PRK PENANTI : NAJIB DAN MUHYIDDIN BUAT KENYATAAN LUCU

Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.

Menurutnya, peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang.
Najib pula menyifatkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan.

Perdana Menteri 1Malaysia itu juga berkata, ia satu kemenangan yang tidak memberangsangkan kerana bilangan pengundi di bawah 50 peratus dan bilangan undi yang diperoleh parti itu juga merosot kira-kira 1,300 undi.
Apa yang menghairankan saya kalau PR dan PKR sudah tidak kuat dan tidak popular mengapa BN takut untuk bertanding?????????? Tetapi oleh kerana takut kalah awal-awal lagi BN sudah menyerah diri.
Bilangan pengundi yang merosot teruk bukan kerana mereka protes dan bosan dengan PR dan PKR tetapi kerana ada usaha pihak tertentu menghasut supaya mereka tidak keluar mengundi. Selain itu pengundi juga yakin bahawa PKR/PR akan menang mudah jadi ramai yang tidak pulang mengundi dan jika tidak berminat mengundi terutama pengundi atas pagar dan tidak parti.
Apa yang jelas keseluruhan undi yang diperolehi Dr Mansor Othman membuktikan bahawa kesemua 6,000 lebih undi diperolehinya adalah penyokong tegar PR yang tidak pernah berganjak dari menyokong PR. Kekurangan 1,300 undi adalah kerana ramai pengundi luar yang tidak pulang mengundi serta juga pengundi atas pagar yang tidak mengundi kerana mereka yakin PR akan menang besar.
Jadi tidak perlulah kedua-dua 'Imam One Malaysia' membuat kenyataan lucu seperti di atas kerana ianya memecah tembelang mereka berdua bahawa mereka adalah pemimpin yang paling pengecut dan penakut yang pernah dilahirkan oleh Umno/BN.

Comments

Unknown said…
he he kata-kata mereka tu sekadar hendak menyedapkan hati mereka saja... pemimpin tak boleh patah semangat... kata-kata yang diucapkan mesti positif... kalau tidak nanti, ramai penyokong yang cabut lari.
Anonymous said…
Cakap degum degam tapi bila ada pertandingan takut nak masuk bertanding. Lepas tu kata ini kata itu. Puak-puak UBN ni dah kecut teloq kot. Pui....
mohan said…
saya berpendapat jumlah pengundi yang keluar mengundi dlm PRK Penanti adalah kurang kerana kemenangan PKR sudah dijangka dari awal lagi..

bagi Najib and the gang..lebih baik anda diam sj kerana BN tidak bertanding.. so anda tidak ada hak untuk membuat sebarang ulasan..

kalau BN kuat sangat kenapa tak bertanding..takpe kita tunggu saja PRK manik urai..kita tgk siapa kuat..