KHAIRY GESA RAKYAT TAK KELUAR MENGUNDI : SPR DIAM SERIBU BAHASA

SPR ternyata berat sebelah dan menjadi ‘wok yik’ BN. Dalam isu gesaan Khairy Jamaluddin (KJ) yang menggesa rakyat tidak mengundi di Penanti, SPR hanya mendiamkan diri tiada `respons` dari Pengerusi atau Timbalan Pengerusi SPR.

Namun kalau pemimpin PR yang membuat gesaan itu maka sudah tentu belum sempat nasi masak, SPR akan membuat kenyataan untuk bertindak dan sebagainya.

Ini berbeza dengan tindakan Polis terhadap Ahli MT PKR, Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bad) yang menghadapi waran tangkap tangkap polis bersabit dakwaan bahawa beliau memberikan ucapan yang dikatakan melanggar peraturan kempen dalam PRK Penanti tersebut.

Pihak Polis bertindak sepantas kilat dalam isu ini tetapi seolah-olah berdiam diri dalam isu melibatkan Khairy Jamaluddin.

Di mana ketelusan dan integriti SPR yang jelas berpihak. SPR tidak layak menjadi pengadil dan Hakim pada mana-mana pilihanraya jika sikap sedemikian terus menjadi amalan mereka.

Saya menggesa SPR dan Polis menyiasat perkara ini kerana sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa KJ telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(a) Akta kesalahan Pilihanraya 1954.

Ternyata pemimpin Umno/BN hanya mementingkan kepentingan politik mereka tanpa memikirkan bahawa tindakan mereka bertentangan dengan akta dan undang-undang.

Comments

Seperti biasa , pihak spr dan polis akan buat "undang-undang' dan syarat sendiri!
Syarat yang tak bolih di terima pakai sebab memang tak ada kelulusan dari dewan parlimen.
Mahkamah pon tak bolih buat hukuman sebab memang tak ada undang-undang bertulis bahawa nama Altantuya tak bolih ,hal perak tak bolih di sebut-sebut.

Untuk gesa rakyat supaya tidak keluar mengundi adalah perbuatan salah dan bolih di hukum.
Tapi polis dah buta dan spr dah pekak.
Yang di tangkap pulak ialah Chegu Bard , yang kena di soal pulak ialah Gobala dan Lim kit Siang.
Dan yang kena untuk dicari-cari olih interpol pulak ialah Raja Petra!

Khir toyol selamat walaupon selewang berjuta-juta.
Ahmad ismail selamat walaupon sebut perkara perkauman.
JJ selamat walaupon raba-raba punggung
Abdullah badawi yang kuat tidor tiba-tiba bangun dari tidor dan jadi punasihat MAS
Syed botak hamid walaupon seksa rakyat Malaysia dah jadi Chairman Petronas!

Tapi kalau orang PR sebut nama Altantuya pasti terus di gari dan sumbat dalam lokap 7 hari
Ini bukan negara malaysia namanya, ini dah jadi negara Israel.
MesraNetwork said…
tubuhkan parti polis semalaysia, takpun barisan polis, huhu