AKUI KESILAPAN : KERAJAAN PULAU PINANG TUNJUK CONTOH YANG BAIK

Jarang sekali sebuah kerajaan mengakui kesilapan atas apa juga tindakan yang dilakukan. Malah lebih susah untuk kita temui sebuah kerajaan memohon maaf kepada rakyat jika melakukan kesilapan. Tetapi itulah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dengan jiwa besar memohon maaf kepada rakyat atas perlantikan Exconya Abdul Malik Kassim menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Semalam, Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Mohd Salleh.

Ini bermakna Kerajaan Negeri telah mempersembahkan dua nama calon YDP MAIPP secara serentak tetapi pada masa yang berlainan.

Pada masa yang sama, nama Abdul Malik telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong  sebelum nama Mohd Salleh dipersembahkan.

Kesilapan ini telah diakui sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mansor Othman seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

“Kerajaan Negeri juga difahamkan telah memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong  bagi menjelaskan kesilapan ini dan sedang menunggu perkenan menghadap tersebut.

“Atas dasar semangat setia kawan Pakatan Rakyat yang diamalkan, Pas Pulau Pinang turut memuji dan menghargai tindakan berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui kesilapan yang berlaku dalam isu ini,” katanya.

Inilah 'contoh hidup'  dan tauladan yang baik kepada semua kerajaan negeri di Malaysia khususnya kerajaan BN yang amat jarang memohon maaf kepada rakyat jika melakukan kesilapan. Biasanya mereka akan mencari pelbagai alasan yang kadangkala alasan tersebut tidak masuk akal sekadar untuk mengelabui mata rakyat.


Terbukti kerajaan Pulau Pinang betul-betul mengamalkan slogan 'CAT- Cekap, Akauntabiliti dan Telus' bukan sekadar retorik dan slogan kosong untuk menyedapkan mata dan telinga semata-mata.

Iia juga adalah selaras dengan tuntutan Islam supaya kita mengakui kesilapan dan memohon maaf jika membuat sesuatu kesilapan. Sifat sebegini menggambarkan jiwa besar seorang pemimpin dan ianya sudah tentu disenangi rakyat terbanyak.


Tidak apa ruginya kita mengakui kesilapan diri kerana ia sememangnya menjadi naluri dan lumrah manusia sebab itu Allah sendiri menerima taubat hambaNya yang tersilap langkap dan terlupa.

Comments