.

.

23 August 2013

MESIR : SEORANG LAGI PEMIMPIN IKHWAN DITANGKAP

Seorang lagi pemimpin Ikhwan Muslimin iaitu Hassan AL Prince ditangkap kerajaan haram Mesir. 

Seorang demi seorang pimpinan Ikhwan ditangkap. Namun ianya tidak sedikitpun melemahkan semangat pimpinan  Ikhwan dan rakyat Mesir untuk berjuang menegakkan kebenaran.

Gambar pimpinan Ikhwan Muslimin Hasan Al Prince semasa ditangkap sebentar tadi.

Sumber : أحرار في زمن العبيد 

MESIR : BANTAHAN HEBAT DI FAYOUM PULA


Fayoum : Para revolusioner membawa kompang dan rakyat Fayoum memainkan siulan tradisional dengan laungan "Berambuslah wahai Sisi! Mursi adalah presidenku!"

Mereka telah berkumpul sejak tadi seramai lebih dari 50,000 penunjuk perasaan di hadapan Masjid Asy Syabban Al Muslimin di wilayah Fayoum dalam perarakan besar-besaran menuntut pengembalian legitimasi dan penghapusan kumpulan Abdul Fattah As Sisi dan menyifatkannya sebagai ketua rampasan kuasa berdarah.

Para penunjuk perasaan mengecam segala bentuk serangan dan penangkapan yang dilakukan oleh kerajaan rampasan kuasa terhadap hak pro demokrasi yang tidak bersenjata dan membantah rampasan kuasa.

Para penunjuk perasaan mengemukakan memorandom yang ditujukan kepada kerajaan rampasan kuasa berdarah, menuntut pembebasan keseluruhan tahanan politik dengan kadar segera, juga menuntut pengembalian Presiden sah negara dan pembicaraan secara menyeluruh ke atas sesiapa yang terlibat dalam penyembelihan yang disaksikan oleh negara Mesiir akhir-akhir ini.

Sumber : نبض رابعة 
#mesirkini
#R4BIA

22 August 2013

ASKAR, JET PEJUANG, KERETA KEBAL DAN SEMUA SENJATA TENTERA KITA SEDANG BERSIAP SEDIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1


Kita dimaklumkan bahawa askar, jet pejuang, kereta kebal, perisai dan lain-lain sedang bersiap sedia untuk suatu operasi besar-besaran dalam masa terdekat. Syabas diucapkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Memang mereka pimpinan yang berani dan prihatin dengan keadaan semasa.


Mereka semua sedang bersiap siaga untuk menghadapi OPERASI sambutan Hari Kebangsaan bukannya untuk operasi lain jangan silap faham.

Minta maaf kepada sahabat dan saudara-saudara kita di Mesir, Syria, Palestin dan lain-lain kelengkapa ketenteraan kami sedang dipersiapkan untuk Operasi Sambutan Hari Kebangsaan bukan untuk tujuan lain.

Tentera dan kelengkapan memang hebat dan gah. Tak percaya mari sama-sama kita saksikan pada hari perarakan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos nanti.

Syabas .........Selamat Hari Kemerdekaan.

Sumber idea : FB Ust Suhaimi Saad.

HAKIM TANGGUH KEPUTUSAN BANTAH PETISYEN BN UNTUK DUN BUKIT BARU

Hakim Mahkamah Pilihanraya hari ini menangguhkan keputusan bantahan PAS terhadap petisyen BN bagi Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil kepada 5 September depan.

Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim tersebut membuat keputusan tersebut sebentar tadi. Perbicaraan berlangsung di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh bermula jam 10.00 pagi.

Pasukan peguam BN diketuai oleh Datuk Hafarizam Harun manakala PAS diwakili oleh Zulkhairi Mohamad.

Antara pimpinan PR yang hadir di mahkamah hari ini ialah Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan calon BN yang tumbang di Parlimen Bukit KatiL,Mohd Ali Rustam.


21 August 2013

GAMBAR2 BAS JATUH GAUNG DI GENTING

Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.

Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang bas persiaran terbabit.

Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.

Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Berhati-hatilah ketika memandu, jangan hanya hendak cepat sampai ke destinasi keselamatan digadaikan ...........

Sumber : Mini.

PTPTN KAN ADOOOOO!!!! : LAKONAN FILEM HINDUSTAN

Sekali lagi adegan Filem Hindustan dilangsungkan dalam pentas politik negara kita. Baru sehari Menteri mengumumkan bahawa mana-mana peminjam yang tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN akan disenaraikan dalam data CCRIS, hari ini kabinet memutuskan langkah itu tidak akan dilaksanakan.

Sudah banyak sekali perkara sedemikian dilakukan iaitu umum dahulu sesuatu keputusan selepas itu kabinet akan batalkan. Bukankah itu namanya keputusan bercelaru, kerajaan cacamarba dan 'kluk klek'. Namun itulah perangai kerajaan BN yang telah sekian lama memerintah, umum lepas itu batal. Selepas batal mereka angkat bakul sendiri kononnya mereka pemb

Tidakkah sebelum sesuatu perkara itu diputuskan ianya dianalisis, dibincang dan dipersetujui bersama.........Inilah gambaran sebenar kerajaan BN yang caca marba dan tidak bertanggungjawab di atas apa juga keputusannya. Itu semua poyo kata anak muda.

AYUH BANTULAH MANGSA KEGANASAN DI MESIR, SYRIA DAN LAIN2

Bantuuuuuuuuuuuu, bantuuuuuuuuuuu, bantuuuuuuuuuu ........doa doa doa doa ..........kutuk kutuk kutuk ........... hancur hancur hancur .......

Apa lagi yang boleh saya katakan dengan kekejaman dan keganasan laknatullah di Mesir, Syira, Palestin dan lain-lain. Sudah kering airmata, serak suara, pekak telinga dan letih otak memikirkan kejahatan dna kebinatangan manusia ke atas manusia yang lain.

Ayuh mari kita doakan semua penjenayah dihapus dan dihancurkan oleh Allah SWT.


'BLACKLIST'KAN PEMINJAM PTPTN, NAIKKAN TARIF ELEKTRIK .......APA LAGI YANG KERAJAAN BN NAK?

Kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan dan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Mei lalu, akhirnya 'klimaks' tersebut dibuktikan sebagai titik bermulanya nasib yang lebih malang untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk tempoh 5 tahun, dan tidak mustahil untuk tempoh lagi 50 tahun.

Semua harus sedar bahawa PRU13 adalah peluang terbaik untuk bukan sahaja menyelamatkan negara ini, malah rakyatnya juga. Semua harus sedar betapa perubahan dasar negara ini untuk menjadi lebih mesra rakyat, mesra kepada rakyat dalam ertikata sebenar hanya boleh berlaku selepas tumbangnya regim Barisan Nasional. Ini fakta yang klasik, walaupun masih belum dibuktikan namun ia satu kepercayaan umum.

Minggu ini ada dua berita tidak baik, pertama mengenai kenaikkan tarif letrik dan kedua fasal peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman secara konsisten bakal kehilangan hak untuk 'hidup' apabila nama disenaraikan dalam sistem CCRIS. Ini sangat pelik, apakah negara ini sudah rosak apabila pinjaman untuk melanjutkan pelajaran sudah setaraf dengan pinjaman kad kredit, sewa-beli kenderaan dan pinjaman perumahan. Padahal terma 'pinjaman' itu sendiri sepatutnya diganti biasiswa.

Kedua-duanya berita di atas punya kesan langsung yang menambah kesempitan hidup rakyat dan diburukkan lagi oleh beberapa siri kenaikan harga barang keperluan asas dan harga perkhidmatan. 

Di sebalik keuntungan berbilion syarikat monopoli TNB, khabaran kenaikkan tarif sudah kedengaran sejak awal tahun. Ia dititik-beratkan lagi ketika memasuki musim pilihanraya dengan detonasi kenaikkan tarif letrik akan berlaku sekiranya kerajaan BN kekal memerintah. Nah, ia benar-benar berlaku.

Apakah rasional sebuah syarikat monopoli berkaitan kerajaan yang sudah untung berbilion, menaikkan lagi tarif letriknya. Tidak kiralah apa jua alasannya samada untuk menampung kos operasi TNB atau menokok tembolok pengusaha IPP, soalnya mengapa rakyat terus menjadi mangsa? Sebagai syarikat monopoli yang mana tiada satupun bil letrik dibayar kepada pihak selain TNB, sepatutnya tidak mencari keuntungan syarikat semata-mata tetapi rakyat yang menjadi pelanggan setia ini juga perlu dipelihara. 

Kerajaan sepatutnya menyebelahi rakyat, sepatutnya menjadi pelindung rakyat, kerana itu kerajaan itu dipilih rakyat. Namun apakan daya, ini kerajaan 47 peratus, kerajaan undi pos, kerajaan dakwat pewarna makanan, penyangak yang menipu ini mana mungkin berniat menjaga rakyat.

Rungutan mula kedengaran, tarif letrik dikatakan mula naik mendadak sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, kenaikkan luar biasa ini berlaku setelah pengenalan meter letrik jenis baru. Ia bukan kes terpencil, pengalaman kenaikkan bil secara luar biasa ini dirasai semua.

Jika sebelum ini ramai pengguna yang kurang berkemampuan dan tidak punya banyak perkakas elektrik mendapat manfaat bil letrik percuma apabila mempunyai bil bawah RM20, kini angka RM20 sebulan itu hampir mustahil dicapai dengan penggunaan meter baru yang serba kejam. Itu belum lagi dikira kenaikkan tarif letrik.

Rakyat yang cuba meminimakan penggunaan eletrik, bergelap demi sedikit 'cahaya' supaya mendapat pengecualian RM20, namun keistimewaan ini ditarik secara terancang. Apakah kenaikkan tarif ini juga satu cara untuk pastikan semua bil letrik melebihi RM20 dan seterusnya tercicir dari dikecualikan pembayaran?

Inilah bonus kepada rakyat Malaysia hasil dari kekalnya sebuah kerajaan korup yang bermodalkan retorik 'negara aman'. Lebih menarik, minggu ini kita dikurniakan 'bonus kombo' apabila dua hadiah musibah dipakejkan sekali. Sedang menunggu giliran untuk diberikan kepada rakyat termasuklah pelaksanaan cukai GST sepenuhnya, pengenalan TPP dan seribu kamera AES sebagai bonus minggu akan datang.

Justeru, apa lagi yang kerajaan mahu dari poket rakyat? Apakah rakyat hanya perlu pasrah dan berserah?

Kami dari SAMM tidak sesekali menyerah. SAMM dan beberapa front anak muda serta front mahasiswa telah bertekad mengambil jalan yang lebih radikal demi memastikan keadilan berada di tempatnya. Masa depan kami menjadi pertaruhan demi masa depan seluruh anak bangsa. 



Radikal? Radikal itu bukan maksudnya bakar kereta, mohon jangan ditafsir dengan sifat bebal. Sifir 'jangan gopoh' dan sifir ikut saluran petisyen yang digunapakai akhirnya memakan diri apabila sekali lagi diperbodoh oleh regim penyangak. Bodoh ini dibayar pula dengan jumlah jutaan ringgit - ini contoh kebodohan berbayar.

Bagi SAMM, penipuan pilihanraya yang didalangi oleh SPR perlu dibangkitkan semula. Jawatankuasa SPR perlu diburu selagi tidak melepaskan jawatan masing-masing. Ingatlah bahawa hak rakyat untuk menikmati penurunan harga petrol seterusnya kelegaan harga keperluan asas dinafi oleh demokrasi mati, hasrat mahasiswa untuk PTPTN dimansuh turut dimusnahkan gara-gara penafian hak menukar kerajaan.

Dataran Merdeka wajib menjadi sasaran supaya diduduki sebagai tanda protes dan bantahan khususnya di atas penafian demokrasi yang berterusan. BERSIH 4.0 dilihat platform terbaik untuk perlawanan terbaru.

Akhir sekali, mungkin ada yang bertanya mengapa ulasan saya mengenai nasib peminjam PTPTN yang disenarai CCRIS sangat minima dalam tulisan ini, cukuplah sekadar saya berpesan kepada peminjam PTPTN yang disenarai-hitam: Ayuh lawan, atau melaratlah sampai mati! Sad but true...

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

20 August 2013

MESIR : GAMBAR SYUHADA HARI INI - 20 PEMUDA DIBUNUH KEJAM

Ini adalah gambar para syuhada' hari ini. Difahamkan mereka ini merupakan pemuda yang berusia 21 tahun yang sedang dalam latihan ketenteraan, namun di dapati berkecenderungan menyokong Dr Mohammad Morsi.

Lalu mereka di bawa ke tepi jalan di tengah-tengah padang pasir lalu di bunuh tanpa belas ehsan lagi. 

Lebih dua puluh orang yang gugur menjadi syahid di tempat ini....tiada lagi jalan undur bagi Assisi itu..jalan mati sahaja didepannya yang di pilih!!

MALAYSIA TANAHAIRKU : PELIK TAPI BENAR


Pelik tapi benar.


Pelajar tak bayar PTPTN kena blacklist, tapi pemimpin Umno yang disabitkan dengan kesalahan rasuah disanjung dan diberi jawatan .............

Ada pemimpin Umno dibuktikan bersalah oleh Jawatankuasa disiplinnya mengamalkan rasuah tetapi tetapi dipilih menjadi Ahli Parlimen diberi amanah menjaga Felda, ada yang dilantik sebagai Ketua Menteri (PRU 13 kalah) dan lain-lain.

Malaysia oh Tanahairku .............


PTPTN KAN ADO !!!!!!!!!!!!!11

Hadiah untuk peminjam-peminjam PTPTN yang telah mengundi BN pada PRU 13 lalu ialah blacklist melalui CCRIS ...........PR tawar untuk hapuskan PTPTN tak mau ........sekarang BN beri hadiah ini.

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membukti kerajaan tidak prihatin serta menzalimi golongan muda yang telah tamat belajar.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sepatutnya lebih peka kepada permasalahan mereka yang sukar mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian sehinggakan gagal membayar pinjaman PTPTN.

"Saya melihat keputusan kerajaan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar, kalau sebelum ini kita dari Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN bagi membantu golongan pelajar.

"Tetapi tindakan kerajaan ini jelas menzalimi golongan pelajar, mereka perlu dibantu bagi mencari jalan penyelesaian untuk meringankan beban hutang PTPTN tetapi sebaliknya berlaku," jelasnya ketika ditemui di Gombak semalam.

Beliau berkata kerajaan juga tidak memikirkan langkah yang proaktif bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada golongan pelajar sebaliknya merasakan CCRIS jalan terbaik kepada golongan tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar bermula bulan ini.

Tindakan tersebut turut dipersetujui Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata CCRIS langkah terbaik untuk mereka yang gagal membayar PTPTN.

19 August 2013

MESIR : LIHATLAH GAMBAR2 KEKEJAMAN REJIM HARAM MESIR DI LINK INI

Gambar sumbangan As-Syahid Mosaab yang membuktikan betapa ganas dan jahanamnya rejim tentera pimpinan As-Sisi. Klik DI SINI ......

Butakah mata dan pekakkah telinga umat Islam yang masih tidak simpati malah menyokong keganasan As-Sisi. Mana-mana pemimpin negara umat Islam yang masih berdiam diri dan berpeluk tubuh kamu bertanggungjawab di hadapan Allah kerana tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi menyelamatkan saudara-saudara kita di Mesir.

AS-SISI LEBIH ZALIM DARI BINATANG BUAS .....PERGI JAHANAM KAU WAHAI LAKNATULLAH


ISU MESIR: KENYATAAN DR.HASSAN SYAFIE (Ringkasan) - Ahli Majlis Ulama Al Azhar

1. Bukan semua orang yang ditembak itu pengikut Ikhwanul Muslimin. Penembak ini seolah-olah bukan lagi manusia

2. Saya memohon kepada semua agar tidak meredhai kezaliman ini

3. Saya juga memohon –sebagai salah seorang anggota majlis ulama di Al Azhar-mereka yang telah mengambil perjanjian dengan Allah bahawa kita tidak boleh menyembunyikan ilmu

4. Saya memohon kepada semua ulama Mesir terutama sekali kepada Syeikhul Azhar hendaklah menyatakan sebagaimana pernyataan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa “darah seorang muslim lebih suci daripada Kaabah”

5. Saya memohon kepada ulama seluruh dunia di Arab Saudi, negara-negara Teluk, Syam, Iraq, Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Maghribi, Benua Afrika, Wahai hamba Allah! dengarlah…ribuan cedera dan ratusan terbunuh, bukan berperang dengan zionis yang menceroboh tanah suci tapi membedil rakyat yang tidak bersenjata.

6. Kita tidak pernah menyaksikan peristiwa sebegini meskipun di zaman diktator tegar Presiden Jamal Abdul Nasir. Beliau tidak membedil penunjuk perasaan yang menentangnya pada tahun 1967

7. Di mana perginya suara-suara hak-hak asasi manusia di dalam dan di luar negara? Bukankah mereka adalah manusia yang telah ditumpahkan darahnya? Di mana perginya Dr.Mohamed Baradie yang mengatakan bahawa Dr.Morsi telah hilang kemuliaannya ketika seorang rakyat Mesir terbunuh pada zaman pentadbirannya?

AHLI PARLIMEN GERMAN KUTUK KEGANASAN MESIR, HORMAT ROH PARA SYUHADA, ...PARLIMEN MALAYSIA TAK BERANI BERSIDANG PUN


Allahuakbar!! 

Orang bukan Islam pun tahu hormat orang yang telah mati, 

Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!

Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.


Sumber : Omakkau.


Malangnya kerajaan Malaysia senyap sepi seribu bahasa. Sidang Parlimen khas pun tidak berani dipanggil ...............siapa sebenarnya kuda tunggangan Yahudi/APCO/Amerika??????

BUNG MOKHTAR LEBIH CERDIK DAN BERANI DARI NAJIB, LAYAK JADI PRESIDEN UMNO

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin lebih cerdik dan berani dari Presiden Umno, Najib Razak yang sehingga kini diam membisu tentang kekejaman kerajaan haram Mesir. 

Bung Mokhtar seperti dilaporkan sebuah akhbar versi online mendesak, ianya segera diadakan kerana agak terlambat jika menunggu persidangan Parlimen akan datang yang hanya akan bersidang 23 September depan. 

"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Najib patut malu kepada Bung kerana berani mengeluarkan keyataan sedemikian. Bung lebih cerdik dan sensitif terhadap penderitaan rakyat Mesir. Kalau macam itu, Bung lebih layak jadi Presiden Umno............tahniah Bung.

Sebelum ini, sejak berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai 14 Ogos lalu, pemimpin Pakatan Rakyat dengan nada tegas mengutuk kekejaman itu dan mendesak Najib selaku ketua parlimen Malaysia segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan kemelut itu.

Cadangan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan turut disokong Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PR KUTUK KEGANASAN KERAJAAM HARAM MESIR, PEMIMPIN UMNO SIBUK PUASKAN NAFSU MAKAN DAN PANGKAT

PAS kutuk kekejaman di Mesir


DSAI senada dengan PM Turki

DAP kutuk kekejaman diMesir

UMNO duk sibuk dengan Open House dan pertandingan rebut jawatan dalam parti.

Laungan rakyat didahulukan hanyalah sekadar laungan Sampah Sarap.

Tak percaya bacalah Utusan Meloya dan Berita Hairan

Ayat keramat 47% Syukurlah Malaysia Aman

Ayat untuk terus menipu Melayu.

~ fb Maxspeed Mcz

SPEAKER DUN JOHOR TOLAK USUL KUTUK KERAJAAN HARAM MESIR

Speaker DUN Johor menolak usul tergempar mengutuk kekejaman tentera Mesir keatas org awam serta memulihkan semula demokrasi di negara tersebut. 
Kerajaan BN memang tak ada peri kemanusiaan. 

~ Mesirkini

KERAJAAN INDON TEGAS KECAM KERAJAAN HARAM MESIR .....MALAYSIA????

Kerajaan Indonesia mengumumkan pendirian tegas mengecam keganasan kerajaan haram Mesir membunuh rakyatnya. Walaupun nampak liberal tetapi mengutuk penggunaan tentera dan keganasan dlm menyuraikan perhimpunan.

Apa pula pendirian kerajaan Malaysia ...........????

SATU LAGI ROMPAK BERSENJATA ..........MALAYSIA TERUS AMAN

Sebentar tadi berlaku pula kejadian rompak bersenjatakan pistol dan parang di Petronas Rantau Abang.. Apakah maksud semua kejadian ini. Adakah ia suatu trand manusia sekarang ini, cuba renungkan...

Sebelum ini pembunuhan di Paka, sekarang di Rantau Abang. Negara makin tidak aman. Mana janji BN TIDAK HURU HARA??

Kes jenayah amat merunsingkan, renung2kan....
Kena kembali kepada Islam 

~ Tranungkite

TAHNIAH : (FLASBACK) HEBAT SUNGGUH KERAJAAN BN......MALAYSIA SEMAKIN MAJU ..........


Ekonomi Malaysia:

Adakah malaysia bakal menerima nasib yang sama seperti Greece dan Spain?

Hutang Negara:

1970 - RM3.5 bilion
2001 - RM121.4 bilion
2005 - RM189 bilion
2007 - RM247 bilion
2009 - RM348.6 bilion
2010 - RM390.356 bilion
2011 - RM438.467 bilion
2012 - Suku kedua RM476.58 bilion
- Suku ketiga RM454.621 bilion
- Suku keempat RM505.7 bilion

2013 - Suku pertama RM547.79 bilion

(Purata rakyat Malaysia berhutang RM17,500 seorg)

18 August 2013

MESIR : KAWAN-KAWAN BUKAN ISLAM KECAM KEKEJAMAN KERAJAAN HARAM MESIR, PEMIMPIN BN SENYAP SEPI.


Masyarakat majmuk membantah kezaliman tentera Mesir]

Keratan akhbar dari Sin Chew Jit Po - 18 Ogos 2013. 

Perhimpunan Ngo-ngo bukan Islam bersama menyatakan solidariti bersama IKRAM Negeri Sembilan dalam isu kezaliman tentera di Mesir. Sidang media ini juga dihadiri oleh lebih 20 NGO Muslim dan Bukan Muslim termasuk IKRAM Negeri Sembilan, Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH), Persatuan Buddhist NS, Persatuan Methodist Church NS, Persatuan Christian Cina NS, Persatuan Ceylonese NS, Persatuan penduduk beberapa Taman di Seremban dan Koperasi Muhibbah Pemandu Teksi NS.

Sumber : Hafidzi Mohd Noor

VENEZUELA PANGGIL PULANG DUTANYA DI MESIR?


Venezuela Tarik Pulang Dubes di Mesir, HELLO SBY????

Presiden Venezuela Nicolas Maduro memanggil pulang duta besarnya untuk Kairo, Jumat (16/8/2013). Maduro pun menyerukan pemulihan kembali kekuasaan Presiden terguling Mesir Muhammad Mursi.

Selain itu, Maduro juga mendesak pemulihan ketertiban konstitusional di Mesir. Dia menuduh Amerika dan Israel berada di balik kejatuhan Mursi pada 3 Juli 2013. Menurut dia, kedua negara itu pun ikut terlibat dalam beragam konflik politik di berbagai negara, termasuk Suriah.

Pada hari yang sama, Uruguay mengutuk pula kekerasan di Mesir. Negara ini menyerukan pihak yang bertikai di Mesir untuk menyelesaikan perbedaan pendapat mereka melalui dialog dan mediasi.

Setelah "pembantaian" pada Rabu (14/8/2013) menelan korban setidaknya 638 orang tewas dan 4.000-an orang terluka, polisi Mesir kembali menembaki para demonstran pendukung Mursi pada Jumat (16/8/2013). Data terakhir menyebutkan tak kurang dari 70 orang tewas tertembak peluru tajam pada demonstrasi Jumat.

Mursi terpilih dalam pemilu demokratis pada Juli 2012, menggantikan rezim otoriter Husni Mubarak. Mayoritas pendukung Mursi adalah mereka yang menggelar aksi duduk berhari-hari, yang kemudian dikenal sebagai Revolusi 2011 Mesir, yang mengawali kejatuhan Mubarak.

fb yusri amin

MESIR : UCAPAN YANG WAJIB DIDENGAR - BHG 2

KLIK DI SINI

MESIR : UCAPAN YANG WAJIB DIDENGAR - BHG 1

Ucapan ini wajib didengar bagi membuktikan solidariti kita bersama sahabat-sahabat kita di Mesir. KLIK DI SINI.

KHUTBAH YANG WAJIB DIDENGAR


Mari sama-sama kita mendengar khutbah Jumaat ini KLIK DI SINI. Ianya memberikan kefahaman tentang pentingnya persaudaraan Islam dan kewajipan kita mempertahankan saudara seIslam kita.



Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter