BUNG MOKHTAR LEBIH CERDIK DAN BERANI DARI NAJIB, LAYAK JADI PRESIDEN UMNO

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin lebih cerdik dan berani dari Presiden Umno, Najib Razak yang sehingga kini diam membisu tentang kekejaman kerajaan haram Mesir. 

Bung Mokhtar seperti dilaporkan sebuah akhbar versi online mendesak, ianya segera diadakan kerana agak terlambat jika menunggu persidangan Parlimen akan datang yang hanya akan bersidang 23 September depan. 

"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Najib patut malu kepada Bung kerana berani mengeluarkan keyataan sedemikian. Bung lebih cerdik dan sensitif terhadap penderitaan rakyat Mesir. Kalau macam itu, Bung lebih layak jadi Presiden Umno............tahniah Bung.

Sebelum ini, sejak berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai 14 Ogos lalu, pemimpin Pakatan Rakyat dengan nada tegas mengutuk kekejaman itu dan mendesak Najib selaku ketua parlimen Malaysia segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan kemelut itu.

Cadangan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan turut disokong Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Comments