.

.

06 June 2009

TOK GURU NIK AZIZ 'PEGHUT BETUL'

Wakil PAS Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Tok Guru Nik Aziz sebagai pemimpin 'Perut Betul' yang mudah memaafkan orang, berkawan dengan lawan, bersih telus dan sebagainya.
Oleh kerana Tok Guru bersifat peghut betul maka PAS diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk artis, bukan Melayu dan lain-lain.
"Tak ramai pemimpin PAS yang ada hari mempunyai 'peghut betul' seperti Tok Guru" kata Cikgu Rahim.
Cikgu Rahim juga mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya berhati-hati dengan Umno. Jangan berkawan, percaya dan berbaik dengan Umno.
"Umno bukan spesies yang boleh dibuat kawan, selalu tikam belakang" kata beliau.
Beliau juga mengajak seluruh ahli PAS supaya turun ke DUN Manek Urai pada Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai.
"PAS Kelantan akan membiayai tempat tinggal dan makan secara percuma siap dengan pelayan" kata beliau.

PAS GESA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DIBUBARKAN

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa menggesa DUN Perak dibubarkan dengan serta merta dalam satu slot istimewa pada sessi perbahasan ucapan dasar petang ini.
Sebagai tanda simbolik kepada gesaan PAS tersebut semua pimpinan dan perwakilan dipakaikan dengan 'arm band' dan lilitan kepala 'bubarkan DUN' oleh pimpinan PAS Perak dan perwakilan PAS Perak.

AHLI PAS BERSAMA DENGAN PEJUANG DI PERAK, BAI'AH DENGAN PIMPINAN

Wakil PAS Terengganu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengajak seluruh pimpinan dan ahli PAS berdiri teguh di belakang ahli dan pejuang PAS dan Pejuang Rakyat Perak agar berusaha untuk merampas kembali di negeri Perak dari tangan BN perampas kerajaan negeri Perak.
Beliau juga mengajak seluruh ahli PAS supaya sama-sama bertakbir sebagai tanda bai'ah semua perwakilan berdiri teguh dan hidup serta mati bersama kepimpinan PAS yang sedang pemimpin PAS sekarang ini.

CALON MENANG BERDASARKAN POPULARITI

Wakil Pahang Darul Makmur, Ustaz Yusof Embong menyifatkan calon-calon yang menang pada pemilihan kali ini menang kerana populariti bukan kerana kerja yang dibuat. Ini amat bahaya kepada PAS kerana yang menang bukan kerana kebolehan dan gerakerja mereka kepada PAS.
Beliau juga mengingatkan 3 orang Pahang yang menang iaitu Datuk Tuan Ibrahim, Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ustazah Nuridah Salleh supaya bekerja kuat untuk memenangkan PAS di Pahang.
Islam Memimpin Perubahan mesti benar-benar diperkasakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Ahli Kelab Penyokong PAS mesti bukan setakat dijadikan ahli tetapi diselamatkan dari api neraka.
PAS Pahang juga menyokong saranan PAS Melaka dan Pulau Pinang yang mencadangkan Kelab Penyokong PAS dinaikkan taraf menjadi Dewan. Namun PAS Pahang mengharapkan Majlis Syura Ulama' memperincikan perkara ini sebelum ianya diinstitusikan.

PERAK LONJAK POPULARITI

Perak semakin terkenal kerana :-
  • Ada 2 MB
  • Speaker Perak dimasukkan di dalam list inventori dalam bilik stor DUN
  • BN gila talak rampas kuasa dengan tindakan ala Fiji dan Zimbabwe pimpinan 'Pele' Perak
  • Pokok Demokrasi yang lebih popular dari pokok getah tertua di Kuala Kangsar

PAS Perak akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan dan merampas kembali kerajaan Perak.

  • PAS mesti tetap dengan amalan Islam dan amalan baik.
  • PAS Perak cadangkan jangan ada usaha-usaha sulit berbincang dengan Umno

Demikian antara intipati ucapan Dr Khairuddin Abdul Malik wakil Perak yang berucap membahaskan ucapan dasar Presiden PAS.

JANGAN SEDIH PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN, MASIH BANYAK TUGAS UNTUK KALIAN

Inilah gambar 2 orang calon Timbalan Presiden PAS yang tidak dipilih pada pada pemilihan PAS Pusat kali ini.
Husam Musa dan Mohd Sabu masing tewas di tangan Nasaruddin Mat Isa untuk jawatan No 2 PAS tersebut.
Husam dan Mat Sabu mendapat 281 dan 261 undi masing-masing manakala Nasaruddin mendapat 480 undi. Bang Mat dan Datuk Husam jangan bersedih masih banyak tugas dan kerja yang memerlukan peranan dan buah fikiran kalian.
Nota : Gambar ini diambil sejurus selepas Pengerusi Pemilihan PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan pemilihan PAS kira-kira jam 10.00 pagi tadi.

PEMUDA SETUJU KELAB PENYOKONG DINAIKKAN TARAF

Dewan Pemuda PAS Pusat bersetuju agar Kelab Penyokong PAS(KPP) dinaiktaraf menjadi dewan.
"Pemuda bersetuju KPP dinaik taraf namun kajian terperinci dari segi Islam mesti dilakukan sebelum sebarang keputusan diambil" kata wakil Pemuda, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baru.

GAMBAR SEKITAR MUKTAMAR PAS PUSAT - PERWAKILAN MELAKA





































Gambar dari atas ke bawah : 1) Perwakilan Masjid Tanah 2) Perwakilan Tangga Batu 3) Perwakilan Kota Melaka 4) Perwakilan Alor Gajah 5) Perwakilan Jasin 6) Perwakilan Bukit Katil

JANGAN BOCORKAN RAHSIA - WAKIL PERLIS

Perwakilan Perlis, Ustaz Husainey Yahaya mengharapkan rahsiah parti tidak dibocorkan kepada media dan umum.
"Kita harap perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang. Jika ada pemimpin yang membocorkan rahsia parti kita tidak mahu pemimpin ini dilantik semula" kata Husainey ketika membahaskan ucapan dasar Presiden sebentar tadi.
Beliau juga mengharapkan tidak ada pemimpin dan ahli yang tidak memberikan sokongan kepada Presiden.
"Jangan ada musang berbulu asam, gunting dalam lipatan dan sebagainya" kata beliau.

GANDINGAN HADI-NASA KEKAL; TUAN IBRAHIM, SALAHUDIN DAN MAHFUZ NAIB PRESIDEN BARU

Gandingan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dikekalkan untuk mengepalai perjuangan menegakkan Islam di mukabumi Malaysia ini.

3 Naib Presiden baru yang dipilih ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.

AJK yang dipilih ialah :-
  • Datuk Seri Nizar Jamaluddin
  • Ustaz Idris Ahmad
  • Datuk Kamaruddin Jaafar
  • Datuk Seri Azizan Abdul Razak
  • Datuk Hassan Ali
  • Dr Hatta Ramli
  • Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
  • Datuk Abu Bakar Chik
  • Hanipa Maiden
  • Datuk Ir Amiruddin Hamzah
  • Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
  • Ustaz Abdul Ghani Rahman
  • Dr Dzulkifley Ahmad
  • Dr Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi
  • Ustaz Hashim Jasin
  • Mazlan Aliman
  • Ustaz Taib Azamudeen Mohd Taib
  • Dr Mujahid Yusof Rawa

Tahniah dan takziah kepada pimpinan yang dipilih.

Keputusan Penuh : (Sumber Malaysiakini)

Nasharuddin Mat Isa mendapat 480 undi

Husam Musa (281)

Mohamad Sabu 261 undi.

Naib Presiden

Tuan Ibrahim Tuan Man (871)

Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi,

Mahfuz Omar (636).

Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi

Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854

Idris Ahmad - 799

Kamaruddin Jaafar - 769

Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653

Datuk Dr Hassan Ali - 642

Dr Hatta Ramli - 638

Abdul Ghani Shamsudin - 637

Datuk Abu Bakar Chik - 622

Mohamad Hanipa Maidin - 619

Amiruddin Hamzah - 606

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589

Abdul Ghani Abdul Rahman - 584

Dr Dzulkefly Ahmad - 576

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530

Hashim Jasin - 522Mazlan Aliman - 513

Taib Azamuddin Mohd Taib - 508

Mujahid Yusof Rawa - 448

05 June 2009

KESIMPULAN DARI UCAPAN DASAR TUAN GURU PRESIDEN

  • Perkukuhkan ukhuwwah di semua peringkat parti
  • Urus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam
  • Laksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah
  • Perkasakan parti dan persiapkan kepimpinan PAS untuk depani cabaran sengit masa depan
  • Tampilkan imej dan citra PAS sebagai Parti Islam
  • Gerakkan persefahaman dan keserasian dalam PR

APA TUAN GURU KATA DALAM UCAPAN DASAR

  • PM mesti bersihkan namanya dari isu Altantuya
  • PAS akan menang di Manek Urai
  • Kelab Penyokong PAS akan dinaikkan taraf
  • Perkasakan organisasi
  • Islam yang menjadi asas perjuangan PAS mesti memimpin rakyat dan negara
  • Negara mesti diselamatkan dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang gagal ditangani oleh BN
  • PAS mesti perkasakan jentera partinya di Sabah dan Sarawak
  • Perkasakan Dewan Ulama'
  • Pemuda mesti kukuhkan sokongan seluruh Pemuda
  • Jentera muslimat mesti dimantapkan

PELANCARAN KOMPLEKS PAS PUSAT SELAMAT DILANGSUNGKAN

Tuan Guru Presiden Selamat merasmikan pelancaran kompleks PAS Pusat yang akan dibina di Sungai Merab, Bangi.
Bagi saya kompleks ini melambangkan bahawa PAS dan PR sudah bersedia untuk mengambilalih Putra Jaya dari BN.
Maklumat lanjut pembinaan komplek PAS Pusat bertaraf antarabangsa ini boleh dilayari di http://www.kompleks.pas.org.my

e-HARAKAH DILANCARKAN

e-Harakah dilancarkan oleh Presiden PAS sebentar tadi. Selepas Insya Allah selepas para 'pencandu' Harakah akan dapat membaca Harakah sepenuhnya dalam bentuk elektronik iaitu e- Harakah setelah Harakah melancarkan Harakah cetak dan Harakahdaily.
Tahniah kepada Harakah, pimpinan dan ahli PAS serta semua 'pencandu' Harakah di seluruh dunia.

PEMILIHAN PIMPINAN PAS PETANG INI

Proses pengundian untuk memilih kepimpinan PAS akan dijalankan petang di mana Muktamar PAS akan disambung semula pada jam 3.00 petang ini.
Insya Allah semua berjalan dengan baik sebagaimana yang pada pemilihan sebelum ini.
Tidak nampak apa-apa kelainan dan perkara baru berlaku pada pemilihan kali ini. Kalau dalam muktamar Dewan Muslimat adanya aduan tentang profil calon diedarkan semasa muktamar dalam muktamar PAS pusat pagi ini perkara tersebut tidak berlaku.
Bagi saya tidak ada masalah untuk calon-calon memaparkan profil masing bagi memperkenalkan diri kerana ada di kalangan calon yang bertanding tidak dikenali ramai. Asalkan tidak memfitnah dan mengutuk calon lain bagi saya ianya tidak menjadi kesalahan dan masalah.

SETIAUSAHA PAS SELAMAT BERUCAP

Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar memulakan ucapan beliau dengan menyatakan program kerajaan PR negeri berkebajikan yang ternyata menarik minat rakyat.



ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN TEMA MUKTAMAR PAS KE 55

PAS memilih 'Islam memimpin perubahan' sebagai tema ucapan dasar Presiden pada hari ini. Ianya amat tepat, relevan, terkini dan amat sesuai untuk dijadikan pedoman dan panduan untuk PAS meneruskan perjuangan. Malah ianya sesuai untuk dijadikan panduan kepada seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya.

HARAPANKU KEPADA PAS SEMPENA MUKTAMAR KE 55

1) Memperkukuhkan cara Politik Baru :-

· Tolak gagasan sempit perkauman
· Tolak sentiment keagamaan yang sempit
· Sentimen kedaerahan yang sempit
· Memperjuangkan ketelusan pentadbiran
· Keadilan undang-undang
· Keadilan sosial
· Kecekapan kerajaan
· Kestabilan ekonomi
· Negara berkebajikan

2) Mempererat dan memperkemaskan Pakatan Rakyat

Untuk perkukuhkan politik baru kerjasama dalam Pakatan Rakyat mesti dipererat dan diperkemaskan. Sepatutnya tidak timbul lagi suara-suara sumbang yang tidak yakin dengan tahaluf siyasi yang di’endorse’kan oleh Majlis Syura Ulama’.

Dalam memperjuangkan Politik Baru PAS mesti menunjukkan contoh tauladan kepada rakan-rakan dalam Pakatan dan juga rakyat.

· Ketelusan Pentadbiran – Semua pimpinan peringkat pusat dan negeri mesti mengisytiharkan harta masing-masing.
· Kecekapan kerajaan dan Negara kebajikan – Kerajaan Pakatan menunaikan janji-janji dalam manifesto PRU 2008.

3) PAS/PR diambang kemenangan

PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi’ dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.
PAS sudah diterima oleh rakyat terutama pengundi bukan Melayu. Bkt Gantang – 80 % Cina sokong PAS. Sementara pengundi Melayu kekuatan PAS/PR dan Umno adalah seimbang.
Maka dengan sokongan Bukan Melayu Insya Allah PAS/PR akan dapat menguasai sebahagian besar dari 72 kerusi 2/3 majoriti melayu dan hampir kesemua dari 42 kerusi majoriti mudah orang Melayu.

Sementara DAP akan menguasai kesemua 18 adalah kerusi majoriti 2/3 bukan Melayu dan 33 kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.

4. PAS mesti menjadi tulang belakang PR

Apabila kita bercakap soal kemenangan, kita mesti melihat dan merenung di mana kedudukan PAS selepas kita Insya Allah mencapai kemenangan.
Kita berharap kepimpinan tertinggi parti dapat mengkaji secara mendalam peranan dan kedudukan kita jika Allah menganugerahkan kemenangan kepada PR. Ahli PAS tidak rela PAS ‘melukut di tepi gantang’ sedangkan kita yakin bahawa kita adalah entity penting dalam merealisasikan kemenangan.
Kita tidak mahu apa yang berlaku di zaman penjajahan samada di Indonesia atau di Malaysia, di mana yang mati, yang menderita, yang bersusah payah adalah pejuang Islam, bila kemenangan dan kemerdekaan di capai, pejuang diketepikan malah dizalimi pula. Kita tidak Islam dipinggirkan dari pentadbiran dan pemerintahan.
Bagaimanapun katanya, PAS harus berasa di hadapan, menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.
Sekali lagi, dipertegaskan PAS tak mahu dilihat menjadi tunggul di dalam Pakatan Rakyat dan PAS juga harus jadi faktor penentu di dalam Pakatan Rakyat.

MUKTAMAR KE 55 BERMULA

Saya bersama-sama perwakilan PAS Kawasan Bukit Katil sedang menunggu upacara perasmian Muktamar PAS ke 55 yang akan dirasmikan sebentar lagi.
Muktamar tahunan pada tahun ini akan mencatatkan sejarah baru dalam era politik baru yang dipelopori PAS.
Apa yang membanggakan saya melihat sambutan dari pihak media dalam dan luar negeri amat hebat di mana lebih dari 100 orang wartawan hadir membuat liputan pagi ini.
Dif-dif kehormat dari dalam dan luar negeri begitu ramai dan diluar dugaan kita semua. Ini menggambarkan bahawa PAS semakin diterima ramai dari semua pihak.

04 June 2009

STADIUM RUNTUH : SIASAT SECARA TERPERINCI

MB Terengganu menyatakan bahawa kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.
Ahmad Said seolah-olah menuding jari kepada JKR kerana tidak mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut sehinggalah bumbung itu runtuh.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa buat masa ini tetapi suatu siasatan rapi, telus dan professional mesti dijalankan oleh sebuah badan bebas yang diyakini.
Jika benar struktur bumbung lemah, mengapa ia lemah, mengapa ia diluluskan, bagaimana dengan bahan-bahan binaan yang digunakan, bagaimana sijil menduduki/kelulusan untuk digunakan dikeluarkan dan pelbagai lagi persoalan yang boleh ditanya dan disiasat.
Rakyat amat berharap siasatan ini dijalankan dengan teliti, cermat, telus, professional dan tiada unsur menyorokkan kebenaran. Jika terbukti berlaku penyelewengan, rasuah, kecuaian maka mereka yang terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

SELAMAT BERMUKTAMAR

Saya mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada 3 sayap penting PAS iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Dewan Pemuda memulakan muktamar mereka malam tadi dengan upacara perasmian oleh Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa di Taman Melewar manakala Dewan Ulama dan Muslimat akan bermuktamar hari ini.
Saya mendoakan muktamar ketiga-tiga sayap penting PAS ini akan berlangsung dengan jayanya dan menhasilkan natijah terbaik untuk perjuangan kita menegakkan Islam di bumi Allah ini.

03 June 2009

BERDOA DAN BEMUNAJATLAH KEPADA ALLAH UNTUK DAPATKAN PIMPINAN TERBAIK

Muktamar PAS Pusat tahun ini menjadi tumpuan seluruh dunia tidak kira di mana sahaja pencinta perjuangan Islam dan keadilan tinggal. Ini kerana masing-masing mahu mengikuti dengan rapat perjalanan muktamar itu yang bakal menyaksikan PAS akan dipimpin oleh kemungkinan muka baru diperingkat Timbalan dan Naib Presiden.
Pemilihan jawatan Timbalan Presiden amat menarik kali ini kerana ketiga-tiga calon dilihat mempunyai kekuatan sendiri di samping mempunyai 'track record' yang baik. Husam, Ustaz Nasa dan Cik Mat (Mat Sabu) adalah pemimpin yang berkaliber serta digeruni kawan dan lawan. Mereka sudah pasti akan membantu Presiden dengan berkesan jika diberi peluang nanti.
Bagi Naib Presiden, semua calon yang bertanding adalah muka baru iaitu Dato' Haji Mahfuz, Salahuddin, Mujahid, Nik Amar,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Hanya Mahfuz sahaja yang pernah bertanding jawatan terserbut sebekun,''
Kemenangan individu tertentu di posisi tertinggi parti bakal mencorakkan parti pada masa depan. Namun begitu PAS masih mempunyai badan tertinggi iaitu Majlis Syura Ulama untuk menentukan hala tuju dan perancangan masa depan.
Saya memohon seluruh pencinta perjuangan Islam supaya sama-sama kita bersolat hajat dan isytiqarah supaya Allah mencampakkan hidayah dan petunjuk bagi perwakilan memiih calon terbaik untuk muktamar PAS Pusat yang akan bermula malam ini dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar.

SMS YANG TIDAK DIUNDANG MESTI DIHENTIKAN

Saya mula mendapat sms yang tidak diundang menjelang muktamar PAS Pusat yang akan bermula Jumaat ini.
Sememangnya saya akan mengundi untuk memilih siapa pemimpin PAS yang akan menerima amanah besar memikul tanggungjawab maha hebat ini.
Namun saya tidak senang sms yang tidak diundang ini. Bagi saya tidak perlulah kalian menghantar sms kepada saya untuk mencadangkan siapa yang berhak diundi oleh saya.
Saya Insya Allah mempunyai pandangan dan pendirian sendiri. Bagi saya sesiapa yang menonjolkan diri dengan melampau-lampau sehingga mengangkat bakul merupakan seorang yang .....................tak tau nak tulis apa .....biarlah ia rahsia (kata Siti Nurhaliza).
Semua pemimpin yang dicalonkan adalah hebat dan mampu menjadi pemandu kepada ahli PAS dalam memacu perjuangan. Apa yang penting kita memilih pemimpin terbaik di kalangan yang semuanya baik.
Perlu diingatkan keupayaan PAS sampai ke peringkat ini iaitu mentadbir di 2 buah negeri dan menjadi rakan kongsi mentadbir 2 buah negeri lain (dulu 3 sebelum diragut oleh peragut di Perak) amat membanggakan.
Kejayaan ini mesti dipertahankan. Kepercayaan orang Tionghua dan India kepada PAS mesti dipertingkatkan. Jangan kita undur kebelakang.
Saya secara peribadi memang tidak dapat menerima kerjasama dengan Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana kezaliman mereka ini tidak dapat saya lupakan. Oleh itu kita mesti memperkuatkan kerjasama dalam PR dan bersedia untuk menggantikan BN menjadi kerajaan yang memerintah di Pusat dan negeri.

DATUK HUSAM PAKAR EKONOMI, KUAT BERKORBAN DAN BERPANDANGAN JAUH

Sebagaimana yang saya janjikan bahawa blog ini akan berkempen untuk ketiga-tiga calon Timbalan Presiden.

Kini tiba giliran YB Dato' Husam Musa untuk menjadi 'sasaran' saya. Saya tidaklah begitu mengenali beliau. Tetapi sebagai anggota parti pemimpin atasan memang dikenali terutama pemimpin lama seperti Husam.

Beliau merupakan aktivis pelajar UM yang sememangnya dikenali ramai sejak dari alam kampus. Sebaik menamatkan pengajian di UM dalam bidang ekonomi beliau terus 'menghambakan' dirinya untuk perjuangan Islam PAS.
Beliau sanggup berkorban dengan bekerja sepenuh masa dengan PAS sedangkan pada masa tersebut jawatan dalam kerajaan dan swasta dengan gaji lumayan sedang menunggu beliau. Husam sanggup menjadi 'tukang gunting' surat khabar di Pejabat PAS Kelantan.
Beliau mendapat kepercayaan dari Tuan Guru Nik Aziz dengan dilantik menjadi Setiausaha Akhbar sebaik Tuan Guru diamanahkan sebagai MB Kelantan. Seterusnya beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian pada PRU 1999 dan seterusnya ADUN Kijang (2004) dan Salor (2008) sekarang ini.

Beliau disifatkan pakar strategis dan juga ahli ekonomi. Selain itu beliau merupakan antara penggerak Tabung Kenali dan pengasas Kijang Care yang berkhidmat untuk kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Husam juga terkenal sebagai pemimpin yang sangat sensitif dengan musibah seluruh Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Antara yang saya ingat ialah beliau sanggup datang ke Melaka untuk menziarahi seorang kanak-kanak Cina yang sakit jantung di Bukit Beruang setelah ternampak gambar kanak-kanak tersebut didalam surat khabar Cina.
Tidak syak lagi jika Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, seperti juga Ustaz Nasa dan Haji Mohd Sabu, beliau akan dapat membantu Presiden dengan data-data/statistik tepat, perancangan masa depan yang jitu dan mempereratkan lagi hubungan dalam PR bagi mengambilalih kerajaan Pusat dari BN.

PRK MANEK URAI : MENGAPA BARU SEKARANG HENDAK GERAKKAN JENTERA

Menteri Penerangan, Rais Yatim mahu Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta menggerakkan jentera masing-masing bagi melengkapkan pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat berkaitan sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut akan melengkapkan pelan tindakan dan pelaksanaan yang berkesan bagi manfaat penduduk.
Persoalannya mengapa setelah wakil rakyat Manek Urai meninggal dunia baru Rais mengarahkan jentera kementeriannya membantu bagi menaikkan taraf hidup rakyat di sana.
Mengapa sebelum ini Menteri-menteri tidak nampak kesusahan dan kesengsaraan rakyat.?
Adakah sudah menjadi budaya di negara kita apabila wakil rakyat meninggal dunia barulah bantuan, projek segera dan masalah-masalah rakyat hendak diselesaikan.?

ABANG MAT PEMIMPIN KENTAL DAN TAHAN UJI

Saya mendapat sms dari seluruh negara bertanyakan bahawa adakah saya berkempen untuk Ustaz Nasaruddin Mat Isa ketika terpampang gambar Ustaz Nasa pada posting terakhir di blog ini semalam.

Saya membalas sms tersebut dengan bertanya balik kepada si penghantar sms, adakah saya kempen? Dalam pengamatan saya tidak berkempen untuk sesiapa, saya sekadar menjelaskan perkara-perkara baik dan jasa calon-calon itu kepada PAS.

Kali ini tiba giliran Abang Mat (Sabu) untuk saya catatkan serba ringkas tentang kehebatan dan jihad beliau. Apakah selepas ini saya dilabel sebagai 'Campaign Manager' untuk Abang Mat pula. Lepas ini tiba pula giliran Dato' Husam Musa pula ...tunggu saya akan berlaku adil.

Abang Mat memang saya kenali sejak saya bersekolah menengah lagi kira-kira tahun 80-an. Beliau pemimpin lantang yang istiqamah dan tidak berundur walau setapak pun. Beliau pernah dituduh khalwat sekitar awal tahun 90-an. Ramai yang menyangka karier politik beliau akan berakhir pada masa itu.

Namun Abang Mat tetap istiqamah dan berjaya mengenepikan fitnah tersebut. Ahli PAS tetap besama beliau walau di saat beliau susah atau senang.

ISA sudah menjadi rumah nombor dua beliau. Kereta sudah menjadi rumah ketiga beliau kerana hampir setiap hari menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberikan ceramah penerangan kepada rakyat.

Beliau disenangi oleh kawan dan lawan. Jasa beliau kepada perjuangan Islam memang tiada tolok banding bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia terutama dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan Lubnan dari kekejaman Yahudi.

Bagi saya kalau Abang Mat dipilih sebagai Timbalan Presiden saya yakin ahli PAS akan memberikan wala' kepada beliau seperti juga jika Husam dan Ustaz Nasa dipilih untuk jawatan tersebut.


02 June 2009

USTAZ NASARUDDIN KAMI MERINDUI KENYATAAN USTAZ

Sejak beberapa bulan ini Ustaz Nasaruddin Mat Isa jarang sekali membuat kenyataan di dada akhbar. Beliau dilihat cuba menjauhi media. Mungkin beliau tidak mahu kenyataannya dimanipulasi dan dieksploitasi oleh media sebagaimana kenyataan sesetengah pemimpin kita yang jelas digunakan oleh media untuk menyerang PAS semula (backfire).

Saya memuji sikap Ustaz Nasaruddin yang terbukti mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan ahli dan penyokong parti.

Semalam diberitakan Ustaz Nasaruddin memecah rekodnya yang tidak mesra media sejak akhir-akhir ini apabila kenyataannya disiarkan oleh akhbar The Star. Itupun setelah ditemubual oleh wartawan diplomatik Paul Gabriel. Syabas Ustaz Nasa!

Kami amat merindui kenyataan-kenyataan akhbar Ustaz Nasaruddin.

Ahli dan penyokong PAS amat kepingin mendengar penjelasan Ustaz Nasa tentang dakwaan bahawa beliau adalah pemimpin yang menjalinkan rundingan dengan Umno selepas pilihanraya umum lalu. Saya yakin Ustaz Nasa mampu memberikan penjelasan kepada kami tentang isu ini supaya kami mendapat gambaran sebenar.

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Ustaz Nasa kerana sudah 'berbuka puasa' kerana sudi ditemubual oleh Paul Gabriel semalam. Semoga selepas ini Ustaz Nasa akan kembali ..........

KASIHAN NAJIB : RAMAI YANG BENCIKAN BELIAU

Kalau Pak Lah dan Perdana Menteri sebelumnya semasa baru-baru memerintah Malaysia dahulu mendapat sokongan padu majoriti rakyat Malaysia, pemimpin One Malaysia memang bernasib malang apabila tidak disenangi majoriti rakyat Malaysia.
Maka tidak hairanlah BN yang dipimpin Najib tewas pada semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung Malaysia selepas PRU 12 Mac 2008. Memang layak Najib dipanggil Bapa Kegagalan Malaysia.
Semalam media melaporkan bahawa 55 % pengundi di Malaysia tidak berpuas hati dengan prestasi Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
Hanya 45 peratus pengundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia puas hati dengan prestasi Najib ketika negara berdepan dengan krisis kewangan global dan kemelut politik di Perak.
Dalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan Merdeka Centre dari 6-15 Mei lalu - membabitkan 1,067 pengundi berdaftar - ia bertanya secara khusus pandangan mereka terhadap prestasi Najib dalam bidang politik, ekonomi dan isu-isu sosial selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri keenam.
Masyarakat Cina, sebahagian besarnya tidak memberi respons, dengan 53 peratus enggan menjawab soalan, dan hanya 24 peratus menyatakan puas hati dengan prestasi Najib.
Manakala 53 % Pengundi Melayu puas hati dengan prestasi Najib.
Namun apa yang memeranjatkan ialah masyarakat India memberi sokongan terbesar - dengan 64 peratus puas hati dengan prestasi Najib - selepas mengambil alih dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kemelut di Perak, penangkapan di bawah Akta Hasutan dan pembebasan pemimpin Hindraf serta merebaknya virus influenza A (H1N1) adalah antara perkara yang diambil kira dalam tinjauan pendapat ini.
Tidak syak lagi tinjauan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia majoritinya tidak yakin dengan pemeritahan Najib yang ternyata lebih zalim, mempunyai imej yang buruk dan gagal menyelesaikan masalah keselamatan, ekonomi, kemelut politik dan lain-lain.

PEMILIHAN PAS : AKU ORANG SIAPA?

Sehari dua ini saya sering ditanya siapakah calon Timbalan Presiden yang bakal saya pilih pada muktamar PAS kali 55 yang bermula Jumaat ini. (Muktamar Pemuda bermula esok).
Ada pihak mengagak saya penyokong Mat Sabu, ada juga yang menyangka saya berada di belakang Ustaz Nasa dan tidak kurang yang mendakwa saya mula menyebelahi Husam Musa.
Mengapa saya didakwa orang Mat Sabu. Sebab saya rapat dengan orang-orang kuat Sabu antaranya .........aah tak perlu saya tulis nama mereka di sini semua orang pun tahu siapa mereka. Di Melaka mereka ini dicop sebagai orang kanan Mat Sabu.
Tidak kurang juga sahabat yang menyangka saya pasti mengundi Ustaz Nasaruddin Mat Isa kerana PAS Kawasan Bukit Katil mencalonkan Ustaz Nasa untuk jawatan Timbalan Presiden. Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, kata mereka sudah tentu akan menyokong Ustaz Nasa.
Tup tup 31 Mei lalu PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menganjurkan ceramah Husam Musa dan sebelum majlis ceramah diadakan taklimat Husam menyampaikan taklimat kepada ahli-ahli PAS termasuk beberapa orang perwakilan yang saya jangka lebih dari 10 orang. Maka ada teman-teman yang mula memandang sinis kepada saya kononnya saya orang kuat Husam Musa.
Seperti yang saya katakan dalam posting terdahulu Saya adalah penyokong setia perjuangan Islam. Saya akan memberikan wala' sepenuhnya kepada pemimin yang akan diamanahkan nanti tidak kira Mat Sabu, Ustaz Nasa atau Husam.
Saya akan menyokong sesiapa sahaja yang tidak menggadaikan perjuangan Islam PAS yang meletakkan Al Qur'an dan sunnah sebagai panduan perjuangan.
Bagi saya tidak ada kompromi bagi pemimpin yang cuba berbaik dengan musuh. Sedangkan musuh siang malam mencari jalan untuk menghancurkan kita. Saya amat terkesan dengan pandangan dan saranan Tuan Guru Nik Aziz yang berkali-kali menyatakan kepedihan dan kesengsaraan beliau apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh Umno ketika menerajang PAS dari BN pada tahun 1977 (ketika saya berada dalam darjah 3 - tak tau apa-apa masa itu).
Namun saya yakin semua pemimpin PAS yang ada sekarang adalah pemimpin yang kental dan istiqamah dengan dasar perjuangan. Sebab itulah amat susah untuk saya memilih saf kepimpinan pada kali ini kerana semua mereka adalah layak dan berkeupayaan tinggi untuk memimpin PAS.
Saya Insya Allah hanya akan membuat keputusan untuk mengundi calon pilihan saya setelah saya memegang pensil dan kertas undi nanti.
Kesemua 3 orang calon Timbalan Presiden dan 5 orang calon Naib Presiden sama layak, sama pandai dan sama-sama istiqamah. Cuma yang membezakan mungkin dari segi ilmu, jihad, ketahanan diri, pengalaman, tahan uji dan ......................
Saya akan memilih .... Husam/Ustaz Nasa/Mat Sabu dan Tuan Ibrahim/Mahfuz/Mujahid/Nik Amar/Salahuddin ...Insya Allah
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BUMBUNG STADIUM RUNTUH : ANGKARA SIAPA?

Pagi tadi kira-kira jam 7.30 pagi Stadium Gong Badak yang berumur setahun runtuh menyembah bumi. Tiada gempa bumi tiada taufan dan ribut tiba-tiba ia runtuh.
Tidak ada gajah atau badak yang menyondolnya.
Apa sebabnya? tidaklah saya arif untuk memperkatakan sebab musababnya di blog yang tidak sepertinya ini.

Persoalannya mengapa ia roboh, ia bukannya Stadium Merdeka atau Standium Negara yang sejak saya lahir ke dunia kedua-duanya stadium itu telah wujud. Ia bukannya sebaya dengan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang sudah boleh disifatkan veteran.
Stadium ini masih muda belia 'terang tang tang.' Kalau tidak silap ia di mana pada zaman 'Khalifah' Derih Jusoh Enterprise (JE). Bukan main bangga lagi Derih Jusoh Enterprise ketika stadium ini dirasmikan dahulu.

Tetapi hari ini ia menyembah bumi. Bagi orang seperti saya yang tidak mengaji tinggi bab pembinaan, struktur, bangunan ini saya tidak dapat meneka apa sebabnya. Cuma sekadar meneka dengan 'bahasa' orang kampung, simen tidak cukup kah, barangan 'local' (bukan original), pembinaan tidak ikut spesifikasikah atau lain-lain.

Namun apa yang ingin saya gesakan di sini ialah wahai kerajaan 1Malaysia tolonglah siasat punca sebenar ianya runtuh, bentangkan kepada rakyat dan hukum sesiapa yang bersalah jika terdapat bukti bahawa ujudnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembinaan stadium ini.

Siasat hingga ke akar umbi dan lubang cacing bermula dengan proses tendernya, proses pembelian 'raw materia'/bahan binaan, pelaksanaan projek, kelulusan projek dan sebagainya.

Kalau benar kerajaan 1Malaysia adalah kerajaan telus dan hebat jangan sembunyi apa-apa pun perkara yang berkaitan dengan stadium ini.

PRK PENANTI : NAJIB DAN MUHYIDDIN BUAT KENYATAAN LUCU

Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.

Menurutnya, peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang.
Najib pula menyifatkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan.

Perdana Menteri 1Malaysia itu juga berkata, ia satu kemenangan yang tidak memberangsangkan kerana bilangan pengundi di bawah 50 peratus dan bilangan undi yang diperoleh parti itu juga merosot kira-kira 1,300 undi.
Apa yang menghairankan saya kalau PR dan PKR sudah tidak kuat dan tidak popular mengapa BN takut untuk bertanding?????????? Tetapi oleh kerana takut kalah awal-awal lagi BN sudah menyerah diri.
Bilangan pengundi yang merosot teruk bukan kerana mereka protes dan bosan dengan PR dan PKR tetapi kerana ada usaha pihak tertentu menghasut supaya mereka tidak keluar mengundi. Selain itu pengundi juga yakin bahawa PKR/PR akan menang mudah jadi ramai yang tidak pulang mengundi dan jika tidak berminat mengundi terutama pengundi atas pagar dan tidak parti.
Apa yang jelas keseluruhan undi yang diperolehi Dr Mansor Othman membuktikan bahawa kesemua 6,000 lebih undi diperolehinya adalah penyokong tegar PR yang tidak pernah berganjak dari menyokong PR. Kekurangan 1,300 undi adalah kerana ramai pengundi luar yang tidak pulang mengundi serta juga pengundi atas pagar yang tidak mengundi kerana mereka yakin PR akan menang besar.
Jadi tidak perlulah kedua-dua 'Imam One Malaysia' membuat kenyataan lucu seperti di atas kerana ianya memecah tembelang mereka berdua bahawa mereka adalah pemimpin yang paling pengecut dan penakut yang pernah dilahirkan oleh Umno/BN.

SOKONG KELAB PENYOKONG PAS DINAIK TARAF MENJADI DEWAN

Saya menyokong penuh cadangan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sebuah Dewan.
Sudah sampai masanya KPP dinaikkan taraf kerana:-
  • Sebagai bukti PAS mengiktiraf golongan bukan Islam sebagai sebahagian dari penyokong PAS dengan meminda peraturan dan perlembagaan parti
  • Tidak kasta dan diskriminasi terhadap rakyat bukan Islam
  • Ianya tidak menjejaskan hasrat dan tujuan PAS kerana ahli-ahli KPP sendiri bersetuju dan menyokong dasar perjuangan PAS iaitu menegakkan Islam berpandukan Al Qur'an dan Sunnah
  • Penubuhan Dewan untuk rakyat Bukan Islam sudah tentu melonjakkan sokongan mereka kepada PAS kerana terbukti PAS adalah sebuah wadah yang tidak membezakan warna kulit dan bangsa
  • Dan lain-lain.

Kebimbangan yang disuarakan oleh sesetengah pihak bahawa penubuhan Dewan ini akan menjejaskan dasar dan perjuangan PAS boleh dibincangkan dengan lebih lanjut. Andaikata Dewan ini menjadi kenyataan sudah tentu akan ada mekanisme dan peraturan yang memastikan keutuhan dan perpaduan dalam PAS dapat dipelihara.

Saya yakin Majlis Syura Ulama' sebagai Badan Tertinggi yang mengawal dan memandu PAS akan sentiasa memainkan peranan dengan berkesan dan efektif dalam meneruskan kesinambungan perjuangan.

01 June 2009

PRK MANEK URAI : PAS AKAN MENANG BESAR

PAS akan menang besar pada Pilihanraya Kecil Manek Urai 14 Julai berdasarkan beberapa faktor berikut :-
  • Perkhidmatan Allahyarham Pak Su Wil yang hebat dan mesra rakyat
  • Jentera PAS yang kuat dan bertugas sejak dari dahulu tidak kira musim pilihanraya atau tidak
  • Imej PR yang semakin baik sejak memenangi PRU 2008 dan 5 PRK di Semenanjung
  • Imej BN yang semakin teruk dengan isu rasuah dan lain-lain
  • Imej pemimpin tertinggi BN/Umno yang paling buruk di mata rakyat
  • Umno sudah tidak diterima oleh rakyat Kelantan.
  • Program kebajikan rakyat Kerajaan Kelantan amat disenangi rakyat
  • Calon PAS yang bakal diketengahkan disenangi oleh kawan dan lawan
  • Rakyat semakin cerdik dan tidak termakan dengan rasuah dan politik wang BN/Umno

.............dan banyak lagi faktor-faktor lain. Tidak syak lagi bagi saya adalah lebih baik BN tidak bertanding di Manek Urai. Jika bertanding juga alamat BN akan tewas buat kali keenam berturut-turut.

PRK MANEK URAI : BN AKAN HADIAHKAN 'MANEK', PAS AKAN URAIKAN PEMIKIRAN RAKYAT

BN/Umno yang terkenal dengan taktik membeli undi bukan sahaja semasa pemilihan Umno malah semasa pilihanraya umum atau kecil sudah tentu akan menggunakan taktik yang sama di Manek Urai Julai ini.

Semua orang dari sekecil-kecil manusia hingga sebesar-besar manusia tahu bahawa rasuah dan politik wang sudah sebati dan menjadi wirid harian pemimpin dan ahli-ahli Umno.

Buktinya jelas 2 orang pemimpin tertinggi Umno pernah ditangkap kerana terlibat dengan rasuah dan politik wang iaitu bekas Naib Presidennya Ali Rustam dan Isa Samad. Maka tidak hairanlah pemimpin-pemimpin Umno yang lain memang biasa dengan rasuah. Malah semasa pemilihan Umno baru-baru ini terdapat kira-kira 1,000 aduan dibuat tentang salah laku pemimpin Umno yang bertanding pada pemilihan peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

Saya yakin PRK Manek Urai juga akan dicemari dengan perlakuan rasuah dan penipuan ini. Tidak sah jika BN/Umno tidak menggunakan taktik kotor ini. Kalau tidak rasuah itu bukan Umno namanya.

Rakyat Manek Urai sudah pasti akan dihidang dan dijamu dengan projek segera, bantuan segera, duit segera, makanan segera, kain batek segera dan sebagainya.

Malah BN juga mampu untuk menghadiahkan MANEK (manik) Emas segera kalau BN mahu. Duit bukan masalah bagi BN, yang penting BN mahu menang.

Namun rakyat Melayu Kelantan berbeza dengan rakyat negeri lain terutama Melaka. Mereka boleh menerima hadiah MANEK dari BN tetapi belum tentu mereka akan undi BN. Saya percaya BN akan menghadiahkan 'MANEK' kepada rakyat di Manek Urai tetapi PAS Insya Allah akan meng'URAI'kan pemikiran rakyat supaya menyokong PAS seperti yang mereka lakukan pada PRU Mac 2008 dahulu.

BN CUKUP TAKUT KEPADA 6 WARNA

BN cukup takut kepada 6 warna iaitu Kuning, Hitam, Putih, Merah, Hijau dan Biru Muda. Tak percaya ini buktinya !!!!!!!!!!!
Polis memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak memakai baju KUNING semasa demonstrasi BERSIH. Siapa pakai baju kuning akan disoal dan kemungkinan di tangkap
Polis memberi amaran kepada rakyat supaya tidak memakai baju PUTIH semasa demonstrasi PPSMI. Kalau pakai juga akan disoal dan kemungkinan masuk dalam.
Polis memberi amaran kepada rakyat supaya tidak memakai baju HITAM semasa hari Persidangan DUN Perak 7 Mei lalu. Kalau pakai juga akan ditangkap.
Polis memberi amaran jangan pakai baju MERAH semasa demonstrasi PROTES kenaikan harga minyak. Jika pakai juga kemungkinan ditangkap.
BN mengarahkan Petronas memukar logonya yang berwarna putih di kelilingi warna HIJAU. BN mengarahkan samping warna Sekolah Agama ditukar kepada warna lain. BN memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengundi parti warna HIJAU.
BN mengarahkan rakyat supaya tidak mengundi parti warna BIRU MUDA dan meminta rakyat menjauhi parti tersebut.
BAGAIMANA UNTUK RAKYAT HIDUP DI BUMI MALAYSIA TERCINTA INI TANPA 6 WARNA TERSEBUT.

ADUN TERENGGANU WAJAR BUAT UNDI TAK PERCAYA

ADUN Terengganu yang tidak berpuashati dengan Ahmad Said wajar membuat undi tidak percaya di DUN Terengganu bagi menyelesaikan kemelut politik di Terengganu.
Hanya itu sahaja jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut setelah Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu gagal menyelesaikannya.
Saya yakin tanpa undi tidak percaya kemelut tersebut akan berpanjangan dan matlamat untuk membuat perubahan di Terengganu tidak akan tercapai.
Sudah sampai masanya kumpulan Idris bertindak membuat undi tidak percaya kerana Menteri Besar Ahmad Said sendiri sebenarnya gagal memerintah Terengganu sehingga Terengganu mengalami masalah krisis politik dan pentadbiran.
Media hari ini melaporkan bahawa Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.
Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

MUKTAMAR PAS : PEMILIHAN OH PEMILIHAN

Saya seperti biasa mengamalkan sikap terbuka pada setiap pemilihan dalam PAS. Sama seperti pemilihan di peringkat kawasan Bukit Katil baru-baru ini. Saya bersedia untuk bertanding dan ditandingi kerana prinsip saya PAS milik kita semua dan kita bekerja serta berjuang dalam PAS bagi mendaulatkan Islam.
Tidak timbul perasaan berkecil hati dan merajuk. Ketika saya melepas jawatan saya dalam Pemuda Negeri beberapa tahun lepas saya melepaskannya dengan hati terbuka dan terus berkhidmat sebagai Ketua Pemuda di peringkat kawasan.
Begitu juga semasa pemilihan di peringkat kawasan baru-baru ini. Saya hanya dicalonkan oleh 3 buah cawangan dan bersedia untuk bertanding walaupun saya tahu saya akan tewas jika ada pertandingan. Tetapi demi untuk perjuangan Islam saya rela dihukum oleh ahli jika saya memang tidak layak. Tidak timbul soal kecil hati dan takut tiada jawatan. Banyak lagi tugas yang boleh saya lakukan untuk perjuangan.
Dalam isu pemilihan di peringkat pusat saya juga mengamalkan sikap terbuka. Semasa mesyuarat untuk mencalonkan Pimpinan Pusat saya menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada AJK untuk membuat pemilihan. Mereka mencalonkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden. Saya bersyukur kerana tiada pertentangan dan perdebatan semasa pencalonan itu. Walaupun ada yang ingin mencalonkan orang lain.
Bagi saya walaupun Ustaz Nasa dicalonkan, itu tidak bermakna beliau akan 100 % mendapat undi dari kawasan saya. Saya mengamalkan sikap terbuka. Mungkin 5 orang perwakilan dari Kawasan Bukit Katil akan memilih Ustaz Nasa, Dato Husam atau Haji Mohamad Sabu terpulang kepada kami.
Bila Dato' Husam turun berceramah di Bukit Katil malam tadi ada pihak yang bertanya dan mendakwa bahawa Bukit Katil akan mengundi Husam. Saya jawab tidak semestinya, rakan-rakan saya Haji Ali, Haji Ismail, Abang Ramli, Haji Ab Rahhim dan saya sendiri mempunyai 'stand' kami sendiri. Saya memang tidak mahu mempengaruhi mereka. Cukup sekadar memberikan pandangan kepada mereka dan mereka juga memberikan pandangan masing-masing. Keputusan akhirnya hanya ditentukan oleh mereka ketika mereka memegang pensil dan mengundi pada hari Jumaat ini.
Seperti yang saya nyatakan kepada Abang Mat (Sabu) semasa perbualan telefon kami 2 hari lepas, sesiapa sahaja boleh datang ke Bukit Katil dan berbincang dengan kami. Saya sendiri dalam posting saya dalam blog ini menggariskan kelebihan Ustaz Nasa, Dato Husam dan Abang Mat. Sedikit pun saya tidak membelasah dan memperlekehkan mereka bertiga.
Sebab itu bila saya dihubungi oleh Saudara Zainal Abidin untuk program ceramah dan taklimat Dato Husam pada 31 Mei, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sebab kami memang dahagakan program dan taklimat dari pimpinan pusat. Saya akan menerima sesiapa sahaja untuk datang ke Bukit Katil. Bagi masa kepada saya sekurang-kurangnya 3 hari untuk saya adakan persiapan. Insya Allah semuanya boleh diatur.
Alhamdulillah program Ceramah Dato Husam malam tadi dihadiri oleh ribuan rakyat suatu sambutan yang baik walaupun kami saya membuat persiapan selama 3 hari sahaja. Derma juga berjumlah ribuan berjaya kami kutip untuk menghancur leburkan BN di Melaka.
Cuma nasihat saya kepada rakan-rakan ketiga-tiga pemimpin sanjungan saya ini supaya berhati-hati membawa diri takut nanti ada yang meluat dan menyampah kepada mereka. Jangan lebih kuah dari sudu.
Hidup Ustaz Nasa, Husam dan Mat Sabu. Sesiapa yang menang akan kami berikan wala' sepenuhnya selagi kamu tidak mengkhianati perjuangan Islam yang dibawa PAS. Tiada KETAATAN kepada sesama manusia di atas jalan maksiat.
Allahu Akhbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KEKAYAAN TIDAK SEMESTINYA TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA

Kita kerap menyangka, apabila kita kaya, rezeki melimpah ruah, hidup senang, itu tandanya Allah sayang kepada kita.
Kita juga selalu berkata apabila kita miskin, rezeki sempit, hidup susah, itu tandanya Allah murka kepada kita. Adakah benar begitu? Jawabnya; TIDAK!
Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 15;

"Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”

Ayat tersebut menunjukkan sikap sebahagian manusia yang menjadikan kekayaan sebagai kayu pengukur bahawa Allah redha kepadanya. Sedangkan hakikatnya dia menjadi sombong dengan kekayaannya itu.

Dalam Surah yang sama, ayat 16, bermaksud; "Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

Ayat ini pula menceritakan bagaimana pandangan manusia yang keliru dengan menyangka bahawa Allah telah menghinanya hanya semata-mata dengan ujian kesempitan rezeki. Ya, mereka rasa terhina, terutama apabila kawan-kawan datang dengan memandu kereta berjenama besar, kita pula memandu kereta yang ekzosnya terpaksa diikat dengan tali “rafia”.
Aaahh.. manusia memang keliru dengan pandangannya sendiri.

Jika benar pandangan ini, bermakna Qarun yang kaya itu adalah hamba Allah yang soleh, manakala Nabi Musa yang miskin itu adalah termasuk dalam golongan yang dihina oleh Allah. Jika tepat pandangan ini, maka Muhammad SAW adalah dimurkai Allah, manakala Abu Lahab adalah kekasih Allah. Betapa songsangnya kesimpulan ini.

Selepas itu, pada ayat ke 17, Allah menjelaskan dengan maksudnya; Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya).

Sebenarnya inilah yang banyak berlaku, terutamanya dalam kes pembahagian harta pesaka. Adik beradik si mati akan berebut-rebut harta pesaka yang ditinggalkan oleh si mati yang ketiadaan anak lelaki.
Tetapi, yang menghairankan kita ialah harta pesaka mereka berebut tetapi nafkah anak-anak perempuan yang yatim itu tidak dipedulikan, malah lebih memalukan mereka sanggup berkata; “Alaa.. mak dia ada.” Sejak bila pula orang perempuan wajib menafkahi anak-anak mereka?

Surah Al-Baqarah ayat 216, bermaksud; Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ayat ini menjadi penenang kita, bahawa ada perkara yang kita tidak menyukainya tetapi kemudiannya terbukti, sangat berfaedah kemudiannya, begitulah sebaliknya.

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, sapulah air matamu, ukirkan senyuman, binalah semangat dan ingat, Allah sentiasa bersamamu dan Dia Maha Adil.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

PRK PENANTI : SERET PETUALANG HASUT PENGUNDI JANGAN KELUAR MENGUNDI

Walaupun pelbagai usaha dijalankan pihak tertentu untuk menghalang dan menghasut pengundi di Penanti namun lebih dari 46 % pengundi tetap menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi semalam.
Lebih menarik calon PKR, Dr Mansor Othman mendapat kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar berbanding Pilihanraya Umum 2008 lalu. Mansor memperolehi majoriti 5,558 undi berbanding Fairus yang mendapat 2,219 undi majoriti.
Apa yang sangat saya kesalkan ialah sikap BN yang bertindak cuba menghalang pengundi dari membuang undi. Malah ada pemimpin BN dan Umno yang terang-terang memintan pengundi jangan keluar mengundi sedangkan ianya ternyata bertentangan dengan akta dan peraturan pilihanraya.
Namun kita melihat SPR seolah-olah memejamkan mata dan memekakkan telinga terhadap tindakan BN ini sehingga tiada usaha dan tindakan dibuat ke atas pemimpin BN dan Umno yang terbabit dengan isu ini.
''Ini rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini dan kita akan kaji faktor kenapa jumlah keluar mengundi amat rendah walaupun kita sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi.

''Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan senario ini disebabkan oleh tiadanya penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini," itulah ulasan Pengerusi SPR Aziz Yusof yang langsung tidak menyebut tentang tindakan cuba menghalang pengundi keluar dan tindakan memindahkan pengundi seperti yang didakwa oleh PKR.

BN BERKUBUR JIKA KAUM TIONGHUA KEKALKAN SOKONGAN -- HUSAM

Bukit Katil : Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, BN akan berkubur pada Pilihanraya Umum akan datang jika 80 % Kaum Tionghua mengekalkan sokongan kepada PR sebagaimana yang ditunjukkan di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

"Malah di Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Perdana Menteri sekalipun PR akan menang di majoriti 7,000 undi".

"Kita yakin Kaum Tionghua akan terus memberikan sokongan kepada PR pada pilihanraya akan datang sebagaimana yang mereka lakukan di Bukit Gantang di mana PR menang selesa walaupun pelbagai fitnah, tohmah dan penyelewengan di lakukan oleh BN pada pilihanraya tersebut" ujar Husam.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Husam juga berkata BN ternyata begitu takut dengan hubungan erat antara parti-parti komponen PR sehingga takut untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil Penanti semalam.

"Ketakutan BN memang ada asasnya apabila calon PR, Dr Mansor Othman menang bergaya dengan majoriti 5,558 iaitu undi majoriti yang lebih besar berbanding pada Pilihanraya Umum tahun lalu".

"Kita tahu walaupun BN tidak bertanding tetapi ketiga-tiga calon bebas itu sebenarnya disokong oleh orang di belakang mereka, kita tahu siapa di belakang mereka" kata Husam.

Selain itu beliau mengingatkan BN supaya berfikir dua kali sebelum meletakkan calon pada Pilihanraya Kecil Manek Urai kerana menurutnya, PR sudah bersedia dengan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

"Tidak ada gunanya BN masuk bertanding jika mereka sendiri tahu bahawa BN akan kalah lebih-lebih lagi imej BN terjejas teruk dengan imej pemimpin negara yang kotor, ekonomi yang teruk, rasuah dan lain-lain".

"Lebih baik jangan bertanding supaya duit rakyat tidak dibazirkan sebagaimana yang BN katakan ketika memberikan alasan tidak mahu meletakkan calon di Penanti" ujar Husam.

Sementara itu ketika mengulas isu laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Husam kesal pemimpin yang terlibat dalam kes itu terus memegang jawatan dalam kerajaan sedangkan penyelewengan tersebut membabitkan duit rakyat berjumlah RM7 bilion iaitu suatu jumlah yang sangat besar.

Husam menggesa mereka yang terlibat disiasat dan diambil tindakan jika terdapat bukti kukuh penyelewengan dan rasuah.

Ceramah tersebut mendapat sambutan di luar dugaan.
Turut berceramah bersama Husam pada program tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik.
Turut hadir pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Pasir Putih, YB Ustaz Mohamad Hussin; Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek; Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang; Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Harun Mohamad; Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Dr Hajjah Khatijah Jumangat dan pimpinan PAS dan PR pelbagai peringkat.

31 May 2009

CERAMAH HUSAM – ISU PENANTI, MANEK URAI, KEMELUT PERAK DAN DEBAT HUSAM-ZAHID, DEBAT KHOO-ALI DAN ONE MALAYSIA JADI TWO MALAYSIA

Ceramah Datuk Husam Musa malam esok 31 Mei, 9.00 malam di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bakal menyentuh pelbagai isu menarik dalam dan luar negeri.

Antaranya isu yang sudah pasti akan disentuh oleh Datuk Husam dan penceramah lain ialah isu :-

- PRK Penanti
- PRK Manek Urai
- Kemelut Politik Perak
- Debat Husam-Zahid (Zahid takut untuk berdebat)
- Debat Khoo-Ali (Ali takut untuk berdebat)
- One Malaysia sudah jadi Two Malaysia dan lain-lain

Saya yakin anda tidak akan rugi jika hadir pada ceramah tersebut kerana isu-isu di atas akan dikupas dengan gaya yang menarik oleh Datuk Husam dan penceramah tempatan iaitu ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

PEMILIHAN PAS, TIDAK PERLU KEMPEN AHLI SUDAH TAHU SIAPA YANG AKAN DIUNDI

Calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini tidak perlu berkempen kerana para perwakilan sudah mengenali mereka dari gerakerja, pengorbanan, karisma, ketahanan, jihad dan lain-lain.

Bagi saya jika mereka tidak berkempen pun para perwakilan sudah tahu siapa yang akan mereka undi bermula dari jawatan Timbalan Presiden hinggalah jawatan Pemeriksa Kira-kira.

Sebab itulah kita lihat calon-calon tidak sibuk untuk berkempen tidak seperti apa yang berlaku di dalam pemilihan Umno sehingga calon-calonnya sanggup mengeluarkan wang berjumlah jutaan ringgit semata-mata untuk memenangi jawatan yang diidamkan.

Saya yakin jika sekiranya ada calon yang berkempen sudah pasti calon tersebut akan dicemuh dan dipandang rendah oleh para perwakilan malah kemungkinan besar calon tersebut akan kalah.

Ahli PAS amat matang dan faham akan ciri-ciri pemimin Islam yang perlu diangkat menjadi ketua. Antaranya seseorang pemimpin yang meminta-meminta dan melobi untuk menjadi ketua mungkin mempunyai agenda untuk kepentingan diri yang akhirnya kepimpinan beliau tidak diberkati Allah.

Dalam hal ini saya sebagai ahli PAS yang akan mengundi pada pemilihan nanti mencadangkan kepada semua calon supaya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada para perwakilan bagi memilih siapa yang akan ditabalkan memimpin PAS pada sessi 2009/2011. Tidak perlulah calon-calon memperkenalkan diri, mengangkat diri dan menonjolkan diri kerana sudah pasti kami akan mengundi calon yang benar-benar layak.

Andaikata calon-calon itu kalah itu bermakna mereka tidak layak, bukan mereka tidak baik tetapi ada yang lebih baik dari mereka.

Hakikatnya mereka yang kalah pada pemilihan PAS adalah jauh lebih baik bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan pemimpin Umno/BN yang dipilih pada mesyauarat atau persidangan agung parti-parti komponen BN.

Syabas kepada semua calon-calon. Selamat Bertanding demi untuk mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah.

Allahu Akhbar!!!

KHAIRY GESA RAKYAT TAK KELUAR MENGUNDI : SPR DIAM SERIBU BAHASA

SPR ternyata berat sebelah dan menjadi ‘wok yik’ BN. Dalam isu gesaan Khairy Jamaluddin (KJ) yang menggesa rakyat tidak mengundi di Penanti, SPR hanya mendiamkan diri tiada `respons` dari Pengerusi atau Timbalan Pengerusi SPR.

Namun kalau pemimpin PR yang membuat gesaan itu maka sudah tentu belum sempat nasi masak, SPR akan membuat kenyataan untuk bertindak dan sebagainya.

Ini berbeza dengan tindakan Polis terhadap Ahli MT PKR, Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bad) yang menghadapi waran tangkap tangkap polis bersabit dakwaan bahawa beliau memberikan ucapan yang dikatakan melanggar peraturan kempen dalam PRK Penanti tersebut.

Pihak Polis bertindak sepantas kilat dalam isu ini tetapi seolah-olah berdiam diri dalam isu melibatkan Khairy Jamaluddin.

Di mana ketelusan dan integriti SPR yang jelas berpihak. SPR tidak layak menjadi pengadil dan Hakim pada mana-mana pilihanraya jika sikap sedemikian terus menjadi amalan mereka.

Saya menggesa SPR dan Polis menyiasat perkara ini kerana sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa KJ telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(a) Akta kesalahan Pilihanraya 1954.

Ternyata pemimpin Umno/BN hanya mementingkan kepentingan politik mereka tanpa memikirkan bahawa tindakan mereka bertentangan dengan akta dan undang-undang.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter