KERAJAAN BN TAK HALANG BERSIH 3.0 SEBAB MEREKA YAKIN MENANG BESAR

Kalau semasa perhimpunan Bersih 2.0 dahulu, pihak berkuasa mengambil tindakan yang agresif dengan merampas baju bersih, menangkap aktivis bersih, membuat sekatan jalan raya serta mengeluarkan amaran setiap hari di media, kini untuk Bersih 3.0 ianya tidak berlaku sedemikian.

Kerajaan BN seolah-olah membiarkan rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April. Tiada amaran keras, tiada rampasan baju bersih dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN/Umno tidak takut kepada Bersih 3.0. Mereka tahu walau seramai mana pun yang akan berhimpun di Dataran Merdeka mereka tidak kisah kerana daftar pemilih dan undang-undang peraturan pilihanraya memihak kepada mereka.

Jerit dan launglah sekuat mana pun, daftar pemilih yang kotor dan bercelaru tetap memberikan kelebihan kepada BN. Manakan tidak ratusan ribu pengundi yang diragui telah didaftarkan dalam daftar pemilih. Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan ujudnya satu Task Force untuk mendaftarkan pendatang asing menjadi pengundi setelah mereka diberikan kad pengenalan. Jadi apa yang boleh Bersih 3.0 lakukan.....kita hanya sekadar berhimpun dan menjerit mahukan pilihanraya bersih sedangkan semasa perhimpunan tersebut mereka terus menjalankan kerja-kerja terkutuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru untuk menjadi pengundi berdaftar.

Namun begitu kita wajib juga hadir pada himpunan Bersih 3.0 bagi menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat tidak merestui penipuan dan tidak redha dengan tindakan menjual negara dengan memberikan Kad Pengenalan dan hak mengundi kepada pendatang asing.

Pihak PR dan Bersih 3.0 mesti memikirkan tindakan yang lebih hebat selepas Himpunan Bersih 3.0. Cuba fikirkan apakah tindakan paling ampuh untuk memastikan rakyat tidak ditipu semasa PRU 13 nanti. ..............Jangan hanya berpuas hati dengan himpunan Bersih 3.0 ....banyak tindakan lain yang boleh dilaksanakan .....

Comments

Anonymous said…
Sebenarnya tidak ada guna nya untuk menghalang bersih 3.0 abiskan tenaga polis ajer...
Tak kemana pun perhimpunan bersih...sebenarnya ia mengundang kebencian rakyat dan terutama peniaga dan pemandu teksi dan yg sewaktu dgn nya...biarlah mereka nak berkumpul kek, berarak kek atau menjerit kek..tk usah pedulikan mereka...nnti dah penat balik lah mereka kat umah masing2.
Anonymous said…
Sebenarnya tidak ada guna nya untuk menghalang bersih 3.0 abiskan tenaga polis ajer...
Tak kemana pun perhimpunan bersih...sebenarnya ia mengundang kebencian rakyat dan terutama peniaga dan pemandu teksi dan yg sewaktu dgn nya...biarlah mereka nak berkumpul kek, berarak kek atau menjerit kek..tk usah pedulikan mereka...nnti dah penat balik lah mereka kat umah masing2.
Anonymous said…
suka saya mencadangkan agar PR melihat dalam hal tersebut dari persepsi akta baru yg menggantikan isa.. takut2 kalau disana ada ruang yg mereka akan guna terhadap pemimpin PR yg menghadiri bersih lalu dilaksanakan dan menghilangkan kelayakan bertanding dalam PRU13...sila kaji akta baru tersebut... ubn akan buat apa saja perkara zalim asal mereka menang...ab-mt