LEBIH RAMAI AKTIVIS BERSIH 3.0 DITANGKAP?


Seorang aktivis BERSIH 3.0 ditangkap di Pulau Pinang hari ini. Ini tangkapan pertama melibat aktivis BERSIH 3.0 sejak himpunan BERSIH 3.0 diumumkan akan diadakan pada 28 April ini.

Tan Hong Kai seorang aktivis NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia ditahan dan dibawa ke balai polis ketika memasang poster perhimpunan BERSIH di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut kakitangan seorang anggota majlis Pulau Pinang, lelaki 21 tahun itu pada mulanya ditahan oleh pengawal keselamatan kampus antara jam 2 hingga 3 pagi kerana sedang melaksanakan tugasnya.

Beliau kemudiaannya dibawa oleh pengawal itu ke Balai Polis Sungai Nibong.

Bekas penuntut koleh itu dipercayai kes pertama melibatkan tangkapan kerana memasang poster BERSIH.

Apakah selepas ini lebih ramai aktivis BERSIH akan ditangkap seperti yang berlaku menjelang perhimpuan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu. Semasa perhimpunan tersebut diadakan di Kuala Lumpur lebih ramai yang ditangkap dan ditahan selama beberapa jam di mana jumlahnya mencecah ribuan orang.

Namun kali ini kerajaan dan polis dilihat mengambil pendekatan yang lebih lembut dan berhemah. Apakah mereka akan bertindak lebih ganas menjelang perhimpunan dan semasa hari perhimpunan.


Gambar di atas sekadar hiasan

Comments