rapat dengan pembubar.

Makin lama makin terasa parlimen akan dibubarkan tetapi tak juga bubar. Bila bubar, bila pembubar berani membubarkan parlimen, maka ia bubar. Sehingga kini pembubar belum bubar lagi sebab dia takut untuk bubar. Orang yang rapat dengan pembubar pun kata jangan bubar nanti takut parti pembubar terbubar.

Bila bubar rakyat ada kuasa untuk undi parti yang mereka suka. Tetapi akhir-akhir ini rakyat terasa ada yang tidak kena dengan parti pembubar yang berkuasa. Ada yang mendakwa pembubar dan kuncu-kuncunya main kotor dengan mengotorkan daftar pemilih untuk memenangkan parti pembubar dan rakan-rakan pembubar.

Permbubar pernah berkata kita akan buat apa sahaja untuk mengekalkan parti pembubar.........Insya Allah rakyat akan ajar pembubar dan rakan-rakan pembubar .....

Kalau pilihanraya telus, bersih dan adil sudah tentu pembubar akan putih mata kali ini......rakyat mesti berusaha memastikan pilihanraya kali ini bersih kalau tidak pembubar akan menang besar.....

GST : SAH BN MENANG RAKYAT KENA SEMBELIH

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin hari ini memohon kepada Dewan Rakyat untuk menarik balik pembentangan usul Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2009 untuk bacaan kali kedua.

Jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Jun ini benar-benar berlaku, bermakna RUU itu masuk tiga kali ditangguhkan untuk dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat sejak 2009 lalu.

Jadi dengan perkembangan ini maknanya BN akan membentangkan Rang Undang-undang GST ini jika mereka menang pada PRU 13 nanti. Jika rakyat ingin GST ini dilaksanakan maka silalah undi BN dan berikan mereka mandat besar lebih dari 2/3 majoriti.

Rakyat mesti sedar bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Contoh GST ini adalah paling tepat di mana rakyat boleh mengelakkannya dengan tidak mengundi BN.

KERAJAAN BN TAK HALANG BERSIH 3.0 SEBAB MEREKA YAKIN MENANG BESAR

Kalau semasa perhimpunan Bersih 2.0 dahulu, pihak berkuasa mengambil tindakan yang agresif dengan merampas baju bersih, menangkap aktivis bersih, membuat sekatan jalan raya serta mengeluarkan amaran setiap hari di media, kini untuk Bersih 3.0 ianya tidak berlaku sedemikian.

Kerajaan BN seolah-olah membiarkan rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April. Tiada amaran keras, tiada rampasan baju bersih dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN/Umno tidak takut kepada Bersih 3.0. Mereka tahu walau seramai mana pun yang akan berhimpun di Dataran Merdeka mereka tidak kisah kerana daftar pemilih dan undang-undang peraturan pilihanraya memihak kepada mereka.

Jerit dan launglah sekuat mana pun, daftar pemilih yang kotor dan bercelaru tetap memberikan kelebihan kepada BN. Manakan tidak ratusan ribu pengundi yang diragui telah didaftarkan dalam daftar pemilih. Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan ujudnya satu Task Force untuk mendaftarkan pendatang asing menjadi pengundi setelah mereka diberikan kad pengenalan. Jadi apa yang boleh Bersih 3.0 lakukan.....kita hanya sekadar berhimpun dan menjerit mahukan pilihanraya bersih sedangkan semasa perhimpunan tersebut mereka terus menjalankan kerja-kerja terkutuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru untuk menjadi pengundi berdaftar.

Namun begitu kita wajib juga hadir pada himpunan Bersih 3.0 bagi menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat tidak merestui penipuan dan tidak redha dengan tindakan menjual negara dengan memberikan Kad Pengenalan dan hak mengundi kepada pendatang asing.

Pihak PR dan Bersih 3.0 mesti memikirkan tindakan yang lebih hebat selepas Himpunan Bersih 3.0. Cuba fikirkan apakah tindakan paling ampuh untuk memastikan rakyat tidak ditipu semasa PRU 13 nanti. ..............Jangan hanya berpuas hati dengan himpunan Bersih 3.0 ....banyak tindakan lain yang boleh dilaksanakan .....

SAMSENG JADI RAJA DALAM NEGARA

Budaya samseng semakin menjadi-jadi dalam negara kita. Tidak cukup dengan tindakan gangsterisme dan samseng semasa ceramah dan lawatan pimpinan PAS, kini budaya ini menular terhadap mahasiswa pula. Kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka beberapa hari lalu dipukul dan diganggu oleh samseng awal pagi tadi.

Lebih pelik lagi bagaimana samseng boleh melakukan tindakan mereka tanpa ditegah lebih awal sedangkan pihak keselamatan berada tidak jauh dari khemah mahasiswa tersebut. Apakah samseng ini samseng berlesen dan diberi kuasa untuk memukul sesiapa sahaja.

Ramai pelajar dan aktivis yang cedera manakala barangan mereka seperti khemah, telefon, kamera rosak dan hilang.

Kita menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengheret para samseng ini ke muka pengadilan. Negara kita ada undang-undang. Jadi jangan belakangkan undang-undang dengan menghalalkan gangsterisme hanya semata-mata kerana tidak sehaluan dengan pihak tertentu.

18 April 2012

BUKTI BN BIJAK MEMERINTAH


PAS - PARTI AJARAN SESAT TAPI MENGAPA UMNO MASIH NAK PERPADUAN

Umno menuduh PAS pasti ajaran sesat sehingga Umno Terengganu menganjurkan seminar Pas Parti Ajaran sesat. Tetapi yang peliknya Ketua Penerangan Umno mengajak PAS berpadu dengan Umno. Kalau benar PAS sesat kita yakin Umno tidak akan mahu berpadu dengan PAS.

Malaysiakini melaporkan bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengambil peluang untuk menimbulkan semula isu perpaduan antara PAS dan Umno dalam pertemuan dengan sekumpulan imam dan bilal dari negeri Terengganu.

Dalam kempennya kepada pemimpin masjid berkenaan, Ahmad antara lainnya mendakwa perpaduan itu ditolak kerana majoriti pemimpin PAS didakwa bukan daripada kalangan ulama.

NONE"Saya tak pasti kenapa PAS tidak sambut salam perpaduan daripada Umno. Bagi saya, tidak pernah perpaduan itu merugikan dan perpecahan itu menguntungkan.

"Mungkin saya rasa antara faktor mengapa PAS tidak mahu perpaduan itu adalah kerana kepimpinan PAS kini majoriti bukan daripada ulama. Timbalan presidennya, naib presidennya, bukan daripada ulama," katanya lagi di Kuala Lumpur.

Katanya, perkara itu ditimbulkannya terdahulu ketika memberi ucapan dalam kursus jati diri yang dihadiri kira-kira 360 orang imam dan bilal dari negeri yang pernah ditadbir PAS itu.

Kata-katanya itu juga timbul ketika Umno Terengganu kini bergiat untuk memperluaskan kempen wacana "PAS: Parti Ajaran Sesat" anjurannya, ke negeri yang kuat dipengaruhi PAS seperti Kedah dan Kelantan.


Mana yang betul ni UMno. PAS sesat atau Umno yang sesat. .....


17 April 2012

PARAH : KERAJAAN TAKUT KEPADA KHEMAH

Rakyat pasang khemah, dia orang runtuhkan, rakyat nak berhimpun dia orang halang, rakyat nak ceramah dia kacau, apa lagi yang dia orang tak buat..............dengan kuasa yang dia orang ada dia orang lakukan apa sahaja .........inilah kerajaan BN yang sudah buang tabiat.

Mereka mengaku mereka kuat ...tapi takut kepada bayang-bayang sendiri .........

16 April 2012

KEMUNCAK KEZALIMAN : KERAJAAN BN MELAKA BAKAL RUNTUH KERANA ROBOH SEKOLAH DAN SURAU


Kemuncak kezaliman sesebuah kerajaan ialah apabila masjid atau surau dan sekolah dirobohkan tanpa takut kepada laknat Allah dan kasihan belas kepada rakyat.

Bila kerajaan Melaka merobohkan Pusat Asuah Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil dan Surau Ujong Pasir maka lengkap kezaliman sebuah kerajaan negeri. Kerajaan Melaka mengulangi kezaliman dan kesilapan kerajaan BN Terengganu yang merobohkan Institut Berakan dan juga kesilapan kerajaan BN Selangor zaman Khir Toyo yang merobohkan surau. Akhirnya kedua-dua kerajaan pimpinan Wan Mokhtar dan Khir Toyo dihukum oleh Allah tewas dalam pilihanraya umum.

Kita berdoa semoga Allah juga menghukum kerajaan BN Melaka sekarang yang dengan zalim merobohkan PASTI dan surau tanpa alasan yang kukuh. Amin.


Jelas Ketua Menteri Melaka tidak belajar dari kesilapan 2 orang rakannya itu. Doa rakyat yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah. Apatah lagi alasan perobohan PASTI Jaya Insan itu jelas tidak dapat diterima. Ianya hanyalah kerana hasad dengki dan dendam kesumat politik sempit kerajaan negeri Melaka.

Insya Allah kezaliman kerajaan negeri ini akan memberikan impak besar kepada politik negeri Melaka. Rakyat mula membuka mata dengan kezaliman ini. Malah PAS Bukit Katil sendiri yakin kerajaan negeri dan pimpinannya sekarang sedang menerima hukuman dari Allah apabila mula takut kepada bayang-bayang sendiri dengan pelbagai tindakan akibat cacing kepanasan antaranya mengacau ceramah PAS dan beberapa tindakan yang menggelikan hati.

PAS Bukit Katil sendiri akan membuktikan bahawa perjuangan Islam di kawasan Parlimen Bukit Katil bukannya semakin lemah dengan perobohan PASTI tetapi kita akan bangkit dengan membuka lebih banyak pejabat, markas dan PASTI. PASTI Jaya Insan yang baru telah dibuka, selepas markaz baru akan dibuka dan sebuah pejabat serba canggih juga akan dibuka tidak lama lagi. 

Ibarat ungkapan TEKANAN MENAMBAH PENINGKATAN.

ISA : KELUAR MULUT RIMAU MASUK MULUT BUAYA

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini tiada bezanya undang-undang lama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1964.

Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Anwar berkata undang-undang itu juga lebih menekan dan mempunyai lebih banyak ruang untuk disalahgunakan.

Anwar secara khususnya mempertikaikan peruntukan dalam rang undang-undang tersebut yang membenarkan timbalan pendakwa raya memohon secara lisan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditahan mengikut cadangan undang-undang itu.

Beliau mempertikaikannya kerana hakim diwajibkan untuk mempersetujui permohonan lisan berkenaan.

Mengikut ISA, menteri dalam negeri berkuasa mengikut budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh penahanan, atas permohonan polis.


Jadi bolehlah kita katakan bahawa ISA hapus tetapi undang-undang baru lebih teruk. Kita pun tahu BN tidak akan semudah menghapuskan ISA kecuali ianya memberikan keuntungan kepada kerajaan BN. Keluar mulut rimau masuk mulut buayalah nampaknya.

KADIR SHEIKH FADZIR MASUK PAS?

Bekas Menteri Umno, Kadir Sheikh Fadzir semakin intim dengan PAS. Semalam beliau melangkah setapak lagi ke dalam PAS apabila tampil menyampaikan ceramah di pentas PAS bersama-sama Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tidak mengejutkan tidak lama lagi beliau akan mengisytiharkan menyertai PAS. Kalau sudah berani berceramah di pentas PAS itu dikira sudah cukup membuktikan bahawa beliau sudah menerima dasar perjuangan PAS.

Gambar menunjukkan Kadir duduk sebelah Presiden PAS dalam program ceramah PAS di Kedah.

GEMPAR : DUIT SAPU, ELEKTRIK PUN NAK SAPU

Apa nak jadi dengan Wakil Rakyat BN ini. Semua orang tahu ramai antara mereka yang kaya raya tak sepadan dengan gaji dan elaun. Baru sepenggal jadi Menteri Besar boleh buat rumah puluhan juta.......di Pulau Pinang lain pulak kisahnya. Ada Adun BN didapati mencuri elektrik untuk merendahkan bil elektrik bulanannya .........aiiiik awat ni bil elektrik pun tak mau bayar ke ..........takkan nak percuma kot .....

(baca beritanya dalam imej di keratan akhbar ini.)

Sebagai seorang Wakil Rakyat janganlah buat kerja macam ini. Nanti rakyat ikut sama mencontohi kamu wahai Wakil Rakyat BN ............


15 April 2012

UMNO HENDAK BERGABUNG DENGAN PARTI SESAT

Umno menuduh PAS sebuah parti sesat atau singkatan Parti Ajaran Sesat. Malah di Terengganu sekarang ini Umno pimpinan Mat Said mengadakan seminar PAS -Parti Ajaran Sesat. Malang sungguh ahli PAS sebag jadi 'PArti Ajaran Sesat".

Tetapi yang peliknya Umno hendak pula bergabung dengan PAS sedangkan PAS Parti Ajaran Sesat. Adakah Umno yang sesat sebab hendak bergabung dengan Parti Ajaran Sesat.

Terbaru dilaporkan dalam Sinar Harian hari ini, Umno SANGGUP BERSATU DENGAN PAS, kalau kitalah sudah tentu kita tidak HINGIN untuk bergabung dengan Parti Ajaran Sesat.  Seperti PAS yang tidak mahu bergabung dengan Umno. Tetapi Umno tetap bernafsu untuk berpadu dengan PAS. Feninggggggggggggggg!!!!!!!!!  .............

PAS MEMANG PARTI SESAT BANGAT BUKTINYA GAMBAR INI

PAS memang parti 'sesat' bangat. Manakala Umno parti yang betul-betul menepati syariat Islam.

Kalau tidak percaya cuba lihat gambar ini. PAS yang selalu menjalankan aktiviti berlandaskan syariat seperti solat hajat, mencegah kemungkaran dan sebagainya ....memang sesat.

Manakala Umno selalu mengadakan program maksiat dan berbentuk hedonisme.....memang Umno parti Islam terbesar dan memenuhi tuntutan Syariat Islam.....apatah pada era wasatiyyah maka lebih hebat program keislamannya .............

Sumber : FB Aswadil Amir III

BN HEBAT : KUBUR PUN ADA KUBUR 1MALAYSIA

Zaman Najib memerintah bukan sahaja ada Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Bantuan 1Malaysia dan sebagainya malah ada KUBUR 1Malaysia......hebat dan canggih. Bukan sahaja mereka mendaulatkan ajaran 1Malaysia masa hidup sesudah matipun ada 1Malaysia.

Ini memang betul-betul semangat 1Malaysia. Tapi disaat mulut kata 1Malaysia, tindakan tidak mencerminkan 1Malaysia pelbagai fitnah dan hasutan mengapi-apikan semangat perkauman sempit terus dimainkan oleh Umno/BN dan puak-puak pencacainya.

Sumber : http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/tu-dia-kubor-1malaysia-di-kaw-parlimen.html

BESARNYA RUMAH PRESIDEN PAS?

PTPTN : MUHYIDDIN MULA TERASA PANAS

BN mula terasa panas dan lambat laun akan setuju dengan manifesto PR yang akan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.


Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN menanggung antara 85 hingga 95 peratus subsidi bagi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam untuk meringankan beban pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, katanya pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian mereka pada kadar yang amat minimum.

"Contohnya bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 bagi lima tahun pengajian berbanding RM166,000 yuran sebenar. Pelajar hanya perlu bayar 5.4 peratus daripada jumlah yuran sebenar dan baki 94.6 peratus dibayar oleh kerajaan.

"Bagi bidang kejuruteraan di UKM, pelajar hanya perlu bayar RM5,600 untuk tempoh empat tahun pengajian berbanding RM61,200 yuran sebenar. Hanya 9.2 peratus pelajar perlu bayar, manakala baki 90.8 peratur dibayar oleh kerajaan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.


Bagus Muhyiddin sekarang anda mula sedar bahawa pentingnya kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Untuk pengetahuan Muhyiddin walaupun dia menyatakan kerajaan tanggung 85-95 % yuran tetapi pinjaman PTPTN yang ditanggung pelajar mencecah sehingga puluhan ribu, ini yang ditanggung pelajar. PR menawarkan kepada pelajar bahawa tiada PTPTN dan pelajar tidak perlu membayar PTPTN. Jadi kalau sekarang bila tamat pengajian siswazah kena bayar balik pinjaman hingga puluhan ribu, jika PR perintah mereka tidak perlu bayar apa-apa. Dengan kata lain mereka tidak perlu tanggung hutang. Itu bezanya PR dan BN .....jadi Muhyiddin tak perlu hendak cakap berpusing-pusing memeningkan kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter