PEMILIHAN PAS : AKU ORANG SIAPA?

Sehari dua ini saya sering ditanya siapakah calon Timbalan Presiden yang bakal saya pilih pada muktamar PAS kali 55 yang bermula Jumaat ini. (Muktamar Pemuda bermula esok).
Ada pihak mengagak saya penyokong Mat Sabu, ada juga yang menyangka saya berada di belakang Ustaz Nasa dan tidak kurang yang mendakwa saya mula menyebelahi Husam Musa.
Mengapa saya didakwa orang Mat Sabu. Sebab saya rapat dengan orang-orang kuat Sabu antaranya .........aah tak perlu saya tulis nama mereka di sini semua orang pun tahu siapa mereka. Di Melaka mereka ini dicop sebagai orang kanan Mat Sabu.
Tidak kurang juga sahabat yang menyangka saya pasti mengundi Ustaz Nasaruddin Mat Isa kerana PAS Kawasan Bukit Katil mencalonkan Ustaz Nasa untuk jawatan Timbalan Presiden. Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, kata mereka sudah tentu akan menyokong Ustaz Nasa.
Tup tup 31 Mei lalu PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menganjurkan ceramah Husam Musa dan sebelum majlis ceramah diadakan taklimat Husam menyampaikan taklimat kepada ahli-ahli PAS termasuk beberapa orang perwakilan yang saya jangka lebih dari 10 orang. Maka ada teman-teman yang mula memandang sinis kepada saya kononnya saya orang kuat Husam Musa.
Seperti yang saya katakan dalam posting terdahulu Saya adalah penyokong setia perjuangan Islam. Saya akan memberikan wala' sepenuhnya kepada pemimin yang akan diamanahkan nanti tidak kira Mat Sabu, Ustaz Nasa atau Husam.
Saya akan menyokong sesiapa sahaja yang tidak menggadaikan perjuangan Islam PAS yang meletakkan Al Qur'an dan sunnah sebagai panduan perjuangan.
Bagi saya tidak ada kompromi bagi pemimpin yang cuba berbaik dengan musuh. Sedangkan musuh siang malam mencari jalan untuk menghancurkan kita. Saya amat terkesan dengan pandangan dan saranan Tuan Guru Nik Aziz yang berkali-kali menyatakan kepedihan dan kesengsaraan beliau apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh Umno ketika menerajang PAS dari BN pada tahun 1977 (ketika saya berada dalam darjah 3 - tak tau apa-apa masa itu).
Namun saya yakin semua pemimpin PAS yang ada sekarang adalah pemimpin yang kental dan istiqamah dengan dasar perjuangan. Sebab itulah amat susah untuk saya memilih saf kepimpinan pada kali ini kerana semua mereka adalah layak dan berkeupayaan tinggi untuk memimpin PAS.
Saya Insya Allah hanya akan membuat keputusan untuk mengundi calon pilihan saya setelah saya memegang pensil dan kertas undi nanti.
Kesemua 3 orang calon Timbalan Presiden dan 5 orang calon Naib Presiden sama layak, sama pandai dan sama-sama istiqamah. Cuma yang membezakan mungkin dari segi ilmu, jihad, ketahanan diri, pengalaman, tahan uji dan ......................
Saya akan memilih .... Husam/Ustaz Nasa/Mat Sabu dan Tuan Ibrahim/Mahfuz/Mujahid/Nik Amar/Salahuddin ...Insya Allah
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
tuan saya tidak mengenali secara peribadi ketiga tiga pemimpin itu cuma sebagai pemimpinan peringkat cawangan dan pemimpin peringkat MTD.kami mahu PAS ke hadapan dan serik dgn strategi PAS 2004.kami hanya tahu buat kerja parti secara all out sepanjang masa utk memenangkan pas sambil kuatkan ketahanan diri dan ahli dgn perbagai program sejak 98.hampir semua dr kami bukan perwakilan yg selalu nya di amanahkan kpd golongan ustaz dan veteran pas yg duduk di peringkat kawasan tanda hormat.percayala keputusan perwakilan cuma mewakili segelintir dr kami.kami mahu husam dan saya percaya ramai lagi golongan spt kami mahukan husam.

saya amt khuatir apa akan berlaku kpd golongan pemikir,ajk mtd dan ahli biasa yg "takut2" dgn yg berserban ini.siapa yg akan buat kerja dr segi politik,perlu di ingat kami memilih PAS sebagai gerakan islam melalui parti so pls be politically matured in making decision,,pls..saya amat sayang pada pas..

kalau tulisan saya ini akan membawa kemudaratan pls dont publish

ikhlas
Abu Adham said…
Syabas atas keberanian sdr. diatas saya yg juga masih bayi dalam arus perdana perjuangan yg menjadikan politik sebagai wadah untuk tegakkan Islam sepenuhnya ini jelas sekali kami amilin dari bawah memerlukan Dato Husam sebagai pemimpin kami ,namun tidak bermakna Abg Mat dan Ustaz Nasa tidak layak pada pertimbangan kami PAS Memerlukan seorang yg begitu strategist disamping beliau bersifat seorang yg menguasai ilmu2 Islam.
Anonymous said…
ai, jgn la mu pangkah semua calun tu pulak
rosak undi tu nanti.. hehehe...
bustamam said…
KO KAN PERASUAH... kalau x, camne ko bleh menang ydp pas? aku yakin ko akan pilih sape yg bagi lebih...